Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
3Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan Pelajar

Peranan Pelajar

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 2,524|Likes:
Published by Nash

More info:

Published by: Nash on Sep 29, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/07/2011

pdf

text

original

 
 Peranan Pelajar 
1
PERANAN PELAJAR
Oleh – Al-Maududi
Pendahuluan
Dengan nama Allah yang pemurah lagi mengasihani. Segala puji tertentubagi Allah, dan sejahtera ke atas seluruh hambaNya yang terpilih.Sebelum saya masuk kepada tajuk yang hendak saya sampaikan kepadasaudara-saudara, sukalah saya melahirkan perasaan gembira yang tersemat dihati saya. Apa yang saya lihat di seluruh universiti dan pusat-pusat pengajian didunia Islam, bahkan di setengah-setengah dunia bukan Islam, wujudnyakumpulan pemuda Islam yang beriman penuh dengan 'akidah Islam, menyedaritanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan sanggup mengorbankansepenuh tenaga mereka untuk menegakkan semangat Islam di pusat-pusatpengajian tinggi tersebut.Gejala ini patut sangatlah mendapat sanjungan, penghargaan dansambutan dari orang yang mempunyai perasaan tulus ikhlas kepada duniaIslam, kerana Allah dengan kemurahanNya telah mengurniakan kepadaumatnya yang lemah ini pemuda-pemuda yang tahu akan tanggungjawab.Mereka ini menunaikan tanggungjawab itu secara aktif dengan penuh kesedarandi pusat-pusat pengajian tinggi dalam semua bidang pendidikan, sekalipunsistem pendidikan di seluruh dunia Islam sekarang ini dikuasai oleh cara berfikirdan tradisi barat.Adapun tajuk yang ingin saya sampaikan di sini ialah: Apakah perananyang harus dimainkan oleh pemuda, khususnya pelajar-pelajar dalam membinamasa depan dunia Islam?
Keadaan dan masalah yang sama
Sebelum itu saudara-saudara patutlah percaya bahawa perbualan saya inisaya tujukan kepada semua pelajar di seluruh dunia Islam; iaitu satu kawasandunia yang telah menyerah kalah kepada fikiran dan tamadun barat setelahmerengkok secara langsung beberapa lama di bawah penindasan mereka. Setiapcabang kehidupan mereka yang antaranya ialah pelajaran dan pendidikanmembayangkan teori-teori dan sistem yang diterima dari barat.
 
 Peranan Pelajar 
2
Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruhdunia Islam pada hari ini adalah sama. Kerana itu para pelajar di dunia Islammenghadapi problem yang sama.
Umat Islam dan bukannya negeri Islam
Perkara kedua yang harus saudara-saudara berikan perhatian, bahawabukanlah maksud saya dengan NEGERI-NEGERI ISLAM itu sempadan-sempadan negerinya yang memanjang, bukit bukaunya yang mengawan,sungai-sungainya yang tenang atau air terjunnya yang menjunam. Apa yangsaya maksudkan ialah penduduknya yang hidup dalam kawasan-kawasan yangberkenaan.Adalah diketahui bahawa manusia itu sentiasa terdedah kepadakemusnahan. Setiap orang ada ajalnya yang sudah ditetapkan. Oleh ituhendaklah kita memindahkan dengan amanah, suci dan jujur segala apa yangkita warisi daripada orang terdahulu dari kita kepada generasi akan datangsekiranya kita ingin melihat segala tamadun dan kebudayaan kita kekal dinegeri-negeri itu. Bukan ini saja, bahkan kita mesti memupuk supaya generasiakan datang sanggup memikul amanah yang berat ini dengan penuhkemampuan dan kesedaran, agar mereka juga berkesanggupan memindahkan,amanah itu kepada generasi-generasi yang berikutnya.
Hakikat kemusnahan umat
Sesungguhnya umat-umat yang telah lenyap tanpa meninggalkan kesanitu bukanlah ertinya lenyap dari dunia ini, tetapi sebenarnya ialah keruntuhankebangsaannya dari alam nyata. Maksud kita apabila kita mengatakan bahawatamadun bangsa BABIL dan FIR'AUN itu telah lenyap, ertinya tamadun bangsa-bangsa itu telah hilang ciri-cirinya ditelan zaman. Adapun generasi bangsa Babilitu masih membiakkan keturunannya, tetapi identiti kebangsaannya telahlenyap. Begitu juga tamadun bangsa Mesir tua masih kekal di muka bumi, tetapitamadun yang dikenali dengan nama Tamadun Fir'aun tidak lagi dilihatkesannya.Segalanya itu ialah kerana generasi mereka yang silih berganti telahhilang kemampuan untuk memindahkan pusaka warisan yang diwarisinya darigenerasi yang lalu kepada jenerasi yang lahir selepasnya.Oleh yang demikian nyatalah bahawa generasi sesuatu bangsa itu apabilahiiang identiti kebangsaannya dan hancur ke dalam identiti yang lain tnakaitulah ertinya bangsa itu telah lenyap dan musnah.
 
