You are on page 1of 11

1

SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


PENILAIAN TINGKATAN TIGA NEGERI SEMBILAN 2008

BAHASA MELAYU
PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

02©2008 Hak Cipta PPD Tampin SULIT


2

JAWAPAN

Bahasa Melayu Kertas 1[02/1]

1. A 21. D
2. D 22. C
3. D 23. C
4. C 24. B
5. C 25. A
6. A 26. B
7. C 27. C
8. D 28. C
9. C 29. D
10. A 30. B
11. A 31. C
12. D 32. A
13. A 33. D
14. B 34. B
15. A 35. D
16. C 36. B
17. A 37. A
18. B 38. C
19. B 39. B
20. A 40. D

02©2008 Hak Cipta PPD Tampin SULIT


3

Bahasa Melayu Kertas 2 [02/2]


Bahagian A

Bahagian A(i) : 20 markah

Panduan
o Penandaan bahasa adalah mengikut cara penandaan karangan
o Bahasa dinilai secara impression
o Pemeringkatan markah berdasarkan panduan di bawah:

Markah Bahasa (10 markah)

Markah 9 – 10 6 – 8 3– 5 1 – 2
Cemerlang Baik Memuaskan Penguasaan Minimum
Bahasa - baik dan lancar Bahasa - baik dan lancar Bahasa - kurang lancar - Keseluruhan jawapan
Huraian Ayat - gramatis Ayat - masih gramatis Ayat/ - terdapat menggambarkan
Diksi - tepat Diksi - agak terhad ejaan / kesalahan yang penguasaan bahasa yang
Penanda wacana - sesuai Penanda wacana – masih sesuai tanda ketara lemah
Ejaan tanda baca betul Terdapat kesalahan ejaan dan baca - Menyalin terus daripada
Mampu menggunakan tanda baca yang minimum Menyalin ayat daripada petikan
ayat sendiri petikan asal secara terpilih

Markah Isi (10 markah)

Bilangan Isi 5 4 3 2 1
Markah 9 - 10 7-8 5-6 3-4 1-2

Cadangan isi:

Soalan Bahagian A(i) – Ringkasan

1 Kelalaian ibu bapa dalam mendidik anak-anak.


2 Ibu bapa masa kini terlalu rakus mengejar kebendaan.
3 Pemikiran ibu bapa yang songsang dengan menganggap menjaga anak cukup sekadar
memenuhi keperluan hidup.
4 Anak-anak tidak menghayati agama dengan kukuh.
5 Pengaruh media elektronik yang berleluasa.
6 Rasa ingin mencuba/tahu yang tinggi.
7 Lambakan rancangan televisyen yang berunsur negatif /ganas.
8 Salah memilih rakan menyebabkan remaja terpengaruh.
9 Remaja itu sendiri lemah jati diri.
10 Kepincangan institusi keluarga.

02©2008 Hak Cipta PPD Tampin SULIT


4

Bahagian A (ii) : Soalan Pemahaman

Soalan 1: (2 markah)
Maksud frasa di atas ialah. …ghairah/gelojoh mencari kemewahan/kekayaan/harta

• Beri 2 markah jika maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis.
• Beri 1 markah jika maksud tepat tetapi ayat tidak lengkap.
• Beri 1 markah jika maksud kurang tepat mengikut konteks.
• Beri 1 markah jika hanya memberikan sebahagian maksud rangkai kata.

Soalan 2: (4 markah)
- keciciran dalam pelajaran
- rosak akhlak
- terjejas masa hadapan
- menimbulkan perasaan takut dalam kalangan masyarakat
- menggagalkan usaha melahirkan modal insan
- negara kehilangan pemimpin masa hadapan

[…mana-mana empat isi – maksimum 4 markah]


• Beri 4 markah jika isi cukup dan ayat gramatis
• Beri 3 markah jika isi cukup tetapi ayat kurang gramatis
• Beri 2 markah jika tidak cukup tetapi ayat gramatis
• Beri 1 markah jika isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis

Soalan 3: (4 markah)
- ibu bapa perlu insaf dan sedar peri pentingnya mendidik anak-anak dengan sempurna…
- Ibu bapa perlu menseimbangkan antara pencarian kekayaan dengan keperluan anak-anak/
tidak terlalu mengejar kebendaan…
- Memperbetul salah tanggap/ fikiran songsang terhadap keperluan sebenar zahir dan batin
anak-anak
- Memberi pendidikan agama yang cukup lagi kukuh
- Mengawal penggunaan/ kemudahan media elektronik kepada anak-anak
- Membimbing naluri ingin tahu/mencuba anak agar terarah/ positif
- Memilih dan mengawal rancangan/program televisyen yang sesuai lagi berfaedah
- Mengenal pasti dan membantu anak-anak memilih rakan yang baik/sesuai
- Membina dan memupuk jati diri yang kukuh pada anak-anak
- Membina iklim keluarga bahagia yang kondusif

[…mana-mana empat isi – maksimum 4 markah]


• Beri 4 markah jika isi sesuai dan ayat gramatis
• Beri 3 markah jika isi sesuai tetapi ayat kurang gramatis
• Beri 2 markah jika tidak sesuai tetapi ayat gramatis
• Beri 1 markah jika isi kurang sesuai dan ayat kurang gramatis
• Beri 0 markah jika isi tidak sesuai dan ayat tidak gramatis

02©2008 Hak Cipta PPD Tampin SULIT


5

Bahagian B: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

(20 markah)

Peringkat Pencapaian Deskripsi


Cemerlang - Penggunaan kata dan ayat gramatis.
A - 16-20 - Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
- Penggunaan ejaan dan tanda baca betul.
A1 – 18 – 20 - Terdapat kesalahan yang kecil dalam penggunaan kata.
A2 – 16 – 17 - Idea tepat berdasarkan tugasan.
- Huraian isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
kesimpulan sesuai serta berkembang.
- Pengolahan menarik dan berkesan.
Baik - Penggunaan kosa kata tepat.
B – 11 -15 - Terdapat kesalahan yang kecil dalam penggunaan kata, frasa
dan ayat.
B1 – 13 –15 - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang kecil
B2 – 11 –12 - Idea masih tepat berdasarkan bahan.
- Huraian isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
kesimpulan kurang dikembangkan.
- Pengolahan menarik.

Memuaskan - Penggunaan kosa kata terhad.


C – 06 -10 - Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata,
frasa dan ayat.
C1 – 08 – 10 - Kesalahan ejaan dan tanda baca ketara.
C2 – 06 – 07 - Idea kurang tepat berdasarkan bahan.
- Huraian isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
kesimpulan terhad.
- Pengolahan tidak menarik
Penguasaan Minimum - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan
01 -05 bahasa yang tidak cekap.
- Isi kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.

Cadangan isi:
Kepentingan mengisi masa lapang dengan berfaedah.
1. Melalui aktiviti riadah dapat menyihatkan badan dan otak menjadi lebih cergas.
2. Melalui aktiviti membaca dan melayari internert dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dan dapat juga hiburan
3. Belajar berdikari dan dapat pengalaman baru melalui aktiviti perkhemahan
4. Berkelah bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
5. Dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial
6. Dapat meningkatkan kemahiran
7. Dapat menambah kenalan baru dan mengeratkan hubungan sesama rakan.

02©2008 Hak Cipta PPD Tampin SULIT


6

Bahagian C: Karangan Respons Terbuka

(40 markah)

Garis panduan pemeriksaan:


a) Pemeriksaan dijalankan secara IMPRESSION
b) Isi : Dikehendaki minimum tiga isi.

Langkah-langkah pemeriksaan:
a) Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali terlebih dahulu untuk mendapatkan
kesan atau impression daripadanya. Perkara yang perlu diperhatikan semasa pemeriksaan
ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevanan idea dan pengolahan. Kemudian,
nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berkenaan berdasarkan kriteria penskoran yang
disediakan.
b) Baca karangan sekali lagi untuk pertimbangan yang muktamad. Sambil membaca,
tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi / fakta seperti yang
berikut:

