120
OUM
TEORI PEMBELAJARANTOPIK 6
TOPIK 6TEORI PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimanapelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telahmengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teoripembelajaran. Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada teori-teori pembelajaranbehaviorisme, sosial dan kognitif.Teori pembelajaran behaviorisme berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran, teoripembelajaran sosial berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran, sementara teoripembelajaran kognitif berfokus kepada pemikiran. Bab ini menjelaskan tentang teori-teori ini dan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Diharapkan para guru dapat membuat refleksi tentang pendekatan pengajaran merekadan mengaitkannya dengan teori-teori pembelajaran yang berkenaan. Bab ini bukansahaja berguna untuk guru, tetapi juga untuk pelajar untuk mengetahui carapembelajaran sendiri yang efektif.
OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:1.menghuraikan teori-teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif;2.menjelaskan teori-teori pembelajaran Gagne, Ausubel, Bruner dan konstruktivisme;dan3.menerangkan pembelajaran langsung, koperatif dan masteri.
6.1TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Adakah anda pernah memberi hadiah (seperti coklat atau buku) kepada dirianda atau anak anda apabila anda atau dia mencapai sesuatu (sepertimendapat A dalam peperiksaan)?Menurut ahli-ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yangberlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Prosespembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untukmembeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanyaadalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah lakumanusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yangkita boleh diperhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat