Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
teks mc

teks mc

Ratings: (0)|Views: 619|Likes:
Published by zarfarie aron

More info:

Published by: zarfarie aron on Aug 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

08/19/2011

pdf

text

original

 
SKRIP PENUTUP PROGRAM MAKAN MALAM GAZA.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....
Seiring madah pantun bersambut  Dalam senyum penghidang tamuMesra berdakap kasih terpaut  Persilakan tamu sambut dipintu
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup ProgramJualan Amal Gaza. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta mengambiltempat di dalam dewan.Mengumumkan ketibaanYang BerhormatYang BerbahagiaYang BerusahaYang DihormatiBismillah....Assalamualaikum wbtSalam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam penuh kemesraanPihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadirantetamu kehormatYang BerhormatYang BerbahagiaYang BerusahaYang DihormatiDan para jemputan ke majlis perasmian dan penutup Program Makan Malam Amal Gaza pada malam yangindah ini.Selamat datang kami alu-alukan. Terima kasih.Alhamdulillah terus dipanjatkan,Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa,Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi,
1
 
Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi,Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana,Ke atas segala ciptaanNya di langit dan di bumi.Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan,Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan,Beserta izin dan ’innayahNya jua,Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa,Dianugerahkan ’aqal kita dengan kewarasan,Fizikal mapan dengan ’afiah kecergasan,Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semuaBagi menjayakan kemurnian agenda
MAKAN MALAM AMAL GAZA 2011
Tetak buluh panjang sepuluhMari jolok sarang tebuan Angkat tangan jari sepuluh Doa diminta biar selamat 
Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan..Demi memberkati acara dan agenda kita,Marilah kita semua,Selaku insan kerdil sifat dan upaya,Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,Dengan bait-bait doa serta munajat.Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..Yang Berbahagia _________________________________ Tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada malam ini.Majlis dengan segalahormatnya mempersilakan.Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn..Semoga pertemuan kita pada malam ini diberkati,Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,Menambah tautan kemesraan,Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan. Majlis merakamkan setinggi-tinggiucapan terima kasih kepadaYang Berbahagia ______________________________ Atas pimpinan doa sebentar tadi.
2
 
Surah Ali Imran ayat ke 92 menyatakan,”Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikandan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dansesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”. Amin2 Ya rabbal Alamin.By no means shall ye Attain righteousness unless Ye give (freely) of that Which ye love; and whatever Yegive, of a truth Allah knoweth it well.Sesungguhnya, segala sumbangan dan derma yang kita berikan kepada orang yang memerlukan akan diberi balasan dan hadiah yang setimpal serta tidak ternilai dimata dunia, namun teramat berharga diakhirat kelak.Justeru itu, janganlah kita risau akan berapa ringgit yang telah kita laburkan dan sumbangkan kepada orangserta janganlah kita khuatir sekiranya kita kehabisan mahupun kekurangan wang. Sesungguhnya tuan-tuandan puan-puan sekalian, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat.Bagi meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan klip video yang telahdisediakan oleh ahli jawatankuasa Program Jualan Amal GAZA. Justeru itu, para hadirin dijemputmenonton.
 Kalau dilipat sebesar kuku Kalau dibentang seluas alamYang jauh diimbauYang dekat digamit Seuntai salam sejambak kata Degup bicara, merisik rasa.
 Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang Berbahagia ___________________________untuk menyampaikan ucapan alu aluan seterusnya merasmikan majlisMakan Malam Amal Gaza 2011/2012. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan itu tadi....Bagi meneruskan majlis, pihak jawatankuasa Program Jualan Amal GAZA telah menyediakan persembahanklip video khas buat hadirin yang dikasihi sekalian. Klip video adalah rentetan kerja-kerja yang kamilakukan bagi menjayakan Program Jualan Amal Gaza sehingga ke hari ini. Semua jemputan majlisdipersilakan menonton.Terima kasih atas sokongan anda semua, tanpa anda semua, kami tiada di sini.Kini tibalah saat yangdinantikan oleh semua jemputan yang hadir.
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->