Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Lailatul-Qadr - Hadith 1

Lailatul-Qadr - Hadith 1

Ratings: (0)|Views: 5|Likes:
Published by Abu Harith

More info:

Published by: Abu Harith on Aug 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2011

pdf

text

original

 
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a., Rasullullah s.a.w telah bersabda. "Sesiapayang berdiri beribadat pada malam Lailatulqadar dengan iman dan ihtisab(berniat untuk mendapatkan ganjaran) akan diampunkan dosanya yangterdahulu."Keterangan:Maksud berdiri beribadat ialah mendirikan solah. Termasuk dalam pengertian itu juga ialah sibuk dengan lain-lain ibadat seperti tilawah alQuran, zikir dansebagainya.Maksud `mengharapkan ganjaran' ialah tidak berdiri kerana menunjuk-nunjukdan lain-lain niat yang buruk melainkan dengan penuh ikhlas berdiri semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dan juga dengan niat untukmendapatkan ganjaran.Khattabi rah. berkata bahawa maksudnya ialah dengan meyakini ganjaran yangakan didapati maka seseorang berdiri dengan hati yang gembira bukannyadengan merasakan ibadat itu sebagai beban lantas berdiri dengan perasaanyang malas. Sememangnya satu perkara yang nyata ialah bahawa setakat manakuatnya keyakinan dan kepercayaan terhadap ganjaran pahala, sebanyak itulahmudah untuk menanggung segala kesusahan dalam beribadat. Inilah sebabnyasejauh mana seseorang itu maju dalam menghampirkan dirinya kepada AllahSWT, sebanyak itulah dia lebih bersungguh-sungguh dalam lbadat.Perlu juga diketahui bahawa yang dimaksudkan dengan dosa dalam hadith diatas dan hadith-hadith seumpamanya ialah dosa-dosa kecil kerana dalam al-Quran apabila sahaja dosa besar disebutkan maka bersamanya disebutkan jugakecuali mereka yang bertaubat. Berdasarkan perkara inilah, para ulama telahsepakat (ijma') bahawa dosa besar tidak akan diampunkan tanpa bertaubat. Jadiapabila sahaja dosa disebutkan dalam hadith maka para ulama mengertikandosa itu sebagal dosa kecil.Ayah saya (Maulana Yahya rah.) berkata ada dua sebab perkataan `dosa kecil'tidak disebutkan di dalam hadith-hadith.Pertama, seorang Islam tidak sepatutnya menanggung sebarang dosa besar,kerana keadaan orang Islam yang sebenar ialah apabila dia melakukan dosabesar dia tidak akan tenang sehinggalah dia bertaubat daripada dosa tersebut.Kedua, apabila datang peluang seperti itu, contohnya Lailatulqadar, danseseorang itu melakukan ibadat dengan harapan untuk mendapatkan ganjaran

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->