You are on page 1of 7

Home Announcement Looking Forward About Me My Idols Download Mp3s RSS

Search this site... GO

Sitifizas Blog
By all means yet to be different Hey there! Thanks for dropping by Sitifiza's Blog! Take a look around and grab the RSS feed to stay updated. See you around! Artis Barat (Hollywood) Artis Bollywood Artis Hong Kong & Taiwan Artis Indonesia Artis Korea Artis Malaysia Buat Renungan Bersama (Just For Our Info/Just Think) Doa (Prayer) Government Health Kesihatan Hot News Interesting / Ada-ada saja Kisah-Kisah Lucu (Funny) Kisah-Kisah Teladan (Good Deed) Kisah-Kisah Ugama (Religion) Latest and Upcoming Movies Mutiara Kata / Quotes Of The Day Muzik (Music) My Diary & Life My Reviews Petua & Tunjuk Ajar Something Nice Sukan/Sports Touching Stories Cerita-Cerita Sedih

Video of the Day Warning & Announcement

Bahaya Makanan Ringan (Junk Food)


Filed under: Health - Kesihatan by sitifiza Leave a comment January 13, 2009 Makanan ringan boleh dikategorikan sebagai makanan kurang khasiat yang memudaratkan kerana ia mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar yang tinggi, di samping rendah ataupun tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah. (Surah Al-Baqarah ayat 172) Nabi Muhammad bersabda: Jauhilah sesuatu yang memudaratkan (Riwayat Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah) Pelbagai Makanan Ringan Kek Makanan ringan sedap tetapi banyak mudarat dan kuih-muih mengandungi kadar gula yang tinggi dan kadar vitamin serta zat-zat logam yang amat rendah. Minuman jenis cola juga mengandungi lebihan gula dan kadangkala ia dicampurkan dengan sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan, iaitu kafeina. Ais krim pula mengandungi banyak gula dan lemak. Minuman jus buah-buahan yang dijual di dalam botol kebanyakannya tidak mengandungi jus buah-buahan asli, sebaliknya mengandungi banyak gula, air, bahan pewarna dan perisa tiruan. Kentang goreng atau potato chips pula mengandungi kadar lemak dan garam yang tinggi yang memudaratkan Makanan Ringan Dan Darah Tinggi Makanan ringan amat berbahaya kepada kesihatan apatah lagi apabila ia diambil selalu. Pengkaji-pengkaji dari Pusat Pendidikan Pacific Health di Bakersfield California, dan Prevention Concepts, Inc. di Los Angeles, pernah menjalankan satu kajian yang melibatkan 200 pelajar sekolah dan mendapati lapan daripada sepuluh pelajarpelajar itu mengambil lebihan lemak tepu melalui makanan ringan. Ujian makmal menunjukkan, satu pertiga daripada mereka Makanan ringan boleh menyebabkan darah tinggimengandungi kadar kolesterol di dalam darah yang tinggi dan 10% daripada mereka menghidap penyakit darah tinggi. Kajian ini jelas menunjukkan lebihan lemak tepu yang terdapat di dalam makanan ringan akhirnya menyempitkan pembuluh darah dan menjadi penyebab kepada penyakit darah tinggi terutamanya apabila umur seseorang sudah meningkat Makanan Ringan Dan Asma Di dalam kajian yang lain, ahli-ahli sains dari Scotland dan Saudi Arabia mendapati makanan ringan merupakan penyebab utama berlakunya kes asma meningkat disebabkan makanan ringan peningkatan penyakit alahan dan asma di kalangan kanak-kanak. Kajian ini yang melibatkan 100 kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit asma dan 200 kanak-kanak lain yang tidak menghidapnya mendapati, mereka yang kurang mengambil sayur-

