You are on page 1of 12

HBPE3103_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN A ARAHAN Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN 1. Senaraikan DUA tugas pembantu pengadil dalam permainan bola sepak.
(i) Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan. (ii) Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. (iii) Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid. (iv) Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama.

Markah

(2) 2. Di dalam undang-undang permainan bola sepak, terdapat prosedur balingan masuk bola ke padang. Senaraikan prosedur tersebut.

Prosedur: (a) Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala. (b) Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan. (c) Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain. (d) Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.
(2) 3. Cara memegang raket tenis dalam permainan tenis bergantung kepada jenis pukulan. Senaraikan DUA cara memegang raket tenis.
Terdapat dua cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas.

(2) 4. Bilakah suatu balingan penjaga gol dibenarkan di dalam permainan bola baling?

Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila: (a) kawasan gol dimasuki pemain lawan. (b) bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek masuk ke kawasan gol.

(c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol.
(2) 5. Di dalam permainan hoki, sudut penalti akan diberikan kepada penyerang-penyerang apabila pemain dari pasukan pertahanan lawan melanggar peraturan-peraturan. Senaraikan peraturan-peraturan tersebut.

Sudut penalti diberikan kepada pemain penyerang apabila pemain daripada pasukan pertahanan melanggar peraturan-peraturan berikut: (i) Dengan sengaja melanggar peraturan-peraturan yang telah disebutkan terdahulu di bawah tajuk kesalahan, di dalam 25 ela kawasan penahan tetapi di luar bulatan. (ii) Sengaja melakukan kesalahan di dalam kawasan D. Sama ada kesalahan dilakukan secara sengaja atau tidak adalah terpulang kepada pendapat pengadil. Sudut penalti diambil dengan bola ditolak atau dipukul dari garisan gol oleh seorang pemain penyerang. Tolakan atau pukulan boleh diambil dari kedua-dua belah gol tetapi sekurangkurangnya 9m (10 ela) dari tiang yang paling dekat sekali dan tidak melepasi bulatan.
(2) 6. Senaraikan faktor-faktor yang perlu difikirkan sebelum memilih sistem pertandingan dalam permainan bola tampar.

Pada waktu permulaan permainan, iaitu sama ada pemain membuat servis atau menerima servis, pemain-pemain dikehendaki mengekalkan urutan putaran mereka. Tetapi mereka tidak semestinya berdiri dalam satu barisan. Posisi boleh berubah-ubah dan pergerakan di sekeliling gelanggang dibenarkan asalkan urutan putaran adalah dikekalkan. Selepas mengenal pasti, melatih dan menyediakan pemain-pemain, langkah seterusnya ialah memilih sistem atau strategi permainan yang sesuai. Dua sistem yang popular yang digunakan ialah: (a) (b) Sistem 4-2 (empat perejam dan dua pengumpan); dan Sistem 5-1 (lima perejam dan seorang pengumpan).
(2)

BAHAGIAN B ARAHAN Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. SOALAN 1. Sebagai pengadil permainan tenis, anda dikehendaki memahami beberapa undang-undang permainan tersebut. (a) Senaraikan protokol atau cara-cara mendapatkan skor yang boleh dilakukan oleh pemain-pemain tennis.
Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan lain. Dalam satu set terdapat sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan terdapat sekurang-kurangnya empat kali servis. Permainan dimulakan dengan kedudukan mata 0-0. Bagi pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira sebagai 15-0, mata kedua yang dipungut dikira 30-0, dan jika mata ketiga berjaya dipungut, maka ia dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pemain berkenaan akan menamatkan permainan dan kemenangan akan berpihak kepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius (deuce) dilakukan. Untuk mencapai kemenangan, salah seorang daripada pemain-pemian tersebut harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Oleh yang demikian, pemula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata kedua, anda perlu membuat servis di sebelah kiri gelanggangnya dan pungutan mata akan dikira seperti yang telah diterangkan tadi. Seseorang pemain haruslah memperolehi enam mata untuk memenangi sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5, permainan akan diteruskan sehingga salah seorang pemain memperolehi dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang jika dia memenangi tiga set. (10)

