Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
109Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pemilihan Kerjaya Di kalangan bakal Graduan

Pemilihan Kerjaya Di kalangan bakal Graduan

Ratings:

4.78

(9)
|Views: 7,961 |Likes:
Published by abdulhalimramli

More info:

Published by: abdulhalimramli on Sep 26, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/16/2013

pdf

text

original

 
PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN BAKAL GRADUAN: SATU PERBANDINGAN GENDER DI UiTMCAWANGAN JOHORAbdul Halim bin RamliDr. Ahmad bin Che Yaacob
Universiti Teknologi MARA JohorABSTRAKKajian ini membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi dan tahap persediaan awalbakal graduan UiTM Cawangan Johor dalam membuat pemilihan kerjaya bertujuan untukmengenalpasti adakah wujud perbezaan gender dalam persoalan tersebut. Kajian telahmengemukakan soal selidik kepada 200 pelajar meliputi semua kursus dan bahagian.Kajian mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan di antara gender dari aspekfaktor pemilihan kerjaya dan tahap persediaan bakal graduan dalam menempuh alamkerjaya. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan antara genderberhubung dengan faktor nilai material, di mana pelajar perempuan didapati lebihdipengaruhi oleh nilai material berbanding dengan pelajar lelaki. Kajian jugamendapati faktor pensyarah dan kakitangan universiti tidak mempengaruhi pelajardalam pemilihan kerjaya mereka berbanding dengan faktor media massa dan faktor-faktor lain. Kajian juga mendapati nilai keagamaan merupakan faktor yang palingmempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan kerjaya mereka.1. PENDAHULUANPemilihan kerjaya merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang individukerana kerjaya yang dipilih sebanyak sedikit akan menentukan corak peranan yangakan dimainkan oleh seseorang individu dalam masyarakat nanti. Parson (Sidek MohdNoah, 2002) menyatakan bahawa pemilihan kerjaya adalah satu proses yang palingpenting dalam kehidupan seseorang individu apabila seseorang itu mula memikirkanuntuk memasuki dunia pekerjaan yang sebenar. Sehubungan dengan itu, pemilihankerjaya merupakan satu permasalahan terbesar yang sering dikemukakan oleh pelajar.Para pengkaji gelagat kerjaya seperti Holland, Super dan Nowak berpendapatpemilihan kerjaya mestilah selaras dengan keinginan dan minat individu. Pemilihankerjaya yang selaras akan dapat mengurang dan mengelakkan daripada berlakunyapertukaran kerja atau pertukaran bidang pengajian dalam masa yang singkat.Pemilihan kerjaya adalah satu proses berterusan bermula dari persepsi kanak-kanakterhadap pekerjaan sehinggalah ke peringkat sekolah, pengajian tinggi dan dewasaseperti yang dikemukakan oleh Super (Ishamumudin Hj.Ismail, 1997). Bakal Graduanadalah rata-rata berada dalam lingkungan umur 19-24 tahun yang menurut Super masihdalam tahap penerokaan bidang kerjaya. Dalam pemilihan kerjaya banyak faktor yangmenjadi asas pemilihan sesuatu kerjaya di kalangan pelajar atau bakal graduan.Kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menjadi asas pemilihan kerjayadi kalangan bakal graduan dengan melihat sekali sama ada wujud perbezaan genderdalam aspek faktor pemilihan, orentasi kerjaya, bidang, sikap dan minat kerjaya.2. DEFINISI OPERASIONAL2.1. KerjayaMenurut Kamus Dewan Bahasa (1996), kerjaya adalah sebagai satu perjalanan ataukemajuan seseorang dalam satu lapangan kehidupan yang dijadikan bidang profesionalatau pekerjaan pilihan sebagai satu cara untuk mencari nafkah. Gybers (1984) pulamendefinisikan kerjaya sebagai sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk meneruskankehidupan, menyalurkan kemahiran, mempunyai ramai kawan dan untuk memenuhi rasa( Nor Hanita Mohd Shariff, 1997). Tolbert (1994) mendefinisikan kerjaya sebagaisatu rangkaian yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu
 
mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara yanglain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan. Arthur, Hall dan Lawrence ( Osipow danFitzgerld, 1996) mendefinisikan kerjaya sebagai perkembangan babak atau urutanpengalaman kerjaya individu sepanjang masa.2.2. Pemilihan KerjayaPemilihan kerjaya merupakan satu aspek penting dalam kehidupan individu, keranakerjaya yang dipilih sebanyak sedikit akan menentukan corak peranan yang akandiamalkan oleh seseorang individu itu dalam masyarakat nanti. Caplow (1954)menyatakan pemilihan kerjaya merupakan suatu penentu yang penting bagi taraf dankedudukannya dalam masyarakat dan taraf ini mempunyai kesan ke atas nilai hidup,sikap, gaya dan personalitinya. Walaupun terdapat beribu-ribu jenis pekerjaan yangboleh dipilih, tetapi proses pemilihannya adalah amat sukar sekali. Amir Awang(Sidek Mohd Noah, 2002) merumuskan terdapat tiga sebab utama mengapa berlakunyakesukaran membuat pilihan kerjaya di kalangan pelajar:i.Kesukaran membuat keputusan disebabkan seseorang itu mempunyai minat dalampelbagai bidang, minat tidak jelas atau tidak mempunyai minat langsung terhadapapa-apa bidang kerjayaii.Ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan, iaitu pelajar tidak dapatmengagak minat, kebolehan dan personalitinya dengan baik dan kerana itu pilihankerjaya yang dibuat tidak sepadan dengan sifat-sifat peribadinyaiii.Kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang pekerjaan atau kerjaya yangakhirnya menimbulkan masalah identiti.E.G.William ( Osipow dan Fitzgerld, 1996) seorang ahli psikologi Minnesota dalamkajiannya tentang permasalahan pemilihan kerjaya telah membahagikan permasalahankerjaya kepada empat faktor besar, iaitu tidak mempunyai pilihan, pilihan yangtidak pasti, pilihan yang tidak tepat dan percanggahan antara minat dengankeupayaan. Justeru itu, Zunker (1986) menyarankan supaya setiap individu mempunyaicareer planning (rancangan kerjaya). Proses dalam career planning bergantungkepada kemahiran seseorang mempelajari dan menganalisa kemahiran yang wujud dalamdiri sendiri dan mempertingkatkannya melalui program pembelajaran. Ia bergantungkepada bagaimana untuk membangunkan opsyen dan alternatif diri serta membuatkeputusan yang efektif untuk diikuti. Seseorang itu juga harus mengenalpastikeinginan personal dan lain-lain pertimbangan dan bagaimana untukmengintergrasikan keinginan-keinginan tersebut ke dalam rangka kerja. Seseorangitu bukan sahaja membuat rangka kerja tetapi berupaya untuk mengubah rangka kerjatersebut mengikut kemahuannya sendiri dan perubahan suasana jika memerlukan.2.3. Bakal graduanBakal graduan ialah mana-mana pelajar yang mendaftar sebagai pelajar di institusipengajian tinggi yang masih berlajar dan belum menamatkan pengajian mereka sertabelum dianugerahkan sebarang sijil, diploma atau ijazah.2.4. GenderDalam dua dekad yang lalu terdapat banyak kajian yang dilakukan bagi melihat kesangender terhadap perkembangan kerjaya. Teori traditional tentang pemilihan dankesesuaian kerjaya telah dikritik kerana ia bersifat androcentric dan melupakanrealiti kehidupan wanita. Teori baru telah dibangunkan oleh Betz & Fitzgerald,1987, Fassinger, 1985, 1990, dan lain-lain yang boleh digunakan untuk kedua-duajantina. Teori tersebut telah diformulasikan semula bagi menyesuaikannya denganvariables gender. Gender secara jelasnya merupakan salah satu pengaruh yang besardalam gelagat kerjaya (Osipow dan Fitzgerld, 1996). Banyak kajian telah dilakukansama ada di luar negara dan dalam negara mengenai pengaruh gender terhadapkematangan pemilihan kerjaya, antaranya kajian Rathburn (dalam Crites 1978),Crites (1978), Neely (1980), Kammer (1987), Chua Kwee Lan (1995) dan lain-lain.
 
