You are on page 1of 4

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

TAJUK: MAHASISWA MERDEKA PEMENGKIN PEMBANGUNAN NEGARA

Introduction awal wat sendiri yup.... x nak wat pn x per.


Bismillahirrahmanirrahim.... Alhamdulillah.. sungguh indah cuaca pada hari ini.. sudah bersyukurkah kita pada Yang Maha Esa atas segala kurniaNya baiklah yang berada dihadapan anda ini bukanlah seorang arkitek yang berjaya juga bukanlah seorang pemidato yang baik tetapi tampilnya saya dihadapan ini adalah selaku mahasiswi guru seperti anda semua Sebelum kaki melangkah pergi ke tapak kegemaran setiap pagi, sebelum bibir terkunci rapat tanda menghormati majlis izinkan saya menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk MAHASISWA MERDEKA PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGARA

Sekalung aprisiasi saya hulurkan buat tuan pengerusi majlis, pengerusi kelab pidato serta sahabat-sahabat yang sudi hadir. Assalamualaikum wbt,salam sejahtera dan apa khabar buat pencinta bahasa melayu kesemuanya hari ini.... Begitu indah gabungan frasa yang membentuk mauduk pidato yang diamanahkan kepada saya hari ini... Sebelum saya layarkan 2 komponen utama isi perbincangan kita hari ini, molek lah kiranya saya berhenti seketika, dan melabuhkan dahulu sauh difinisi.... Mahasiswa merdeka ialah=memerdekakan diri daripada ancaman globalisasi. Merdekakan diri daripada serangan pemikiran yang merosakkan akidah kita. Paling penting, merdeka daripada perhambaan dunia dan manusia kepada perhambaan yang Haq. Firman Allah SWT:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu [Surah AzDzaariyaat:56]

Imam Al-Ghazali ada menyebut dalam karyanya Kimia Kebahagiaan, seorang yang berjiwa merdeka adalah mereka yang mengetahui dirinya, Tuhannya, dunianya dan tahu tentang hari akhirat. Justeru, tajuk yang saya bawakan ini akan sama2 mengajar kira bagaimana generasi ilmuan yg bebas dr kancah kerosakan zahir batin pada hari ini mampu memantapkan lagi kemajuan negara kita yang dicintai. Hadirin sekalian, analisiss fakta kritis pertama, dibawah lembayung kata,

Kepentingan Membentuk Generasi Mahasiswa Merdeka. Ayuh hadirin, kita lihat bagaimana generasi mahasiswa kita ini memberi impak pd negara. Jika diretropertif kembali sejarah silam, mahasiswa kini kita ertikan sebagai semagt2 muda yang rakus akan ilmu dan mereka ini sanggup berkorban apa sahaja demi negara. Jadi untuk melahirkan generasi umpama ini, kita perlu pupuk wawasan di usuia muda mereka. Kerana tanpa wawasan di usia muda, mana mungkin Miguel hidalgo de castilla di mexico, Jose rizal di filiphina, don Stephen di sri lanka, dan carlos manuel di cuba , menuturkan bangsanya tentang apa itu bebas, apa itu merdeka dan apa ertinya membina tiang sebuah negara. Dan hadirin, hargailah kemerdekaan kita ini, sayangilah ia....jangan kita pernah lupa pengorbanan rosli dhobi buat nusa.... tamat komponen pertama.

Hadirin yang diberkahi ilahi. Kita terus kepada komponen ke-2. Dibawah kata kunci.. HALANGAN DAN CABARAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA MERDEKA...dr yusuf alqardawi pernah menyatakn.. jika ingin melihat pemimpin masa hadapan...lihat generasi hari ini. Jika hari ini , saya ingin mengetahui bagaimanakah rupanya bumi pada suatu hari nanti... kepada siapakan harus saya tujukan soalan ini? Pada mat rempit yang sempit? Atau pada kekasihnya yang asyik berkepit,? Atuapun pada peminta sedekah yang bertebaran di jalanan yang sedang bersabung demi kelangsungan kidupnya.?? ?... (nada tinggi nih..hu3)

Ingatlah hadirin, kita tidak mahu ikon remaja kita begini, yang sarat dalam kanvah gejala soaial kini... kita ingin serahkan negari ini pada bakal pemimpin yang berilmu,. Berkredibiliti dan sanggup berkorban buat nusa bangsa dann agama. Dan, sedar tak sedar, kitalah generasi mahasiswa yang dimaksudkan...sama2 kita fikirkan. Benar, mahasiswa-mahasiswi Islam perlu memerdekakan diri sendiri terlebih dahulu dari perkara kemungkaran, kerana kemerdekaan bukanlah hanya terletak pada sesebuah negara yang saban tahun kita rayakan. Jika diri sendiri tidak merdeka, dikongkong oleh hawa nafsu, bagaimana untuk kita membentuk sebuah masyarakat yang merdeka dari segi fizikal dan spiritual? Walau bagaimanapun, kita tidak wajar menanti diri untuk menjadi seorang yang mr. perfect, barulah kita berperanan. Kata penghulu tabien, Said ibn Jubair rahimahullah ; \ [ Jika seseorang tidak mahu menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaannya menjadi sempurna (bebas dari perkara maksiat) tidak ada sesiapapun yang akan mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran itu ] . Kita tidak sepatutnya diam dari tanggungjawab menyatakan kebenaran kerana ingin menjadi semulia malaikat umpamanya. Lalu kita membiarkan sehingga pada satu tahap, masyarakat sudah lali membezakan antara yang hak dan yang batil. Kita bimbang bala Allah akan menimpa umat Islam hari ini,

Khulasahnya hari ini, ayuh, bangunlah duhai anak bangsaku, kita pertahankan erti kemerdekaan negara..., berpegang pada kalimah keramat, PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, biarpun terpaksa bermandikan darah dan air mata, tapi jangan sesekali kita biarkan tanah pusaka ini dijajah semula... Sekian, akhirulkalam..wabillahitaufiqwalhidayah... wassalamualaikum wbt

Maaf, akak tak bape pndai wt teks...ni jer mampu..nak wt esegmen dah...doakan akak yup... gud lux! Ce bismillah banyak2 t, selawt lau gementar...tata~ assalamualaikum

You might also like