You are on page 1of 7

Tepro perkembangan sosio emosi..

sigmund freud

Menurut Freud, apa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya. Pengalaman yang berkait rapat dengan trauma dan konflik pada peringkat awal kanak-kanak akan memberikan kesan jangka masa panjang. Freud berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya

Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson Menurut Erikson, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada tahap sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan kanakkanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.

Jenis2 emosi

Perasaan takut
perasaan takut yang keterlaluan dan perasaan takut pasa semua situasi akan menimbulakn masalah dalam kehidupan manusia. Perasaan takut pada kanak -kanak jika dibiarkan berterusan akan member kesan negative kepada kehidupan kanak-kanak tersebut sehingga dia dewasa.

Tanda-tanda wujudnya perasaan takut di kalangan kanak-kanak.


y

Sukar memberi tumpuan. Contohnya,kanak-kanak yang mempunyai masalah takut akan mempunyai masalah untuk menyiapkan kerja sekolah atau sukar untuk memberi tumpuan apa yang diajar oleh guru. Perubahan dalam melakukan aktivtiti yang normal. Mereka mungkin akan menjadi terlalu aktif, hiperaktif atau menjadi terlalu lemah. Perubahan dalam tabiat makan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah takut ini akan kurang selera makan atau tidak mahu makan langsung. Regrasi. Kanak-kanak ini menunjukkan tingkah laku di luar dari kebiasaan. Contohnya, mula kencing malam atau kembali menggigit jari.

y y

Apa yang boleh dilakukan bagi membantu kanak-kanak ini? Melatih anak menyelesaikan masalah dengan baik tanpa perlu bergantung pada orang lain kecuali jika betul betul tidak berkemampuan. Jangan menggunakan kekerasan bagi mengatasi perasaan takut pada kanak -kanak. Bagaiman ibubapa atau pendidik respon kepada perasaan takut kanak-kanak tersebut akan menentukan samaada perasaan takut itu akan berterusan tau dapat diatasi. Cuba fahami kenapa wujudnya perasaan takut dan cuba beri sokongan kepada kanak-kanak tersebut. Beritahu kepada kanak-kanak tersebut bahawa tidak salah untuk mempunyai perasaan takut. Jelaskan kepada mereka bahawa orang dewasa juga mempunyai perasaan takut dalam keadaan tertentu. Pada masa yang sama beritahu kanak-akank tersebut bahawa terdapat cara-cara tertentu yang boleh diamabil bagi mengatasi perasaan takut. Galakkan kanak-kanak maluahkan perasaannya. Galakkan kanak-kanak terebut untuk bercakap atau bercerita tentang perasaan takut yang dialaminya. Sebagai orang yang lebih dewasa, tunjukkan kesediaan untuk mendengar kepada mereka. Ajar kanak-kanak tersebut untuk bercakap hal-hal yang positif tentang dirinya. Contohnya saya tidak takut, tidak apa-apa di ini yang boleh mencederakan saya

Elakkan melakukan aktiviti yang boleh menakutkan kanak-kanak tersebut. Contohnya, elakkan daripada menonton cerita seram atau membacakan buku cerita yang seram kepada mereka. angan terlalu mengawal pergerakkan anak-anak. Sepatutnya kanak-kanak perlu dibiarkan bersendirian pada sesetengah keadaan untuk derianya secara sendiri tanpa bantuan sesiapa. Birakan dia melompat, bermain, memanjat selagi tidak membahayakan dirinya sendiri. Berikan pujian atau anjaran apabila kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku tidak takut yang diingini. Beri pujian apabila anak anda cuba melakukan sesuatu perkara yang baru atau bila dia menunjukkan sikap bertanggungjawab dan berdikari.

Langkah-langkah lain yang boleh diambil bagi mengatsi perasaan takut di kalangan kanak-kanak
y

Mengajar kemahiran relaksasi: kemahiran relaksasi akan dapat mengurangkan perasaan tertekan kerana takut. Terdapat berbagai teknik relaksasi yang boleh digunakan untuk diajarkan kepada kanak-kanak. Antaranya ialah melatih kanak-kanak menggunakan imaginasinya supaya berfikir secara positif. Contohnya, membayangkan situasi bermain ditepi pantai atau di kolam renang dan sebagainya. Perdengarkan muzik kepada kanak-kanak tersebut apabila timbul perasaan takut. Libatkan kanak-kanak tersebut dalam pelbagai aktiviti atau permainan. Minta bantuan nasihat dari orang yang lebih professional jika perasaan takut tersebut berterusan.

y y y

( sumber : Mahani Razali, Mahizer Hamzah, Nor Junaidah Mohd Isa (2009). Memahami Tingkahlaku Kanak-Kanak. YCR Distributors Sdn. Bhd. Selangor.)