_________ Kesalahan bahasa, perkataan dan frasa


/ Kesalahan ejaan

// Kesalahan ejaan yang berulang

Kesalahan tanda baca

( ) Kesalahan isi / fakta

02©2008 Hak Cipta PPD Tampin SULIT


7

Kriteria Penskoran

Peringkat Pencapaian Deskripsi


Cemerlang - Penggunaan kata tunggal dan pelbagai kata terbitan (kata
A - 28-40 berimbuhan) gramatis.
- Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan
yang minimum.
A1 – 34 – 40 - Penggunaan ejaan dan tanda baca betul.
A2 – 28 – 33 - Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
- Idea relevan dengan huraian yang jelas berserta contoh yang sesuai.
- Pengolahan menarik serta berkesan, pemerengganan sesuai dan format
menepati kehendak tugasan.
- Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun,
cogan kata dan frasa yang menarik.
Baik - Penggunaan kata tunggal dan kata terbitan (kata berimbuhan)
B – 20 -27 gramatis.
- Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan
yang minimum.
B1 – 24 –27 - Penggunaan ejaan dan tanda baca betul.
B2 – 20 –23 - Penggunaan kosa kata luas.
- Idea relevan, huraian jelas berserta dengan contoh.
- Pengolahan menarik, pemerengganan sesuai dan format menepati
kehendak tugasan.
- Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun,
cogan kata dan frasa yang menarik.

Memuaskan - Penggunaan kata tunggal dan kata terbitan (kata berimbuhan) betul.
C – 14 -19 - Penggunaan ayat majmuk gabungan gramatis tetapi terdapat kesalahan
yang minimum.
- Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan ejaan dan tanda
C1 – 17 – 19 baca.
C2 – 14 – 16 - Penggunaan kosa kata umum dan terdapat kesalahan yang minimum.
- Idea relevan dan huraian masih jelas.
- Pengolahan masih menarik, pemerengganan masih sesuai dan format
sesuai mengikut tugasan.

Kurang Memuaskan - Penggunaan kata tunggal dan kata terbitan (kata berimbuhan) terhad.
D – 09 – 13 - Penggunaan ayat mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
- Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan ejaan dan tanda
baca.
D1 – 11 – 13 - Idea masih relevan tetapi huraian tidak jelas.
D2 – 09 – 10 - Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai dan format
kurang tepat / format bercampur- aduk.
Penguasaan Minimum - Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak
01 -08 gramatis.
- Isi kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.

02©2008 Hak Cipta PPD Tampin SULIT


8

Skema Karangan

Soalan 1

1. Format: Tiada

2. Diharapkan:
Calon dapat menggambarkan suasana di sebuah pasar raya yang mengadakan jualan murah.

Soalan 2

1. Format: Tiada

2. Diharapkan:
Calon dapat memberikan pendapat tentang cara untuk mencegah kejadian kanak-kanak
hilang.

Cadangan isi:

i. Memasang kamera litar tertutup (cctv) di tempat-tempat strategik tumpuan


awam.
ii. Iba sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak ketika berada di kawasan
tumpuan orang ramai.
iii. Ibu bapa mengajar anak-anak menyebut namanya sendiri dengan lengkap
dan alamat tempat tinggal.
iv. Melatih anak-anak supaya tidak mudah mempercayai / mengikut orang
yang tidak dikenali.
v. Tidak membenarkan anak-anak keluar ke mana-mana secara bersendirian.
vi. Ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anak ketika bermain di tempat
permainan kanak-kanak.

Soalan 3

1. Format : Laporan.

2. Cadangan isi:

a. Makanan telah dihinggapi lalat / makanan semalam.


b. Makanan tidak ditutup.
c. Air minuman tidak dimasak.

3. Tindakan atau cadangan:

a. Pihak sekolah sentiasa memantau.

02©2008 Hak Cipta PPD Tampin SULIT


9

b. Dapatkan khidmat Jabatan Kesihatan untuk memberi pendedahan kepada pengusaha


kantin tentang cara-cara penjagaan makanan.

(...Mana-mana isi yang sesuai boleh diterima.)

