You are on page 1of 2

REFLEKSI EDU 3103 Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana masih diberi peluang untuk menulis lagi refleksi

untuk minggu ini. Pada minggu lepas, kami telah didedahkan mengenai teori pembelajaran humanisme. Pensyarah kami

memulakan sesi pembelajaran dengan bertanyakan tentang konsep kendiri dan menulis konsep kendiri diri kita tanpa menyatakan siapa penulisnya. Saya akui ini kali pertama saya menulis tentang konsep kendiri sendiri. Saya merasakan seolah-olah saya sedang berbicara tentang diri saya di hadapan orang lain meskipun hanya dengan menulis di atas sehelai kertas. Pensyarah meminta kami meluahkan tentang diri kami di atas kertas tersebut. Tidak kisahlah tentang kelemahan, kebaikan, apa yang disukai kami dan sebagainya. Beliau juga ada mengatakan sepotong ayat yang membuatkan saya berfikir. Semua orang mempunyai keunikan tersendiri. Tidak silap saya, macam itu lah ayatnya. Ya, saya akui semua orang unik. Setiap insan itu mempunyai pelbagai keistimewaan dan keupayaan serta kelemahan kerana manusia tidak sempurna. Meskipun begitu, kepelbagaian sifat manusia inilah yang mewarna-warnikan kehidupan. Pensyarah menyatakan bahawa beliau sukar mengenalpasti penulis setiap helaian kertas tersebut kerana kebanyakan daripada kami kurang mendedahkan diri kami yang sebenar. Saya sangat suka apabila pensyarah masih tertanya-tanya siapakah penulis-penulisnya dan ianya ibarat seolah-olah permainan teka-teki. Dek kerana rumitnya untuk mengecam pemilik setiap coretan konsep kendiri tersebut, pensyarah kami terpaksa memerhati tindaktanduk kami semasa atau di luar sesi pembelajaran. Mungkin beliau boleh menemui jawapannya! Selain itu, pensyarah telah berkongsi suatu ilmu yang baharu bagi saya iaitu wajah-wajah kehidupan. Beliau melukis tiga wajah di papan putih. Saya pun merenung serta memikirkan yang manakah agaknya wajah kehidupan saya. Yang pertama? Kedua? Ketiga? Wajah kehidupan pertama menunjukkan

seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi. Dia merasakan dirinya OK dan melihat orang-orang di sekelilingya OK. Alangkah bagusnya sesiapa yang memiliki wajah kehidupan yang pertama kerana dia sentiasa merasa bahagia, tenang dan positif dalam kebanyakan hal. Teori Carl Rogers dan Abraham Maslow telah dibentangkan oleh dua orang rakan sekelas saya. Teori Maslow telah pun kami pelajari ketika mengambil subjek EDU 3102 pada semester yang lepas yang mana ianya mempunyai 7 peringkat bermula daripada peringkat fisiologi sehinggalah aktualisasi kendiri. Saya pernah alami sebagaimana yang diutarakan oleh Abraham Maslow ini. Sekiranya saya lapar, saya sukar untuk memberi tumpuan untuk belajar. Hal ini menunjukkan bahawa saya mesti memenuhi keperluan fisiologi dahulu, barulah saya dapat memenuhi keperluan-keperluan yang lain. Manakala Rogers pula mengkategorikan pembelajaran kepada dua iaitu pembelajaran kognitif dan pembelajaran pengalaman. Pembelajaran

pengalaman ini lebih difokuskan. Teori pembelajaran pengalaman ini sering dialami oleh pelajar-pelajar. Misalnya, saya pernah pergi lawatan sambil belajar ke muzium-muzium Melaka. Hal ini supaya pelajar boleh berfikir tentang sejarah Melaka serta mengaitkannya dengan subjek Sejarah yang sedang dipelajari di sekolah. Tuntasnya, menurut pandangan saya, teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh barat ini ada kalanya tepat mengenai kehidupan kita. Oleh sebab itu, ianya sedikit sebanyak boleh diaplikasikan ketika mengajar di sekolah kelak. Saya amat berharap saya akan sentiasa prihatin dan sayang akan semua murid saya kerana mereka istimewa di hati saya, insyaAllah.

You might also like