Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
SINOPSIS
Mencari Cinta
adalah sebuah novel cinta remaja hasil karya penulismuda berbakat iaitu
Leeya Myra
.Novel
Mencari Cinta
ini mengisahkan tentang kemelut cinta seoranggadis bernama Annessa yang dibelenggu dalam jerat cinta remajanya.Anessa watak yang sentiasa mengingati kenangan manis di zamanpersekolahannya. Anessa yang antara watak penting menjadi perindumenunggu kehadiran lelaki bernama Ilham Hazami. Namun penantianyang panjang itu cukup menyeksa batin Annessa sehinggalah sirnayang dicari kembali berputik.Munculnya Faris bersama lamarannya membuatkan Annessakebinggungan. Anessa tersungkur ke lembah kekeliruan untukmembuat keputusan. Lantas membiarkan persoalan itu tergantung danmembebaninya tanpa menolak mahupun menerima. HakikatnyaAnnessa masih mahu mengejar bayang Ilham dan masih engganmembiarkan bayang itu pergi dari hidupnya.Namun, penantian Annessa berakhir dengan kekecewaan apabila Ilhampulang dari Jepun dengan status suami orang. Annessa kecewa keranapenantiannya sia-sia dan yang lebih mengecewakan lagi bilamendapat tahu bahawa isteri Ilham adalah sahabat baiknya sendiriiaitu Sofia.
 
Bersama luka yang parah dia berpaling kepada Faris. Menyambutlamaran Faris yang dulunya dibiarkan sepi. Malahan Anessa juga telahmelakar janji akan berusaha untuk bahagia bersama Faris walaupun jiwanya meronta setiap saat. Namun, semua itu bukanlah mudahseperti melontar janji kerana Anessa masih gagal menyingkirbayangan Ilham dari hidupnya. Dia seolah-olah hidup bersama-samabayangan Ilham. Walaupun bersama Faris namun jiwanya masihmengejar bayangan Ilham.Hanya kerana saling memendam perasaan mereka jadi penasaran danterpaksa menghirup kesunyian yang mengigit naluri mereka. Sekepingkad ucapan kiriman Ilham menimbulkan seribu penyesalan.KalaulahAnnessa berani meluahkan rasa hatinya mungkin mereka sedangberbahagia di saat ini. Di mana silapnya? Siapa yang bersalah antaramereka? Atau inikah perjalanan takdirnya.Cinta itu duri. Cinta itu duka. Kadang-kadang ia mampu membuatseseorang tersenyum, tidak sikit juga yang terus dirundum bingung.Namun, cinta bukan sekadar hitam putih! Tidak juga betul atau salah!Cinta adalah sesuatu yang sukar di kawal. Ilham suatu mimpi dan Farispula suatu realiti. Tapi, mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahumerebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Wajarkah diamerebut sesuatu yang bukan miliknya? Walaupun Sofia memberi
 
peluang itu kepadanya, tapi sangupkah dia mengkhianati sahabatnyasendiri.Di saat Annessa mencuba untuk menerima Faris, kejadian yang tidakdiduga terjadi. Sofia, isteri Ilham mendapat kemalangan danmeninggal dunia. Annessa keliru. Tidak berdaya menghadapi dilemaini. Anessa berada dalam ketakutan. Tidak percaya kepada permainantakdir di depan matanya. Sahabat baik yang suatu waktu dahuluberkongsi suka dan duka bersamanya telah pergi meninggalkannya.Mungkinkah itu satu petunjuk ataupun peluang untuk dia kembalibersama Ilham? Annessa dihambat segunung rasa buntu.Dalam kekalutan fikiran, Annessa menolak kembali Faris. Lupa dengan janjinya untuk bahagia bersama Faris. Kekerasaan hatinya tidakmampu dilembutkan walaupun dengan airmata Faris.
"
Takkan
 
 sayalangsung 
 
tak bernilai pada awak?" 
Sukar untuk menangkis kata-kata Faris.Annessa akui memang dia yang bersalah. Namun, keikhlasan hati Farismeruntun jiwanya. Betulkah tindakannya itu? Membiarkan lelaki sebaikFaris pergi dari hidupnya.Namun, Annessa kecewa bila Ilham langsung tidak menunjukkan rasasedih di atas kematian Sofia. Entah kenapa tiba-tiba perasaan cintanyakepada Ilham menjadi hambar. Walaupun masih berbekas cintanyakepada Ilham namun tidak mampu mengatasi rasa kecewa dan hampa
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more