You are on page 1of 10

SMK DANG ANUM

BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 UJIAN SELARAS 1 FEBRUARI 2011 1 JAM 20 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan objektif dan 1 soalan esei. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan yang bertanda A, B , C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Disediakan oleh : .................................................... (ROSLINORAZAM KALIVAN)

Disemak oleh : ................................................................ KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

Disahkan oleh : ......................................... GKMP BAHASA

Bahagian 1 (Soalan Objektif) 40 markah Soalan 1 7 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Seseorang teman yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya ___________ ke kancah maksiat. 1A terjerumus 2B terperosok 3C termusnah 4D terikut Masih terbayang-bayang di mata Pak Samad ____________ pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. A pahit getir B jerih payah C susah payah D susah senang Sungguhpun pahit untuk ditelan, namun Joshua______________dapat menerima kegagalannya dalam ujian Matematik. A B C D 4. akan sudah pernah sedang

Mak Zizah hanya memakai kain ______ sewaktu berada di rumah. A B C D batik songket basahan pelikat

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.

Bola yang dibalingnya ke dinding itu_________________lalu terkena kepalanya. A B C melantun melontar menghentam

D 6.

menyentuh

Pintu rumah nenek Siah tidak dapat ditutup rapat kerana __________ pintunya rosak. A B C
D

kekisi bebuli sesiku


kekuda

Sejak berpindah ke taman perumahan itu seminggu yang lalu, Laili belum sempat untuk__________________ jiran baharunya. A B C D tengok-menengok jenguk-menjenguk lihat-melihat kenal-mengenal

8. Kaki Saleha apabila dia memakai kasut baharu ketika menari di pesta hari lahir Rozizah. A B C D terseliuh terkehel melecet melecur

9. Bunyi cengkerik yang .. itu amat menusuk telinga. A B C D nyaring bising kuat bingit

10. Tikus pakaian lama yang disimpan oleh ayah di dalam stor. A B C D memakan mengunyah merobek mengerit

11. Hassan sungguh kerana tidak dapat bertemu dengan sepupunya semasa menziarahi datuknya di kampung. A B C D terharu terkilan tersinggung terasa

12. Semua kontraktor yang berdaftar dengan kementerian dipelawa untuk mengemukakan .. bagi projek yang diiklankan. A harga pokok B sebut harga C surat rasmi

D sebut projek

Soalan 13 19 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

13

Fuad tidak merasa menyesal melepaskan jawatannya sebagai pegawai tinggi A B di syarikat itu demi cita-citanya untuk membuka perniagaan sendiri. C Tiada kesalahan D Ramzila telah kehilangan sejambak kunci semasa dia dalam perjalanan balik A B dari pejabat. Tiada kesalahan C D

14

15.

Sahizan tidak pernah membuat jahat semasa tinggal di kampung datuknya . A B C Tiada kesalahan D Para peniaga diminta menyimpan barang secukupnya untuk memenuhi keperluan A B orang ramai bila menjelang musim perayaan. Tiada kesalahan C D
Senarai nama-nama pelajar yang akan menyertai lawatan ke Lembah Danum A B akan ditampal pada papan kenyataan. Tiada kesalahan

16.

17.

C 18.

Usahawan tempatan perlu mencari peluang untuk memasarkan produk keluaran A B C


mereka ke peringkat antarabangsa. Tiada kesalahan D

19.

Alat penghawa dingin itu perlu diselenggara secara berkala dari semasa ke semasa A B C
Oleh juruteknik yang bertugas. Tiada kesalahan. D

Soalan 20 22 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 20 I II III IV
A B C D

Feri ke Langkawi itu dilambung ombak yang beralun-alun menyebabkan semua penumpang kecut perut. Jalan yang menuju ke taman itu beralun-alun sehingga menyebabkan kenderaan tidak dapat dipandu laju. Suara azan pada waktu subuh yang beralun-alun itu kedengaran ke seluruh kampung itu. Mereka terpegun dengan beralun-alun suara penyanyi wanita muda yang merdu itu.
I dan II III dan IV I, II, dan III II, III, dan IV

21

I II III IV

Bersempena dengan perkahwinan anak tunggal ahli perniagaan yang terkenal itu, lampu yang berwarna-warni memancarkan seluruh kampung. Kejayaan Iran memancarkan ujian peluru berpandunya yang terbaharu telah mengejutkan musuh tradisinya, Amerika. Radio tempatan yang disiarkan di kawasan itu hanya memancarkan lagu-lagu nasyid dan patriotik. Cuaca pada pagi itu sungguh nyaman walaupun matahari telah memancarkan cahaya. A B C D I dan II II dan III III dan IV I dan IV

