You are on page 1of 2

KEBAIKAN DaN KEBURUKAN INTERNET Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi

. Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti : Pendidikan dalam Internet Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut. Perniagaan dalam Internet Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan. Perubatan dalam Internet Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan. Keburukan Internet Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh. Terdapat beberapa keburukan Internet seperti : Medium penyebaran dakyah jahat Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran islam dan memburukkan-burukkan agam islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama

penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank. Pornografi Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan "porn" pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat. Kesimpulan: Internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk keburukan. Apa yang penting, para pengguna internet, sejak kecil lagi mereka perlu dilengkapi dengan kekuatan dalaman atau kekuatan dalaman agar merek amempunyai asas yang kuat untuk mendidiplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan internet.

Amalan Berbudi Bahasa Banyak Kebaikannya Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada amalan tersebut. Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah swt ini mempunyai berbagai-bagai perangai. Ada yang baik dan tidak kurang juga yang kurang baik. Kita di Malaysia ini, hendaklah selalu mengamalkan amalan berbudi bahasa ini kerana kita sudah sinonim dengan sifat yang lemah lembut dan bersopan-santun. Banyak faedah yang kita peroleh dengan mengamalkan sikap berbudi bahasa. Antaranya ialah, kita akan dihormati oleh orang lain. Dengan sikap yang lemah lembut dan tidak bercakap kasar, kita akan dipandang mulia dan disukai oleh mereka yang berada di sekeliling kita. Mereka tidak sesekali memandang serong terhadap kita. Malah, mereka akan berasa senang untuk berdamping dengan kita. Allah swt juga suka akan orang-orang yang berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana mereka yang berbudi bahasa tidak akan sesekali mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak berfaedah dan perkataan yang kurang sedap didengar oleh orang lain. Bukan itu sahaja, malah kita akan sentiasa diredai oleh Allah swt. Sikap kita yang berbudi bahasa ini juga akan membawa kesenangan dan kebaikan dalam diri kita. Apabila kita hendak memohon sesuatu pekerjaan, sikap inilah yang akan dilihat oleh seseorang majikan itu. Lalu, majikan tersebut tidak akan teragak-agak untuk mengambil kita bekerja. Kita juga akan mempunyai banyak kawan. Hanya kawan yang baik sahaja sesuai untuk berdamping dengan kita yang mempunyai budi bahasa ini. Mereka akan berasa gembira apabila berada bersama-sama kita sepanjang masa. Hal ini akan membuat seseorang itu akan berasa yakin pada diri sendiri. Akhir sekali, amalan berbudi bahasa dapat menjaga maruah kita terutama bagi seorang muslim. Budi bahasa inilah yang mencorak diri seseorang itu sama ada baik atau buruk perbuatannya. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan amalan berbudi bahasa dengan semua orang tanpa mengira batas agama atau bangsa. Dengan sikap inilah kita akan dipandang mulia sepanjang zaman. Tepuk dada tanyalah selera. Hanya kita yang akan membentuk budi pekerti dalam diri sendiri.

You might also like