Markah

(b) Senaraikan cara-cara pemain boleh memenangi mata daripada pihak lawan.
Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan (Rajah 9.7). Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan tersebut, pembuat servis masih berpeluang membuat servis untuk kali kedua. Seandainya bola daripada servis kedua ini juga turut terkeluar, maka mata akan diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan bola dalam kawasan lawan masing-masing untuk mendapatkan pungutan mata. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang, pemain berkenaan akan membuat servis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Kemudiannya, kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang pemain mencapai kemenangan. (10)

(Jumlah: 20)
2. Anda telah ditugaskan untuk melatih pemain sekolah menengah di bawah 15 tahun dalam permainan bola baling. (a) Anda dikehendaki memperkenalkan jenis-jenis jaringan bola baling. Senaraikan cadangan jaringan tersebut. Jenis Jaringan (a) Jaringan Bahu

Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah dan digemari oleh pemain kerana pergerakan yang terlibat adalah secara natural. Jaringan ini sering digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan. (b) Jaringan Lompat

Teknik jaringan ini dikenali sebagai jaringan lompat. Cara jaringan ini sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul. Anda memerlukan kemahiran koordinasi dan ritma yang betul, bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara dan

membaling ke arah gol (Rajah 6.10). Selalunya tindakan ini berakhir dengan pendaratan yang selamat. c) Jaringan Dive

Teknik menjaring secara dive pula amatlah menarik sekali. Pemain akan melonjak atau dive ke dalam ruang kawasan gol untuk membaling bola dari jarak terdekat dengan pintu gol (Rajah 6.11). Bola hendaklah dilepaskan sebelum mana-mana bahagian menyentuh gelanggang. (d) Jaringan Rendah Jaringan rendah akan membuat anda membaling bola ke bawah paras lutut dengan menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan boleh dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Untuk melakukan jaringan rendah biasanya anda perlu merendahkan badan dengan cara kaki yang hadapan dibengkokkan. Lihat Rajah 6.12 untuk memahami pergerakan yang dimaksudkan tadi. (10)

(b) Terdapat beberapa strategi permainan untuk bola baling ketika menyerang dan bertahan. Huraikan secara ringkas, strategi-strategi tersebut. Terdapat beberapa strategi permainan untuk bola baling ketika menyerang dan bertahan. Antaranya ialah: (a) Serangan (Rajah 6.14) : sistem 3 3 dan sistem 2 4

(b) Pertahanan (Rajah 6.15) : sistem 6 0, sistem 5 1, sistem 4 2, dan sistem 3 2 1

Sistem serangan yang digunakan dalam permainan bola baling

Sistem pertahanan yang digunakan dalam permainan bola baling

(Jumlah: 20)

BAHAGIAN C ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. SOALAN Markah 1. Sebagai seorang jurulatih bola sepak anda dikehendaki merangka beberapa strategi permainan untuk memastikan pasukan anda berada di dalam keadaan yang optimum. (a) Apakah faktor-faktor yang akan anda pertimbangkan untuk membentuk strategi tersebut? ( 8 )
Pemilihan sesuatu strategi permainan (formation) biasanya dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut :

(b) Apakah sistem yang akan anda cadangkan untuk strategi tersebut dan berikan justifikasi anda. ( 12 )
Strategi permainan yang biasa diamalkan dalam permainan bola sepak adalah:

(a)

4- 2 -4 (Rajah 2.21)

Kejayaan sistem ini banyak bergantung kepada 2 orang pemain tengah yang menjadi penghubung di antara pemain pertahanan dan penyerang. Keadaan ini membenarkan 6 orang pemain untuk menyerang atau bertahan. Oleh itu, daya tahan 2 orang pemain tengah tersebut adalah penting.

(b)

4 - 3 - 3 (Rajah 2.22)

Dalam sistem ini, hanya 3 orang pemain sahaja yang bertindak sebagai pemain penyerang. Oleh itu, pemain tengah atau pertahanan perlu mara dan membuat overlap untuk membantu 3 orang penyerang tersebut.

Rajah 2.23: Sistem 4.4.2 (C) 4 - 4 - 2 (Rajah 2.23) Pembentukan jenis ini lebih menitikberatkan pertahanan dan biasa diamalkan oleh pasukan yang kekurangan penyerang utama. Lapan pemain boleh digunakan untuk menghadapi serangan tetapi 2 orang penyerang akan memikul tugas yang berat. Mereka terpaksa menguasai bola sehingga ke barisan tengah supaya dapat membantu membuat serangan.