22

I II III IV

Ulam-ulaman yang dimakan mentah-mentah bukan sahaja berkhasiat bahkan juga dapat menambahkan selera. Eksport petroleum mentah-mentah negara dikurangkan bagi menampung keperluan tempatan. Jawatankuasa mesyuarat tersebut menolak cadangan yang dikemukakan itu mentahmentah. Jangan makan nasi yang masih mentah-mentah kerana dapat menyebabkan sakit perut. A B C D I dan III II dan IV III dan IV I dan II

Soalan 23 26 Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan. Jika tiada kesalahan tandakan D. 23 Nabil dan Zizan mempunyai peminat yang terdiri dari semua golongan-golongan masyarakat.
A B C D dari semua golongan daripada semua golongan daripada semua golongan-golongan dari semua golongan-golongan

24 .

Cikgu Salmah menerangkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam karangan itu kepada para pelajar. A B C D menerangi kesalahan bahasa penerangan tentang kesalahan bahasa menerangkan tentang kesalahan bahasa menerangkan kesalahan bahasa

25.

Sejak kilang itu didirikan, kesemua anak-anak sungai di daerah itu telah tercemar. A. kesemua anak sungai B. semua anak-anak sungai C. semua anak sungai-sungai D. kesemua anak-anak sungai

26

Dari dahulu hingga kini ramai orang yang memperkatakan masalah pendatang tanpa izin ke negara ini. A B C D banyak orang yang memperkatakan banyak yang memperkatakan ramai yang memperkatakan ramai orang yang memperkatakan

Soalan 27 32 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 27. Pihak pemaju perumahan digesa agar membina lebih banyak rumah kos rendah untuk keperluan golongan berpendapatan rendah. A. Golongan miskin sentiasa mengharapkan pemaju perumahan membina rumah kos rendah dengan lebih banyak. B. Rumah kos rendah hendaklah didirikan oleh pemaju perumahan kerana diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah. C. Golongan berpendapatan rendah memerlukan rumah kos rendah, yang banyak dibina

oleh pihak pemaju perumahan. D. Demi kepentingan golongan kurang berkemampuan, pemaju perumahan diminta supaya banyak mendirikan rumah kos rendah. 28. Malaysia sebagai negara yang sedang membangun tidak harus terlalu mengharapkan tenaga buruh asing. Sebagai negara yang sedang meningkat maju, Malaysia tidak sewajarnya bergantung kepada tenaga kerja luar. B Malaysia tidak perlu mengharapkan tenaga buruh asing untuk membangunkan negara ini. C Malaysia sebagai negara maju tidak sepatutnya mengharapkan tenaga kerja asing untuk membangunkannya. D Pengambilan buruh asing di negara yang sedang membangun tidak patutnya dilakukan oleh Malaysia. 29. Kempen inflasi sifar tidak berjaya sepenuhnya kerana kurang mendapat kerjasama daripada para peniaga. A Sokongan yang kurang daripada peniaga-peniaga menyebabkan kempen inflasi sifar gagal mencapai matlamat keseluruhannya. B Sikap para peniaga yang mahu mengaut keuntungan yang tinggi telah menggagalkan kempen inflasi sifar. C Keberkesanan kempen inflasi sifar hanya akan berjaya jika para peniaga memberikan sokongan. D Kurangnya kerjasama yang sepenuhnya daripada para peniaga menyebabkan kempen inflasi sifar telah gagal. 30 bu bapa diminta memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik. A Ibu bapa dan pihak sekolah berhasrat untuk melihat kecemerlangan para pelajar. B Pihak sekolah meminta ibu bapa memberikan kerjasama bagi meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar. C Peningkatan prestasi para pelajar dan pihak sekolah dalam bidang akademik akan berhasil dengan adanya kerjasama ibu bapa. D Kerjasama daripada pihak sekolah ditagih oleh ibu bapa dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar. 31 Walaupun peperiksaan ini hanya percubaan, tetapi sangat penting untuk menilai pencapaian kamu, kata Cikgu Hashim kepada pelajar-pelajarnya. A Cikgu Hashim memberitahu pelajarnya-pelajarnya bahawa peperiksaan itu hanyalah percubaan namun sangat penting juga sebagai landasan untuk mengukur pencapaian mereka. B Penjelasan Cikgu Hashim tentang mustahaknya peperiksaan tersebut walaupun hanya percubaan tetapi tujuannya adalah untuk meningkatkan pencapaian para pelajar. C Para pelajar dinasihati oleh Cikgu Hashim agar mengukur kemampuan mereka dalam peperiksaan percubaan itu. D Cikgu Hashim dan pelajar-pelajarnya diberitahukan pentingnya peperiksaan itu A

