You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PAYONG, 22010 JERTEH, BESUT, TERENGGANU. TEL : 09-6061162 NO.

FAX : 09-6062595

Rujukan Kami Tarikh Kepada : Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu

: SKSP 016-01/01 (5) : 5 Julai 2011

Tuan, Memohon Untuk Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Sekolah Kebangsaan Seri Payong, 22010 Jerteh, Besut, Terengganu akan mengadakan satu Kem UPSR bagi murid tahun 6 selama 3 hari bermula 12-14 Julai 2011. Kesinambungan dari Kem UPSR ini dan jarak lokasi yang berdekatan, kami ingin memohon jasa baik tuan untuk membenarkan kami membawa murid-murid sekolah ini seramai 64 orang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dengan tujuan lawatan sambil belajar. Untuk pengetahuan pihak tuan, kami telah melibatkan sepenuhnya penglibatan keempat-empat guru pelatih yang sedang menjalani Intership di sekolah ini dan lawatan sambil belajar ini adalah dibawah kelolaan sepenuhnya pelajar tersebut sebagai syarat wajib lulus di dalam program tersebut. Butiran program lawatan adalah seperti dibawah untuk perhatian tuan: i. ii. iii. iv. v. Tarikh Tempat : 14 JULAI 2011 : Sekitar kawasan kampus ( Gimansium, Blok Pentadbiran, Perpustakaan Zaaba, Dewan Kuliah, Astaka dan Kafeteria) Masa : 12.00 tengah hari 2.30 petang. Bilangan murid : 64 orang Guru : 8 orang.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon agar pihak tuan mempertimbangkan untuk membenarkan dan meluluskan cadangan kami ini. Kerjasama baik tuan, kami dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN

Saya yang menjalankan tugas, .............................................. ( SAIDI BIN JUSOH ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Payong, 22010 Jerteh, Terengganu.

You might also like