You are on page 1of 11

Resepi Pelbagai Apam

CohhDaGreat's Art & Desigh


1
Resepi
Pilihan
Conney
Apam Kukus
Hits: 13363 Rating: 4.66 Review: 1
Bahan-Bahan: 3 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum cawan air suam
1 camca besar baking powder Cara: Pukul telur bersama gula hingga
kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak
bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika
suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga
masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan
garam.
------------------
Apam Polkadot
Kiriman: fyra syuhada
Hits: 0 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan: -3biji telur
-275gm tepung gandum
-220gm gula halus
-150ml susu segar -3sudu teh baking powder
-1sudu kecil ovalatte
-1sudu kecil esen vanilla
-filling (blueberry@apa2 ikut citarasa)
-pewarna Cara: 1-masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul
smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang
2-masukkan tepung,baking powder,esen vanilla dan susu segar,pukul
Resepi Pelbagai Apam

CohhDaGreat's Art & Desigh
2
Resepi
Pilihan
Conney
hingga kembang selama 6-8 minit.
3-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
4-masukkan setiap warna kedalam piping bag.picitkan adunan kedalam
mangkuk kertas.
5-letakkan filling secukupnya.picitkan lagi adunan yang sama sehingga
3/4 penuh.
6-kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
7-kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana. Cadangan
Hidangan: untuk hidangan minum petang dan majlis2 keramaian.
Tambahan: 1-letakkan papercup dalam acuan lompang supaya tidak
lembik.
2-bahan untuk 50biji papercup medium.
------------------
Apam Marmar
Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )
y 250 g tepung berserbuk penaik
y 200 ml santan
y 200 g gula halus
y 2 biji telur Gred A
y 1 camca teh vanila esen
y 1 camca makan ovallate
y Secubit garam
y Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan
pewarna.
Resepi Pelbagai Apam

CohhDaGreat's Art & Desigh
3
Resepi
Pilihan
Conney
2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra.
Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan
pekat.
3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu
lagi warna merah.
4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan
hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada
atasnya.
5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus
atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari
acuan. Biar sejuk baru dipotong.

------------------
Apam Gula Merah
Sumber: Majalah Wanita Mac 2000
Hits: 4520 Rating: 1.50 Review: 1
Bahan-Bahan: 500 gm tepung gandum
Sebesar ibu jari yis basah
cawan gula merah, dimasak dan tapis cawan gula pasir
4 cawan air Cara: Bancuh yis bersama air hingga yis hancur. Masukkan
kedua-dua jenis gula dan kacau sebati. Masukkan tepung dan kacau
rata supaya tepung tidak berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambah
sedikit lagi air. Tutup bekas dan biar selama sejam. Adunan akan naik
tiga kali ganda. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan di dalam
kukusan. Tuang adunan dan kukus hingga masak. Sedap dimakan
bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam.
Resepi Pelbagai Apam

CohhDaGreat's Art & Desigh
4
Resepi
Pilihan
Conney
------------------
Apam Susu
Kiriman: Zenath
Hits: 270 Rating: 10.00 Review: 0
Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum
1 cawan air
4 sudu susu pekat manis (ikut manis yang dikehendaki)
1 biji telur
garam secukup rasa
mentega untuk menggoreng Cara: Gaulkan tepung gandum bersama air
sehingga sebati. Pastikan tepung cair ala-ala tepung tosei. Masukkan
telur, susu dan garam. Gaul hingga sebati.

Panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega. Goreng dengan menuang
sedikit adunan ke dalam kuali dan leperkan dengan menggunakan
senduk seperti ala-ala tosei jugak. Cadangan Hidangan: Sedap di makan
semasa masih panas atau sejuk.

------------------
Apam Koko
Kiriman: ASRA AIDA
Sumber: KELUARGA
Hits: 204 Rating: 0.00 Review: 0
Resepi Pelbagai Apam

CohhDaGreat's Art & Desigh
5
Resepi
Pilihan
Conney
Bahan-Bahan: 6 biji telur ayam
1 cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
1 canca teh esen vanila
1 sudu makan soda bicabonat
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
Cara: cara-caranya
(1) pukul telur dengan gula sampai kembang
(2)masuk susu,minyak masak,air panas & esen vanila
(3)masuk tepung,serbuk koko,soda bicabonat pukul sampai sebati

Tambahan: p/s ayak tepung,serbuk koko & soda bicabonat.
sebelum adunan di kukus acuan hendak lah
di sapu dengan sedikit minyak

------------------
Apam Jagung Kukus
Kiriman: Rohani Minra
Hits: 557 Rating: 4.50 Review: 0
Bahan-Bahan: Bahan A
tin jagung manis dalam tin
1 cawan gula
Resepi Pelbagai Apam

CohhDaGreat's Art & Desigh
6
Resepi
Pilihan
Conney
6 biji telur
1 cawan majerin
1 sudu teh bikarbonat
sedikit air

Bahan B

3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder. Cara: 1. Adun semua bahan A sehingga
sebati dengan menggunakan mesin pengisar.
2. selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat.Kemudian
kukus sehingga masak selama 15-20 minit. Cadangan Hidangan: jagung
dalam tin tadi boleh juga diganti dengan kacang merah dalam tin,pisang
atau apa saja perisa yang disukai.
------------------
Apam Halus Gebu
Sumber: Majalah Wanita Disember 1997
Hits: 5807 Rating: 8.00 Review: 1
Bahan-Bahan: 3 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 cawan aiskrim soda
3 biji telur gred B 1 sudu besar Quick 75
1 sudu teh esen ros
Sedikit pewarna merah
Mangkuk kertas secukupnya Cara: Pukul kesemua bahan sehingga putih
Resepi Pelbagai Apam

CohhDaGreat's Art & Desigh
7
Resepi
Pilihan
Conney
dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai.

Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus
selama 10 minit.

------------------

Apam Seri Ayu
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau
Hits: 9095 Rating: 6.84 Review: 0
Bahan-Bahan: 3 biji telur
cawan santan atau susu
camca kecil soda bikarbonat
cawan susu
Sedikit garam
Sedikit tepung 2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
camca kecil ovallete (jika ada)
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa Cara: Telur dimesin bersama gula hingga kembang.
Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin
hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa
yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan
adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

Resepi Pelbagai Apam

CohhDaGreat's Art & Desigh
8
Resepi
Pilihan
Conney
------------------
Kuih Apam (I)
Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977
Hits: 2233 Rating: 2.50 Review: 0
Bahan-Bahan: 5 biji telur
125 gm gula halus
1 tin susu sejat cair
1 cawan esen vanila/esen Ros
250 gm tepung gandum, diayak 1 sudu gula
Pelbagai bahan perwarna makanan
2 cawan ibu apam atau 1 cawan susu
2 sudu besar ragi kering, digaul & biarkan ia naik Cara: Pukul telur &
gula hingga pekat. Campurkan esen secara berselang-selang, masukkan
tepung yang telah di ayak & susu sejat cair. Masukkan ibu apam atau
adunan penaik. Betulkan kekentalan adunan dengan sedikit air panas
jika terlalu pekat, atau dengan tepung jika terlalu cair. Bahagikan
adunan kepada tiga bahagian dengan warna yang berlainan. Ketepikan
dengan bertutup selama 3-4 minit. Tuangkan satu bahagian berwarna
dalam sebuah pinggan yang rata bawahnya atau periuk dan tunggu
hingga ia kembang dengan sama rata. Buat begitu kepada dua bahagian
yang lain. Kukus hingga adunan itu naik & masak. Biarkan sejuk.
Hidangkan setelah dipotong-potong.

------------------
Resepi Pelbagai Apam

CohhDaGreat's Art & Desigh
9
Resepi
Pilihan
Conney
Kuih Apam (II)
Sumber: Majalah Jelita Januari 1997
Hits: 1404 Rating: 2.00 Review: 0
Bahan-Bahan: 250 g gula pasir
500 ml air tapai
600 g tepung beras 500 ml air
Sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
biji kelapa parut, ambil bahagian putih dan gaul dengan sedikit garam
Cara: Satukan tepung beras bersama gula pasir dan air tapai di dalam
mangkuk, kacau hingga ia sebati. Masukkan air, gaul dan tapis ke dalam
mangkuk lain. Perap ia, 4 jam. Sediakan pengukus dan atur cawan kecil
di dalamnya. Panaskan ia dahulu. Bahagikan bancuhan kepada tiga
bahagian, bubuh pewarna. Tuang adunan berlainan warna ke dalam
acuan kecil. Buat hingga habis bancuhan. Kukus ia, 15 minit. Biar ia
sejuk. Keluarkan kuih apam dari acuan dan hidang bersama kelapa
parut.
------------------
Apam Tepung Beras
Sumber: Majalah Perempuan Mac 1997
Hits: 7749 Rating: 5.67 Review: 1
Bahan-Bahan: 600 gm tepung beras
yis secukupnya
air sejuk
2 cawan gula pasir pewarna merah
1 biji kelapa
Resepi Pelbagai Apam

CohhDaGreat's Art & Desigh
10
Resepi
Pilihan
Conney
acuan apam Cara: Gula pasir dilarutkan dan disejukkan. Bancuh tepung
beras dan yis. Sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna merah.
Bubuh dalam acuan-acuan apam tadi dan kukuslan sehingga masak.
Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan
kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
------------------
Apam Siam Sedap
Kiriman: Norhani Ahmad
Hits: 138 Rating: 4.00 Review: 0
Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum
5 biji telur ayam
1 cawan gula castor
1 sudu kecil baking powder
sudu kecil soda bicarbonat
secubit vanilin
Cara: - Pukul telur dan gula sampai kembang.
- Ayak tepung bersama baking powder, soda bicarbonat dan vanilin.
Masukkan dlm adunan telur dan gaul sebati.
- Kukus selama 1 jam.

Cadangan Hidangan: sedap di makan panas2. Selamat mencuba!!

------------------
Resepi Pelbagai Apam

CohhDaGreat's Art & Desigh
11
Resepi
Pilihan
Conney
Apam Mentega
Kiriman: Kak Ngah
Sumber: Adik Ipar
Hits: 24 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan: Bahan-bahannya:
3 biji telur
250 gram mentega
1 cawan gula 1 cawan gula hangus dicampurkan dengan 1 cawan air
panas
3 cawan tepung naik sendiri
1 tin susu cair
1 sudu teh vanila. Cara: Cara-caranya,
1.Hanguskan gula (jangan sampai pahit lak) dan masuk air panas dan
ketepikan.
2.Pukul mentega dan gula (gula castor boleh gak) hingga kembang.
3.Setelah itu masukan telur satu persatu dan pukul , kemudian
masukan vanila,susu
cair,gula hangus serta tepung dan kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali kukus selama 20 minit dengan menggunakan acuan
kesukaan setelah disapukan
dengan sedikit mentega.
5.Setelah masak bolehlah dihidangkan dan sangat sesuai untuk juadah
minum petang.

Tambahan: Sesuai dihidangkan waktu minum petang
------------------

You might also like