You are on page 1of 15

CAMPURTANGAN BRITISH DI TANAH MELAYU

NURFATIN BINTI ABD AZIZ PISMP KS/PJ/BM

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu


JOHOR TERENGGANU KELANTAN

KEDAH

PERLIS

JOHOR
Penglibatan British bermula ketika berlaku perebutan takhta antara dua orang putera Sultan Mahmud Shah III Stamford Raffles ditugaskan mencari pelabuhan baru bagi menyekat perluasan pengaruh dan monopoli pedagang belanda Singapura sesuai menggantikan Bangkahulu dan Pulau Pinang kerana kedudukan yang strategik

Januari 1819, Raffles menandatangani perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman (wakil sultan Johor) tetapi tidak diiktiraf oleh sultan Abdul Rahman

Raffles melantik Tengku Hussein sebagai sultan Johor. 6 Februari 1819, perjanjian ditandatangani antara Tengku Hussein dan Stamford Raffles

Raffles mengambil Singapura untuk dijadikan pelabuhan manakala Sultan Hussein diakui sebagai Sultan Johor oleh British

Pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim, hubungan British dengan Johor mulai renggang kerana baginda menentang kuasa pihak British

Pada 1899, Sultan Ibrahim enggan membenarkan British membina landasan keretapi dari Negeri Sembilan ke Johor Bharu

Pada 11 Julai 1904, Sultan Ibrahim menandatangani Konvensyen Keretapi Johor setelah A. Lyttleton, setiausaha tanah jajahan mengancam akan mengambil tindakan tegas ke atas baginda

Pada 1914, Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian dan bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai penasihat dalam semua perkara kecuali yang melibatkan agama dan adat resam orang Melayu

PERJANJIAN BANGKOK 1909


Sia y ra ka g ri K a , P rlis, K la ta a T r gga k a a Britis Sia ti ak aka y aka a aa a ilaya ya ta a k ara Britis

Britis y ra ka Hak Wilaya Asi ga k a a Sia

TERENGGANU
W.L. Conlay dilantik sebagai Ejen British yang pertama di Terengganu tetapi tidak diterima oleh Sultan Zainal Abidin III 22 April 1910, Terengganu bersetuju menandatangani perjanjian dengan Great Britain

Secara rasmi, perlantikan Ejen British diterima tetapi mereka hanya mempunyai kuasa dalam menguruskan hal ehwal luar negeri Terengganu

Tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III menggubal Perelembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu bagi memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu

Tahun 1919, British mendesak Sultan Muhammad II menandatangani perjanjian di Singapura

British melantik J. L. Humphreys sebagai penasihat British di Terengganu

KELANTAN
Melalui Perjanjian Inggeris-siam 1909, kuasa Kelantan telah dipindahkan oleh Siam kepada Kerajaan British James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang pertama di Kelantan pada Julai 1909

Pada tahun 1910, British menguasai hubungan luar negeri Kelantan melalui Perjanjain Inggeris-Kelantan. Perjanjian ini menegakkan hak British untuk melantik seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV

Baginda mesti mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam orang Melayu

KEDAH
Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf perjanjian Bangkok dan enggan menerima penasihat British

British tetap melantik George Maxwell sebagai Penasihat British pada tahun 1910

USAHA TUNKU MAHMUD MENGEKALKAN IDENTITI NEGERI KEDAH

Menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi dan perundangan Surat rasmi tidak perlu ditapis Penggunaan kalendar Hijrah Cuti umum pada hari Jumaat Keutamaan melantik orang Melayu dlam pentadbiran

USAHA GEORGE MAXWELL MENERAPKAN PENGARUH BARAT DALAM PENTADBIRAN KEDAH

Menggunakan Bahasa Inggeris dalam penulisan surat rasmi dan perundangan Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British Penggunaan kalendar Masihi Cuti umum pada hari Ahad Pelantikan pegawai British dalam pentadbiran Kedah

PERLIS
Raja Syed Alwi membantah tindakan Siam menyerahkan negeri Perlis kepada British Kapten Meadowe Frost dilantik sebagai penasihat British

British mengekalkan kuasa dengan menggubal undang-undang serta memperkenalkan jabatan baru

Menguasai Jabatan Kewangan sebagai satu strategi menguasai pentadbiran Perlis

KESAN CAMPURTANGA N BRITISH DI TANAH MELAYU

SOSIAL
Kewujudan masyarakat majmuk Penentangan masyarakat Melayu terhadap orang Inggeris

Sistem pendidikan di tanah melayu tidak seragam dan lebih bersifat perkauman

Menjalankan cara hidup yang berbeza

POLITIK
Kuasa raja dan sultan terhad kepada adat istiadat melayu dan halhal keagamaan sahaja Wujud sistem residen dan penasihat British

British campur tangan dalam adat istiadat melayu

EKONOMI
Sistem ekonomi komersial diperkenalkan

Kegiatan ekonomi yang berbeza bagi setiap kaum

RUJUKAN
Masariah binti Mispari, Johara binti Abdul Wahab, Ridzuan bin Hassan. 2003. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahdi Shuib, Suzani Osman, Sazlina Othman. 2009. Sejarah Malaysia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. http://saku30.tripod.com/sm17.htm http://harunj.blogspot.com/2008/04/negeri-negeri-melayu-tidakbersekutu.html

You might also like