walaupun hanya percubaan kerana kemampuan mereka akan dinilai. 32 Pada masa ini Persatuan Pengguna Malaysia berasa bimbang kerana kebanyakan iklan boleh mendatangkan gejala kurang baik kepada orang ramai. A Masyarakat dan Persatuan Pengguna Malaysia berasa bimbang terhadap gejala kurang baik yang ditimbulkan oleh iklan. B Iklan boleh mendatangkan gejala buruk dan kebimbangan kepada Persatuan Pengguna Malaysia. C Kebanyakan iklan masa kini boleh menimbulkan gejala buruk kepada masyarakat dan hal ini membimbangkan Persatuan Pengguna Malaysia. D Masyarakat mengadu kepada Persatuan Pengguna Malaysia kerana bimbang gejala kurang baik daripada iklan. Soalan 33 hingga soalan 35 Pilih ayat-ayat yang betul. 33. I II III IV
A. B. C. D.

Setiap kumpulan yang menyertai program ini terdiri dari sepuluh orang pelajar. Saya langsung tidak mengetahui tentang penyakitnya itu selama ini. Beg tangan itu berkualiti kerana dibuat daripada kulit buaya. Jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa kebakaran itu belum ditaksirkan lagi.
II dan III sahaja. I, II dan III sahaja. II, III dan IV sahaja. I, II, III dan IV.

34.

Encik Hassan menanyakan soalan yang berkaitan dengan sejarah Malaysia kepada muridnya. II Naik turunnya keputusan peperiksaan bergantung kepada kerjasama semua pihak. III Kakak memasukkan secebis garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari. IV Encik Ismail disebut sebagai bakal pengetua sekolah yang baru dibuka itu. A B C D I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja Adalah sukar untuk mengatasi masalah itu. Batu yang bertaburan di tepi jalan itu tersepak oleh saya. Penyanyi yang terkenal sekali di Malaysia ialah Datuk Siti Nurhaliza. Rombongan itu akan melawat Terengganu pada minggu hadapan. I dan II II dan IV I, II dan III I, III dan IV

35.

I II III IV A B C D

Soalan 36 hingga soalan 40 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini. 36 Kecenderungan jurulatih bola sepak itu memilih pemain yang disukainya sahaja untuk bermain dalam setiap perlawanan penting menunjukkan bahawa dia bersikap ______. A B C D 37 pilih bulu. atas pagar. pilih kasih. berat sebelah. Walaupun perabot yang dibelinya itu agak mahal harganya, namun Adam tetap berpuas hati. Keadaan ini merujuk kepada peribahasa... A B C D 38. alah membeli menang memakai. besar periuk besarlah keraknya. ukur baju di badan sendiri. ada rupa ada gaya.

Orang tua itu nampak sahaja pendiam tetapi dia sebenarnya handal berpencak silat.
Peribahasa yang berikut sesuai bagi menggambarkan situasi di atas, kecuali A Seperti harimau menyembunyikan kukunya. B Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. C Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. D Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. 39 Walaupun dia hidup mewah, namun dia masih bergaul dengan orang-orang miskin. Keadaan ini dapat diibaratkan seperti A B C D mencurah garam ke laut kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya hidup muafakat membawa berkat

40 Peribahasa yang berikut berkaitan dengan seseorang yang berada dalam keadaan yang amat bahaya, kecuali A B C D seperti telur di hujung tanduk nyawa bergantung di hujung rambut seperti nyawa di hujung pedang seperti embun di hujung rumput

Bahagian 2 (Soalan Esei) Berdasarkan novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan, huraikan tiga perwatakan yang terdapat pada Kanang anak Langkau. (10 markah)

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN 1 No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 No 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 No 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 No 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

B A B C A A D C A D

B B A D B C A D A C

C A B D A A D A D B

A C C D D C A C C D

You might also like