You are on page 1of 6

Pengenalan Dutch Lady

Sejak turun temurun Dutch Lady Milk Industries mempunyai komitmen untuk membekalkan produk tenusu dan produk pemakanan bayi yang berkualiti tinggi ke seluruh negara. Kini Dutch Lady adalah antara tiga pengilang produk tenusu yang terunggul di Malaysia.

Generasi demi generasi di Malaysia telah membesar dengan produk-produk tenusu Dutch Lady. Pengguna muda bagi generasi baru hari ini mempunyai banyak pilihan dengan adanya rangkaian produk susu yang meluas untuk keperluan tumbesaran mereka. Dutch Lady 123 dan 456 bukan sahaja diperkaya dengan DHA, tetapi juga boleh didapati dalam perisa vanila, madu dan coklat!

Pada awal operasi, Dutch Lady memulakan perniagaannya sebagai pengilang susu pekat manis. Kini rangkaian produk Dutch Lady Milk Industries semakin meluas dari rumusan bayi dan susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan yogurt. Setiap inovasi produk dalam rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-kanak yang berkembang pesat disokong oleh kaji selidik tempatan dan antarabangsa yang terperinci. Royal FrieslandCampina, iaitu syarikat induk Dutch Lady di Belanda, sentiasa melaburkan dana dalam usaha kaji selidik untuk meningkatkan pemakanan ke tahap yang lebih tinggi.

Rangkaian produk Dutch Lady bukan sahaja setakat produk popular seperti Dutch Lady UHT Milk atau Dutch Lady 123. Antara produk lain yang banyak orang pernah nikmati semasa waktu rehat di tempat kerja atau sebagai pencuci mulut di restauran kegemaran anda termasuklah jus buah-buahan JOY, MooJooz dan Yogurt Rendah Lemak Dutch Lady. Produk seperti Yogurt dan Moojooz melambangkan usaha tekad kami di Dutch Lady untuk sentiasa meningkatkan rangkaian pilihan produk tenusu untuk dinikmati anda seisi keluarga.

Dengan penghasilan produk-produk berkualiti yang dirumuskan khas untuk memenuhi citarasa, Dutch Lady telah menjadi peneraju dan salah satu jenama produk tenusu yang paling dipercayai di seluruh pelosok negara.

Profil Syarikat

Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), peneraju industri tenusu berkualiti Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1963. Ianya juga syarikat tenusu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968. Pemilik utamanya adalah Royal FrieslandCampina NV, suatu syarikat multinasional Belanda dan antara syarikat tenusu terbesar di dunia. Permodalan Nasional Berhad pula adalah pemegang saham kedua terbesar.

Dutch Lady Malaysia mengilang serta memasarkan produk tenusu dan jus buahbuahan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport. Antara produk-produk termasuklah Rumusan Bayi, Susu Untuk Membesar, Susu Tepung, Susu Pekat Manis, Susu UHT, Susu Disteril, Susu Dipasteur, Susu Kultur, Yoghurt dan Minuman Jus Buah-Buahan. Syarikat juga mempunyai pengguna setia yang menyokong produk tenusu jenama Dutch Lady, Frisolac, Friso, Completa, Omela dan Joy.

Syarikat percaya akan pentingnya inovasi produk yang berterusan, suatu hasrat yang disokong penuhnya oleh FrieslandCampina. Dutch Lady Malaysia juga sentiasa memperbaiki kualiti dan nutrisi produk sedia ada secara berterusan untuk memenuhi keperluan pihak pelanggan. Dutch Lady Malaysia adalah syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan Susu Untuk Membesar yang diformulakan khas untuk kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun. Produk ini dipasarkan di Malaysia dengan nama Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123 dan Susu Untuk Membesar Dutch Lady 456.

Selain menyokong industri tempatan dengan penggunaan ramuan tempatan dalam penghasilan produk-produknya, Dutch Lady Malaysia juga adalah penyokong dan pembeli susu segar tempatan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pembelian tersebut adalah hasil kolaborasi Projek Pembangunan Tenusu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan dibantu oleh Kedutaan Belanda.

