You are on page 1of 9

Hasil tulisan seorang sahabat Pengertian Iktiqad Dan Aqidah Apa erti iktiqad dan aqidah ?

Ada beberapa perkataan yang selalu kita dengar dan jumpa di dalam masalah perkar a Tauhid dan Mengesakan AlLah Ta'ala iaitu : 1. Perkataan Syarak, Syariat, Millah dan Din. (Ugama) : erti perkataan-perkataan ini dalam pengertian ugama dan syarak, iaitu hukum - hukum yang telah AlLah Taala terangkan dan nyatakan melalui lisan Nabi k ita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi disampaikan kepada kita su paya kita junjung dan terima. Atau erti (Ugama) : Iaitu perkara yang telah AlLah Taala hantarkan dan letakkan dan nyatakan yang membawa orang - orang yang berakal yang sempurna akal fikirann ya, menjunjung akannya dengan pilihan yang baik yang sejati bagi kebaikan di dun ia dan akhirat. (Dari Hasyiah Al Baijuri 'Alal Jauharah) Kata ahli ilmu ugama bahwa perkataan "Ugama" itu diambil dari perkataan Arab "Iq amatuddin", ertinya mendirikan ugama, kemudian dipakai perkataan "ugama" sahaja. 2. Perkataan Iktiqad ertinya : Menghukum dan membenarkan sesuatu dengan jazam da n putus pegangan padanya. (Dari Syarhu Al Jauharah dan Al Jawahirul Kalamiah). 3. Perkataan Aqidah ertinya : Sesuatu perkara yang dijazam dan diputuskan pegang an padanya. (Dari Hasyiah Al Baijuri Kifayatul 'Awam) 4. Perkataan Islam ertinya : Menjunjung dan mengikut akan segala bawa oleh Nabi Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang ra itu dengan ilmu dharuri bahawa perkara ugama yang dibawa oleh uhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu. (Dari Hasyiah Al Baijuri dan Fathul Mubin 'Alal Arba'in) perkara yang di diketahui perka Nabi Sayidina M 'Alal Jauharah

5. Perkataan Ihsan ertinya : Menghalusi segala ibadat dengan ditunaikan di atas rupa yang dipinta buat, serta menjaga hak - hak AlLah dan memerhatikan AlLah dan menghadirkan kebesaran AlLah di dalam hati, sepanjang beribadat itu. (Dari Fath ul Mubin Syara' Al Arba'in) 6. Selawat ertinya : Rahmat AlLah serta kurnia kemuliaan ke atas Sayidina Muhamm ad Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengucap selawat ke atas Nabi SallalLahu Alaih i Wasallam dengan seseorang itu berkata : (SallalLahu Ala Sayidina Muhammadin Wa Alihi Wasallam) atau (AlLahumma Salli 'Ala Sayidina Muhammadin Wa Alihi Wasalla m ertinya : Ya AlLah mohon kurniakan rahmat serta dengan kurnia kemuliaan ke ata s Sayidina Muhammad ke atas baginda dan keluarga baginda). (Dari Hasyiah Al Baij uri 'Alal Jauharah dan Kifayatul 'Awam) 7. Salam ertinya : Salam hormat yang munasabah dengan kemuliaan baginda RasululL ah, atau selamat sejahtera ke atas baginda RasululLah SallalLahu Alaihi Wasallam . (Dari Hasyiah Al Baijuri 'Alal Jauharah dan Kifayatul 'Awam). 8. Menulis Selawat dengan huruf potong seperti (diwakilkan dengan huruf Sod), SA W, SallalLahu Alaihis-Salam dan seumpamanya itu adalah tiada menepati perintah b erselawat, tambahan pula tiada padanya memuliakan Nabi Sayidina Muhammad Sallall ahu Alaihi Wasallam (bagaimana kata Al Muhaddith Al-Mutafanniah Assayed Abdullah Al Ghumari dalam Al Mahdiyul Muntazar dan Al Imam Ibnu 'Allan dalam Syarah Al A

