Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Lailatul-Qadr - Hadith 2

Lailatul-Qadr - Hadith 2

Ratings: (0)|Views: 6|Likes:
Published by Abu Harith

More info:

Published by: Abu Harith on Aug 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2011

pdf

text

original

 
Hazrat Anas r.a. berkata, "Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah SAW bersabda,"Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Dalam bulan Ramadhanterdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepasdaripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepasdaripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi."Keterangan:Sebenarnya tidak syak lagi terhadap kerugian seseorang yang memusnahkan nikmat yangsedemikian besar dengan tangannya sendiri. Pekerja-pekerja kereta api pun sanggup berjaga malam hanya untuk mendapat beberapa sen. Apa susahnya untuk berjaga malamselama sebulan demi untuk mendapat ganjaran ibadat selama 80 tahun. Sebenarnyasemangat kesungguhanlah yang tidak ada lagi dalam hati. Seandainya sudah dirasaisedikit daripada keseronokannya, bukan lagi semalaman malah beratus-ratus malam punseseorang itu sanggup berjaga.Seorang penyair bermadah;Di dalam bercinta kesetiaan dan kekasaran adalah samaSemua perkara akan lazat kalau hati sudah seronok.Walaupun Baginda telah diberi begitu banyak berita gembira dan janji-janji oleh Allahyang Baginda sendiri meyakininya, pasti ada sesuatu
yang begitu istimewa yangmenyebabkan Nabi SAW bersolah begitu panjang sehingga kaki Baginda menjadi bengkak. Kita pun turut berbangga dengan namanya dan mengaku sebagai umatnya. Sememangnya merekayang menghargai perkara-perkara ini telah pun melakukan segala-galanya dan telah punmenunjukkan kepada umat sebagai contoh sehingga tiada lagi peluang untuk orang lain berkata,"Siapakah dapat meniru kesungguhan Nabi SAW dan siapakah yang mampu melakukannya?"Sebenarnya hatilah yang perlu dipupuk. Bagi orang yang berkesungguhan, untuk mengalirkansungai susu dari sebuah bukit pun adalah mudah. Kesungguhan beribadat seumpama itu adalahsukar untuk dihasilkan tanpa berkhidmat kepada para ahlullah untuk mendapatkan tarbiah.Seorang pujangga bermadah;Kamu bercita-cita untuk membersihkan hati,maka khidmatilah para ahlullah.Permata ini tidak akan didapati di dalam khazanah raja-raja.Apakah yang telah meyebabkan Hazrat Umar r.a. sebaik sahaja pulang ke rumah,
 
terus bersolah hingga ke Subuh? Hazrat 'Uthman r.a. pula, setelah berpuasa sepanjang hari,akan menghabiskan malam dengan bersolah. Beliau hanya tidur sekejap pada bahagian permulaan dari malam. Beliau akan mengkhatamkan al-Quran dalam satu rakaatsolahnya. Dinukilkan daripada Abu Talib Makki rah. dalam kitab Syarah lhya' bahawa telah sahdengan secara tawatur (turutan riwayat yang jelas dan berulang-ulang sehingga berita itutidak mungkin dapat dinafikan) tentang 40 orang tabi'in yang telah bersolah Subuh denganwuduk Isyak dan ada antara mereka yang berterusan beramal dengan cara itu selama 40 tahun.Apabila Hazrat Shaddad rah. berbaring pada waktu malam, beliau akan mengalihkan badannyake kiri dan ke kanan sepanjang malam sehingga ke Subuh. Beliau akan berkata, "YaAllah! Ketakutan api neraka telah menghilangkan rasa mengantukku." Hazat Aswad BinYazid rah. Pula tidak tidur langsung pada sepanjang Ramadhan kecuali sekejap sahaja antaraMaghrib dan Isyak.Dinukilkan tentang Hazrat Sa’id Bin Musayyah rah. bahawa beliau bersolah Subuh denganwuduk Isyak selama 50 tahun. Hazrat Silah Bin Ashyam rah. akan bersolah sepanjang malam danapabila menjelang fajar, beliau akan berdoa, "Tidaklah aku layak untuk berdoa meminta syurga,hanya sekadar inilah permintaanku supaya Engka menyelamatkan aku dari neraka." HazratQatadah r.a. mengkhatamkan seluruh al-Quran pada setiap tiga malam Ramadhan. Sementara, 10malam terakhir beliau akan mengkhatamkannya setiap malam.Berita Imam Abu Hanifah rah. bersolah Subuh dengan wuduk Isyak selama 40 tahun berturut-turut adalah begitu masyhur sehingga penolakan kisah ini menyebabkan ketida percayaan terhadap sejarah. Apabila ditanya, "Bagaimanakah Tuan mendapat kekuatan itu?"Beliau menjawab, "Saya telah berdoa dengan satu cara yang khusus melalui nama-namaAllah” . Beliau hanya tidur sekejap pada tengah hari dan berkata, "Terdapat kenyataantentang tidur pada tengah hari ini dalam sunnah. Semasa membaca al-Quran beliau akanmenangis begitu sekali sehingga jiran-jirannya akan merasa kasihan terhadapnya. Pernah satuketika beliau telah menghabiskan sepanjang malam dengan menangis sambil membaca ayat:(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamatlah hari yang dijanjikan kepada mereka(untuk menerima balasan yang sepenuhpenuhnya). Dan (azab seksa) hari kiamat itu amatdahsyat dan amat pahit.
(al-Qamar:46)
Ibrahim Adham rah. pula sepanjang Ramadhan tidak akan tidur sama ada siang ataupunmalam. Imam Syafie rah. pula sepanjang Ramadhan mengkhatamkan enam puluh kali al-Qurandalam solahnya sama ada pada waktu siang ataupun malam.Selain itu ada ratusan lagi kisah-kisah mereka yang beramal dengan ayat:

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->