You are on page 1of 18

Tarekat Sayyidina Syeikh Ahmad bin Muhammad At-Tijani adalah tarekat ilmu, makrifah, amal dan ikhlas.

as. Ia diamalkan oleh sebahagian besar ulama Tanah Arab yang menjadi rujukan masyarakatnya. Tarekat ini adalah ibarat daripada wirid pagi dan petang, wazifah dan zikir hailalah pada hari Jumaat. Perbahasan selainnya yang terdapat di dalam kitab-kitab tarekat adalah perbahasan ilmu tasawwuf dan tidaklah ditakrifkan sebagai tarekat tijani. Inilah pendapat kesemua pengamal-pengamal tarekat tijani tanpa terkecuali. Syeikh Ahmad At-Tijani pernah ditanya:" Adakah tuan akan didustakan? Jawabnya: Ya. Sekiranya kamu menerima sesuatu perkara daripadaku, ukurlah dengan neraca syara'. Jika menepati, amalkanlah, dan jika menyalahi, tinggalkanlah." Permulaan dan kesudahan tarekat tijani ialah mengamalkan syariat. Tiada asas dan jalan kepada Allah melainkan dengannya. Sesiapa menyalahinya, kemudian mendakwa telah sampai, tiadalah ia sampai melainkan ke neraka dan kemurkaan Allah . Etika tarekat tijani ialah mengamalkan syara'. Sebarang katakata yang menyalahi syara' kemudian disabitkan kepada Syeikh Tijani dan para pengikutnya, maka Syeikh dan para pengikutnya tiada kena-mengena dan berlepas diri daripadanya. Setelah memahami takrif tarekat tijani dan etika syara' yang dipegang oleh Syeikh Tijani dan para pengikutnya, terpulanglah kepada seseorang, sama ada menerima atau melemparkan tuduhan ke atasnya. Bukankah melarang seseorang daripada istighfar, selawat ke atas Nabi dan zikir hailalah, termasuk di dalam firman Allah: Ertinya:

Tidakkah engkau melihat orang yang melarang, seorang hamba daripada mendirikan sembahyang . ( Surah Al-Alaq: 910 ). Terjemahan ini tidaklah tepat sepenuhnya mengikut manuskrip asal. Sekiranya terdapat kesilapan, manuskrip asal adalah rujukan muktamad. Kami bersedia menerima teguran sekiranya terdapat kesilapan di dalam usaha penterjemahan ini. Kami berharap agar usaha yang tak seberapa ini diterima dan diberkati. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menggantikannya dengan kebajikan, serta menghimpunkan kita bersama kekasih-kekasih-Nya. Amin. 0 0 Penterjemah: Mohamad Nazri Wakimen Lukman Md Sawari Azri Fakeh Abdeen, Kaherah.

-1-


Permulaan Tarekat Dan Kesudahannya Ialah Mengamalkan Al-Quran Dan Sunnah Mengikut riwayat Imam Abu Daud dan At-Tirmidzi, Rasulullah bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, maka ia telah mengaut keuntungan yang banyak." Tidak syak lagi, para Nabi telah mewariskan ilmu, antaranya untuk membersihkan hati dan memeliharanya daripada pengaruh maddiyah ( kebendaan ) serta memimpinnya menelusuri alam ruh dan malakut supaya tidak terkesan kepada pengaruh maddiyah atau sebagainya. Ilmu ini memimpin hati melangkaui hakikat tiap-tiap sesuatu. Apabila Nur ilahi menyingkapkan rahsia-rahsia segala sesuatu kepadanya, ia melihat, mendengar, diam, bergerak, mengetahui, mengambil sesuatu atau meninggalkannya, kesemua dengan-Nya. Disucikan ruh tersebut lalu terpilih untuk berada di sisi-Nya. Tiadalah kecintaan ruh tersebut melainkan Ar-Rahman. Kecintaan yang tiada tolok bandingnya, dampingan yang teramat istimewa.

Para pewaris tersebut ialah ulama keruhanian. Allah mengajar mereka mengenai sesuatu penyakit serta penawarnya. Merekalah pendidik hati dan penyuluh jiwa. Mereka akan tetap wujud pada setiap zaman. Itulah di antara kurniaan Allah kepada umat ini. Sebuah hadith sahih menyebut: Ertinya: Segolongan daripada umatku akan sentiasa memperjuangkan kebenaran sehingga datangnya kiamat . Allah memerintahkan kita agar mendidik jiwa serta mensucikannya. Firman-Nya: * * * Ertinya: " Demi jiwa serta demi penyempurnaanya ( ciptaannya ). Maka Dia mengilhamkan kepadanya ( jalan ) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkannya ". ( Asy syams 7-10) Rasulullah menggesa kita agar bercampur-gaul dengan orang-orang yang dapat mendidik jiwa. Sebuah hadith sahih riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim mengisahkan seorang yang ingin bertaubat setelah mana membunuh seratus orang. Beliau menemui seorang ulama lalu ulama itu menyuruhnya berpindah ke sebuah tempat yang diduduki oleh orang-orang yang beribadat kepada Allah. Maka hendaklah dia beribadat bersama mereka dan janganlah kembali lagi ke tempat asalnya yang merupakan tempat kejahatan. Dia pun berangkat ke tempat tersebut. Baru separuh perjalanan, diapun meninggal dunia. Malaikat Rahmat berselisih

-2-

mengenainya dengan Malaikat Azab. Kesudahannya dia tergolong di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat . ( Surah As Syams: 7-10 ) Di dalam riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad, Rasulullah bersabda: . Ertinya: Bandingan sahabat yang baik dengan sahabat yang jahat adalah umpama penjual minyak wangi dengan pembakar besi. Penjual minyak wangi, sama ada engkau mendapat hadiah atau membeli atau mencium wangian daripadanya. Manakala pembakar besi pula, sama ada menyebabkan bajumu terbakar atau terpaksa mencium bau busuk daripadanya . Pergaulan terbahagi kepada beberapa darjat. Darjat tertinggi adalah pergaulan di antara ruh dengan ruh di alam qudus. Mereka saling bertemu dan cinta-mencintai untuk mentaati Allah dan istiqamah pada jalanNya. Inilah ruh . Ianya perjalanan menuju ke Hadrat Allah yang telah disepakati oleh para Ahlullah yang Arifin . Jalan ini menghimpunkan mereka kesemuanya. Tiada seorang pun terkeluar sekalipun berbeza cara perjalanan. Ada yang berjalan pantas, ada yang perlahan, ada yang dipengaruhi JamalNya, ada yang JalalNya, ada pula yang dipengaruhi Jamal dan JalalNya. Kesemuanya kembali etika yang satu iaitu: ( Mencari Allah dengan berlari mendapatkanNya dan meninggalkan selain-Nya di samping menyempurnakan sepenuh pengabdian kepada-Nya dengan menunaikan hak-hak rububiyyah-Nya )