zkar Lil Imam An Nawawi). 9. Menulis perkataan "Rasul" dengan tiada disandarkan lafaz Al Jalalah (AlLah) s eperti kata seseorang "Rasul" dengan tujuan Nabi Sayidina Muhammad Sallallahu Al aihi Wasallam, adalah kurang adab. Kata Al Imam Asy Syafie makruh menyebut "Rasu l" dengan tiada disandarkan kepada lafaz Al Jalalah (RasululLah). Ini disebutkan di dalam Manaqib Asy Syafie oleh Al Imam Al Baihaqi dan Al Imam An Nawawi dalam Al Majmu'. 10. 'Alam ertinya : Segala apa yang lain daripada AlLah Taala dari segala bahagi an alam langit dan bumi dan jisim - jisimnya dan apa - apa yang dikandung oleh ' alam itu dari tumbuh - tumbuhan dan binatang - binatang segala perbuatan segala percakapan, segala iktiqad dan kepercayaan, segala 'ain dan zat sesuatu segala j auhar dan segala 'arasy semuanya itu dinamakan 'alam. Semuanya itu baharu (muhad das) dijadikan AlLah Taala setelah alam itu tiada sesuatupun. (Dari Kitab At-Tab siru Fid Din; Wattam Yizul Firqati An Najiyati 'Ani Firaqil Halikina oleh Al Ima m Hujjatul Mutakallimin Wal Mufassiru An Nadzoru Abul Muzzafari Al As Faraini ya ng meninggal tahun 471H) 11. Tauhid ertinya : Mengesakan AlLah Taala dengan disembah akannya semata a dengan tiada beserta disembah yang lain, serta iktiqadkan esa pada zatnya, pada sifat - sifatnya, yakni tiada berbilang - bilang sesuatu sifatnya dari is yang satu dan esa pada perbuatannya yakni tiada ada perbuatan yang terbit ipada yang lain daripada AlLah, mat esa jen dar

Maka zat AlLah tiada menerima dibahagi - bahagikan dengan apa jua carapun dan za tnya tiada serupa dengan zat ynag lain dan sifat - sifatnya tiada serupa dengan lain - lain sifat yang lain dan tiadalah sesiapa bersekutu pada membuat dan mela kukan sesuatu perbuatan, melainkan AlLah jua yang membuat perbuatan itu, maka se gala perbuatan dan kejadian semuanya dibuat dan dijadikan oleh AlLah Taala. (Dar i Syarhu Jauharatut Tauhid oleh Al 'Allamah Al Sayed Abdussalam Al Laqqani Al Ma leki, meninggal pada tahun 1078 H) Tajuk Seterusnya Iktikad Yang Selamat

Indek Pengajian Kitab Usuluddin

Hasil tulisan seorang sahabat Iktiqad Yang Selamat Mana satu iktiqad dan kepercayaan yang selamat ? Orang - orang Arab sebelum Islam, menganut berbagai-bagai ugama dan kepercayaan. Maka orang-orang Quraisy Mekah tiada ada kepercayaan pada tuhan dan tiada berug ama dan orang - orang suku Tamim menganut fahaman Mazdak (bersekutu pada perempu an dan harta sebagaimana Komunis bersekutu pada harta dan perempuan) dan mereka menganut ugama Majusi menyembah api dan suku Ghassan menganut ugama Yahudi dan N asrani dan lain - lain Arab menyembah berhala. Dalam suasana Tanah Arab yang begitu rupa dibangkitkan Nabi kita Nabi Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan membawa ugama Islam dan Iman dan Ihsa n setelah 13 tahun lamanya, maka seluruh Tanah Arab telah bersih dari menyembah berhala dan dari samun menyamun dan ajaran Islam telah bersinar di dalam hati hati dan kehidupan menjadi tenteram.

