You are on page 1of 4

Pembelajaran secara koperatif dan berasaskan projek

Pembelajaran merupakan satu proses yang dialami oleh setiap orang untuk mempelajari sesuatu barang. Terdapat banyak jenis pembelajaran yang boleh diguna untuk mempelajari sesuatu barang, dan antaranya ialah pembelajaran secara kooperatif dan pembelajaran berasaskan projek. Sekarang, mari kita bincangkan kegunaan kedua-dua jenis pembelajaran tersebut dalam KBSR sains sekolah rendah tahun 3. Pembelajaran secara koperatif sesuai digunakan dalam beberapa topik dalam KBSR sains tahun 3, bidang Belajar tentang benda hidup, topik pertama binatang, murid-murid perlu diajar untuk mengelaskan haiwan mengikut ciri-ciri tersendiri. Guru boleh menjalankan pembelajaran secara kooperatif TGT (team games tournament). Sebagai permulaan, guru boleh memberi satu ujian untuk menentukan kebolehan murid-murid. Selepas itu, guru memecahkan murid-murid mengikut kebolehan dan diberi sedikit bimbingan. Murid-murid kemudian diberi peluang untuk menjalankan pembelajaran secara koperatif dan satu permainan akademik disediakan untuk menguji peningkatan prestasi murid selepas itu. Kumpulan yang mempunyai peningkatan prestasi yang paing tinggi dikira menang dan diberi hadiah atau ganjaran. Ini dapat melatih murid-murid untuk membantu kawan yang lebih lemah dalam sesuatu topik. Selain itu, pembelajaran secara koperatif juga sesuai digunakan dalam bidang belajar tentang alam sekeliling kita, topik tanah (soil). Dalam topik ini, murid-murid perlu mengetahui tentang pengaliran air melalui beberapa jenis tanah yang berbeza. Pembelajaran secara koperatif yang berbentuk jigsaw boleh digunakan untuk mengajar murid-murid. Untuk bermula, guru memecahkan murid-murid kepada 5 kumpulan. Selepas itu, setiap kumpulan memilih pakar untuk setiap jenis tanah yang dikaji. Semua pakar yang sama jenis tanah akan berkumpul dan membincang supaya mendapatkan satu gambar yang jelas dan balik mengajar kawan-kawan sekumpulan. Tujuan melaksanakan pembelajaran koperatif ialah melibatkan semua murid dalam

perbincangan. Ini dapat membantu murid-murid lebih memahami topic tersebut.

Pembelajaran berasaskan projek jugalah salah satu jenis pembelajaran yang sesuai diguna dalam KBSR sains. Contohnya dalam bidang belajar tentang alam

sekeliling kita, topik magnet. Murid-murid dikehendaki untuk memaham ciri-ciri magnet. Untuk membantu mereka belajar dengan lebih berkesan, guru boleh memberi peluang kepada murid-murid untuk menjalankan eksperimen. Guru menyediakan magnetmagnet sebelum eksperimen dijalankan. Setiap orang murid akan diberi satu magnet dan beberapa jenis bahan untuk dicuba. Selepas itu, murid-murid akan mencatatkan pendapatan mereka pada kertas. Guru akan bincang dengan murid tentang keputusan dan membimbing mereka untuk memahami topik tersebut. Dengan ini, guru dapat memupuk minat untuk meneroka sesuatu bahan dalam murid-murid. Dalam bidang yang sama, topik penyerapan juga sesuai diajar dengan pendekatan pembelajaran berasaskan projek. Salah satu kehendak topik tersebut ialah untuk mengkaji jenis-jenis bahan yang boleh menyerap air. Guru boleh menjalankan kaedah pembelajaran berdasarkan projek dalam 2 cara: pertama, guru boleh minta murid-murid balik rumah untuk mencuba semua jenis bahan yang boleh cuba dan catatkan jenis-jenis bahan yang menyerap air. Kedua, guru boleh menyediakan beberapa jenis bahan seperti plastik, besi dan kain dan biar murid mengkaji jenis bahan apa yang boleh menyerap air. Selepas mendapatkan keputusan, maka murid-murid dikehendaki untuk membentangkan keputusan mereka dan guru berperanan sebagai pembimbing sahaja. Inilah dua contoh di mana pembelajaran berdasarkan projek sesuai dijalankan. Pendekatan ini dapat membantu guru untuk melatih murid-murid untuk berkongsi maklumat dan belajar bersama. Kedua-dua jenis pendekatan tersebut merupakan pendekatan yang amat berkesan dan guru perlu menggunakannya untuk meningkatkan kefahaman muridmurid dalam sains.

Perbandingan antara Pembelajaran secara koperatif dan pembelajaran berasaskan projek


Pembelajaran Secara Koperatif Perbincangan Tidak semestinya melibatkan persoalan Dijalankan dalam kumpulan Penjalanan Perbezaan Pendekatan Persoalan Pembelajaran berdasarkan projek Aktiviti hands on Melibatkan persoalan untuk diselesai oleh murid-murid Dijalankan dalam kumpulan ataupun berseorangan Murid-murid berupaya untuk belajar dalam kumpulan Persamaan Berpusatkan kepada murid Guru sebagai pembimbing atau fasilitator Lebih berkesan / Ingatan jangka panjang Memerlukan jangka masa yang lebih panjang Sesuai dijalankan pada murid yang lebih berkebolehan Matlamat Murid-murid berupaya untuk menyerpurnakan projek

Rujukan
Cooperative Learning. (2011, Jun 14). Retrieved Julai 29, 2011, from Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Cooperative_learning Project Based Learning. (2011, Jun 21). Retrieved Ogos 2, 2011, from Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Project-based_learning Putnam,Joyce (1997). Cooperative Learning in Diverse Classroom Upper Saddle River,N.J.: Merrill.

Murray, C, & Peterson, K. (2005). The Effect of Cooperation and Team Learning on Attitudes Toward Science of High School Physics Students. American Educational Research Journal, 25, 593-614.

Khairiyah Mohd.Yusof and Mimi Haryani Hassim (2003). Cooperative Learning In Process Dynamics & Control Course For Undergraduate Chemical Engineering Students.UTM Skudai: 7th Triennial AEESEAP Conference Proceedings.

Johnson, D.W. & Johnson, R.T. 1994. Learning together and alone: cooperative, competitive, and individualistic learning. Boston: Allyn and Bacon.

Sharan, S. 1980. Cooperative learning in small group: recent methods and effects on achievement, attitudes and ethic relations. Review of Education Research 50(2): 241271

You might also like