Inilah secara ringkas perjalanan menuju ke Hadrat Allah . Di antaranya, tarekat tijani. Sesiapa yang tidak mengikut etika dan manhaj di atas ini, maka perjalanannya tertolak. Janganlah seseorang itu memperdayakan jiwanya, membiarkan jiwanya diselaputi kegelapan maksiat, menolak kebenaran dan meninggalkan nikmat-nikmat keruhanian. Rawatilah jiwa dengan bercampur para siddiqin dan solihin. Tidak syak lagi, merekalah tabib-tabib keruhanian dan hamba-hamba pilihan Allah yang sepatutnya dijadikan sahabat. Dengan limpah kurnia-Nya, mereka terpilih untuk berada di sisi-Nya lalu diberinya ilmu pengetahuan. Sesiapa yang mengingkari para wali Allah, keistimewaankeistimewaan dan karamah-karamah yang dikurniakan kepada mereka, sama ada ketika mereka hidup ataupun setelah meninggal dunia, hendaklah ia merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah serta pendapat-pendapat ulama yang mensabitkan perkara tersebut. Terdapat banyak hadith sahih yang membahaskan mengenainya. Perbahasan di sini hanyalah untuk mereka yang diberikan kefahaman oleh Allah lalu bercita-cita untuk membebaskan diri daripada belenggu maddiyah dan ingin menyinarkan hatinya dengan membuka hijab-hijab di samping benar-benar ikhlas untuk bergaul dengan mana-mana tabib ruhani. Tarekattarekat ahlullah akan memimpin mereka menuju ke sisi-Nya. Umpama pintu-pintu Masjidilharam, sesiapa yang memasukinya melalui mana-mana pintu, akan sampai ke sisiNya. Sesungguhnya telah terbukti pengalaman bergaul dengan mereka. Berapa ramai jiwa yang kotor, terdidik menjadi baik, hati yang gelap bertukar menjadi bersinar yang lansung tiada tompok-tompok kehitaman, sepertimana yang disaksikan oleh musuh mahupun teman.

-3-

Ulama keruhanian mengatakan bahawa nikmat-nikmat keruhanian adalah setinggi-tinggi nikmat. Termasuklah di antaranya, nikmat sesuatu tarekat yang mendidik jiwa murid. Orang-orang yang mempunyai pengetahuan mengenai tarekattarekat Ahlullah sedia maklum bahawa di kalangan murid, ada yang dididik dengan bergaul bersama manusia tanpa perlu berkhalawat, ada yang dididik dengan berzikir secara zahir. Ada yang sampai dengan jalan memperbanyakkan selawat. Ada yang mencapai peningkatan ruhani melalui tafakur, ada yang melalui tawajjuh, ada pula yang melalui berzikir dengan lafaz-lafaz atau nama-nama Allah yang tertentu, ada yang jazbah, atau sebagainya. Sekiranya ia ditentukan oleh syeikh ataupun mengikut rahsia atau sirr ruhani, ianya terlebih sempurna kerana merangkumi kesemua sudut perjalanan tarekat, kemudian diamalkan mengikut tahapnya. Firman Allah s.w.t: Ertinya: " Demikianlah limpah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Sesungguhnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar". ( Surah Jumaat : 4 ) Golongan murid terbahagi kepada dua. Murid tabarruk yang tidak tertakluk kepada syarat-syarat tarbiah dan murid tarbiah yang dikehendaki menyempurnakan adab-adab dan syaratsyarat tertentu. Selain itu, kesemua syeikh tarekat bersepakat bahawa seseorang murid itu hendaklah mengiktikadkan tarekatnyalah yang paling utama dan syeikhnya itulah yang paling bertakwa dari kalangan syeikh-syeikh tarekat. ( Tetapi lebih rendah takwanya berbanding para Rasul dan Nabi dan

para Sahabat .) Bagaimana pula tarekat ini yang terhimpun padanya kesemua tarekat. Perbahasan kami ini tertentu untuk murid-murid tarbiah. Tarekat ini tidak diizinkan untuk diamalkan kecuali setelah menurut syarat-syaratnya. SYARAT-SYARAT TAREKAT TIJANIYYAH Ia terbahagi kepada lima bahagian. BAHAGIAN PERTAMA Ianya berkenaan syarat-syarat di antara seorang murid dengan Syeikh ( Syeikh Ahmad At-Tijani ). 1. Mengamalkan hanya tarekat ini sahaja seumur hidup. Tarekat ini tidak boleh diamalkan bersama dengan tarekattarekat yang lain. Ia bertujuan agar dapat memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara lain untuk menumpukan sesuatu, maka ia dapat menumpukannya. 2. Tidak menziarahi para wali Allah yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia dengan niat istimdad atau tabarruk ( mengharapkan manafaat ruhani dan keberkatan ) kecuali yang diizinkan oleh Syeikh tetapi hendaklah ia mencintai kesemua para wali Allah serta memuliakan mereka. Termasuklah juga, tidak menghadiahkan bacaan Al-Quran seperti al-Fatihah atau sebagainya kepada mereka dengan niat istimdad atau tabarruk. Manakala menghadiahkannya kepada orang-orang yang beriman dengan niat imdad (mendoakan mereka ) adalah diizinkan selagi mana bukan dengan niat istimdad atau tabarruk. Adapun menziarahi kubur dengan niat mengambil iktibar, ianya disunatkan oleh syara'. ~ Rujukan penterjemah

-4-

Perkara ini telah disepakati oleh syeikh-syeikh yang mursyid. Antaranya Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi, Syeikh Ali Al-Khawwas, Imam Ibnu Hajar Al-Haithami, Imam Sya'rani, Syeikh Zaruq, Syeikh Samnudi, Syeikh Dardir, Syeikh Syarisyi, Syeikh Syarakusti, Syeikh Ibnu 'Ajibah, Syeikh Abdul Aziz Ad-Dibagh, Syeikh Kanati, Imam Fasi, Syeikh Muhammad bin Abdullah AnNaqsyabandi dan lain-lainnya Ini adalah di antara adab-adab tarekat. Kata Imam Sya'rani ": Syeikh mursyid adalah umpama tabib yang terdapat padanya manafaat-manafaat ruhani daripada Allah. Hanya melaluinya diagih-agihkan manafaat-manafaat tersebut kepada seseorang murid ". Justeru memadailah ia memilih hanya seorang syeikh yang mursyid. Larangan ini adalah adab-adab tarekat tanpa mengiktikadkan haram atau makruh menziarahi para wali Allah pada hukum syara'. ( Ianya umpama adab seorang isteri terhadap suami yang melarangnya berpuasa sunat ) Secara umumnya, Syeikh Ahmad At-Tijani mengizinkan para pengikutnya untuk menziarahi para sahabat Nabi dan syeikh-syeikh setarekat. Para Nabi adalah terlebih utama untuk diziarahi sama ada dengan niat tabarruk, istimdad atau semata-mata ziarah. 3. Berkekalan mengamalkan wirid tanpa terputus sehingga ke akhir hayat. Wirid-wirid lazim tarekat hanya diijazahkan kepada sesiapa yang beriltizam untuk mengamalkannya seumur hidup. Ianya menjadi wajib seperti amal-ibadat yang dinazarkan kecuali keuzuran. Apabila seseorang itu bercita-cita untuk keluar daripada tarekat ini, maka terputuslah hubungannya dengan Syeikh . Ia berdosa kerana menyempurnakan nazar

adalah wajib. Ini berbeza dengan wirid-wirid tarekat lain yang tidak dinazarkan, tidak berdosa jika ditinggalkannya. Sesiapa yang meninggalkan kesemua wirid lazim tarekat untuk sesuatu jangkamasa, ini menyebabkannya terkeluar daripada tarekat tijani, kemudian jika ia meminta agar diperbaharui ijazah tarekatnya, maka tidaklah diperbaharui ijazah tarekatnya jika ia telah mengulanginya sebanyak tiga kali. ~ Rujukan penterjemah Hikmah dinazarkan wirid agar mendapat pahala amalan fardhu. Ramai para wali menggalakkan cara ini untuk mendapatkan pahala yang berganda. Antaranya Imam Abasiri katanya: " Aku tidak menambahkan amalan sunat dan aku tidak bersembahyang kecuali fardhu dan aku tidak berpuasa sunat ". Diriwayatkan ia bernazar melakukan ibadat-ibadat sunat sehingga dinilai dengan ganjaran fardhu, maka bergandalah pahalanya. Sebahagian ahli tarekat tijani berkata: " Di antara sebab-sebab ketinggian sumber keruhanian kami ialah amalan kami dinilai dengan ganjaran fardhu ". Sesiapa yang tidak menazarkan perkara-perkara sunat, ianya sekadar mendapat ganjaran sunat. 4. Tidak mencela, membenci atau menzahirkan permusuhan terhadap Syeikh atau merendahkan kehormatannya. Perbuatan ini menyebabkan seseorang terkeluar daripada tarekatnya. Di antara tanda-tanda memandang rendah terhadap Syeikh ialah bersikap tidak endah terhadap suruhan ataupun larangannya sepertimana tersebut di dalam kitab . 5. Berkekalan mencintai Syeikh . Sesiapa yang terputus kecintaannya terhadap Syeikh maka terputuslah hubungannya dengan Syeikh sekalipun tanpa niat membenci, dengki atau menyakitinya.