Setelah Nabi Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam wafat dan kembali pad a Arrafiqul A'la (pent. - zaman perpecahan) maka ada orang-orang di sudut-sudut Tanah Arab itu keluar dari ugama Islam dan ada orang-orang yang hendak membezaka n antara perkara dunia dari perkara ugama dengan enggan membayar zakat kepada kh alifah. Maka para sahabat-sahabat RadhialLahu 'Anhum telah menganggap semua orang-orang itu murtad keluar dari ugama Islam sedangkan ugama Islam telah menghimpunkan dua muslihat dunia dan akhirat . Dan ugama Islam itu mempertahankan dua muslihat it u dari dikacau oleh orang-orang yang degil dan angkuh itu. Maka sahabat-sahabatp un mengambil tindakan bersenjata ke atas orang - orang yang murtad itu, dipaksa mereka kembali pada Islam dan fitnah itu selesai dan Islam bersinar semula di se luruh Tanah Arab. Pada zaman Khalifah Umar Radhiallahu 'Anhu tampil seorang bernama Subaigh bin As al membangkitkan perkara-perkara yang Mutasyabih, yang membawa kesamaran fahaman dan fikiran dan iktiqad, maka Sayidina Umar telah memanggil Subaigh itu lalu di belasahnya. Subaigh itu bertaubat dan dibuang negeri ke bandar Basrah Iraq dan d i sana dia telah siuman dan baik kelakuannya. Bagaimana kesedaran Khalifah Sayidina Umar Radhiallahu 'Anhu di atas gerak geri dan kelakuan orang-orang yang suka membuat kacau di kalangan orang ramai padahal tiada ada sesuatu perkara berbangkit yang mesti dihuraikan dan mesti cari jalan keluar. Manakala berlaku kacau bilau dan fitnah pada zaman khalifah yang ketiga dan keem pat, maka orang-orang yang suka membuat fitnah dan kacau bilau dari berbagai - b agai bangsa yang menyamar diri di antara orang-orang Islam. Mereka telah dapat l apangan yang luas bagi menabur benih-benih kejahatan dan kerosakan fikiran di an tara orang-orang Islam Mereka juga cuba memecah-belahkan orang Islam dengan berb agai hasutan dan mendatangkan bermacam - macam rupa syubhat dan keraguan. Ini ad alah kerana mereka hendak membalas dendam dan sakit hati disebabkan Islam telah bertapak di tanahair mereka dan orang-orang Islam telah menawan negeri mereka. Maka ahli-ahli fitnah itu dan ahli sayap kelima itu telah berjaya menjalankan se tengah-setengah dari pelan-pelan dan rancangan-rancangan jahat mereka. Adalah orang-orang Khawarij iaitu orang-orang yang telah keluar dari taat setia kepada Khalifah Sayidina Ali Karramalallahu Wajhahu. Mereka adalah golongan yang n mula-mula cuba memecah belahkan umat Islam dalam masa-masa kecemasan itu. Lahirnya puak Khawarij itu bukan dari sebab ada sesuatu syubahat dan keraguan di dalam masalah-masalah ugama tetapi terbit dari semangat siasah (politik) yang m elampau dan menyeleweng. Puak Syi'ah iaitu puak yang mahabah (menyayangi) yang memuliakan ahli bait Rasul ulLah Sallallahu Alaihi Wasallam terbit dari "semangat" juga sebagaimana puak Kh awarij. Tetapi ada beberapa golongan dari berbagai-bagai bangsa yang tiada simpati denga n Islam dan kebaikan Islam telah menyamar diri lalu menyusup di antara puak-puak Syi'ah itu dan mereka pudarkan dan rosakkan kasih sayang dan mahabah kepada ahl i bait dan keluarga RasululLah Sallallahu Alaihi Wasallam Lahir pula puak Muktazilah manakala Sayidina Al Hassan bin Ali bin Abi Thalib Ka rramallahu Wajhahuma menyerahkan kuasa pemerintahan Islam kepada sahabat Mu'awiy ah Radhiallahu 'Anhu dan orang-orang Muktazilah meninggalkan Sayidina Al Hassan dan sahabat Mu'awiyah dan orang ramai dan mereka pergi bertapa di rumah-rumah da n di masjid-masjid dan mereka berkata :

