You are on page 1of 14

1. 2. 3. 4. 5.

Infrastruktur Tenaga pengajar Perkembangan murid Peralatan dan kemudahan Persekitaran budaya dan tempat

INFRASTRUKTUR
kemudahan dan perkhidmatan asas seperti : - kemudahan pengangkutan - pendidikan - kesihatan - bekalan kuasa elektrik kemudahan yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi,dan prasarana.

TENAGA PENGAJAR
Tenaga pengajar amatlah penting dalam semua subjek termasuklah Pendidikan Jasmani (PJ) Antara elemen yang perlu diambil kira ialah kepakaran yang ada kepada seseorang tenaga pengajar PJ. Contohnya : Tenaga pengajar dalam permainan hoki perlu mengetahui dan menguasai kemahiran dengan lebih mendalam.Tenaga pengajar mestilah mempunyai ilmu PJ berkenaan dengan kemahiran, teknik,dan strategi pengajaran sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti.

Aktiviti PJ yang berisiko memerlukan tenaga pengajar yang mahir dan bertanggungjawab setiap aktiviti yang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya risiko kemalangan semasa aktiviti dijalankan. Tenaga pengajar perlu lebih prihatin terhadap kemampuan dan keupayaan murid terhadap pengajaran dan fleksibel. Contohnya: Dalam aktiviti sukan dan rekreasi (abselling), jika guru tidak berpengetahuan atau kurang kepakaran kemungkinan berisiko berlakunya kemalangan akan berlaku. Oleh itu, guru perlu memahami dan mengetahui aplikasi aktiviti dengan lebih terperinci.

PERKEMBANGAN MURID
Perkembangan murid boleh dibahagikan kepada beberapa domain : 1. Domain kognitif 2. Domain afektif 3. Domain psikomotor 4. Domain sosial

1. Domain kognitif - Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak. - Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada lebih sukar. Hal ini membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan dengan lebih sistematik. - Domain kognitif ini merujuk kepada Taksonomi Bloom yang membahagikan kepada enam peringkat iaitu didahului dengan kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan diakhiri dengan penilaian.

2. Domain afektif - Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. - Domain afektif juga mempunyai peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada paling tinggi iaitu bermula dari peringkat penerimaan, kemudian gerak balas, penilaian, organisasi dan akhirnya perwatakan.

3. Domain psikomotor - Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Di peringkat rendah, murid-murid dilatih untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman. - Domain psikomotor juga turut mempunyai hierarki tersendiri iaitu daripada peringkat mudah kepada susah bermula dengan peringkat persepsi, persediaan, pergerakan terkawal, pergerakan mekanistik, pergerakan kompleks dan akhirnya pergerakan suaian.

4. Domain sosial - Domain sosial ini khusus untuk hubungan atau tingkah laku. - Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif iaitu berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding, bekerjasama, menghakim, memulakan dan menukar.

PERALATAN
Peralatan mestilah berkeadaan baik dan tidak membahayakan. Ini membolehkan aktiviti dapat dijalankan dengan lebih baik. Contoh : Kemahiran lompat pagar, peralatan yang digunakan mestilah selamat dan tidak membahayakan murid.

KEMUDAHAN
Kemudahan yang mencukupi memboleh aktiviti dijalankan dengan sempurna. Penyeliaan oleh pihak pentadbiran mestilah dijalankan dengan sempurna. Contohnya: Aktiviti yang melibatkan penggunaan gelanggang tidak semestinya dapat dijalankan dengan sempurna. Ini kerana kemudahan gelanggang tidak terdapat dalam semua sekolah atau tidak disediakan dengan sempurna.

PERSEKITARAN BUDAYA & TEMPAT


Persekitaran- bermaksud kawasan di sekeliling sesuatu tempat. Budaya cara hidup yang merangkumi cara bertindak,berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan. - Ia diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa. Keadaan kurang selamat boleh menjejaskan keyakinan murid untuk belajar. Persekitaran melibatkan semua iaitu masyarakat, keluarga dan sekolah.

You might also like