-5-

6. Tidak mendustakan Syeikh . Sesuatu perkara daripadanya yang tidak diketahui kedudukannya adalah di antara kebenaran-kebenaran yang dirahsiakan untuknya. Syeikh lebih mendalami perkara-perkara syariat serta lebih menitikberatkannya berbanding muridnya. Maka hendaklah murid itu mentakwilkannya bersesuaian dengan syara`. 7. Mengiktikadkan kebenaran Syeikh serta segala perkataannya. Kesemuanya adalah bertepatan dengan AlQuran dan Sunnah. Begitu juga dengan kata-kata kesemua para wali Allah Orang yang berbelah-bahagi di mana ia tidak mendustakan syeikhnya tetapi tidak pula mengiktikadkan kebenarannya tidaklah dikira sebagai seorang murid. Tujuan murid adalah supaya terpelihara daripada mendustakan para siddiqin. Hubungan ruhani hanyalah akan terhasil setelah mana seseorang murid itu tidak menaruh syak wasangka serta membenarkan kata-kata seseorang yang jujur lagi dipercayai mengenai perkara-perkara yang harus berlaku serta menepati syara'. Sesiapa yang menyalahi salah satu daripada syarat-syarat di atas, maka terputuslah hubungannya dengan Syeikh dan terkeluarlah daripada tarekat tijani serta terangkatlah ijazah untuk mengamalkan tarekatnya serta-merta . Ia tidak boleh kembali kepada tarekatnya ( perbaharui ijazah tarekat ) kecuali setelah bertaubat dan bersungguh-sungguh untuk berpegang kepadanya. Setelah ini, barulah boleh diperbaharui ijazah tarekatnya. Tidak harus mendustakan kata-kata seseorang yang jujur lagi dipercayai mengenai perkara-perkara yang harus berlaku. Syara' memerintahkan kita agar mencintai orang-orang yang soleh dan orang-orang yang beriman serta melarang mencela, menyakiti atau merendahkan martabat

mereka selagi mana mereka mengamalkan kebenaran, apatah lagi orang-orang yang berjanji kepada dirinya untuk mendampingi orang soleh yang jujur lagi dipercayai. BAHAGIAN KEDUA Ianya mengenai perkara-perkara yang dituntut untuk diamalkan. Jika ditinggalkannya, tidaklah terkeluar daripada tarekat. 1. Menitikberatkan perkara-perkara syara' sama ada secara ilmu ataupun amalan. Terutamanya sembahyang lima waktu setelah masuk waktunya, seboleh-bolehnya secara berjemaah. Hendaklah sempurna kesemua syarat-syaratnya, rukun, sunatsunat ab'ad, sunat-sunat hai'ah dan sentiasa khusyuk. Hendaklah ia membaca 'basmalah' bersama fatihah, diperlahankan pada sembahyang yang sunat diperlahankan (zohor dan asar), dinyaringkan pada sembahyang yang sunat dinyaringkan (subuh, maghrib dan isya). Untuk keluar daripada masalah khilaf, kadar toma'ninah ketika rukuk dan sujud adalah kadar bacaan tiga kali secara sederhana, tidak terlalu laju atau terlalu perlahan. Di dalam kitab-kitab Sunan, Rasulullah bersabda: Ertinya: Apabila seseorang itu rukuk, hendaklah dia baca tiga kali, itulah sekurang-kurangnya, dan apabila sujud hendaklah baca tiga kali, itulah sekurang-kurangnya . Di dalam riwayat Ad-Darqutni dan At-Tabrani:

-6-

Hendaklah kita mengikuti sesiapa yang menjaga kesempurnaan sembahyang serta teguh berpegang kepada ajaran ahli sunnah. Janganlah dikurangkan daripada kadar tersebut. Ulama melarang kita mengikuti orang-orang yang tidak berpegang kepada ajaran ahli sunnah yang berbuat bidaah dan fasik. Di antara golongan fasik itu ialah orang yang memusuhi Wali Allah. Dan Syeikh Ahmad At-Tijani adalah salah seorang daripada Wali Allah. 2. Tidak merasa aman terhadap azab Allah. Di antara tanda-tanda merasa aman terhadap azab Allah ialah berani melakukan maksiat kerana merasakan akan mendapat rahmat Allah dan syafaat Nabi kelak. Firman Allah: 0 Ertinya: Tidaklah yang merasa aman daripada azab Allah kecuali orang-orang yang rugi . (Surah Al-A'raf: 99 ) 3. Berbakti kepada kedua ibubapa. Firman Allah: Ertinya: Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. ( Surah Al-Isra': 23 ) Sebahagian Arifin berkata: " Amal-ibadat anak yang menderhakai kedua ibubapanya tidak diangkat ke langit ". Syeikh berkata: Sesiapa yang tidak berbakti kepada kedua ibubapanya, tidaklah dipermudahkan baginya menjalani tarekat ini. 0

4. Tidak mengijazahkan wirid melainkan sesiapa yang mendapatkan keizinan. Dinukilkan daripada sebahagian wali Allah bahawa sesiapa yang berdusta mendakwa dirinya sebagai seorang syeikh, ianya adalah sebahagian daripada tanda-tanda kecelakaan. 5. Tidak mencuaikan wirid. Di antara tanda-tanda mencuaikannya ialah sengaja melambatkannya daripada waktu ikhtiarinya tanpa sebarang keuzuran. Wirid hendaklah diamalkan secara iltizam dan khusus. 6. Memuliakan orang-orang yang mempunyai hubungan dengan Syeikh terutamanya sahabat-sahabat akrab Syeikh . 7. Menjauhkan diri daripada orang-orang yang mencela Syeikh untuk mengelakkan timbulnya perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan. 8. Tidak memutuskan hubungan sesama makhluk tanpa alasan syara' lebih-lebih lagi ikhwan setarekat. 9. Berhimpun bersama-sama untuk membaca wazifah dan hailalah sekiranya terdapat ikhwan dan tiada pula keuzuran. Sesiapa yang menyalahi salah satu daripada syarat-syarat di atas, hendaklah segera kembali mengamalkannya dan bertaubat kepada Allah serta teguh berpegang kepadanya sehingga istiqamah perjalanannya. BAHAGIAN KETIGA Ianya berkenaan syarat-syarat sah wirid. 1. Niat.