2.5. Teori Pemilihan KerjayaTeori pemilihan kerjaya juga dikenali sebagai teori pendekatan struktur. Teori inimemberikan penekanan kepada proses yang terlibat dalam pemilihan kerjaya yangmempunyai struktur yang amat jelas. Antara teori tersebut ialah teori teorikerjaya Islam, Tret dan Faktor, teori Holland, teori Anne Roe, teori Super danteori Krumboltz, Mitchell dan Gelatt (Sidek Mohd Noah, 2002, Zunker, 1986, Osipow,1973, 1996).3. SOROTAN KAJIAN BERTULIS3.1. Kajian Luar NegaraBanyak kajian telah dijalankan bagi menilai pemilihan kerjaya dengan membuatperbandingan dari segi gender. Kajian McNair dan Brown (1963) mendapati bahawaaspirasi pekerjaan, jangkaan pekerjaan dan kematangan kerjaya signifikan berbezaantara pelajar lelaki dan perempuan berkulit putih dan hitam. Hasil kajian merekajuga menunjukkan bahawa pengaruh status sosio-ekonomi dan konsep kendiri jugasignifikan dengan kematangan kerjaya (Nor Hanita Mohd Shariff, 1997). Hasil kajianRathburn (Crites, 1978) juga menunjukkan bahawa sikap perempuan terhadap kerjayamenjadi matang dengan kadar yang lebih cepat daripada lelaki apabila umur semakinmeningkat. Dalam kajian ini, beliau telah menggunakan Ujian sikap InventoriKematangan Kerjaya di mana kebolehpercayaan alat ukuran tersebut ialah .82.Crites (1978) turut menyatakan bahawa perbezaan sikap kematangan kerjaya dankecekapan memilih kerjaya antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan wujud diawal sekolah menengah. Tahap sikap kematangan kerjaya dan kecekapan memilihkerjaya pelajar-pelajar perempuan bertambah dengan kadar yang lebih cepat daripadalelaki. Kenyataan ini diperkuatkan lagi oleh MacCoby (1969) dan Kifer (1975) yangmembuktikan bahawa memang terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelakidan perempuan dalam perkembangan dan pembentukan sikap mereka (IshammudinHj.Ismail, 1997).Kajian Currie (1982) terhadap pelajar-pelajar di Australia Barat mendapati merekamemilih pekerjaan mengikut kecenderungan stereotaip jantina yang wujud secaratradisi. Pekerjaan utama yang dipilih oleh kaum wanita adalah bidang perguruan,kejururawatan dan terapi manakala pelajar lelaki cenderung memilih bidangperakaunan, kejuruteraan dan sains fizik. Kajian ini menyimpulkan memang wujudperbezaan yang signifikan di antara pemilihan kerjaya lelaki dan wanita. KajianOlive (1973) di New Jersey menunjukkan remaja wanita lebih banyak memilihpekerjaan yang berstatus tinggi jika dibandingkan dengan golongan remaja lelaki.Remaja wanita lebih mementingkan prestij dan status dari remaja lelaki. Sebabutama wujudnya gender-stereotyped work mengikut Schaffer ( Zunker, 1986) adalahsignifikan dipengaruhi oleh sistem pendidikan yang diterima. Pelajar perempuanlebih digalakkan kepada kursus bahasa, ekonomi rumahtangga dan menaip, manakalapelajar lelaki lebih digalakkan kepada kursus matematik dan sains. Dalam kajianyang dibuat pada tahun 1978 di USA, pelajar perempuan yang memasuki programkerjaya lelaki hanya 11% sahaja. Disamping itu, wujudnya perbezaan gender dalampemilihan kerjaya juga disebabkan oleh pengaruh ibubapa. Kajian Moss (1967),M.Lewis dan Freedle (1973) mendapati perbezaan sikap dan layanan ibubapa terhadapanak lelaki dan perempuan pada waktu kecil mempengaruhi pemilihan kerjaya mereka.Kajian Hoffman (1977) di seluruh Amerika mendapati ibubapa menanamkan sifat yangberbeza antara anak lelaki dan perempuan. Anak lelaki ditanamkan sifat bekerjakeras, pintar, jujur, bercita-cita tinggi, agresif, berdikari dan berjaya,manakala anak perempuan ditanamkan sifat menjadi ibu yang baik, perkahwinan yangbahagia, mengasihi dan menarik. Layanan dan sikap yang ditanamkan secara berbezamengikut gender anak telah mempengaruhi pemilihan kerjaya mereka (Rosenwasser,1982).Bagaimanapun terdapat kajian-kajian yang menyanggah dapatan yang telah dihuraikanmengenai perbezaan kematangan kerjaya antara pelajar lelaki dan perempuan.Antaranya kajian Gilliland (1968), Vriend (1969) dan Baird (1969) mendapati tiada

Activity (109)

You've already reviewed this. Edit your review.
Umi Solehah liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Fasihah Yusoff liked this
Nurul Khairiani liked this
Diyana Twins liked this
Pelangi Petang liked this
Nurul Khairiani liked this
Farissha Alluwi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->