You are on page 1of 22

KAJIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011

TAJUK: Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti Penduduk Di Sekitar Medan Jaya, Bintulu, Sarawak
NAMA: Easter Mellanie Awi Ak. Thadius TINGKATAN: 1D NO. KAD PENGENALAN: 980319-13-6142 GURU PENILAI: Cikgu Nuraini Che Jamil

Tajuk Kajian: Pengaruh Bentuk Muka Bumi


Terhadap Aktiviti Penduduk Di Sekitar Medan Jaya, Bintulu, Sarawak
Saya Easter Mellanie Awi telah diarahkan oleh guru geografi untuk membuat satu kajian geografi tempatan. Kajian dibuat supaya saya dapat mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran geografi yang telah dipelajari dalam kehidupan harian. Saya telah memilih tajuk Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti Penduduk Di Sekitar Medan Jaya, Bintulu, Sarawak.

Tajuk
Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Muka Surat

Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya atas sokongan moral dan kewangan yang telah diberikan sehingga saya dapat menjalankan dan menyempurnakan kajian ini.Tidak ketinggalan kepada guru geografi saya, Cikgu Nuraini Che Jamil atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Tuan Pengetua sekolah kerana telah memberikan keizinan kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan dalam kajian ini. Akhir sekali, kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi membantu saya mencari, mengumpul serta bertukar-tukar maklumat.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga.

Saya pelajar Tingkatan 1D di Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu, Bintulu, Sarawak. Saya dan rakan-rakan menjalankan kajian tentang Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti Penduduk Di Sekitar Medan Jaya, Bintulu, Sarawak.

Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi objektif berikut: 1. 2. Mengenal pasti bentuk muka bumi di sekitar Medan Jaya. Mengetahui aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi di sekitar Medan Jaya.

Kawasan kajian saya ialah Medan Jaya yang terletak di Bintulu, Sarawak. Medan Jaya berada di arah Timur Laut dari Bandar Lama Bintulu. Jaraknya kira-kira 1 km dari sekolah saya. Rujuk Peta 1 untuk melihat kedudukan Medan Jaya di dalam peta berikut.

Peta 1: Kedudukan Medan Jaya di Bintulu, Sarawak

Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat iaitu:

 Temubual
Saya bersama rakan sekumpulan telah menemu bual tujuh orang responden yang menetap di sekitar Bandar Medan Jaya.

 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian dan membuat catatan. Perkara yang saya perhatikan adalah aktiviti penduduk yang ada kaitan dengan bentuk muka bumi.

 Rujukan
Saya merujuk buku-buku dan risalah di perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam untuk mendapatkan maklumat tambahan.

 Soal selidik
Saya menggunakan soalan-soalan berkaitan dengan perkara yang hendak dikaji.

Malaysia terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi. Antaranya ialah tanah pamah, tanah tinggi, dan pinggir laut. Setiap bentuk muka bumi akan membawa kesan kepada kegiatan dan aktiviti penduduk di kawasan sekitarnya seperti aktiviti pembangunan, aktiviti harian serta aktiviti ekonomi penduduk.

