PENGERTIAN DADAH
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalamtubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuhbadan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1.
Opait
2.
Perangsang (stimulants)
3.
Penekanan (Depressants)
4.
Hallucinogen
5.
Ganja (Cannabis)
OPAIT
Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan iniialah:-
Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja
PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi ataukedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktutertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepadasatu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak adapergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telahdibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itudiberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itubergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiaphari.
JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihakberkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashishatau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuatpenyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakandadah adalah seperti berikut:-
1.
Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
2.
Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadahitu.
3.
Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikandirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
4.
Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalahkehidupan.
5.
Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
6.
Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
Add a Comment
elsy_alvira3573left a comment
geng_pndai96left a comment