You are on page 1of 5

1.Terdapat satu variasi yang penggunaannya khusus bagi golongan tertentu,iaitu golongan diraja.

Variasi ini disebut bahasa istana atau bahasa dalaman. 2.Bahasa istana atau bahasa dalaman digunakan sewaktu merujuk golongan diraja atau sewaktu berhubung dengan mereka.Bahasa ini mempunyai perkataan , ungkapan dan gaya pengungkapan tersendiri. 3.Empat aspek tentang penggunaan bahasa istana: a.penggunaan kata ganti nama diri, b.penggunaan gelaran, c.penggunaan perkataan dan ungkapan khusus, d.unsur permulukan dan pendinaan.

6.5.1 Penggunaan Kata Ganti Nama Diri


y Kata ganti nama diri adalah kata untuk mengantikan kata nama bagi orang.Kata

ganti nama diri terbahagi kepada 3 iaitu kata ganti nama orang pertama , kata ganti nama orang kedua dan kata ganti nama orang ketiga.Didalam bahasa istana kata-kata ganti nama diri tidak sama dengan bahasa biasa.
Beta =Kata ganti nama diri pertama yang digunakan oleh raja. beta Patik=Kata ganti nama diri pertama yang digunakan oleh rakyat biasa apabila berhubung dengan golongan diraja. Tuanku=Kata ganti nama diri kedua, yang membawa maksud tuan yang mulia Baginda=Kata ganti nama diri ketiga bagi raja.

6.5.3 Penggunaan Gelaran.


y Setiap ahli keluarga diraja mempunyai gelaran.Antara gelaran-

gelaran nya ada lah :


Tengku , misalnya Tengku Abdullah. Tunku , misalnya Tunku Abdul Rahman Ungku , misalnya Ungku Abd. Aziz Ku, misalnya Ku Saodah Raja, misalnya Raja Sulaiman

y Terdapat juga gelaran dan bentuk sapaan yang dikaitkan dengan pangkat dan gelaran raja, seperti Duli Yang Maha Mulia , Yang Teramat Mulia , dan Yang Mulia.

6.5.3 Penggunaan Perkataan dan Ungkapan Khusus


y Perkataan dan ungkapan khusus merujuk sejumlah perkataan dan frasa khusus yang digunakan sewaktu merujuk golongan diraja.Golongan biasa mempunyai perkataan-perkataan yang lain dari perkataan bahasa istana.

Perkataan bagi Masyarakat Biasa


Tidur Makan Mandi Tinggal Sakit Meninggal Anak laki-laki Anak perempuan

Perkataan dalam Bahasa Istana


Beradu Santap Bersiram Bersemayam Gering Mangkat Putera Puteri

6.5.4 Unsur Pemulukan dan Pendinaan


y Dalam perhubungan semuka dengan raja , rakyat biasa kerap

menggunakan ungkapan-ungkapan yang memperlihatkan unsur pemulukan dan pendinaan.Pemulukan bererti meningi-ningikan kedudukan raja.Pendinaan pula bermaksud merendah-rendahkan diri.
Patik pohon perkenan tuanku.. Titah tuanku patik junjung. Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun. Patik menjunjung kasih atas ..Tuanku bercemar duli.. Patik merafakkan sembah.

You might also like