Dalam kajian ini, kawasan kajian adalah di sekitar Bandar Medan Jaya yang terletak di daerah Bintulu, Sarawak. Medan Jaya mempunyai ketinggian lebih 15 meter dari aras laut. Bentuk muka bumi yang terdapat di Bandar Medan Jaya ialah kawasan tanah pamah yang beralun. Di sebelah Timur Laut Medan Jaya terdapat kawasan pinggir laut yang terdiri daripada kawasan berbukit. Terdapat pelbagai kegiatan dan aktiviti menusia yang dilakukan di sekitar Bandar Medan Jaya. Aktiviti-aktiviti yang berlaku dipengaruhi oleh bentuk muka bumi di sekitar Bandar Medan Jaya. Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan pusat pentadbiran untuk memudahkan urusan penduduk di sekitarnya. Terdapat beberapa pusat pentadbiran seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Bumiputra Commerce , Tabung Haji, Pusat Pembayaran Cukai dan sebagainya. Ini menyenangkan serta memudahkan urusan harian penduduk di kawasan sekitar dengan tidak perlu lagi ke Bandar Lama Bintulu yang terletak agak jauh dari kawasan Medan Jaya. Selain itu juga kawasan tanah pamah juga sesuai untuk kawasan penempatan. Terdapat beberapa penempatan di sekitar Bandar Medan Jaya seperti Taman Li Hua, Taman Kemena Raya, Taman Jasmine dan Taman CF yang dibina untuk keselesaan penduduk. Aktiviti ekonomi seperti perniagaan turut dijalankan di sekitar kawasan tanah pamah oleh penduduk. Terdapat deretan rumah kedai yang dibina untuk aktiviti perniagaan. Antaranya ialah pusat membeli belah, kedai buku, kedai telekomunikasi, Kentucky Fried Chicken(KFC), kedai servis kenderaan serta pelbagai lagi. Sebagai tambahan, kemudahan seperti stesen minyak SHELL dan terminal bas turut dibina di kawasan tanah pamah untuk kemudahan penduduk. Jadual 1 menunjukkan jenis-jenis perniagaan yang terdapat di sekitar Bandar Medan Jaya. Dalam pada itu juga, kawasan tanah pamah beralun juga sesuai untuk aktiviti pertanian. Tanah yang berbukit dan beralun amat sesuai dan subur untuk pelbagai tanaman seperti kelapa sawit, nanas dan pokok buah-buahan seperti mangga. Tanah beralun di kawasan Medan Jaya juga telah dibangunkan oleh Universiti Putra Malaysia untuk penanaman kelapa sawit. Kesan daripada penanaman kelapa sawit ialah dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Bandar Medan Jaya sekaligus membantu meningkatkan pendapatan penduduk.

JENIS-JENIS PERNIAGAAN DI BANDAR MEDAN JAYA, BINTULU,SARAWAK

Jenis kedai Kedai Makan Kedai Runcit Kedai Kasut Kedai Perabot Kedai Basikal Kedai Alat Elektrik Kedai Pakaian Kedai Buku Kedai Alatan Memancing Kedai Gambar Kedai Roti & Kek Kedai Gunting Rambut Kedai Getah

Bilangan (buah) 15 12 5 3 3 3 7 5 2 3 4 4 3

Jumlah Jadual 1

69

GRAF BAR MUDAH


(GUNA KERTAS GRAF UNTUK MEMBUAT |JENIS-JENIS PERNIAGAAN DI BANDAR MEDAN JAYA)

BERDASARKAN GRAF:
1. Bilangan kedai yang paling banyak terdapat di Bandar Medan Jaya ialah kedai makan sebanyak 15 buah. Kedai makan terdiri daripada kedai makan Melayu dan Cina. 2. Bilangan kedai yang paling sedikit ialah kedai alatan memancing. 3. Jumlah kedai yang terdapat di Bandar Medan Jaya ialah 69.

Berdasarkan kajian ini, saya dapat melihat pengaruh bentuk muka bumi dengan aktiviti penduduk di sekitar Bandar Medan Jaya. Kegiatan perniagaan merupakan paling banyak dijalankan di kawasan ini. Bentuk muka bumi jenis tanah pamah membolehkan banyak premis perniagaan seperti rumah kedai dibina untuk kegiatan penduduk. Sistem perhubungan yang baik seperti jalan raya dapat menghubungkan kawasan Bandar Medan Jaya dengan kawasan-kawasan yang lain. Ini menggalakkan lagi aktiviti perniagaan di kawasan Bandar Medan Jaya.

lekatkan (borang temu bual)

y Ismail Ahmad.1989.Geografi Tingkatan 1 KBSM. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. y Rapeah Bt Ahmed & Khalijah Bt Maimom & Aziah Bt Ismail & Foo Ho Loke.2002. Geografi Tingkatan 1. Arus Intelek Sdn Bhd. Kuala Lumpur. y http://atiesyamil.blogspot.com/2007/03/bentukmukabumi.html y www.scribd.com/doc/55797621/-KAJIAN-GEOGRAFITEMPATAN

You might also like