You are on page 1of 5

Keterangan Mengenai Jiwa Dan Ruh Insani Ketahuilah bahawa Allah Taala menjadikan manusia ini terdiri daripada

dua suatu yang berbeza iaitu: Jisim yang gelap, tebal, termasuk di bawah kejadian dan kebinasaan (Al-Kun Wal-F asad) yang tersusun, bersifat ketanahan yang tidak dapat melaksanakan urusannya melainkan dengan yang lain. Jiwa Jauhari yang tunggal yang bercahaya, mencapai, bertindak lagi menggerakkan dan menyempurnakan alat-alat (alat-alat dalam badan manusia baik yang bersifat r uhaniah seperti Ruh Haiwani, Ruh Tobie dan lain-lain atau bersifat jasmaniah sep erti otak dan bahagian-bahagiannya dan lain-lainnya. Allah Taala menyusun jasad-jasad dari bahagian-bahagian makanan dan menjaganya d engan bahagian-bahagian zat makanan yang lebur menyerap ke dalam jasad, menyedia kan asas, menyempurnakan anggota-anggota penting, menentukan anggota-anggota kak i dan tangan dan melahirkan jauhar jiwa dari urusan yang tunggal, sempurna menye mpurna lagi memberi faedah. Bukanlah saya(Imam Ghazali) maksudkan 'jiwa' itu kekuatan untuk mendapatkan maka nan; bukan kekuatan yang menggerakkan syahwat (Al-Nafsu) dan kemarahan; bukan kekuatan yang berada dalam jantung(Al-Kolbu) yang melahirkan hidup, menimb ulkan rasa dan gerak dari jantung kepada seluruh anggota, kerana kekutan ini din amakan 'Ruh Haiwani'. Rasa, gerak, syahwat adalah dari tentera Ruh Haiwani ini. Kekuatan mendapatkan makanan yang berada dan menguruskan dalam hati(Al-Kabad) di namakan 'Ruh Tobie.' Pencernaan dan penolakan adalah daripada sifat-sifatnya. Ke kuatan merupa, melahir, menyubur dan lain-lain kekuatan tobie semuanya menjadi k hadam-khadam bagi jasad dan jasad pula adalah khadam kepada Ruh Haiwani, kerana jasad menerima kekuatan-kekuatan dari Ruh Haiwani dan bekerja menurut geraknya. Sebenarnya yang saya maksudkan dengan 'JIWA' itu ialah JAUHAR YANG SEMPURNA LAGI TUNGGAL (Al-Jauhar Al-Kamil Al-Mufrad) yang kerjanya hanya mengingat menghafaz memikir membeza dan mengamat-amati; juga menerima segala ilmu dan tidak jemu-jemu menerima rupa-rupa abstrak yang bersih dari benda. Jauhar ini adalah ketua segala ruh dan raja. Segala kekuatan semuanya berkhidmat kepada jauhar ini dan menjunjung perintahnya. Jauhar ini tidak lain tidak bukan dari JIWA BERAKAL (Al-Nafs An-Naathokoh) yang diberikan berbagai-bagai nama. Pa ra ahli falsafah menamakan jauhar ini sebagai JIWA BERAKAL(Al-Naf An-Naathokah). Al-Quran menamakannya sebagai JIWA YANG TENANG(Al-Nafsul Mutomainnah). Al-Quran juga menamakannya sebagai RUH URUSAN (Al-Ruh Al-Amri). Ahli Tasauf menamakannya sebagai QALBU(Al-Qalbi). Perbezaan cuma pada segi nama-nama sahaja tetapi ertiny a satu, tidak ada perselisihan. Oleh itu 'QALBU' dan 'RUH' pada kita juga 'YANG TENANG' semua nama-nama itu adalah bagi 'JIWA BERAKAL' (Al-Nafs Al-Naathokoh). J iwa berakal ialah 'Jauhar yang Hidup', 'aktif', lagi mencapai kalau disebut Ruh Mutlak atau Qalbu. Maksudnya ialah jauhar ini juga. Ahli-ahli Tasauf menamakan 'Ruh Haiwani' pula dengan nafsu. Syarak juga memberik an pengertian yang sama sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Musuh engkau yang paling ketat ialah nafsu engkau".