-7-

Wirid-wirid tarekat adalah wajib diamalkan sepertimana ibadatibadat lain yang dinazarkan. Maka ia perlulah diniatkan untuk membezakan wirid-wirid wajib dengan wirid sunat lainnya. 2. Suci daripada hadas kecil atau besar, sama ada dengan wuduk atau tayammum. 3. Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat sepertimana sembahyang. 4. Menutup aurat. Sepertimana sedia maklum, suci daripada hadas dan najis serta menutup aurat adalah sunat mengikut hukum syara' ketika berzikir tetapi ianya menjadi wajib apabila diniatkan iltizam. Wirid-wirid ikhtiari adalah disyaratkan sebagaimana wirid-wirid lazim. Tidak bercakap daripada permulaan wirid sehingga tamat, kecuali keadaan-keadaan tertentu, memadailah dengan isyarat, sekiranya masih tidak difahami, bolehlah ia bercakap tidak melebihi dua perkataan. Dikecualikan kedua ibubapa yang bercakap dengannya, hendaklah ia bercakap kadar sepatutnya kerana meninggalkan percakapan terhadap mereka dikira menderhaka. Begitulah juga seorang isteri terhadap suaminya. Sebahagian ulama berpendapat tidak wajib menjawab salam ketika berzikir kerana sedang sibuk dengan Allah dan tidak harus berpaling daripada hadrat-Nya sepertimana tidak wajib menjawab salam ketika makan, berwuduk atau lainnya. Kata Al-Allamah 'Iyad : Menjawab salam wajib dihukumkan, kecuali sedang sembahyang ataupun makan. apabila minum, membaca atau doa ketika dipanjatkan,

atau berzikir atau berkhutbah atau talbiah dilaungkan. Janganlah menjawab ketika qada hajat ditunaikan, sebagaimana iqamat begitulah azan, juga salam kanak-kanak atau orang kemabukan, atau gadis, fitnah daripadanya dikhuatirkan, atau orang fasik atau sedang tidur ataupun kengantukan, ketika berjima', atau sedang dalam perbicaraan, atau orang gila , atau dalam tandas empunya keadaan, dua puluh satu kesemuanya jawab salam dikecualikan. Ulama yang bermazhab Syafie juga menyebutkan kesemua perkara tersebut di dalam kitab-kitab mereka. Sekiranya seseorang memberi salam ketika membaca wirid atau wazifah, wajiblah dijawab salam tersebut kadar . ~ Rujukan penterjemah 5. Meninggalkan makan atau minum ketika berzikir. Wirid terbatal apabila makan atau minum sama ada sedikit atau banyak manakala wazifah tidaklah terbatal sekiranya sedikit seperti seteguk air atau menelan makanan yang terdapat di celah-celah gigi. Sesiapa yang meninggalkan salah satu daripada syarat-syarat di atas, maka terbatal wiridnya dan hendaklah ia mengulanginya semula daripada awal. Bagi Jauharah-kamal pula, hendaklah ia bersuci dengan berwuduk dan berzikir di tempat yang luas kadar sekitar enam orang sekalipun hanya membacanya sekali sahaja. ( Tujuan duduk di tempat lapang yang bersih lagi suci agar dapat menghasilkan keselesaan berzikir dan kejernihan jiwa ). Ianya tidak boleh dibaca ketika sedang menunggang unta atau di dalam kapal atau sesiapa yang beristinja' dengan batu, bertayammum ataupun terdapat najis pada badan atau

-8-

pakaian yang tidak dapat dielakkan, tetapi hendaklah digantikan Jauharah-kamal dengan dua puluh kali selawat fatih ketika membaca wazifah. Sesiapa yang membaca jauharahkamal tanpa memenuhi syarat-syaratnya yang ditentukan, tidak dikira bacaan jauharah-kamalnya. Adapun ketika berkhalwat, tidak mengapa jika membaca jauharah-kamal di tempat khalwat yang luasnya hanya boleh memuatkan dirinya seorang. Kesemua ini adalah di antara adab-adab berzikir yang umum.

Ia bertujuan untuk mengelakkan lalai dan khayal ketika berzikir serta menjadikan mereka sebagai ikutan, di samping melatih jiwa supaya beradab seolah-olah berada di hadapan mereka dan hidup sezaman dengan mereka. Selain itu, ianya mewujudkan hubungan ruhani dengan keduanya di samping sebagai persediaan untuk bertemu dan berhimpun dengan mereka secara ruhani. Inilah hikmah berzikir, permulaannya merasakan kehadiran mereka, kesudahannya benar-benar hadir bersama mereka ( secara ruhani ). BAHAGIAN KELIMA Syarat-syarat sah ijazah

BAHAGIAN KEEMPAT Ianya berkenaan syarat-syarat dan adab-adab yang dituntut untuk diamalkan. Jika ditinggalkan tidaklah batal wiridnya tetapi mengurangkan nurnya. 1. Duduk. Janganlah berzikir sambil berbaring atau berdiri kecuali uzur. Zikirnya tetap sah sekalipun sambil berjalan dengan syarat tidak terkena najis kecuali tidak dapat dielakkan. 2. Mengadap kiblat kecuali sebab-sebab tertentu seperti musafir sekalipun jaraknya dekat. 3. Membaca wirid dengan perlahan sekadar didengari oleh dirinya sendiri, manakala wazifah dan hailalah hendaklah dibaca dengan nyaring sekiranya berjemaah. Jika bersendirian, hendaklah dibaca dengan perlahan. 4. Berusaha menghadirkan makna-makna zikir dengan membacanya secara tartil dan tidak terlalu mengalunalunkannya. 5. Merasakan kehadiran Syeikh , lebih utama lagi merasakan kehadiran Rasulullah ketika berzikir.

1. Keizinan orang yang mengijazahkan tarekat. Hendaklah ia memenuhi ciri-ciri sebagai muqaddim ( wakil Syeikh ,) mendapat keizinan untuk mengijazahkan tarekat daripada Syeikh melalui sesiapa yang diizinkan oleh Syeikh yang berangkai silsilahnya kerana apabila bersilsilah, terhindarlah segala perbuatan yang boleh menyebabkan terkeluarnya daripada tarekat. 2. Syarat-syarat murid yang menerima ijazah. Hendaklah murid tersebut beragama islam, beriktikad ahli sunnah , berakal, mumayyiz, tidak akan mengamalkan tarekattarekat lain seumur hidupnya kecuali tarekat ini sahaja berserta syarat-syaratnya. Setelah dibacakan syarat-syarat tersebut kepadanya dan difahaminya, barulah muqaddim boleh mengijazahkan tarekat ini kepadanya. Seelok-eloknya, hendaklah seseorang anak itu mendapatkan keizinan daripada kedua ibubapanya terlebih dahulu, begitu juga isteri, mendapatkan keizinan suaminya. WIRID-WIRID LAZIM TAREKAT 1. Wirid pagi.

-9-

2. Wirid petang. 3. Wazifah 4. Hailalah. WIRID PAGI. 1. Seratus kali istighfar dengan lafaz . Sekiranya beristighfar dengan lafaz yang lain, ianya tidak dikira. 2. Seratus kali selawat ke atas Nabi dengan sebarang lafaz. Afdalnya lafaz selawat fatih kerana ianya merangkumi huruf-huruf al-ismul-a'zam dan lain-lain rahsia. Lafaz selawat fatih: 3. Seratus kali . Waktunya: 1. Waktu ikhtiari: Setelah selesai mengerjakan sembahyang subuh hingga hampir masuknya waktu zuhur. 2. Waktu dharuri: Dari zuhur hingga ke maghrib. Dinamakan waktu dharuri kerana tidak harus melambatkan wirid kecuali sesuatu darurat atau keuzuran. 3. Setelah tamat waktu dharuri dikira sebagai qada'. WIRID PETANG. Rukunnya sama seperti wirid pagi. Waktunya: 1. Waktu ikhtiari: Setelah selesai mengerjakan sembahyang asar hingga masuknya waktu isya'.