Soalan 4
Kepentingan Industri Pertanian di Malaysia

1. Format – syarahan

Cadangan Isi

i. Tanah-tanah terbiar akan diusahakan dengan penanaman dan penternakan


ii Peningkatan hasil pertanian juga dapat memenuhi keperluan makanan rakyat
tempatan, tidak perlu mengimport hasil pertanian dari luar negara
iii. Malah Malaysia boleh mengeksport hasil pertanian ke luar negara
iv. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran wang keluar, sebaliknya
menggalakkan pengaliran wang masuk
v. Menambah peluang pekerjaan
vi. Menambah pelbagai produktiviti barang siap berasaskan bahan mentah hasil
pertanian.
vii. Dapat menjana perkembangan ekonomi negara

Soalan 5

1. Format: Tiada

2. Diharapkan:
Calon dapat menyudahkan cerita yang sesuai dengan maksud peribahasa

02©2008 Hak Cipta PPD Tampin SULIT


10

Bahagian D: Kajian Novel


(10 markah)

Diharapkan:

Calon dapat memberikan satu contoh yang tepat atau sesuai bagi persoalan yang dinyatakan
berdasarkan setiap novel yang dikaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2, dan Tingkatan 3.

Markah:

Isi : 6 markah
Bahasa : 4 markah

Markah Isi
1. Contoh berserta huraian yang tepat dan lengkap - 2 markah
2. Contoh berserta huraian yang tidak lengkap - 1 markah
3. Contoh berserta huraian yang tidak tepat - 0 markah

Markah Bahasa

Markah 04 02 – 03 01
Cemerlang Baik Memuaskan

Huraian Bahasa - baik dan lancar Bahasa - masih baik dan lancar Bahasa - tidak cekap
Ayat - gramatis Ayat - masih gramatis tetapi Ayat - tidak gramatis
Ejaan tanda baca betul terdapat kesalahan Terdapat kesalahan ejaan dan
yang minimum tanda baca yang ketara
Terdapat kesalahan ejaan dan
tanda baca yang minimum

Persoalan Kegigihan dalam...

A. NOVEL MENITI KACA:

1. Nazar gigih meneruskan kehidupannya walaupun dalam keadaan sukar kerana menjaga
ibunya yang nanar.

2. Nazar gigih meneruskan pelajarannya dengan selalu mengulang kaji pelajaran bersama-
sama Zainab & Ah Seong sehingga dia berjaya dengan cemerlang dalam PMR.

3. Pak Sahar gigih bekerja sebagai Pegawai Luar Pejabat Sukat Tanah untuk menampung
keluarganya walaupun dia selalu sakit-sakit.

4. Pak Sahar gigih berusaha untuk mengubati isterinya yang sakit.

02©2008 Hak Cipta PPD Tampin SULIT


11

B. NOVEL PAHLAWAN PASIR SALAK:

1. Kegigihan anak-anak muda (Deli, Akob, Lamin) / penduduk Pasir Salak mempertahankan
tanah air mereka daripada penjajah, mereka sentiasa berusaha belajar mempertahankan diri
dengan mempelajari silat di rumah Datuk Maharaja Lela.

2. Kegigihan anak-anak muda / penduduk Pasir Salak mempertahankan tanah air mereka
sehingga sanggup berjuang dan bersumpah akan rela mengorbankan diri demi bumi bertuah
ini sehingga ke titisan darah terakhir.

3. Datuk Maharaja Lela begitu gigih menyusun perancangan / strategi untuk menghadapi
serangan pihak Inggeris yang akan datang pada bila-bila masa sahaja.

4. Kegigihan Deli berusaha untuk mempertahankan Datuk Maharaja Lela daripada mati
ditembak oleh Kepten Innes.

C. NOVEL PANAS SALJU:

1. Kegigihan Zulkifli berusaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi membiayai kos
perubatan anaknya Nadhirah.

2. Zulkifli gigih menuntut ilmu kerana di samping beliau bekerja sebagai pembantu hospital
beliau mengikuti pengajian jarak jauh di USM.

3. Zulkifli seorang yang gigih dalam penulisan kerana beliau berusaha menghasilkan penulisan
skrip drama radio.

4. Kegigihan Nadhirah menghadapi penyakitnya sehinggalah dia dibedah walaupun dalam


keadaan tidak berapa sihat dia akhirnya berjaya dalam hidup hingga mencapai cita-citanya.

5. Mulyadi gigih menuntuk ilmu sehingga ke peringkat PhD walaupun sudah mempunyai
keluarga dan pekerjaan tetap.

(...Mana-mana isi yang sesuai boleh diterima.)

02©2008 Hak Cipta PPD Tampin SULIT

You might also like