You are on page 1of 36

Kemahiran Penggunaan Papan Tulis dan Kemahiran Penutup

Disediakan oleh: Mohd Zul Fadzli bin Abd Jaabar Nur Akmalina bt. Mohd Rosidi Prem Sukcharean a/l Kim Chee Siti Nur Arifah bt. Saimi

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti pengajaranpembelajaran di bilik darjah. Kemahiran ini memmerlukan guru merancang dan menyusun tulisan,nota, ilustrasi dan gambarajah di atas papan tulis dengan baik. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.

OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS


 Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.  Untuk menarik perhatian murid terhadap perkaraperkara yang penting di setiap peringkat pengajaran.  Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan.  Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara sistematik  Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS


Rancangan penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, mota dan gambarajah dapat diletakkan ditempat yang sesuai. Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambarajah yang menarik. Tulisan dan gambarajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas Kapur warna hendaklah dignakan untuk menggambarkan penonolan atau penekanan.

Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis. Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jangan menggunakan papan tulis dengan masa yang berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan. 

KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS


Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dengan lebih jelas dan tepat. Pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat.

 Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru.  Aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik.  Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat didedalkan dalam ingatan.

KEJELASAN
-Saiz tulisan yang sesuai, -Tulisan kemas dan tepat - Gambar rajahjelas dan ringkas

SUSULAN
 Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah sesuai dan seimbang.  Susunan dapat dilihat dan teratur

PENONJOLAN ATAU PENEKANAN


 Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepat,  Permudahan konsep atau idea yang susah,  Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran pembelajaran, - Gunakan dalam masa yang sesuai.

AKTIVITI PENGAJARA N BAGI PENGGUNAA N PAPAN TULIS

PELAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS


20 % Bahagian untuk menuliskan fokus pembelajaran / tujuan pembelajaran 60 % 20 % untuk menulis Bahagian bahan untuk pembelajaran dan menuliskan juga digunakan kesimpulansebagai tempat kesimpulan untuk unjuk kerja hasil proses murid dalam pembelajaran menyelesaikan soalan latihan

AKTIVITI MEMBACA
 Kaedah yang digunakan: Kaedah fonetik yang menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.  Objektif pengajaran: Murid-murid akan dapat mengenal huruf, mengaitkan huruf dengan bunyi serta menyebut bunyi yang diajar.

AKTIVITI PENGAJARAN: i) Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf. - guru sebut beberapa contoh nama yang bermula dengan huruf vokal dan konsonan. ii) Latihan membatang suku kata dan perkataan dengan kuat. iii) Latihan mengeja dan menulis berdasarkan gambar.

i) Latihan Membunyikan Huruf Dan Asosiasi Benda Dengan Bunyi Huruf.

ii) Latihan Membatang Suku Kata Dan Perkataan

Iii) Latihan Mengeja Dan Menulis Berdasarkan Gambar.

--- --- --- ---

--- --- --- ---

--- --- --- ---

--- --- --- ---

Kemahiran Penutup dan Membuat Rumusan

Definisi
 Penutup pelajaran adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran.  Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian penutup ini.  Satu usaha guru secara sedar atau disengajakan untuk membantu pelajar menyusun semula maklumat yang telah dipersembahkan kepada mereka dan akhirnya dapat melihat kaitan antara maklumat tersebut

Penutup Memenuhi Aspek-Aspek Berikut:


Melengkapkan sesuatu aksi pengajaran. Menerangkan makna pembelajaran yang telah dilaksanakan. Menjawab persoalan penting kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang baru berlalu.

Jenis-jenis Penutup

Penutup Kognitif
 Buat kesimpulan / rumusan  Beri aktiviti pengayaan  Menyoal isi-isi penting yang telah dipelajari

Penutup Sosial
 Memberi suatu perasaan pencapaian kepada pelajar supaya ingin terus belajar.  Tidak mudah putus asa

Penutup Kognitif
 Penutup Kognitif
    Membuat Rumusan Mengulangi Isi-isi Penting Mencadangkan Aktiviti Susulan Menjalankan Aktiviti Pengukuhan

Penutup Sosial
 Penutup Sosial
     Menimbulkan Perasaan Pencapaian Pelajar Memberi Peneguhan Positif Mewujudkan Perasaan Ingin Tahu Memotivasikan Perasaan Ingin Belajar Mengaitkan Dengan Pelajaran Yang Akan Datang