Baginda bersabda lagi dengan maksud: "Nafsu engkau ialah yang terletak di antara dua pihak". Perkataan nafsu yang dimaksudkan oleh syarak di sini ialah kekuatan 'syahwaaniah ' dan kemarahan kerana kedua-duanya muncul dari jantung yang terletak di antara dua pihak(dari tubuh manusia). Bila kamu telah faham dan mengetahui perbezaan nama-nama itu ternyatalah bahawa para pengkaji memberikan nama yang bermacam-macam terhadap Jauhar yang bernilai ini dan mengemukakan pendapat-pendapat yang berbeza. Para ahli Ilmu Kalam yang p andai dalam debat menganggap jiwa itu sebagai suatu jisim dan menyatakan bahawa ia adalah jisim yang halus sebagai tantangan bagi jisim yang tebal ini. Mereka h anya melihat perbezaan di antara ruh dan jasad dari segi kehalusan dan ketebalan sahaja. Sebahagian dari mereka menganggap ruh sebagi 'aradh. Sebahagian daripada ahli-ah li kedoktoran cenderung ke arah pendapat ini. Ada pula yang menganggap darah seb agai ruh. Mereka semua merasa puas hati dengan pendapat mereka kerana dipengaruhi oleh kec antikkan pandangan dan mereka 'TIDAK BERUSAHA' mencari bahagian ketiga sedangkan sebenarnya ada tiga bahagi iaitu Jisim, Aradh dan 'Al-Jauhar-Al-Mufrad'. Ruh Ha iwani ialah jisim yang halus seolah-olah lampu bernyala terletak dalam kaca jant ung. Jantung yang dimaksudkan di sini ialah rangka sanubari yang tergantung pada dada manusia. Hidup adalah lampu tersebut, Darah ialah minyaknya, Rasa dan gerak merupakan nurnya, Syhwat ialah kepanasannya, Kemarahan ialah wapnya, Kekuatan mencari makanan yang berada di dalam hati merupakan khadam atau penjaga nya dan wakilnya. Ruh ini terdapat pada segala binatang. Ruh ini tidak menerima ilmu dan tidak men getahi soal yang berhubung dengan alam dan tidak mengetahui hak-hak Pencipta Ala m. Ia hanya merupakan khadam yang terikat. Ia mati bersama dengan matinya badan. Jika bertambah darah, padam lampu itu kerana bertambah kepanasan dan sebaliknya jika berkurangan darah, ia akan padam juga kerana bertambah kesejukan. Padamnya menjadi sebab bagi matinya badan. Tidak ada 'khitob Tuhan' iaitu (perkataan-per kataan Tuhan yang lazim yang dihadapkan kepada orang-orang mukallaf berhubung de ngan perbuatan-perbuatan mereka) dan tidak ada 'takhlif' (pemikul tanggungjawab yang diamanahkan dari Allah melalui hukum syarak yang lima) tuan punya syarak te rhadap ruh ini. Kerana inilah segala binatang tidak termasuk ke dalam makhluk-ma kluk yang menerima 'khitob' dengan hukum-hukum syarak. Manusia sebenarnya 'ditakhlif' dan 'dikhitob' kerana suatu makna yang lain terda pat padanya sebagai suatu tambahan yang dikhaskan untuknya. Maknanya ialah pada manusia ada 'JIWA YANG BERAKAL' (Al-Nafs-An-Naatokoh), 'RUH URUSAN'(Ruhul-Amri) dan 'JIWA YANG TENANG'(Al-Nafsul Muthomainnah). Ruh ini bukanlah jisim dan bukanlah 'aradh', kerana ia datang dari urusan Allah Taala sebagaimana firmannya yang bermaksud: 'Katakanlah hai Muhammad bahawa Ruh itu adalah urusan Tuhanku. (Surah Al-Israk ayat 85) Allah berfirman lagi yang bermaksud:

