Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tokoh Tokoh India

Tokoh Tokoh India

Ratings: (0)|Views: 356|Likes:
Published by azha_daud

More info:

Published by: azha_daud on Aug 13, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

08/13/2011

pdf

text

original

 
MAHATMA GHANDI
 Nama sebenar Mahatma Ghandi ialah Mohandas Karamchand Ghandi (1869-1948) lahir dalam keluarga Vaisya di Gujerat telah dipengaruhi oleh doktrinJainisme,Buddhisme dan Hinduisme mengenai
ahimsa
(menolak kekejaman).
Beliau belajar undang-undang di England dan pergi ke Afrika Selatan sebagai peguam kepada seorang pedagang Islam Gugerat.
Beliau melihat diskriminasi perkauman yang berlaku lalu menetap di situuntuk memperjuangkan hak asasi orang India.
Di Afrika Selatan,beliau mengembangkan tindakan baharu
satyagraha
(kuasa kebenaran).Sejak dipenjarakan, beliau menukar cara kehidupan darisegi makanan, pakaian dan menubuhkan
ashram
.
Beliau kembali ke India pada tahun 1915, memulakan perjuangannyamenyokong para petani di Bihar menentang tuan tanah British pada tahun1917.
Secara beransur-ansur,beliau cuba melibatkan rakyat dalam pergerakankemerdekaan dan pada tahun 1919, beliau melancarkan pergerakan
satyagraha
 pertama menentang Rowlatt Bill.
Pada tahun 1920,beliau mengisytiharkan
swaraj
(pemerintahan sendiri) dankemudian menjalankan beberapa kempen
satyagraha
sehingga mencapaikemerdekaan India pada tahun 1947.
Pada 30 Januari 1948,Ghandi dibunuh oleh N.V.Godse, seorang pelampauHindu kerana melindungi dan menyokong Islam.
Tujuan Ghandi adalah untuk mencapai
swaraj
dan menegaskan penghormatan kepada tenaga buruh manual seperti yang terkandung dalam pemikiran Tolstoy dan Ruskin.
Cara-cara yang digunakan bagi mencapai tujuan ini adalah denganmenegaskan hubungan tujuan dan cara, iaitu berdasarkan
satya
(kebenaran),
ahimsa
(menolak kekejaman),
tapasya
(mengawal dan menyeksa dirisendiri).
 
Pengaruh beliau meluas kerana berdamping dengan rakyat miskindan bertaraf rendah, keberanian diri serta kerja beliau yang konstruktif untuk membantugolongan miskin.
Beliau memperkenalkan cara baharu dalam mengatasi konflik dan memberidefinisi baharu bagi kuasa, iaitu kepimpinan tanpa pejabat dan autoriti tanpa paksa.
 
SIDHARTA GAUTAMA BUDHA
Beliau ialah Siddhartha Gautama Buddha.Pengasas DoktrinBuddhisme.Siddhartha (566 S.M.) ialah nama yang diberi oleh ibu bapanya,Gautama pula ialah nama keluarga (gotra), manakala Buddha pulamenandakan seseorang manusia yang mencapai kesedaran kerohanian yangsempurna.
Suddhadana,iaitu pemerintah suku kaum Sakya di Kapilavastu (di kakiGunung Himalaya) merupakan bapa kepada Siddhartha.Ibunya bernamaMahamaya.
Suddhadana telah mengasingkan Siddhartha yang membesar di istana dalamkeadaan yang penuh mewah tanpa mempedulikan kesengsaraan mnusiadisekelilingnya.
Apabila beliau dapat mengetahui hal-hal kehidupan, beliau telah mencarikebenaran untuk mengatasi pelbagai penderitaan hidup.Siddhartha berkahwindengan Subhadrata (sepupunya) dan memperoleh seorang anak lelaki.
Ketika berusia 29 tahun, keinginannya untuk mencari kebenaran menyebabkan beliau meninggalkan hidup mewah di istana dan keluarganya,lalumengembara selama enam tahun berikutnya.
Ketika berusia 35 tahun, beliau memulakan pertapaan di bawah pokok Pipal di pinggir Bandar Gaya yang diperintah oleh pemerintah Magadha bernamaBimbisara.
Pada hari 49 pertapaan,Siddhartha mengetahui serta sedar mengapa dunia ini penuh dengan penderitaan,iaitu angkara Mara (syaitan) yang telah sedayaupaya menggagalkan pertapaan Siddhartha, tetapi tidak berjaya.
Kini Siddhartha merupakan seorang Buddha (manusia yang memperolehiksedaran kerohanian yang sempurna) telah sampai ke taman rusa di Banares dimana Buddha menyampaikan ajaran pertamanya.
Terdapat banyak cerita yang menarik tentang ajaran Buddha.Salah satudaripadanya yang popular ialah cerita tentang seorang wanita yang kehilangansatu-satunya anak lelaki, memohon pada Buddha supaya menghidupkannyasemula.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->