You are on page 1of 14

Tafsir Surah adDhuha

MASNIWATI BT ABDULLAH SANI NOR HAZWANI BT MOHD AB GHAFAR

PISMP PAI 2 SEM 2

Pengenalan

Surah ini merupakan surah Makkiyah. Turun ketika Nabi SAW sedang bersendirian. Surah ini turun setelah berlaku suatu tempoh masa tiadanya wahyu baru yang turun kepada baginda sehingga menimbulkan fitnah dalam kalangan penduduk di Kota Makkah.

INTISARI AYAT
Orang yang rajin berusaha akan berjaya Allah menyuruh kita supaya: 1) mengasihi anak yatim 2) memberi layanan yang baik terhadap orang yang meminta bantuan 3) menyebut nikmat Allah sebagai tanda kesyukuran kepadaNya

Asbabu n Nuzul

Rasulullah merasa kurang sihat sehingga baginda tidak bangun untuk bersembahyang malam selama semalam atau dua malam. Kemudian datanglah seorang wanita yang berkata: Hai Muhammad aku melihat syaitanmu (maksud syaitan di sini ialah Jibril) telah meninggalkan engkau. Maka Allah menurunkan ayat ini yang menjelaskan bahawa Allah tidak akan membiarkan Muhammad dan tidak membencinya. (Diriwayatkan oleh as Syaikhani dan perawi lain dari Jundub)

Ada kemungkinan bahawa Rasulullah SAW telah berhari-hari tidak didatangi oleh Jibril. Berkatalah Ummu Jamil isteri kepada Abu Lahab: Aku tidak membuat kesimpulan lain kecuali sahabatmu Jibril telah meninggalkanmu dan marah kepadamu. Maka penurunan ayat ini adalah untuk menolak anggapannya. (Diriwayatkan oleh al Hakim dari Zaid bin Arqam)

Pengajaran ayat

Kita hendaklah berusaha untuk mencapai kejayaan yang gemilang

Kita perlu menolong orang yang memerlukan bantuan dan tidak menyakiti hati mereka

Kita hendaklah mengasihi anak yatim dan tidak menzalimi mereka Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang dikurniakan

Dalam perjuangan menegakkan Islam akan datangnya banyak tribulasi dan mehnah

Dihadapi oleh Rasulullah sejak awal kebangkitan islam. Contoh: peristiwa di mana orang kafir Quraisy telah memburukkan nama Rasulullah di mata masyarakat kabilah-kabilah yang datang ke Madinah untuk melakukan ibadah haji dan berniaga. Mereka telah menggelar Rasulullah dengan gelaran yang tidak elok seperti 'orang gila . Tujuannya supaya Islam tidak tersebar ke kabilah-kabilah ini. Tetapi berkat usaha dan kesabaran Rasulullah akhirnya telah termeterai perjanjian Aqabah dengan masyarakat Madinah.

Di dalam Al-Quran: 1) Surah At-Taubah:42 yang mengatakan bahawa perjuangan itu tidak mudah dan jauh 2) Surah At-Taubah:41 mengatakan bahawa pengorbanan itu perlu dalam berdakwah 3) Sesungguhnya Allah telah menjanjikan dalam ayat ke 4 surah AdDhuha bahawasanya hari akhirat itu lebih baik dari duniawi.

Sentiasa bersabar dan berlapang dada dengan tribulasi dan mehnah yang melanda

Termaktub di dalam Al-Quran pada surah Al-Insyirah. Oleh itu sebagai muslim merangkap para Daie' kesabaran itu menjadi faktor utama kejayaan dakwah. Moga Islam itu terus berkembang dan terbentuknya khilafah islamiyyah yang telah lama tiada dengan peranan pemuda-pemuda Islam. Sentiasalah menjadi seorang hamba yang bersyukur, zuhud dengan dunia dan sentiasa menginginkan akhirat ( kisah yang diceritakan dalam syarah Hadith yang pertama dalam buku Hadith 40 Imam Nawawi bahawasanya Rasulullah pernah ditanya oleh Aisyah mengenai solat yang dilakukan baginda hingga kaki baginda bengkak. Maka Rasulullah menjawab, "salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur ).

Fadhilat surah Ad-Dhuha:

1. Mengeratkan hubungan dengan Allah SWT 2. Mendapat kemudahan hidup 3. Dikabulkan permintaan 4. Untuk menenangkan jiwa dari kesedihan dan kekacauan.

You might also like