2. Waktu dharuri: Daripada isya' hingga ke subuh. 3. Setelah masuknya waktu subuh dikira sebagai qada'. Dibolehkan membaca wirid pagi sebelum waktunya iaitu sebelah malam sebelum masuknya waktu subuh, sekalipun tanpa keuzuran ( bahkan terlebih afdal ). Waktunya selepas masuk isya kadar bacaan lima hizib Al-Quran ( dua juzuk setengah ). Wajiblah sembahyang isya' terlebih dahulu. Sekiranya masuk waktu subuh sebelum tamat wiridnya walaupun hanya tinggal sekali hailalah, wirid pagi hendaklah diulangi semula selepas sembahyang subuh. Tidak harus mendahulukan wirid petang sebelum masuk waktunya pada siang hari, sekalipun keuzuran, kecuali jika ia menghimpunkan sembahyang zuhur dengan asar sebagai jama' taqdim, bolehlah dibaca wirid petang selepas sembahyang asar. Tetapi wirid petang boleh didahulukan pada malam sebelumnya sekiranya terdapat keuzuran yang tidak dapat dielakkan pada waktu ikhtiarinya tetapi dengan syarat didahulukan wirid pagi sebelumnya. Ini bermakna wirid pagi dan petang dibaca sebelah malam sebelum waktu keduaduanya. Hikmah dikhususkan waktu malam sahaja kerana ganjaran amalan pada waktu malam adalah berganda berbanding siang. Firman Allah: 6 ) ) Ertinya: Sesungguhnya ibadat malam adalah lebih terkesan ( kepada hati ) dan lebih tepat ( dan khusyuk ) bacaannya . ( AlMuzzammil : 6 ) WAZIFAH Rukunnya: 1. Tiga puluh kali

- 10 -

2. Lima puluh kali selawat fatih. Tidak sah wazifah tanpanya. Ianya tidak perlu dibaca bagi sesiapa yang tidak dapat menghafalnya. 3. Seratus kali 4. Dua belas kali Jauharah-kamal bagi sesiapa yang menghafalnya serta cukup syarat-syaratnya. Sekiranya tidak memenuhi syarat-syaratnya, hendaklah diganti dengan selawat fatih dua puluh kali. Lafaz Jauharah-kamal: . . 0 0 . , . . Wazifah hendaklah dibaca sekali sehari semalam, sama ada mengikut waktu wirid pagi atau wirid petang. Sesiapa yang membacanya dua kali iaitu pagi dan petang - malam, ianya terlebih elok dan salah satu daripadanya dikira sunat dan ini menolongnya (menjalani tarekat ). Sebaik-baik waktunya ialah di antara maghrib dan isya'. Sesiapa yang membacanya pada waktu petang, maka kedudukan waktunya seperti waktu wirid petang, terdapat padanya waktu ikhtiari dan waktu dharuri. Jika dibaca waktu pagi, kedudukannya seperti waktu wirid pagi. Mengikut pendapat pengarang , jika wazifah dibaca waktu pagi, baginya hanya waktu ikhtiari. Sekiranya wazifah dibaca secara berjemaah, keadaan orang yang masbuk adalah sama seperti makmum yang masbuk di dalam sembahyang. Hendaklah ia terus mengikut bacaan jemaah sehingga habis jauharah-kamal yang kedua belas, kemudian menyempurnakan apa yang tertinggal mengikut susunan, bermula dari istighfar hingga ke bacaan yang didapatinya bersama jemaah. Sekiranya bacaan tersebut pada

pertengahannya ( seperti pertengahan selawat fatih ), maka tidaklah dikira sebagai sekali. Ia tidak perlu memulakan wazifah dengan bacaan ta`awwuz, basmalah, fatihah, dan selawat fatih kerana kesemuanya adalah sunat dan bukanlah merupakan rukun wazifah. Sesiapa yang membaca wazifah di atas tunggangan ketika mana bermusafir, maka hendaklah ia berhenti dan turun daripada tunggangannya ketika mana sampai pada bacaan jauharah-kamal dan carilah kawasan yang bersih seberapa boleh. Ketika sampai pada bacaan wazifah yang ketujuh, hendaklah duduk sehingga habis bacaan jauharah-kamalnya. Di antara syarat kesempurnaan wazifah ialah membentangkan sejadah yang suci atau sebagainya, khususnya pada bacaan jauharah-kamal ( ketika bermusafir ). Ianya bukanlah bertujuan supaya Nabi duduk padanya sepertimana sangkaan sebahagian orang-orang jahil, bahkan supaya orang yang berzikir itu berada di dalam sebaik-baik keadaan. Sesungguhnya telah terbukti bahawa duduk di tempat lapang yang bersih dan sempurna sucinya dapat menghasilkan keselesaan berzikir dan kejernihan jiwa. Sesiapa yang berkhalwat di tempat memuatkan dirinya seorang sahaja, dia boleh membaca Jauharah-kamal sebanyak kehendaknya. HAILALAH Iaitu bacaan kalimah ikhlas selepas sembahyang asar pada hari Jumaat hingga sebelum terbenam matahari kadar sejam mengikut kiraan falak. Ia dikehendaki membacanya sebanyak di antara seribu hingga seribu enam ratus kali. Sekiranya dibaca melebihi seribu enam ratus kali, ia perlu membacanya sehingga terbenam matahari. Sesiapa yang tidak dapat membacanya sehingga terbenam matahari kerana sebab-sebab tertentu, dia bolehlah

- 11 -

membacanya selepas sembahyang asar di antara seribu hingga seribu enam ratus kali dan kemudian kembali kepada urusannya. Sekiranya terluput hailalah, tidaklah wajib diqada', kerana tujuan hailalah ialah menutup amalan mingguan dan membukanya dengan zikrullah. Waktu ketika mana terbenamnya matahari pada hari Jumaat adalah di antara waktu-waktu mustajabnya doa sepertimana yang terdapat di dalam hadith-hadith Rasulullah . Sebahagian sahabat Nabi menetapkan ianya adalah saat terakhir hari Jumaat. Apabila terluput wirid pagi atau wirid petang atau wazifah secara sengaja ataupun tidak, maka hendaklah diqada' kerana ianya menjadi wajib setelah mana diiltizamkan sepertimana hukum nazar. Kesemua wirid, wazifah dan hailalah adalah sunat dimulakan dengan bacaan ta'awwuz, kemudian Al-Fatihah, kemudian selawat fatih, kemudian akhir Surah As-Saffat, iaitu: Akhir Surah As-Saffat ini juga hendaklah dibaca selepas selawat fatih yang terakhir setiap kali wirid dan wazifah. Manakala selepas kali yang keseratus bacaan hendaklah dibaca atau terlebih elok . Kesemua wirid, wazifah dan hailalah ditutup dengan: 0 0 0 0