Perasaan malu

Malu dan kesan kepada kanak-kanak


Malu boleh didefiniikan sebagai menunjukkan persaan takut atau menarik diri daripada situasi social samada semasa berda di rumah atau berada di sekolah. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan wujudnya perasaan malu di kalangan kanakkanak. Masalah malu di kalangan kanak akan mula dapat dilihat terutamanya apabila umur kanak-kanak tersebut mencecah tiga tahun. Persaan malu sekiranya tidak diberi perhatian oleh ibubapa, penjaga atau pendidik akan menjejaskan kehidupan masa depan kanak-kanak. Misalnya mereka akan mengalami malasah dalam pembentukan self-esteem yang positif dan kurang keyakinan diri. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar mndapat kawan dan akan menjadi terasing

Faktor-faktor yang mendorong kanak-kanak menjadi pemalu


y

Faktor baka iaitu mewarisi sifat ibubapa. Asuhan atau didikan yang tidak konsisten yang diterima daripada ibubapa/penjaga. Terlalu banyak kritikan atau ugutan yang diterima daripada ahli keluarga, penjaga atau guru. Kurang perhatian daripada ibubapa/penjaga. Kurang pendedahan kepada situasi sosial. Ibubapa/penjaga yang terlalu mengawal pergerakan/tingkahlaku anak -anak.

Kesan negatif sikap malu

Sukar untuk berkawan dan mengekalkan persahabatan. Sukar untuk menjadi asertif menyebabkan mudah dibuli oleh orang lain. Diasingkan oleh rakan-rakan. Sukar menguasai kemahiran komunikasi. Sukar menyatakan emosi kepada orang lain.

( sumber : Mahani Razali, Mahizer Hamzah, Nor Junaidah Mohd Isa (2009). Memahami Tingkahlaku Kanak-Kanak. YCR Distributors Sdn. Bhd. Selangor.)

Emosi. Emosi berasal daripada perkatan greek iaitu emovere yang membawa mksud untuk keluar. Satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memb eri makna kepada dirinya. Ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai ransangan kepada perasaan esmosi. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat : -emosi melibatkan perasaan, gerak hati , tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. -datang dalam pelbagai bentuk emosi gembira, sedih, takut, marah dan lainlain. -tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif sprti gembira, teruja dan semosi negatif seperti marah. Sedih, kecewa dan lain-lain

-Emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (lefrancois, 2001). -santock ( 1998), medifinisikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu ganbungan ransangan fisiologi ( physiological arousal) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum

Emosi boleh diklasifikasikan kepda 2 kategori iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi negatif terdiri daripada emosi yang mempunyai nada negatif seperti cemas, marah, sedih, rasa bersalah, dan sebaginya. Kanak-kanak boleh dikatakan boleh mengalami kedua-dua jenis emosi serentak.

(http://www.slideshare.net/syafie90/pringkat-pringkat-perkembangan-kanakkanak-dan-teoriteoriperkembangan-yang-berkaitan)

Masalah penderaan kanak-kanak semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan daripada 2,279 kes pada tahun 2007 kepada 2,780 kes tahun lalu. Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk empat bulan pertama tahun ini mendapati sebanyak 819 kes jenayah itu dilaporkan atau purata tujuh kes sehari.
http://berita-harian-online.com/penderaan-kanak-kanak/ http://www.scribd.com/doc/16051322/Teori-Kecerdasan-Pelbagai-Gardner-dan-TeoriKecerdasan-Emosi-Goleman

Kenali Emosi Kanak-kanak : Jenis emosi/perasaan & Implikasinya.......


Gembira:- Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Marah :- Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian. Takut :- Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman. Sedih :- Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.

Geli:- Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak 'terkena' apa yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu. Cemas:- Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik. Malu:- Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan.Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri. Rasa bersalah:- Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap 'keluar' dari 'standard' tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu lain. Rasa bangga:- Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati / dihargai oleh orang lain atau bila dia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

You might also like