Objektif Kemahiran Penutup


 Mengukuhkan konsep yang baru dipelajari dengan merumus fakta-fakta penting  Membolehkan guru membuat pengubahsuaian terhadap pengajarannya  Melalui aktiviti susulan, dapat memberi peluang kepada mengaplikasikan konsep dan kemahiran  Membolehkan murid memperbaiki dan meningkatkan prestasi pembelajarannya.  Menarik perhatian terhadap pelajaran baru  Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang dipelajari  Menilai pencapaian murid  Mengaplikasikan kosep yang dipelajari

Prinsip-prinsip Kemahiran Penutup


Aktiviti penutup hendaklah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran yang telah dipelajari murid di peringkat perkembangan

Aktiviti susulan harus dirancang dengan teliti supaya penutup kognitif dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.

Di samping penutup kognitif, penutup sosial juga harus disediakan untuk peringkat akhir pelajaran

Aktiviti penilaian juga boleh diadakan pada peringkat penutup dengan tujuan untuk mengukur hasil pencapaian objektif pelajaran

Kaedah Menutup Sesi Pengajaran


 Memperuntukan masa yang cukup untuk membuat penutup. Langkah dalam membuat penutup perlu dirancang supaya pengajaran kita tidaklah sampai kedetik terakhir masa kelas tersebut dan kita gagal melaksanakan aktiviti penutup.  Mempastikan pelajar tahu bahawa pengajaran anda telah tamat dengan menggunakan ungkapan seperti sekian sahaja kelas kita ataupun anda boleh tutup buku sekarang atau dengan berkata kita akan tamatkan kelas dalam masa tiga minit lagi  Mengulangkaji isi-isi penting dalam pengajaran.

Sambungan

 Meminta pelajar membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari.  Bertanya pelajar soalan seperti apa yang anda telah belajar, apa yang anda ingin tahu lagi?, dan adakah perkara yang anda tidak faham atau masih keliru tentang kuliah hari ini?, Bagaimana anda boleh gunakan maklumat pelajaran hari ini?.  Memuji pelajar tentang apa yang mereka lakukan dalam kelas seperti: Saya bangga melihat anda semua aktif dalam kerja kumpulan hari ini.

Sambungan
 Menggunakan teknik ritual seperti membaca doa, menutup pelajaran dengan lagu, dan ada yang membuat bulatan dan berkongsi idea tentang apa yang telah di pelajari.

Implikasi Kemahiran Penutup Terhadap P&P

 Dapat Mengukuhkan Kemahiran  Dapat Membuat Rumusan  Dapat Memotivasikan Pelajar  Guru Dapat Merancang Pelajaran Akan Datang

Contoh Penilaian Kemahiran Menutup Pengajaran

Senarai Semak Kemahiran Penutup

Akhir Sekali

Guru perlu menilai pembelajaran murid, sama ada secara langsung atau tidak langsung, di sepanjang proses pengajaran. Melalui penilaian yang konsisten dan berterusan, guru dapat mengesan sebarang masalah pembelajran yang dihadapi murid, seterusnya mengambil tindakan segera untuk mengatasinya. Di samping menilai pemahaman murid, guru perlu menganalisis dan menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya (iaitu, refleksi kendiri), sebaik sahaja sesuatu pengajaran tamat.

Contoh Aktiviti
Alkisah tersebutlah satu hikayat tidak lama dahulu Di sebuah pekan yang misteri Bernama Jitra Seorang guru sedang mengakhiri sesi pengajarannya

 Cikgu: Baiklah, murid-murid, kita sudah sampai ke penghujung pelajaran kita. Jadi, apa yang kamu semua dah belajar hari ini?  Murid: Hari ini, kami belajar tentang kemahiran penutup, cikgu.  Cikgu: Ya, betul. Apa yang dimaksudkan dengan penutup?  Murid: Penutup adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian penutup ini.  Cikgu: Wow! Bagus! Kamu tahu tak penutup ada berapa jenis?

 Murid: Tahu, cikgu. Penutup ada dua jenis, iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.  Cikgu: Wah, nampaknya kamu ingat semua yang kita belajar hari ini, kan? Tapi masa mencemburui kita. Jadi, kita akhiri pelajaran kita hari ini dengan bacaan doa.  Murid:  Cikgu: Baiklah, terima kasih semua.  Murid: BANGUUNTE-RI-MA KA-SIH CIK-GU!!!

Sekian, Terima Kasih


atas kerjasama anda

You might also like