Kemudian bacalah doa-doa yang dikehendakinya bertawassulkan kepada Nabi dan kesemua para Rasul, para Nabi dan Malaikat Muqarrabin , para sahabat dan Syeikh Ahmad At-Tijani serta ahli-ahli tarekatnya. Kemudian ditutup dengan bacaan ta'awwuz, kemudian Al-Fatihah, kemudian selawat fatih, kemudian akhir Surah As-Saffat. 0 0 Sebahagian tempat memulakan hailalah dengan Al-fatihah, kemudian: tiga kali, kemudian selawat fatih tiga kali. Sebahagian daripada syarat-syarat wazifah dan hailalah, ianya hendaklah dibaca secara halaqah ( berjemaah ) dan nyaring bagi laki-laki sekiranya terdapat ikhwan. Manakala perempuan pula hendaklah membaca wirid, wazifah dan hailalah secara perlahan. Mana-mana tempat yang meninggalkan bacaan wazifah dan hailalah secara halaqah adalah dikira tidak mengambil endah terhadap tarekat. Ada diriwayatkan, Syeikh pernah keluar menemui mereka menyuruh mereka keluar daripada tarekat serta memutuskan hubungan dengan mereka. Permasalahan-permasalahan. 1. Sesiapa yang bertayammum untuk menunaikan sembahyang fardu, seterusnya ingin membaca wazifah, ia boleh membaca wazifah dengan tayammum sembahyang tersebut. 2. Sesiapa yang bertayammum untuk menunaikan sembahyang fardu, seterusnya ingin membaca wirid, ia perlu

- 12 -

bertayammum sekali lagi. Sesiapa yang membaca wirid dengan tayammum sembahyang, ia perlu mengulangi wiridnya. Ini kerana keringanan wazifah berbanding wirid. 3. Sesiapa yang bertayammum untuk membaca wirid, seterusnya ingin membaca wazifah, maka ia perlu bertayammum sekali lagi. Sekiranya ia membaca wazifah dengan tayammum wirid, ia perlu mengulangi wazifahnya. 4. Sesiapa yang bertayammum untuk membaca wirid, dia boleh membaca kesemua wirid ikhtiari kecuali Al-Fatihah dengan niat al-ismul-a'zam, di mana ianya tidak boleh dibaca kecuali dengan berwudhu. 5. Sesiapa yang sedang membaca wirid atau wazifah, kemudian diiqamatkan sembahyang fardu secara berjemaah, maka hendaklah ia berhenti membaca wirid atau wazifah lalu mendirikan sembahyang fardu bersama jemaah. Setelah selesai memberi salam, hendaklah ia terus menyambung bacaan wiridnya atau wazifah tanpa dipisahkan oleh sebarang bacaan. 6. Orang yang sakit berat atau perempuan yang kedatangan haid atau nifas diberi pilihan untuk membaca wirid dan wazifah atau meninggalkannya dan tidaklah diwajibkan qada' ke atasnya. Orang yang sakit ringan, dikehendaki menqada'nya. 7. Sekiranya syak ketika berwirid sama ada terlebih atau kurang, maka hendaklah dipilih yang kurang, kemudian membaca seratus kali selepas tamat wirid dengan niat jabar ( seperti sujud sahwi ). Begitu juga sekiranya yakin terbaca lebih tanpa sengaja. 8. Sesiapa yang tanpa sengaja membaca wirid atau wazifah tanpa mengikut susunan rukunnya seperti membaca hailalah selepas istighfar, tidak dikira hailalahnya. Hendaklah dihentikan bacaan hailalahnya lalu diteruskan dengan selawat

kemudian barulah hailalah. Selepas tamat wirid dibaca seratus kali dengan niat jabar. Istighfar dengan niat jabar adalah wajib sekiranya terlupa. Sesiapa sengaja meninggalkannya, terbatallah wiridnya. 9. Sesiapa yang membaca wazifah secara halaqah, sekiranya terleka, imamlah yang menanggungnya dengan syarat ia menyempurnakan rukunnya kemudian. 10. Sekiranya sengaja membaca wirid atau wazifah tanpa mengikut susunan rukunnya, terbatallah wiridnya. Begitu juga sengaja menambahkan jumlahnya atau mengurangkannya, terbatallah wiridnya. Sesiapa yang melagukannya hingga berubah makna, padahal dia mampu untuk membacanya dengan betul, juga terbatal wiridnya. 11. Sesiapa yang mendahulukan wirid pagi pada waktu malam, kemudian teringat bahawa dia belum membaca wirid petang, hendaklah dihentikan wirid pagi, lalu dibaca wirid petang. Sekiranya telah tamat wirid pagi pada waktu malam tersebut, sedangkan wirid petang belum dibacanya, maka wirid pagi tersebut tidak dikira kerana waktu tersebut adalah waktu wirid petang. Kemudian jika masih ada masa, barulah dibaca semula wirid pagi. 12. Sesiapa yang membaca wirid petang selepas sembahyang asar, kemudian teringat bahawa dia belum lagi membaca wirid pagi, maka dihentikan wirid petang, lalu dibaca wirid pagi dahulu. Sekiranya ia telah tamat wirid petang, sedangkan wirid pagi belum dibacanya, maka wirid petang tersebut tidak dikira kerana disyaratkan tertib pada membaca wirid pagi dan petang dan waktu tersebut adalah waktu kedua-dua wirid pagi dan petang. Ulangi semula dengan membaca wirid pagi dahulu kemudian, barulah dibaca semula wirid petang.

- 13 -

13. Sekiranya ia membaca wirid petang setelah masuk maghrib, kemudian teringat bahawa dia belum lagi membaca wirid pagi, maka diteruskan wirid petang kerana waktu tersebut adalah waktu wirid petang dan kemudian diqada' wirid pagi. Begitu juga sesiapa yang teringat bahawa dia belum membaca wirid petang setelah selesai sembahyang subuh, maka dibaca wirid pagi dahulu kerana waktu tersebut adalah waktu wirid pagi dan kemudian diqada' wirid petang. Apabila telah terkeluar dari waktunya, maka tidak disyaratkan tertib. Sesiapa yang membaca wirid pada awal waktunya, termasuklah ia di kalangan orang-orang yang bersegera membuat kebajikan. Ini menyegerakannya memperolehi pembukaan dan ketinggian ruhani. Hendaklah disempurnakan syarat-syarat wirid dengan duduk menghadapi kiblat dan melontarkan jauh pemikiran terhadap dunia tatkala berzikir. Bayangkanlah seolah-olah telah mati serta berada di hadapan Allah pada hari Qiamat. Bukankah Dia yang sebagai Tuhan di akhirat kelak, Dialah jua Tuhan di dunia ini. Hadirkanlah keagungan dan kehebatan-Nya. Berzikirlah mengingati-Nya, ikhlas semata-mata kerana-Nya tanpa harapkan balasan. Tunaikan hak-hak-Nya sebagai Tuhan dan diri ini sebagai hamba. Janganlah berzikir kerana mengharapkan syurga atau takutkan neraka. Hadirkanlah hati seolah-olah mendengar kalamnya: 10 ) ) Ertinya: Beristighfarlah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun ( Surah Nuh: 10 ) ) ) Ertinya: Wahai hambaku! Beristighfarlah kepadaku, nescaya Ku ampuni kamu .

