You are on page 1of 39

KONSEP DAN TEORI PERKEMBANGAN MORAL

DISEDIAKAN OLEH: SITI KHUZAIMAH ZAINUL ABIDDIN NUR SUZILA BHARUDIN

KONSEP PERKEMBANGAN MORAL


 Moral ialah satu kesedaran tentang apa yang buruk dan apa yang baik, apa yang betul dan apa yang salah.  Moraliti bermaksud satu keupayaan mengenal pasti apa yang baik atau betul dengan apa yang salah dan bertingkah laku mengikut pemahaman ini.

Sambungan .
Perkembangan moral ialah merujuk kepada perolehan tentang apa yang betul dan salah berdasarkan kod-kod etika masyarakat setempat. Keupayaan kanak-kanak membezakan antara buruk dengan baik sesuatu perbuatan tersebut diukur daris egi kebolehan mereka memahami niat, tatasusila atau peraturan masyarakat serta nilai budaya dan agama.

Komponen dalam perkembangan moral kanak-kanak. Komponen Ciri-ciri


Afektif (sigmund freud) Kognitif (Jean Piaget Tingkah laku
(sigmund freud

Komponen yang mengandungi unsur-unsur perasaan berkaitan dengan tingkah laku yang betul atau salah. Komponen pemikiran konsep anggapan dan tafsiran mengenai sesuatu tingkah laku sama ada betul atau salah. Komponen yang menggambarkan bagaimana seseorang bertingkah laku dalam sesuatu keadaan.

dan Erik Erikson) Contoh, apabila dihadapkan dengan cabaran-cabaran untuk

berbohong, menipu atau mencuri, apakah tindak balas seseorang.

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL


TEORI PSIKOANALISIS Sigmund Freud

TEORI KOGNITIF Jean Piaget


TEORI KOHLBERG Lawrence Kohlberg

Teori Psikoanalisis
Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Frued menekankan soal afektif moral yang sering diperoleh apabila kanak-kanak berumur 5 atau 6 tahun.

Pada peringkat perkembangan, kanak-kanak masih terpengaruh oleh desakan id atau keperluan asas. Oleh sebab itu mereka sering bertingkahlaku mengikut keperluannya sendiri tanpa menyedari sama ada tingkah laku tersebut betul atau salah.

Id bertindak berlandaskan prinsip keseronakan samaada untuk mencari keseronokan dan mengelakkan sakit. Untuk mencapai kehendaknya itu, id tidak menghiraukan keadaan sebenar disekelilingnya.

Ego belum wujud lagi semasa seseorang dilahirkan tetapi berkembang apabila seseorang berinteraksi dengan alam sekitar. Apabila ego mula, ia akan memainkan peranannya sebagai penyelaras antara desakan id dengan keadaan realiti yang wujud

Superego yang terdapat pada setiap individu iaitu cabang moral personaliti berkembang pada peringkat awal kanak-kanak. Superego adalah peringkat perkembangan mental yang matang.

Pada peringkat ini, individu dapat menilai tingkah laku sendiri serta menghayati nilai masyarakat.

Pada peringkat ini, dia sudah dapat menilai diri sendiri dan pada masa yang sama dapat menilai tingkah laku orang lain ataupun masyarakat sekeliling. Di sini, superego berfungsi sebagai penghalang daripada tingkah laku yang salah ataupun tidak baik dan membina tingkah laku yang dikehendaki oleh masyarakat

Mengikut Freud, superego terdiri daripada dua komponen iaitu:


- Ego ideal: Melibatkan piawaian yang ditentukan oleh ibu bapa. Apa sahaja yang dilakukan oleh remaja diberi penghargaan atau pujian. - Kata hati: Melibatkan tingkah laku yang tidak disetujui oleh ibu bapa. Apa sahaja yang dilakukan dikenakan denda.

Teori Kognitif
Teori Jean Piaget (1932). Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat iaitu :
Peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun). Peringkat autonomus iaitu perkembangan moral yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas

Peringkat Heteronomus
Kanak-kanak mempercayai peraturan datang dari ibubapa atau orang-orang yang mempunyai autoriti lain Pada peringkat ini, mereka menganggap kanak-kanak memandang perundangan sebagai tidak dapat diubah.

Kanak-kanak bersifat egosentrik semasa ini, mereka hanya dapat melihat satu perspektif peraturan sahaja. Perlanggaran peraturan adalah salah jika perbuatan tersebut membawa kepada kesan yang merosakkan walaupun orang yang melanggar undang-undang itu mempunyai niat yang baik.

Contoh

Sekiranya 10 gelas terjatuh dan pecah semasa Ali membantu ibunya menghidangkan makanan malam, Ali tetap bersalah walaupun kejadian tersebut berlaku secara tidak sengaja dan niat Ali untuk meringankan kerja ibu.

Kanak-kanak juga akan membuat penilaian betul salah berdasarkan kesan yang dapat dilihat. Contohnya : semakin banyak cawan pecah, semakin besar kesalahan tersebut. Ahmad yang memecahkan sepuluh gelas ketika membantu ibunya dianggap lebih bersalah daripada Hassan yang memecahkan satu cawan ketika mencur

Peringkat Autonomus
Pada peringkat ini, mereka sedar peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga. Kanak-kanak sudah mula kurang egosentik dan peraturan tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah.

Menurut Piaget lagi, pergerakan dari satu tahap ke tahap lain bergantung kepada kematangan kognitif dan pengalaman sosial terutama sekali pengalaman menyelesaikan konflik yang berlaku sesama kawan-kawan.

TEORI KOHLBERG
Dipelopori Lawrence Kohlberg (1969) Pendapat berkembang secara universal mengikut satu siri dari dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Kohlberg membina teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap satu dilema. Tujuan: Untuk mengesan tahap perkembangan moral individu.

Peringkat Penaakulan Moral

TAHAP MORALITI PRAKONVENSIONAL


Peringkat 1: Orientasi hukuman dan kepatuhan -Mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman - Contoh: beratur sebelum mengambil makanan. Peringkat 2: Orientasi ganjaran

- Mematuhi peraturan untuk mendapat ganjaran, atau perkongsian atau untuk mendapat balasan. -bertindak berasaskan prinsip ada ubi ada batas, ada hari ada balas -contoh: aktiviti menyusun kad cara sembahyang. Kanak-kanak yang dapat menyusun dengan betul dapat ganjaran.

Peringkat 1

Peringkat 2

1. Beratur sebelum mengambil makanan

1. Makan dengan sopan untuk dapatkan ganjaran

2. Tidak makan di dalam kelas

2. Membersihkan meja makan selepas makan

3. Tidak membuat bising semasa guru sedang mengajar

3. Menjawab pertanyaan guru untuk mendapatkan hadiah.

TAHAP MORALITI KONVENSIONAL


PERINGKAT 3 : PERINGKAT 4 : Orientasi Kanak-Kanak Orientasi Aktoriti Baik -Mematuhi peraturan mengikut kebenaran atau persetujuan orang lain. -Melakukan permainan pukul barapa datuk Harimau -Mematuhi sebulatbulatnya peraturan dan undang-undang masyarakat bagi mengelakkan hukuman dan atau denda. -Tidak makan di dalam kelas.

TAHAP PASCAKONVENSIONAL
PERINGKAT 5: Orientasi Kontrak Sosial PERINGKAT 6: Orientasi Prinsip-Prinsip Moral Yang Universal dan Beretika -Memahami sebab - Mematuhi kepada prinsip mematuhi undang-undang dalaman (keadilan dan kerana keperluan kesamaan) . ketenteraman sosial. -Prinsip tersebut dibuat Mengakui peraturan berdasarkan rasa hormat ditukar jika sesuai. kepada semua individu di -Menyanyi lagu Negaraku dunia. - bertegur sapa, membantu orang susah.

Mengikut Bandura, perkembangan moral kanakkanak dapat dikesan melalui tingkah laku luaran yang dapat dilihat dan bukannya penaakulan moral dan penilaian moral. Berdasarkan pemerhatian mereka pada perbuatan orang lain yang telah diperkukuh atau didenda. Hoffman (1970), seseorang model lebih berjaya mengelak daripada menghalang sesuatu tingkah laku yang melanggar peraturan atau jangkaan.

Walker dan Taylor (1991), mendapati bahawa ibu bapa yang cenderung untuk menggunakan penaakulan moral mempunyai anak yang mempunyai tahap penaakulan yang lebih tinggi apabila mereka semakin dewasa. Pieget dan Kohlberg percaya bahawa interaksi dengan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam menerbitkan bentuk-bentuk pemikiran moral yang lebih canggih.