Rajah 2.24: Sistem (d) 1 - 4 - 3 2 (Rajah 2.24) Sistem ini juga lebih menumpukan kepada barisan pertahanan di mana seorang pemain menjadi sweeper manakala yang lain akan menjaga pemain lawan. Sweeper ini bergerak bebas dan tugasnya adalah untuk mengganggu dan merebut bola daripada pihak lawan.

2.

Anda telah terpilih menjadi seorang jurulatih baru permainan hoki di sebuah sekolah elit sukan. Anda dikehendaki untuk melatih bakat baru di sekolah tersebut oleh pihak pengurusan sekolah. (a) Terangkan dengan terperinci mekanik memukul bola yang betul kepada bakat baru tersebut. ( 10 )

(a)

Pegangan Kayu

Letakkan kepala kayu hoki di atas tanah, dengan jari kayu menghala ke hadapan. Letakkan tangan kiri anda di hujung kayu dan genggam dengan longgar. Tangan kanan anda pula diletakkan di bawah tangan kiri manakala jari-jari memegang batang kayu. Satu bentuk V hendaklah dibentukkan dengan ibu jari. Jari telunjuk kedua-dua tangan pula mestilah selari dengan jari kayu hoki. Hanya sebahagian kayu hoki iaitu 4-7sm, menjulur (protrudes) di atas tangan kiri. (b) Cara Berdiri

Berdiri dengan bahu kiri ke arah sasaran atau arah pukulan. Kedudukan badan anda mestilah seimbang. Kaki perlu dijarakkan lebih kurang lebar bahu. Jari kaki kanan tersebut tegak dengan bahu dan jari kaki kiri lebih kurang 30-40 darjah. (c) Hayunan

Untuk pukulan lurus, hayunan dimulakan dari hayunan belakang ke hayunan bawah mengikut lajak. Ia mesti mengikut lorong yang sama. Berdiri ke sisi ke arah bola sambil memegang kayu hoki dengan dua belah tangan rapat di atas kayu hoki. Pada masa anda menghayun kayu hoki ke hadapan, pinggul (hip) berputar dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan sambil bola dipukul. Semasa memukul bola, pastikan kepala anda di atas bola dan muka kayu hoki sama rata dengan bola. Pukulan diteruskan dengan hayunan mengikut lajak ke arah di mana bola ditujukan. Untuk memastikan bola akan bergerak dengan pantas dan ke arah sasaran, kayu hoki mesti memukul bola dengan rata dan kuat. Kayu hoki harus bergerak sebagai bandul (pendulum) dengan tumpuan kepada hayunan ke hadapan.

(d)

Badan

Berat badan hendaklah seimbang semasa anda menghayun ke belakang dengan berat badan dipindahkan ke kaki kiri pada masa hayunan ke bawah bermula. Pada masa bola dipukul, berat badan anda berada di kaki kiri. Berat badan terus berpindah ke kaki kiri semasa ikut lajak. Biasanya tumit kaki kanan anda dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki. (e) Kuasa untuk Memukul Bola

Kuasa untuk memukul diperoleh daripada koordinasi beberapa faktor. Ini termasuk momentum badan dan pemindahan berat badan yang betul. Kekuatan bahu dan lengan, kelajuan dengan pecutan hayunan ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul.

(b) Bagaimanakah anda merancang untuk melatih bakat baru tentang kemahiran asas menjaga gol dan posisi bersedia yang betul bagi seorang penjaga gol. ( 10 )

Selain kemahiran asas yang lain, kemahiran menjaga gol juga perlu diberi perhatian sewajarnya supaya para pemain didedahkan kepada teknik-teknik asas kemahiran menjaga gol. Untuk keselamatan dan pembinaan keyakinan para pemain, jurulatih hendaklah menitikberatkan cara-cara latihan yang mempunyai unsur-unsur moden. Pada peringkat awal, bola tenis boleh digunakan untuk latihan menendang bola dan menahan bola dengan tapak kaki. Begitu juga, bola digolekkan ke pintu gol dan tidak dipukul pada peringkat awal. Di antara kemahiran asas menjaga gol ialah: (a) (b) (c) (d) Menahan bola dengan kedua-dua pelapik kaki. Menggelongsor untuk menahan bola. Menendang bola. Menggunakan tapak tangan untuk menahan bola.

You might also like