Hadirkanlah seolah-olah engkau beristighfar di sisi Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat keadaanmu. Kemudian rasakanlah kehadiran Nabi ketika berselawat ke atasnya. Sahutlah seruan Allah: 56 ) ) dengan membaca: Kemudian sahutlah seolah-olah engkau mendengar seruanNya: dengan membaca: Sahutlah seruan-seruan tersebut seolah-olah engkau sedang berada di hadapan Tuhan yang dekat denganmu dan sentiasa memerhatikanmu. Dialah Tuhan Yang Maha Suci. Berwaspadalah daripada lalai ketika berada di sisi-Nya. Janganlah berpaling kepada selain-Nya. Bersungguhsungguhlah melawani nafsu dan syaitan tatkala ia memalingkanmu dari sisi-Nya. Segeralah kembali mengingatiNya. Rasakanlah kemanisan bermunajat kepada-Nya. Inilah persediaan awal kepada musyahadah. NASAB SYEIKH Beliau ialah Syeikh Abu Abbas Ahmad bin Abu Umar Muhammad bin Al-Mukhtar bin Ahmad bin Muhammad bin Salim bin Al-Eid bin Salim bin Ahmad Al-Ulwani bin Ahmad bin Ali bin Abdullah bin Al-Abbas bin Abdul Jabbar bin Idris bin Idris bin Ishaq bin Zainal Abidin bin Ahmad bin Muhammad bin Al-

- 14 -

Hasan Al-Muthanna bin Al-Hasan As-Sibti bin Ali bin Abu Talib dan Sayyidatina Fatimah Az-Zahra penghulu wanita ahli syurga binti Sayyidina Rasulullah . SANAD SYEIKH Pada permulaan perjalanan ruhaninya, beliau berguru kepada ramai syeikh. Apabila merasakan tidak mencukupi dengan apa yang diperolehinya daripada para syeikh ini, beliau sendirian beribadat kepada Allah dengan memperbanyakkan bacaan selawat ke atas Nabi Sepertimana sedia maklum di kalangan sufi, selawat adalah amalan yang dapat menyampaikan seseorang itu kepada Allah tanpa memerlukan syeikh sepertimana sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Ertinya: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali . Sesungguhnya para malaikat berselawat ke atas sesiapa yang berselawat kepada Nabi . Firman Allah: 43 ) ) Ertinya: Dialah dan para malaikatnya yang berselawat kepada kamu dengan mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. ( Daripada kegelapan maksiat kepada cahaya ketaatan dan daripada kegelapan hijab kepada cahaya pembukaan mata hati ). Sesungguhnya ramai para wali Allah telah sampai kepada Allah melalui amalan selawat kepada Rasulullah .

Antaranya Syeikh Nuruddin As-Syuni, Al-Arif Al-Matbuli, Syeikh Abdur-Rahim Al-Qanani dan lainnya. Begitulah juga halnya Syeikh sehingga beliau dapat bertemu Rasulullah ( secara yaqazah ) lalu Baginda mendidiknya dengan didikan yang khusus dan kemudian menijazahkan kepadanya beberapa wirid.

Ianya bukanlah mengijazahkan sesuatu wirid baru di dalam ajaran islam bahkan wirid-wirid ini telah disyarakkan sejak zaman Baginda lagi, antaranya istighfar, selawat dan hailalah. Manakala lafaz selawat yang tidak terdapat pada zaman Baginda, tidaklah dikategorikan bidaah, kerana AL-Imam AlHafiz Ibn Kathir meriwayatkan bahawa Sayyidina Ali pernah mengajar orang ramai doa dan selawat karangannya. Ramai Wali Allah mengajar orang ramai selawat dan doa karangan mereka seperti Al-Imam Hasan Al-Basri, Syeikh Ahmad Badawi dan lainnya. ~ Rujukan penterjemah Pada mulanya, Syeikh mengamalkan selawat fatih kemudian meninggalkannya dan membaca selawat berikut; Rasulullah kemudian menyuruhnya kembali mengamalkan selawat fatih serta mengijazahkan istighfar dan selawat kepada sesiapa yang berminat. Ketika itu beliau berada di Abi Samghun dan Shalalah yang terletak di Daerah Sahra, Maghribi. Kemudian Rasulullah menambahkan hailalah untuk menyempurnakan wirid. Ruhaninya sentiasalah meningkat daripada satu maqam ke

- 15 -

maqam yang lebih tinggi hinggalah sampai ke peringkat yang dijanjikan untuknya sebagaimana selayaknya dengan sematamata limpah kurnia Allah. Didikan seperti ini diistilahkan oleh golongan sufi sebagai didikan ruhani atau didikan uwaisiah. Ruhani beliau dididik oleh Rasulullah sepertimana ruhani Uwais Al-Qarni tanpa pertemuan jasad di antara kedua-duanya. Didikan ruhani hanya mensyaratkan pertemuan ruh kedua-duanya sama ada kedua-duanya masih hidup di dunia ataupun salah seorang sahaja yang masih hidup dan seorang lagi telah meninggal dunia ( hidup di alam barzakh ). Janganlah dipedulikan sangkaan orang-orang yang tidak berilmu yang mengatakan: " Sesiapa yang berada di alam barzakh tiada apa-apa hubungan dengan orang orang yang berada di dunia". Ini adalah sangkaan yang tidak benar. Kerajaan Allah hanyalah satu dan ruh orang yang telah meninggal dunia tidaklah terkeluar daripada kerajaan Allah. Ruhnya tidaklah hilang atau terhapus begitu sahaja selepas matinya bahkan ianya berpindah daripada satu alam ke alam yang lain. Ianya masih berada di dalam kerajaan Allah dan Allah sentiasa mengetahui keadaannya. Ulama bersependapat bahawa ruh orang yang hidup boleh bertemu dengan ruh orang yang telah meninggal dunia ketika tidur ( Rujuk Surah AzZumar: 42 ). Dia yang berkuasa menghimpunkan ruh-ruh di alam mimpi juga berkuasa menghimpunkan ruh-ruh di alam yaqazah. Kesemua alam ini di bawah kekuasaannya. Orangorang yang telah meninggal dunia mendengar dan menjawab salam orang-orang yang hidup. Mereka merasa sakit sepertimana orang yang hidup merasa sakit. Golongan yang tidak berilmu ini sebenarnya terhijab daripada menyaksikan kebenaran perkara-perkara di atas lantas menghukum berdasarkan sangkaan mereka yang salah. Pendapat mereka ini ditolak kerana sepertimana para malaikat dan jin yang wujud seperti kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka melainkan berlakunya secara mencarik adat. Begitu juga

pertemuan secara yaqazah di alam barzakh, adalah perkara yang mencarik adat. Berlakunya perkara ini adalah harus pada akal dan syara` sepertimana yang pernah dikhabarkan oleh golongan yang dipercayai. Dalil-dalil harusnya pertemuan secara yaqazah: 1. Hadith riwayat Imam Bukhari. Sesiapa yang melihatku di dalam mimpinya, maka dia akan melihatku secara yaqazah. Sesungguhnya Syaitan tidak dapat menyerupaiku. 2. Hadith Riwayat Imam Ahmad. Ibnu Abbas berkata: Aku dan bapaku duduk di sisi Rasulullah yang sedang berbual dengan seseorang. Baginda tidak melayan bapaku lalu kami berdua keluar meninggalkannya. Bapaku berkata kepadaku; ' Apalah anak saudaraku, tidakkah kau lihat sepupumu, tidak melayanku. Aku berkata; Wahai Ayah! bukankah Baginda sedang berbual dengan seseorang yang sedang berada di sisinya. Kemudian kami pun kembali kepada Rasulullah lalu bapaku berkata: Wahai Rasulullah, aku berkata kepada Abdullah (anakku) ini dan ini lalu dia memberitahuku ada seseorang di sisimu yang sedang berbual denganmu. Betulkah ada seseorang di sisimu? Rasulullah menjawab; Adakah engkau melihatnya wahai Abdullah? Aku menjawab, ya. Sesungguhnya itulah Jibril yang memalingkanku daripada melayanimu. Hadith di atas menunjukkan bahawa Ibnu Abbas secara yaqazah (bukan mimpi) dapat melihat Jibril yang sedang berbual dengan Rasulullah secara yaqazah, sedangkan bapanya tidak dapat melihat Jibril dan tidak dapat melihat perbualan secara yaqazah tersebut.