"Kami bekerja menyiarkan ilmu Islam dan beribadat dan mula asal orang-orang Mukt azilah itu ialah orang yang mengikut Khalifah Sayidina Ali Karramallahu Wajhahu" . Maka orang-orang yang bertapa di lubuk-lubuk rumah dan ruangan masjid itu dinama kan Muktazilah. Akan tetapi dengan sebab banyak sangat berlaga mereka dengan pua k-puak yang menyeleweng dari Islam dan banyak menggunakan akal dan akal mereka d ijadikan kata pemutus dalam tiap - tiap perkara maka puak Muktazilah itu telah j atuh ke dalam gaung sesat yang sangat membahaya. Dipetik dari pendahuluan Syaikhuna Al Allamah Al Kusairi pada Kitab At-Tabsiru F id Din; Wattam Yizul Firqati An Najiyati 'Ani Firaqil Halikina oleh Al Imam Hujj atul Mutakallimin Wal Mufassiru An Nadzoru Abul Muzzafari Al As Faraini yang men inggal tahun 471H Disebutkan sebelum ini bagaimana lahirnya puak Khawarij dan puak Syi'ah dan puak Muktazilah. Maka puak Khawarij dan puak Syi'ah bukan terjadi sebab ilmu, tetapi keduanya terjadi dari semangat yang berpunca dari siasah negeri, kemudian menyu sup beberapa golongan daripada orang-orang yang tiada berugama dan orang-orang y ang bencikan ugama ke dalam puak tersebut itu. Kedua-dua puak itu bertukar corak menjadi buruk dan sesat dan setengah-setengah cabang kedua puak itu keluar dari Islam dan kufur. Puak yang keluar dari Islam dinamakan "Ghulatun" (Pelampau Kha warij dan Syi'ah). Timbul pula satu puak iaitu "Murjiah" di mana dengannya terbi t satu rupa aliran ilmu iaitu mereka berkata : Iman itu tiada terjejas dengan di sertakan membuat dosa iaitu lawan iktiqad Khawarij yang berkata melakukan dosa b esar itu mengeluarkan dari Islam dan menjadi kafir Adapun puak Jabariah itu iaitu puak yang mengajak pada lembab fikiran dan pada k ebinasaan, bukan terbit dari ilmu pengetahuan, tetapi terbit dari mengikut fikir an seperti fikiran berahimah atau berhaman Hindu, yang faham semua perkara itu b oleh buat sama ada halal atau haram. Dan puak Qadariah iaitu puak yang berpendapat bahwa manusia menjadikan perbuatan mereka sendiri. Puak Qadariah itu terbit dari kesan malas dari memahamkan sesua tu dan dari kesan menerima sahaja apa yang ada, yang berlaku pada fikiran puak puak yang lain yang ada pada masa itu. Fikiran Qadariah itu terbit dari kesan f ikiran puak Majusi Parsi sebelum Islam yang mengatakan ada dua tuhan iaitu tuhan cahaya dan tuhan gelap (Majusi Thanuwiah) Adalah pendita-pendita Yahudi dan Padri Nasrani dan Ketua-ketua Ugama Majusi tel ah masuk Islam zaman Khalifah Ar Rasyidin. Kemudian lepas zaman Khalifah Ar Rasy idin mereka menyiarkan kisah-kisah dan cerita-cerita sebelum Islam kepada orangorang Islam yang belum mengetahui betul akan hakikat ugama Islam, maka mereka am bil kisah-kisah itu dengan hati yang lurus dalam perkara yang berhubung AlLah da n sifat-sifat Allah Taala, yang membawa AlLah Taala bersifat jisim dan membawa A lLah pada serupa dan tasybih dengan sifat-sifat makhluk dan dicampurkan dengan f ikiran mereka yang ada sedia sebelum mereka masuk Islam. Kadang - kadang mereka sandarkan kisah itu kepada RasululLah. Maka timbullah perkara tasybih dan merupa kan(mewajahkan Zat) AlLah dengan makhluk dengan meluas. Kerajaan Bani Umaiyyah p ada masa itu'tiada mengambil berat pada menjaga iktiqad umat Islam melainkan apa yang menyentuh siasah mereka. Adapun mula-mula orang yang terpedaya dengan kisa h-kisah itu ialah puak Syi'ah, kemudian mereka terhenti dari fikiran tasybih dan merupakan Allah dengan makhluk itu oleh sebab dihujah dan dibantah oleh puak Mu ktazilah. At Tabi'e Al Jalil Al Hassan Al Basri seorang yang sentiasa menyiarkan ilmu Isla m di bandar Basrah beberapa tahun lamanya dan duduk di majlis ilmunya orang-oran g yang pandai daripada ahli ilmu Islam. Pada suatu hari datang hadir di majlisny a beberapa orang daripada orang-orang yang membawa kisah-kisah dan cerita ahlul

