You are on page 1of 1

Saya Shahrulizan Bin Shaidan, berumur 25 tahun dan lahir pada 27 November 1984 di Parit Buntar, Perak.

Saya merupakan anak yang sulung daripada 5 orang adik beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Methodist Anglo Chinesse School Ipoh dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5. Di sekolah dahulu, prestasi pelajaran saya biasa sahaja. Oleh kerana itu selepas habis tingkatan 5, saya bersekolah di sekolah swasta selama setahun pula bagi menambahkan lagi prestasi pelajaran saya dengan mengambil peperiksaan SPM untuk kali yang kedua. Alhamdulillah, keputusan yang saya miliki membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke universiti. Kemudian saya melanjutkan pelajaran saya di Universiti Tenaga Nasional dalam jurusan program asas Teknologi Maklumat selama 2 tahun dengan mendapat sijil. Pada tahun 2006, saya melanjutkan pelajaran di Kolej PolyTech MARA Ipoh dalam jurusan diploma Multimedia selama 2 tahun setengah dan saya bersyukur dapat menghabiskan pelajaran ini dengan keputusan yang agak baik. Sekarang saya ingin melanjutkan pelajaran lagi di Universiti Kuala Lumpur bagi mendapatkan Ijazah yang menjadi asas kepada saya untuk berjaya di masa hadapan dengan kerjaya yang saya lakukan. Selepas mendapatkan ijazah, saya akan cuba untuk membalas balik apa yang ibubapa saya lakukan untuk saya dalam melanjutkan pelajaran supaya menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara. Jika saya dapat menamatkan pelajaran saya di UNIKL dengan baik Saya kemudiannya akan cuba mecari kerjaya yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa yang saya belajar dahulu. Saya akan mecari pengalaman bekerja selama beberapa tahun dan insyaallah jika ader rezeki saya akan cuba untuk membuka perniagaan saya sendiri dalam bidang yang saya ceburi iaitu berkaitan dengan multimedia. Mungkin saya akan membuka syarikat pengiklanan yang dapat melopori satu Malaysia dan mungkin juga di peringkat antarabangsa sambil berusaha membuktikan bahawa bumiputra juga boleh berjaya. Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri saya dan juga rancangan k erjaya yang saya ingin lakukan.

You might also like