 Peranan Pelajar 
3
Sejarah telah membuktikan bahawa dua belas golongan dari bangsa Israeltelah hilang dan dunia ini dan tidak ditemui oleh sejarah hingga hari ini. Dalamhal ini tidak pula diriwayatkan bahawa mereka telah dibunuh kesemuanya atautelah dilenyapkan asal-usulnya dari muka bumi ini untuk selama-lamanya.Sebenarnya apa yang dimaksudkan dalam hal ini ialah kesedaran keisraelantelah lenyap dari golongan itu dan kesedaran itu tidak berpindah kepada
 
generasi-generasi yang lahuselepas mereka. Apabila lenyap sifat keisraelan dantamadun keisraelan tadi lalu meresaplah ia ke dalam bangsa-bangsa lain didunia ini hingga anak cucu mereka sendiri tidak mengetahui yang mereka ituberketurunan Israel.Dari sini nyatalah bahawa hidup dan kekalnya sesuatu bangsa itu adalahbergantung kepada sikap ingin menyediakan generasi akan datangnya supayameraka berkemampuan menielihara identiti kebangsaannya. Mungkin inilahtajuk penting yang hendak saya terangkan dengan jelas kepada saudara semua.
Kewajipan memindahkan perbendaharaan tamadun padagenerasi akan datang
Sesungguhnya bumi yang saudara-saudara hidup di atasnya ini telah punditeroka oleh orang-orang yang terdahulu dari saudara supaya tamadun Islamdapat bertapak di atasnya, supaya dikuatkuasakan pelaksanaan peraturan-peraturan hidup yang mereka anuti dan supaya diperintah oleh undang-undangyang dianggap benar dan peraturan-peraturan sistem kerja yang mereka fikirkanbaik.Perlu kita ingat bahawa kekalnya generasi Islam adalah bergantungpenuh di atas usaha generasi yang akan datang untuk memindahkan tamadunIslam dalam bentuk hidayah ketuhanannya yang kita warisi dari nenek moyangkita yang mulia dan yang telah membezakan kita dari bangsa-bangsa lain didunia.Sudah pasti bahawa setiap orang Islam tidak akan kekal, tetapi umatIslam boleh kekal sepanjang masa, dengan syarat ada kemampuan yangdiperlukan dalam setiap peringkat masa untuk memindahkan perbendaharaantamadun kepada generasi yang akan datang. Pemindahan ini hendaklah sentiasaberjalan dalam setiap pertukaran generasi.Sekiranya kita tidak sanggup mengekalkan sifat-sifat istimewa tamadunyang membezakan umat kita itu, dan generasi muda kita pula tercekup dengantamadun asing, katakan tamadun Amerika umpamanya, lalu terpengaruhdengannya dan terbentuk dengan acuannya tidak lagi dengan acuan tamadunIslam, maka lambat laun bumi ini akan bertukar menjadi bumi Amerika.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->