kitab yang dibawa masuk oleh pendita-pendita Yahudi dan padri-padri Nasrani yang masuk Islam. Mereka berkata dengan kata yang tidak betul dan salah di majlisnya . Maka Al Imam Al Basri menyuruh mereka itu pergi dan mereka duduk di tepi sudut majlisnya itu dan mereka dinamakan puak Hasyawiyah. Puak Hasyawiyah ini ialah puak yang jahil dan lembab hanya mengikut fikiran-fiki ran jahiliyah sebelum Islam yang mereka warisi dan mengikut fikiran Majusi Thana wiyah, fikiran ahlul kitab dan fikiran Sabiah yang menyembah bintang-bintang. Puak Hasyawiyah itu puak yang hidup tiada cara mewah yang mengelirukan orang ram ai dan mereka orang-orang jahil dan keras hati mudah berbuat sesuatu angkara di dalam negeri mereka tiada nampak melainkan ketika Islam lemah, mereka musuh kepa da akal dan pada ilmu akal dan musuh kepada puak-puak yang ada pada masa mereka dan puak Muktazilah adalah musuh kepada puak Hasyawiyah kerana puak Muktazilah m enggunakan ilmu dan menggunakan akal dengan berlebih-lebihan dan musuh mereka ia lah puak-puak yang lembab fikiran dan fikiran-fikiran yang menyusup dari uar ke dalam Islam dengan membantah mereka dengan membawa hujah-hujah dan dalil dan mer eka bersungguh mempertahankan Islam terhadap puak Dahriah, puak ingkarkan Nabi nabi, puak Majusi Thanawiyah, Yahudi dan Nasrani. Puak Hasawiyah itu terus berjalan dengan bodoh, dan ikuti oleh orang-orang yang berfikiran rendah Mereka berkata mengenai AlLah Taala dengan perkara yang tiada harus dikatakan pada syarak, dan tiada diterima pada akal seperti mensabitkan harakah (bergerak) pada AlLah Taala, mensabitkan AlLah berpindah dari satu ke satu tempat, AlLah ada mempunyai had dan batasan, AlLah ada mempunyai pihak dan arah, AlLah duduk dan AlLah mendudukkan sesuatu di sebelah AlLah tetap di suatu tempat dan AlLah berbaring terlentang dan lain-lain perkara yang batil dan sesat, yang diambil oleh mereka dan fikiran-fikiran itu dari ahlul kitab dan Majusi dan Sabiah dan fikiran-fikiran mereka sebelum masuk Islam dan mereka mengarang kita b-kitab dalam perkara tersebut itu dan mereka mengaku bahwa mereka orang salaf d an orang yang memegang sunnah. Adapun Ahli Sunnah Wal-Jama'ah dari puak ulama Fiqah dan puak ulama Hadis bekerj a menjalankan usaha pada menguatkan kedudukan ilmu-ilmu mereka dengan tiada berb uat onar dan angkara. Kebanyakan ulama Feqah dan ulama Hadis daripada Ahli Sunnah Wal-Jama'ah sepanjan g masa pergolakan di antara puak-puak itu, tiada mahu masuk dalam pergolakan dan tiada mengambil bahagian di dalam perkara-perkara yang ditengkarkan dan mereka berjalan di atas jalan yang dijalankan oleh sahabat-sahabat dan jalan golongan o rang-orang terbilang dan terpilih daripada tabi'en, dengan menggunakan ilmu-ilmu yang sabit adanya di dalam Islam dan tiada keluar dari yang tersebut. Di dalam keadaan cemas itulah maka Al Imam Abu Al Hassan Al Asy'ari RadhialLahu Anhu melihat apa yang telah kena ke atas umat Islam dari berbagai - bagai rupa s erangan ke atas iktiqad dan dia bangun bagi mempertahankan Sunnah RasululLah Sal lalLahu Alaihi Wasallam dan membasmikan bida'ah. Mula-mula dia berusaha mendamaikan di antara dua pihak yang bertikai itu dengan mengembalikan kedua-dua pihak itu ke jalan tengah, maka dia berkata kepada puak yang pertama bahwa kamu benar apabila kamu kata Quran itu baharu lafaznya, bahar u pada bacaannya, baharu pada tulisannya, dan dia berkata kepada satu puak yang lain bahwa kamu adalah benar bahwa tujuan kamu bahwa Quran itu qadim iaitu sifat yang ada pada zat AlLah yakni kalam nafsi dan tiadalah kamu boleh ingkarkan bah aru lafaz orang yang membaca Quran dan bacaan orang yang mengaji Quran itu, begi