Dutch Lady Malaysia amat mementingkan mutu produknya dengan memastikan penjagaan kualiti berada di tahap yang optimum. Ini terbukti dengan penganugerahan pensijilan ISO 9001 kepada premis syarikat sejak tahun 1995. Syarikat juga mengamalkan keselamatan penghasilan produk dengan aplikasi HACCP di dalam premis pembuatannya. Malah, penjagaan alam sekitar dan keselamatan pekerja turut dititikberatkan apabila dianugerahkan sijil ISO 14001 dan OHSAS 18001. Kesemua produk tenusu yang dihasilkan syarikat telah mendapat pengesahan halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Dutch Lady Malaysia memperoleh hasil pendapatan tahunan sebanyak RM692 juta pada tahun 2009. Syarikat ini beroperasi di Petaling Jaya dan mempunyai 600 orang pekerja. Kini, Dutch Lady Malaysia menerajui pasaran untuk produk tenusu seperti Susu UHT, Susu Steril, dan Susu Untuk Membesar.

Selain dairpada Dutch Lady Malaysia, FrieslandCampina mempunyai tiga syarikat lain yang beroperasi di Malaysia. Syarikat tersebut didaftarkan dengan nama FrieslandCampina Business Development Unit, CPI Sdn Bhd, yang berfungsi sebagai ibu pejabat Operasi Nasional, Syarikat FrieslandCampina Service Centre Asia Pacific Sdn Bhd, yang berstatus MSC dan Syarikat FrieslandCampina Domo Asia, yang menjalankan perniagaan jualan bahan ramuan.

Wawasan Dutch Lady

Wawasan korporat Dutch Lady Milk Industries Berhad ialah untuk menjadi syarikat tenusu terbaik di Malaysia melalui produk-produk dan tawaran cemerlang kepada para pengguna, pelanggan perdagangan, pemegang saham dan pekerja.

Misi Syarikat

Helping Malaysians move forward in life with trusted dairy nutrition.

Pencapaian Produk A) Kategori kanak-kanak membesar: DL Langkah 1-2, Susu Untuk Membesar 123 DL/456DL/6+DL, Frisolac Gold 1-4 B) Kategori Keluarga: Yogurt Rendah lemak DL, Susu UHT DL Kid & School, Susu Steril DL, Susu Pasteur DL, Susu Penuh Krim DL, Joy Juice C) Kategori Golongan Pemuda: DL Shine

Kisah Kejayaan: PIAWAIAN DAN PENCAPAIAN SYARIKAT

Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah pemenang Anugerah Produktiviti Tahun 2004 yang telah diiktirafkan oleh Nasional Productivity Corporation (NPC) dalam kategori syarikat-syarikat yang mempunyai pulangan RM 100 juta keatas. Anugerah ini diberikan dengan objektif untuk menghargai syarikat yang cemerlang dalam pengurusan & peningkatan tahap produtiviti, dan juga untuk meningkatkan saingan dalam industri dan akhir sekali bagi menyedarkan semua akan kepentingan untuk memperbaiki

produktiviti syarikat bagi menyumbang terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia. Pada tahun 2003, Dutch Lady Milk Industries Berhad memperoleh sijil pengiktirafan di bawah piawai ISO 9001 yang baru. ISO 9001 bukan saja membantu piawaian sistem kualiti dalam syarikat, malah digunakan sebagai jaminan tambahan untuk meyakinkan para pelanggan kami tentang sistem ketat yang diamalkan dalam penghasilan produk berkualiti untuk mereka.

Kesimpulan Kejayaan Dutch Lady adalah kerana ia sentiasa mengutamakan para pengguna dalam memenuhi keperluan pemakanan mereka - satu fokus yang mengilhamkan syarikat kami untuk menghasilkan produk-produk berkhasiat yang memenuhi keperluan pemakanan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan umur.

Rujukan

1) Utusan Online. Dutch Lady Menang Produk Susu Pengguna Terbaik. 2010. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysi a&sec=Korporat&pg=ko_11.htm 2) Dutch Lady. Jenama dan Produk. http://www.dutchlady.com.my/bm/home.asp?page=brand&subpage=view&Category NameShort=category&SubCategoryID=2&ProductID=5 3) Elizabeth Looi. Thestar online, Products Safe. 2008. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/23/nation/20080923135425&sec=n ation

You might also like