sayuran, vitamin E, zat-zat logam dan susu lebih mudah diserang penyakit ini. Kes-kes asma didapati meningkat sebanyak 50% di dalam jangka masa 10 tahun Makanan Ringan Dan Sakit Jantung Makanan ringan berbahaya kepada jantung. CNN.com.health bertarikh 14 Mac 2000 melaporkan, makanan ringan meningkatkan Penyakit jantung dikaitkan juga dengan makanan ringanrisiko remaja menghidap sakit jantung. Ia berpunca daripada lebihan lemak tepu dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan ringan pada hari ini. Penemuan ini dibentangkan di dalam mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di Anaheim, California Makanan Ringan Dan Kesan Pada Otak Makanan ringan juga boleh merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah di lakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini. Mereka mendapati makanan ringan yang memang mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. Hal ini disebabkan, Makanan ringan merosakkan fungsi otakotak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak mengganggu peranan glukosa itu. Profesor Carol Greenwood, seorang pakar sains dari Kunin-Lunenfeld Applied Research Unit di Universiti Toronto merumuskan, makanan ringan yang mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi dan karbohidrat yang rendah pastinya bukan makanan yang sesuai untuk otak manusia Makanan Ringan Dan Buta Mereka yang banyak mengambil makanan ringan yang tinggi kadar lemaknya, menghadapi risiko yang tinggi menjadi buta apabila berumur dalam lingkungan 55 tahun. Penyakit ini yang dikenali sebagai macular degeneration sering menyerang perokok-perokok namun sekarang ia juga menyerang peminat-peminat makanan ringan. Penemuan ini yang dimuatkan di dalam Archives of Ophthalmology, dilaporkan oleh pakar-pakar sains dari Massachusetts Eye And Ear Infirmary di Amerika, selepas melakukan kajian ke atas 349 orang pesakit Makanan ringan meningkatkan risiko menajadi butayang berumur di antara 55 hingga 80 tahun. Semua ini mengesahkan tentang bahaya makanan ringan yang popular di kalangan masyarakat moden pada hari, justeru pengambilannya perlu dikawal sebelum kemudaratan yang lebih teruk menimpa ke atas diri kita Tambahan daripada itu, kajian oleh para saintis dari Universiti Oxford, England, mendapati pengambilan makanan ringan juga meningkatkan peratus keganasan dalam masyarakat. Peningkatan ini begitu ketara dalam masa 50 tahun ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekurangan khasiat-khasiat tertentu, terutamanya omega-3, Peratus keganasan meningkat kesan makanan ringanjika seseorang banyak mengambil makanan ringan. Omega3 membantu di sudut pengawalan emosi seseorang. Nukilan Dr. Danial b Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Alexandria). Rujukan: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden oleh Dr. Danial. Comments RSS feed
Like Be the first to like this post.

Leave a Reply

Guest

Its done Sebagai Renungan

Recent entries
Titi Dj dan Ovy /rif Pisah Louis Koo offers to resign due to injury Heroine was always my film: Kareena Emma Bunton and Her Baby Boy Will Spice Up Your LifeWith Cuteness! Lisa Tidak Mahu Tuduh Sesiapa Rain celebrates his 30th birthday Ditanya Soal Anak, Mulan Jameela Kabur Nicholas Tse agreed to divorce Cecilia Cheung Aishwarya is pregnant, confirms Big B Oprah Winfrey Gets Schooled in South Africa

Browse popular tags


18SX Album Awards Fact Fashion Funny

Gossip Government Interview Kahwin & Cerai Movies

Meta

Meta
Register Log in Entries RSS Comments RSS

Friends & links


8 TV Ads Air Asia All About Korea American Idol American Idol Ariffros Ashley Tisdale Asian Fanatics Asianrice Astro Auto Expert Brunei AVA Aznil Hj Nawawi BB & MP Berita Harian Bigfish Brudirect Brunei Air Brunei Classified Brunei E-Shop Brunei Music Brunei Times Bruneis Government Website Bruneis LFC Supporters Budiey Cari Carsmart Trading Co Cinemas in Brunei Cineplex Drama Addicters DST E! Eightcollections Facebook Farish Razali Friendster Gmail Gua

Gua Halal Hindi Movies Hitam Puteh Hotmail Indonesia Selebriti Ira Bakery Isohunt Isu Malaysia Jiwang Job Seek K Pop Kapan Lagi Korean Movies Korean Movies & Dramas Kristal Fm Ladies' Stuffs Live Score Liverpool Fan Club Malaysia Air Mama Faiz Mama Iqah's Miniova Murai My Blogspot Mybikerz NOW in Brunei Ntv7 Nurjeehan's Oh Bulan Ownskin Pengguna QQeStore Ranoadidas Reflexive Rizky (Lyrics) RTB RTM Seri Qlap Shahdanny Shoe Lovers Shop Singapore Air Soccer Soraya Intercine Films Star

Sukmawirya Tagged TV3 Utusan Malaysia Viikii Watch Movies Online Wondering Yahoo Yahoo Youtube Yusron's Blog

Pages
About Me Announcement Download Mp3s Looking Forward My Idols

Monthly archives
August 2011 July 2011 June 2011 January 2011 December 2010 Blog at WordPress.com. | Theme: Motion by volcanic. [ Back to top ]

You might also like