tu juga kamu puak yang lain itu tiada boleh menafikan sifat yang ada pada zat Al Lah iaitu kalam nafsi yang tiada berlafaz dan tiada bersuara itu. Al Imam Al Asy'ari telah berkata kepada pihak yang pertama bahwa menafikan AlLah Taala dari sifat dekat dan bertemu dengan makhluk itu dan dari berupa adalah be tul, tetapi wajib di atas kamu mengaku tajalli AlLah itu dengan tiada berkaifiat . Dan dia berkata kepada pihak yang lain: Jangan kamu sabitkan rupa dan dekat da n bertemu dan segala perkara membawa AlLah Taala menjadi baharu (muhaddas) dan k amu betul jika kamu sabitkan boleh melihat AlLah bagi orang - orang mukminin di akhirat dengan tiada kaifiat. Begitulah Al Imam Asy'ari telah berjaya menghimpunkan umat Islam dan menjadikan mereka bersatu padu, dan membasmikan orang-orang yang degil dan mematahkan keter laluan mereka dan telah datang banyak soal dari merata negeri Islam dan dia jawa b akannya, maka masyurlah namanya merata - rata alam Islam dan penuh dunia Islam dengan kitab - kitab Al Imam Al Asy'ari dan kitab tulisan pengikut -pengikutnya dalam perkara Sunnah RasululLah dan perkara menolak berbagai - bagai puak ahli bida'ah dan ahli ilhad dan ahlul kitab Yahudi dan Nasrani dan pengikut-pengikutn ya telah berselerak di tanah Iraq, Khurasan, Syam dan negeri Maghribi. Ikuti Taj uk Seterusnya Iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Index Pengajian Kitab Usuluddin

Hasil tulisan seorang sahabat Iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah Apa dasar Iktiqad puak Ahli Sunnah Wal-Jama'ah ?? Erti "Ahli Sunnah Wal-Jama'ah" iaitu orang - orang yang mengikut perjalanan Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan menggunakan segala hadis - hadis yang sahih dan sabit dari Nabi kita dan mereka juga mengikut perjalanan sahabat -sahabat Radhiallahu Anhum dan menggunakan segala perkataan - perkataan sahabat yang betul dan sabit yang datang dari sahabat - sahabat itu, bagaimana t ersebut di dalam Kitab At Tabsir Fiddin. Berkata Syaikhuna Al 'Allamah Al Syeikh Muhammad Zahid Al Kauthari : "Wajiblah kita berkata bahawa orang yang selamat (annaji) daripada api Neraka, s iapa yang berjalan di atas perjalanan sahabat - sahabat Radhiallahu 'Anhum dan d i atas perjalanan golongan orang Islam yang terbanyak daripada umat Islam, yang mereka berpegang kepada iktiqad - iktiqad dan hukum - hukum yang sabit adanya di dalam ugama Islam yang diketahui dengan ilmu dharuri (yang nyata tiada boleh di sangkal dan tiada dapat dibantah sebagai ada matahari dan ada diri kita sendiri) dan lain - lain puak (yang tiada mengikut perjalanan sahabat dan perjalanan ora ng - orang Islam yang terbanyak daripada umat Islam) adalah mereka sesat", (menu rut suatu hadis : tiap - tiap sesat itu bertempat di api Neraka). Hendaklah diketahui bahwa berpecah puak - puak dalam perkara iktiqad dan bercaba ng - cabang puak - puak itu tiada berkesudahan sehingga habis tarikh hidup manus ia, maka tiadalah sayugia ditentukan sekian - sekian banyak bilangan puak - puak yang sesat itu, kerana sentiasa ada sahaja puak - puak yang mereka menimbulkan fikiran sesat itu dan fahaman yang menyeleweng (dari perjalanan sahabat dan perj alanan orang - orang Islam yang terbanyak), selagi ada hidup manusia dalam dunia ini. Di ambil dengan ringkas dari pendahuluan bagi kitab At Tabsir Fiddin.