Sambungan
Jika kanak-kanak dibiarkan mengalami pelbagai konflik semasa berinteraksi dengan rakan-rakan, lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dalam menghadapi dilema, iaitu mempunyai cara penaakulan yang lebih berkesan dan kompleks. Interaksi dengan rakan sebaya dapat mempengaruhi kematangan moral kanak-kanak (Damon, 1988; Killen & Nucci, 1993; Maqsud, 1977)

Menurut Hoffman (1970), terdapat tiga jenis disiplin yang digunakan oleh ibu bapa semasa mengajar tentang sesuatu isu moral.
Penggunaan kuasa melibatkan penggunaan arahan, ugutan dan tenaga fizikal. Penarikan kasih sayang Penggunaan kata-kata tidak setuju, tidak suka atau menarik kembali kemesraan daripada kanakkanak. Induksi penerangan kepada kanak-kanak tentang mengapa sesuatu tindakan dilarang, bagaimana sesuatu tingkah laku yang salah akan menerbitkan rasa bersalah, dan juga memberitahu bahawa tingkah laku yang salah akan mendatankan keburukan kepada orang lain.

Sambungan
Menurut Hoffman (1988), penggunaan kuasa yang melibatkan penggunaan arahan ugutan dan tenaga fizikal merupakan salah satu daripada cara yang digunakan oleh ibu bapa untuk mendisiplinkan anak mereka. Menurut Walker (1980), seseorang individu perlu berupaya memahami persperktif orang lain jika dia ingin mencapai tahap penaakulan moral yang konvensional.

Sambungan ..
Keupayaan memahami atau mengambil kira perspektif orang lain dan keupayaan kognitif yang tinggi penting dalam pertumbuhan moral. Menurut Kohlberg, pengalaman perlu jika seseorang ingin mengambil kira perspektif orang lain. Individu dapat memahami bahawa peraturanperaturan moral terbit daripada pendapat kolektif individu dalam masyarakat.

Interaksi dengan rakan sebaya akan membawa kepada pertumbuhan moral. Kohlberg menegaskan, kanak-kanak patut dibiarkan berkawan dengan kanak-kanak yang sebaya daripada hanya berkurung di rumah dan hanya berinteraksi dengan ibu bapa. Kanak-kanak akan lebih berfikir tentang idea-idea moral diri dan rakan mereka dalam perbincangan dan perbualan dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa. (Krueger dan Tomaselle, (1986)

.sambungan
Kohlberg dan Piaget percaya bahawa jika kanak-kanak dibiarkan mengalami pelbagai konflik semasa berinteraksi dengan rakan, lama-kelamaan mereka akan mahir menghadapi dilema, iaitu mempunyai cara penaakulan yang lebih berkesan dan kompleks.

.sambungan
Enright dan Satterfield (1980) mendapati kanak-kanak yang popular dan banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial cenderung untuk memperoleh skor yang lebih tinggi dalam ujian-ujian penaakulan moral. Kanak-kanak juga banyak belajar penaakulan moral melalui peniruan dan pemerhatian.

Sambungan
Denny dan Duffy (1974) mendapati bahawa ibu bapa cenderung untuk menggunakan tahap penaakulan yang lebih tinggi apabila anak-anak mereka semakin dewasa. Ibu bapa juga akan merendahkan sedikit tahap penaakulan mereka apabila berbincang tentang isu-isu moral dengan seseorang kanak-kanak seperti penggunaan bahasa mudah mereka semasa bercakap (Walker & Taylor, 1991a)

Ujian Kohlberg
Seseorang wanita hampir mati akibat menghidap penyakit barah. Sejenis ubat disahkan dapat mengubatinya, tetapi kosnya tinggi. Pak Cik Lokman, ahli farmasi yang membuat ubat itu mengenakan harga sepuluh kali ganda untuk membuatnya. Kos membuat ubat itu ialah $200 tetapi Pak Cik Lokman mengenakan harga $2000. Suami wanita itu, Pak Cik Rahim cuba meminjam wang daripada kawan-kawannya tetapi hanya berjaya mengumpulkan $1000. Dia meminta Pak Cik Lokman mengurangkan harga ubat itu atau membenarkannya membayar $1000. Pak Cik Lokman tidak setuju. Pak Cik Rahim beputus asa, lalu mencuri ubat itu untuk isterinya.

Soalan Adakah tindakan Pak Cik Rahim betul atau salah?

Jawapan

Mengapa? Sekiranya adik dalam keadaan Pak Cik Rahim, apakah tindakan adik? Mengapa?

Sekian, terima kasih.

You might also like