'Hai Jiwa yang Tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan redho dan diredh oi." (Surah Al-Tahrim ayat 12) Urusan Allah bukanlah berupa jisim dan bukan pula 'aradh', malahan ia adalah sua tu kekuatan 'ILAHIYAH' seperti 'AKAL YANG PERTAMA' (Al-'Aklul-Awal), Luh dan Qal am. Kekuatan Ilahiyah adalah Jauhar-Jauhar Tunggal yang bukan dari benda, malah ia merupakan sinar-sinar abstrak yang dapat difahami oleh akal (Ma'quulah). Buka n boleh dirasa. Apa yang kita sebut sebagai ruh dan Qalbu adalah dari Jauhar-Jau har itu. Ia tidak rosak tidak layu tidak binasa tidak mati bahkan; ia terpisah dari badan dan menantikan perkembaliaan pada hari kiamat sebagaimana yang dinyatakan dalam syarak dan telah disahkan dalam ilmu-ilmu 'HIK MIAH' (Falsafah) dengan alasan-alasan yang tidak dapat ditolak lagi. Buktinya ya ng nyata menunjukkan bahawa 'RUH YANG BERAKAL' bukanlah jisim dan bukanlah 'arad h, malah ia adalah JAUHAR yang sabit(nyata) lagi kekal tiada binasa. Di sini ras anya tidak perlu lagi kita menyebut alasan-alasan dan membentangkan dalil-dalil kerana telah dibuat dan disebut orang. Sesiapa yang mahu mengesahkannya silalah tatap kitab-kitab yang baik mengenai ilmu ini. Cara kita memberi huraian dalam r isalah ini bukanlah dengan mengemukakan alasan, malah dengan berpegang pada apa yang telah dialami menerusi 'PENGLIHATAN YANG YAKIN DAN PENGLIHATAN IMAM.' Allah Taala ada menghubungkan ruh kepada urusan dan kadang-kadang kepada 'IZAH'Nya(za t yang tiada boleh dicapai dengan akal dan fikiran) dengan firmanNya yang bermak sud: 'Dan Aku(Allah) tiupkan padanya ruh dariKU' (Surah Al-Hijr ayat 39). dan firmanNya lagi yang bermaksud: 'Katakanlah (hai Muhammad) bahawa roh itu adalah urusan tuhanku' (Al-Israk ayat 85) dan firmanNya lagi yang bermaksud: 'Lalu kami tiupkan padanya dari roh kami.'(Surah Al-Tahrim ayat 12) Bila roh itu dihubungkan oleh Allah Taala kepada diriNya tentulah ia bukan jisim atau A'radh kerana rendah tingkat kedua-duanya, selalu berubah-ubah dan cepat h ilang serta akan rosak. Rasulullah S.W.T. bersabda yang bermaksud: "Roh-roh adalah sebagai tentera yang lengkap" dan dalam sabda Baginda yang lain lagi Beliau menyatakan: "Roh para syuhadah terletak dalam bayang-bayang burung-burung hijau." Begitu juga dengan A'radh tidak kekal selepas hilangnya jauhar kerana A'radh tid ak boleh berdiri dengan zatnya sendiri. Manakala jisim menerima peleburan kembal i sebagaimana asalnya sebelum penyusunan dari benda (Al Madah) dan rupa seperti yang tersebut dalam kitab-kitab (kitab-kitab falsafah). Setelah kita mengetahui ayat-ayat, hadis-hadis dan alasan-alasan akal, ketahuila h kita bahawa ruh itu adalah JAUHAR MUFRAD YANG SEMPURNA (Al-Jauharul Mufrad AlKamil) hidup dengan zatnya, baik dan buruknya agama adalah datang daripadanya, m anakala ruh Tobie dan Ruh Haiwani dan kekuatan badaniah seluruhnya daripada tent ara Jauhar Mufrad Yang Sempurna ini.