Telah berkata puak Ahli Sunnah Wal-Jama'ah dan telah ijma' dan muafakat mereka b ahawa dasar iktiqad seperti berikut: 1. Alam iaitu tiap - tiap yang lain daripada AlLah Taala itu baharu seperti bint ang - bintang, matahari, bulan. Langit, bumi dan isi kandungan keduanya. 2. Wajib wujud ada AlLah Taala 3. Tiada siapa yang menjadikan sesuatu melainkan AlLah jua. 4. AlLah Taala itu qadim kekal selama - lamanya. 5. AlLah Taala itu bersifat dengan sifat - sifat ilmu (ketahui), kudrat (kuasa) dan lain - lain sifat kesempurnaan bagi AlLah Taala. 6. Tiada ada sesuatu serupa dengan AlLah, dan tiada ada lawan bagi AlLah dan tia da ada sebaya bagi AlLah Taala. 7. Tiadalah AlLah Taala bertempat di mana - mana tempat. 8. Tiadalah ada sesuatu yang baharu ada pada zat AlLah Taala. 9. AlLah Taala itu tiada mengambil sesuatu ruangan yang lapang, tiadalah AlLah T aala ada pada suatu pihak, dan tiadalah AlLah Taala dikatakan bergerak, berpinda h tempat, jahil, bodoh, bohong, dan tiada ada sesuatu pun sifat kekurangan boleh disandarkan kepada AlLah Taala. 10. AlLah Taala itu boleh dilihat oleh orang - orang mukminin di akhirat kelak. 11. Apa yang AlLah Taala berkehendakkan, nescaya ia akan berlaku, dan apa yang A lLah Taala tiada berkehendak maka tiadalah ia akan berlaku. 12. AlLah Taala itu terkaya dari tiap - tiap sesuatu dan AlLah Taala tiada berha jat pada sesuatu. 13. Tiada wajib di atas AlLah Taala membuat atau meninggalkan sesuatu, kiranya A lLah Taala beri pahala kepada seseorang maka itu hanya dengan limpah kurnia kele bihan AlLah, dan kiranya AlLah Taala seksa seseoerang itu maka itu hanya berlaku dengan keadilan AlLah jua. 14. AlLah Taala membuat sesuatu tiada dengan ada tujuan mendapatkan faedah dari sesuatu itu. 15. Tiada sesiapa yang menjadi hakim memerintah AlLah Taala. 16. Tiadalah boleh dikatakan pada apa yang dibuat atau dihukumkan AlLah Taala it u suatu perkara yang zalim dan aniaya dan menyeleweng. 17. AlLah Taala itu tiada bersuku - suku dan tiada ada baginya had, dan tiada ad a baginya batasan dan perenggan dan sempadan. 18. AlLah Taala berkuasa pada menambah bilangan makhlukNya dan AlLah Taala berku asa pada mengurangkan bilangan makhluk itu. 19. Jisim manusia dan makhluk akan dihidupkan semula pada hari qiamat adalah benar dan betul. Begitu juga benar bahawa balasan baik atau jahat di atas perbuatan makhluk, dan kira-mengira di atas perbuatan makhluk,

