You are on page 1of 2

Sedikit gesaan

untuk anda….!
Panduan kepada pelajar yang menghadapi kesukaran seperti
berikut:-

 Sukar mengulangkaji pelajaran


 Tidak mengetahui dan memahami teknik belajar yang bersistematik
 Merasa rendah diri dan kurang keyakinan diri
 Menghadapi tekanan
 Sukar berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru
 Membina matlamat kerjaya yang sesuai
 Memerlukan maklumat akademik dan kerjaya
 Inginkan pengetahuan dan pengalaman kerjaya
 Memerlukan maklumat kemahiran-kemahiran tertentu
 Memerluksn maklumat institusi pengajian tinggi
 Bantuan maklumat pinjaman/biasiswa

Anda dinasihatkan untuk bertemu dengan Kaunselor anda. Kaunselor bukanlah


penyelesai masalah anda tetapi Kaunselor boleh membantu dan membimbing
anda untuk menyelesaikan masalah anda.

Sesungguhnya, pelajar yang hadir ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling


bukanlah pelajar bermasalah tetapi pelajar yang cemerlang kerana mereka
kenal diri mereka dan sentiasa mencari ilmu untuk mencapai kecemerlangan.

Temuilah Kaunselor anda secara sukarela. Nescaya anda mendapat sesuatu


yang belum anda perolehi.

PRINSIP PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
 Setiap manusia adalah unik
 Setiap manusia memiliki bakat /potensi yang tertentu
 Setiap manusia sentiasa dan boleh berubah
 Setiap manusia berupaya & bertanggungjawab membuat
perubahan untuk hidup
 Tidak ada kaedah khusus dalam menolong dan membantu
individu membuat perubahan

SEGALA MAKLUMAT ADALH SULIT /


RAHSIA

You might also like