SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/3
4.0.2 Litar Akhir
Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik.Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah ;a)Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak melebihi daripada sepatutnya. b)Untuk memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpamengganggu litar lain.c)Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yanglain.
4.0.3Permintaan maksima
Permintaan maksima ialah arus terbesar yang perlu dialirkan ke dalam litar, suis dan alat perlindungan pada sesuatu masa. Ianya boleh di tentukan daripada permintaan aruskeseluruhan bagi semua punca perkakas elektrik dalam litar.
4.0.4Litar akhir bagi soket alur keluar
Ia boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
a)Litar jejari
litar yang di sambungkan kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar yang di hujung sekali.
b)Litar gelang
litar yang di sambungkan kepada beberapa soket alur keluar dan berakhir pada puncamasukannya di papan fius agihan.
c)Sulur
merupakan satu cabang kabel yang di sambungkan pada litar jejari dan litar gelang.
4.0.5Litar akhir lampu
Biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas. Bebanlain juga disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan syarat arus beban penuh kurang daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkandari papan fius agihan akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu.
4.0.6Litar akhir alat pegun
Litar akhir alat pegun(tetap) yang berkadar lebih daripada 3 kW tidak bolehdisambungkan ke soket alur keluar. Ini bermakna litar akhir yang berasingan perludipasang untuk beban tersebut.