- 16 -

3. Pertemuan kita dengan Malaikat Izrail ketika sakratul-maut adalah secara yaqazah (bukannya mimpi ), sedangkan orang sekeliling kita tidak dapat melihatnya. Surah Al-Anfal ayat 50 bermaksud: Dan ( amatlah ngerinya ) kalau engkau melihat ketika malaikat mencabut ruh orangorang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka ( sambil berkata ) Rasakanlah azab yang membakar. ( Ketika sakratul-maut, orang-orang kafir melihat secara yaqazah Malaikat Izrail mencabut ruh mereka di mana muka dan belakang mereka dipukul secara yaqazah oleh Malaikat Izrail, sedangkan orang sekelilingnya tidak nampak Malaikat Izrail dan tidak nampak apa-apa pukulan pun ). ~ Penterjemah Apabila pertemuan secara yaqazah ini difahami dengan jelas, dapatlah diterima bahawa sanad Syeikh adalah daripada Rasulullah . Syeikh berkata: "Kami mengambil sanad daripada beberapa orang syeikh tetapi Allah tidak mentakdirkan matlamat kami tercapai melainkan setelah bersanadkan kepada Rasulullah di mana kami memperolehi pembukaan rahsia-rahsia dan sampai kepada Allah ". Di antara kelebihan tarekat ini, setiap murid akan mewarisi beberapa bahagian daripada maqam Syeikh . Sedikit kesilapan di dalam kitab oleh Al-Imam Nabhani di mana beliau menulis bahawa Syeikh adalah murid terkanan Syeikh Ahmad bin Idris sedangkan Syeikh Ahmad bin Idris lahir pada kurun ketiga belas hijrah manakala Syeikh lahir pada pertengahan kurun kedua belas hijrah. Berikut adalah kata-kata ulama yang bukan dari kalangan pengikut tarekat tijani.

Di dalam kitab juzuk keempat: "Apabila Sultan Sulaiman bertemu dengan Syeikh Tijani dan melihat kehebatan serta mendengar majlis ilmunya, beliau memuliakannya lalu menghadiahkan kepadanya sebuah bangunan miliknya berharga melebihi dua puluh ribu mithqal dengan disediakan segala keperluan. Orang ramai datang menziarahi beliau hinggakan tersohor di seluruh Fez dan Maghribi . Di dalam juzuk keempat juga, diceritakan pada tahun yang sama mengenai kematiannya. " Kematiannya adalah di Fez Al-Mahrusah. Al-Imam Abu Abbas Ahmad At-Tijani adalah seorang syeikh yang alim lagi arif yang telah mengasaskan tarekat tijani ". Di dalam kitab Al-Imam An-Nabhani menulis mengenainya: "Beliau adalah imam para arifin, salah seorang daripada Wali Allah yang muqarrabin. Khalifahnya, Sayyidi Ali Harazim bin AlArabi Baradah Al-Maghribi Al-Fasi menulis di dalam kitab mengenainya syeikhnya: " Beliau adalah dari kalangan ulama yang mengamalkan ilmunya, imam yang mujtahid, menghimpunkan kemuliaan hakikat dan syariat, kemuliaan ilmu dan amal, ahwal rabbaniyah yang mulia, maqamat yang tinggi, ketinggian hemah, akhlak rahmaniyyah yang terpuji, perjalanan yang tinggi, ilmu ladunni, kesempurnaan sirr rabbani, kehebatan karamah dan perkara-perkara mencarik adat, al-Qutb al-Jami', al-Ghauth an-Nafi', al-Warith ar-Rahmani, al-Imam ar-Rabbani dan lain-lain sifat keelokkan dan kemuliaan di mana beliau adalah ahlinya.Tarekatnya tersebar luas di seluruh Maghribi, Sudan dan segenap pelusuk Afrika hingga tiada tarekat lain yang tersebar luas sepertinya di samping ianya memberi manafaat yang besar dan panduan yang sempurna. Sesiapa yang ingin mengetahuinya lebih lanjut mengenai syakhsiah dan faedah-faedah tarekatnya, rujuklah kitab dan di bahagian tepinya karangan Sayyidi

- 17 -

Umar Al-Futi, khalifah kepada khalifah Syeikh . Semoga kita memperolehi manafaat dengan keberkatan mereka. Amin. " Syeikh Umar Ar-Rayyahi At-Tunisi menulis mengenai datuknya Al-Allamah Al-Imam Ibrahim Ar-Rayyahi di dalam kitabnya : Setibanya Syeikh Ibrahim di Fez ( Maghribi ), beliau terus menuju ke rumah Sayyidina Al-Qutb Al-Maktum At-Tijani. Setelah memberi salam, khadam Syeikh membuka pintu lalu bertanya: Adakah engkau Ibrahim Ar-Rayyahi At-Tunisi ? Dijawabnya ya ! . Syeikh telah memberitahu kami mengenai kedatanganmu dan engkau diizinkan masuk . Setelah masuk, didapatinya Syeikh Muhammad Al-Masyri, Syeikh Muhammad Al-Ghali dan lainnya berada di dalam rumah tersebut. Mereka minum setelah dihidangkan susu. Kemudian Syeikh keluar dari khalwatnya dan duduk bersama-sama mereka. Beliau kemudiannya memberitahu mengenai kematian Syeikh Soleh Al-Kawashi, salah seorang daripada gurunya di mana beliau baru sebentar berada di sisi jenazahnya. Kejadian ini berlaku pada Isnin 17 Syawal 1218 hijrah. Al-Qutb Al-Maktum menziarahi jenazah Syeikh Soleh Al-Kawashi melalui karamahnya di mana beliau berada di Fez manakala jenazah berada di Tunis. Inilah wasiatku untuk diriku dan ikhwan agar menitikberatkan Al-Quran dan As-Sunnah, zahir dan batin. Sibukkanlah diri dengan mempelajarilah ilmu serta mengamalkannya, terutamanya adab-adab di dalam perjalanan ke hadrat Allah, bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sejuzuk setiap hari sepertimana gesaan Syeikh . Amalkanlah ihsan di dalam pergaulan antara sesama kita, antara kita dengan tuhan, antara kita dengan nafsu, antara kita dengan ikhwan. Anggaplah menyakiti orang-orang yang beriman seolah-olah menyakiti Nabi . Apatah lagi ikhwan. Peliharalah

diri daripada perkara-perkara yang memisahkan kita daripada Allah, daripada Rasulnya dan daripada Syeikh terutamanya perkara-perkara yang membawa kepada kekufuran dan dosa-dosa besar yang menyebabkan su'ulkhatimah, , seperti memusuhi Wali Allah, riba, derhaka, zina dan lainnya yang jelas ditegah di dalam Al-Quran dan Sunnah, dan juga daripada sebarang dosa. Sesiapa yang meninggalkan tarekat tijani setelah mengambilnya dikira berdosa kerana wirid-wiridnya adalah dinazarkan dan sesiapa yang tidak menunaikan nazarnya adalah berdosa. Jauhkan diri daripada bergaul dengan orang-orang yang melalaikan kita daripada perjalanan ke hadrat ilahi. Sesungguhnya kita hanya mengharapkan wajah-Nya. Kita meninggalkan mereka dan menuju kepada-Nya. Semoga Dia menghimpunkan kita di tempat yang disenangi di sisi Tuhan yang Berkuasa. Semoga Dia memelihara kita untuk selamalamanya dan mengambil nyawa kita dalam husnul khatimah. Amin. 0 Selesai terjemahan 22 Jamadil-Awal 1424

- 18 -

You might also like