Jauhar ini menerima rupa-rupa maklumat dan hakikat maujudah (sesuatu yang wujud di alam ini) dengan tidak diganggui oleh ain-ain dan peribadinya kerana jiwa ber kuasa mengetahui hakikat manusia tanpa melihat peribadi (manusia) itu sendiri; b egitu juga ia mengetahui malaikat dan syaitan-syaitan dengan tidak perlu melihat peribadi-peribadi mereka. Ini adalah kerana kedua-dua jenis makhluk itu tiada d apat dicapai oleh deria-deria kebanyakan orang. Satu golongan ahli tasauf berkata bahawa ' Qalbu ' mempunyai dua mata, serupa ju ga dengan dua mata bagi jasad ini. Jasad dapat melihat benda-benda yang zahir de ngan mata-mata zahir dan Qalbu melihat hakikat dengan mata akal. Rasulullah S.W. T. bersabda yang bermaksud: 'Tiada ada seorang hambapun melainkan Qalbunya mestilah mempunyai dua mata.' Dengan kedua-dua mata ini dapatlah dicapai apa yang ghaib. Bila Allah Taala hend ak memberikan kebaikan kepada hambanya, ia bukakan dua mata Qalbunya supaya dapa t melihat sesuatu yang ghaib dari pemandangan mata lahirnya. Roh ini tidaklah ma ti dengan matinya badan kerana Allah Taala menyerunya supaya kembali kepadaNya d engan firmanNya yang bermaksud: 'Kembalilah kepada Tuhanmua' (Surah Al Fajr Ayat 28). Sebenarnya ruh ini hanya bercerai dan berpaling dari badan. Oleh kerana berpalin g ini maka kakulah segala yang bersangkut dengan kekuatan-kekuatan Haiwaniah dan Tabii'yah. Maka diamlah yang bergerak itu dan dikatakan kepada yang diam itu, i alah MATI. Ahli-ahli Thorikat atau ahli Tasauf lebih banyak berpegang pada roh dan Qalbu da ri berpegang pada peribadi. Apabila roh itu dari urusan Allah Taala, maka berada nya dalam badan adalah sebagai orang dagang. Mukanya mengarah pada asalnya dan t empat datangnya. Ia dapat mengambil faedah-faedah dari pihak asalnya lebih banya k dari apa yang ia dapat dari pihak peribadi bila ruh itu kuat dan tidak dikotor i oleh kekotoran-kekotoran tabiat. Bila anda mengetahui ruh adalah Jauhar Mufrad dan mengetahui pula jasad memerluk an ruang dan A'Radh maka selain dari ini tidak ada lagi melainkan Jauhar. Ketahu ilah bahawa Jauhar ini tidak menempati pada sesuatu tempat dan tidak mendiami pa da sesuatu ruang. Bukanlah badan adalah ruang bagi ruh dan bukan pula tempat bag i Qalbu malahan badan adalah alat ruh, alat Qalbu dan kenderaan jiwa. Zat ruh se ndiri tidak bersambung dengan bahagian-bahagian badan dan tidak berpisah daripad anya bahkan ia menhadap kepada badan, memberi faedah dan melimpah kepadanya. Mula-mula lahir nur ruh pada otak kerana otak tempat kenyataan yang khas. Pada bahagian depannya ia menjadi penjaga Pada bahagian tengahnya ia menjadi menteri dan pentadbir Pada bahagian belakangnya ia menjadi perbendaharaan. Ahli perbendaharaan dan sel uruh bahagian manjadi kakitangan dan kenderaan Roh Haiwani menjadi khadam Roh Tobie menjadi wakil Badan menjadi kenderaan Dunia menjadi medan Hayat menjadi barang (modal) Gerak menjadi perniagaan Ilmu menjadi keuntungan Hari akhirat menjadi matlamat dan tempat pulang Syarak menjadi jalan dan cara Terhadap jiwa pendorong kejahatan (nafsu Amarah) menjadi penjaga dan pemerhati Terhadap jiwa pengkritik (nafsu Lawamah) ia menjadi penyedar. Pancaindera menjadi pengikut-pengikut dan pembantu.

Agama menjadi penghalang Akal menjadi mahaguru Rasa pancaindera menjadi murid Ar-Robh (Allah) menjadi pemerhati Jiwa dengan sifat-sifat ini bersama dengan alat-alat ini tidak mengarah kepada p eribadi yang tebal ini dan tidak berhubung dengan zatnya, malahan ia mengarah ke pada Tuhannya dan Tuhannya memerintahkannya supaya mengambil kesempatan mendapat kan sesuatu yang berguna hingga kepada satu tempoh yang tertentu. Oleh itu ruh tidaklah menumpukan pemerhatian ke arah memikirkan yang lain dalam masa perjalanan (hidup di atas dunia) ini, melainkan berusaha mencari ilmu untuk menjadi perhiasan di dalam negeri akhirat. Ini adalah kerana perhiasan harta da n anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia sahaja sebagaimana mata menumpukan p emerhatian ke arah mendengar suara-suara, lidah siap sedia untuk menyusun kata-k ata, Ruh Haiwani tunduk kepada keenakkan marah, Ruh Tobie cintakan kelazatam mak an dan minum, maka ruh yang tenang (AL-Ruh Al-Muthomainnah) ertinya Qalbu tidak menghendaki apa-apa selain daripada ilmu dan tidak gemarkan sesuatupun selain da ripada ilmu. Ia belajar dan belajar sepanjang usianya. Ia menghiasi dirinya deng an ilmu dalam seluruh zaman hingga waktu bercerainya dari badan. Jika ia menerim a sesuatu yang lain daripada ilmu, maka penerimaannya ini cuma untuk kepentingan badan, bukan untuk kepentingan dirinya dan kecintaan asalnya. Bila anda telah m engetahui hal ehwal ruh, kekalannya yang berterusan, kecintaannya dan pemerhatia nnya kepada ilmu maka patutlah anda mengetahui pula tentang jenis-jenis ilmu. Sila ikuti fasal seterusnya di [Bahagian& Jenis Ilmu]

Sila lihat juga fasal sebelumnya [Teori dan Konsep Ilmu] Semoga Allah memberi anda petunjuk dan hidayahnya.

You might also like