titian Sirat yang dilintangkan di atas api Neraka, neraca timbangan bagi makluk, Syurga telah ada sedia dan Neraka itu telah ada sedia dijadikan, kekal ahli Syurga di dalam Syurga selamanya dan kekal ahli Neraka dalam Neraka s elamanya, semuanya itu benar dan betul dan hak. 20. Harus dan boleh bagi AlLah Taala mengampunkan kesalahan orang yang berbuat d osa. 21. Rayuan syafaat minta ampunkan kesalahan kepada AlLah Taala itu adalah rayuan itu hak dan betul dan benar. 22. AlLah Taala telah menghantarkan Rasul - rasul dengan disokong oleh berbagai - bagai mukjizat itu, dari semenjak Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi kita S ayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kesudahan rasul - rasul tiada ada na bi atau rasul lepas dan sesudah Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wa sallam, semuanya itu betul, benar dan hak. 23. Sahabat - sahabat yang mengikat taat setia kepada RasululLah Sallallahu Alai hi Wasallam di bawah pokok yang dinamakan Bai'atul Redzwan itu dan sahabat - sah abat yang ada di dalam pasukan peperangan di tempat yang dinamakan Badar itu sem uanya mereka dari golongan ahli Syurga. 24. Raja yang memerintah umat Islam wajib dilantik oleh orang - orang Islam yang berpengaruh yang dinamakan mereka Ahlul Hilli Wal Aqdi. 25. Pemerintah yang benar, betul dan hak selepas wafat Nabi kita Sayidina Muhamm ad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah Khalifah Sayidina Abu Bakar, kemudian Sayidi na Umar, kemudian Sayidina Othman kemudian Sayidina Ali Radhiallahu 'Anhum Ajmai n. 26. Khalifah yang lebih afdal dan lebih utama mengikut tertib dan susunan di ata s ini iaitu Khalifah Sayidina Abu Bakar, kemudian Sayidina Umar, kemudian Sayidina Othman kemudian Sayidina Ali Radhiallahu 'Anhum Ajmain. 27. Kita Ahli Sunnah Wal-Jama'ah tiada menghukum kafir ke atas seseorang yang se mbahyang menghadap Kiblat Kaabah di Mekah Al Mukarramah, melainkan kiranya orang itu menafikan ada tuhan yang menjadikan alam ini yang bersifat Maha Kuasa dan b ersifat Maha Mengetahui, atau kiranya dia menyekutukan sesuatu dengan AlLah (syi rik) atau kiranya dia ingkarkan seseorang Nabi daripada Nabi - nabi AlLah Taala yang telah nyata kenabiannya atau ingkarkan sesuatu yang telah datang daripada R asulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang telah diketahui dengan ilmu dan ketahu i yang dharuri, atau dia ingkarkan sesuatu perkara yang ijmak dan sekata ulama I slam pada seperti dia ingkarkan perkara yang telah sabit ijmak ulama di atas har am perkara itu. Ini adalah iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jama'ah dan pegangan kepercayaan mereka Adapu n puak - puak yang lain dari tersebut adalah bida'ah dan tiada kufur, maka iktiq ad Ahli Sunnah Wal-Jama'ah itu seperti yang disebutkan di atas ini adalah iktiqa d yang selamat dan sejahtera dan sentosa dari api Neraka. Adapun iktiqad yang la in dari tersebut adalah bida'ah dan tiada kufur dan tiap - tiap bida'ah itu sesa t dan tiap - tiap yang sesat itu adalah balasannya Neraka. Berkata Al Imam Tajuddin Assubki dalam Mu'aidunni'am Wal Mubidunniqam : Orang - orang mazhab Hanafi,

orang - orang mazhab Asy Syafi'e dan orang -orang mazhab Maleki dan orang -orang yang baik dari mazhab Hanbali Alhamdulillah dalam perkara iktiqad semuanya bersatu, semuanya mereka berjalan d i atas fikiran Ahli Sunnah Wal-Jama'ah, semuanya berugama dan menyembah AlLah Ta ala menurut Imam Ahli Sunnah iaitu Al Imam Abu Al Hassan Al Asy'ari Rahimahullah Taala. Tamat. Index Pengajian Kitab Usuluddin Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar

You might also like