You are on page 1of 10

1.

SEJARAH BOLA JARING

Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang


yang amat popular pada awal 1900-an.Ia berasal di Amerika Syarikat dan
dikenali sebagai "bola keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh Clara Gregory
Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan Afrika. Pada tahun
1926, tertubuhlah Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh England (All England
Women’s Netball Association). Perlawanan antarabangsa yang pertama telah
diadakan di antara England dan Scotland pada tahun 1938).

Perkembangan pesat untuk permainan bola jaring berlaku selepas Perang


Dunia Kedua. Pada tahun 1960 wakil-wakil negara komenwel telah memutuskan
untuk menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk bola jaring dunia. Dengan itu
tertubuhlah The International Federation of Netball Association. Pertubuhan ini
berperanan untuk menyelaraskan peraturan dan undang-undang permainan bola
jaring.

Bola jaring adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu kasar.
Sehingga hari ini, sukan ini dimainkan lebih daripada 150 buah negara di seluruh
dunia.

Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ia popular di


kalangan sekolah mubaligh Kristian. Guru-guru Inggeris khususnya di bandar
amat gemar bermain bola jaring. Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan
pada tahun 1978. Persatuan ini telah mengambil bahagian dalam beberapa
kejohanan antarabangsa sepertu Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia.

Majlis Olimpik Malaysia telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysia


untuk menganjurkan pertandingan bola jaring di sukan SEA 2001 di Kuala
Lumpur. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga terlibat dalam Sukan Komenwel
yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998.

1
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah memainkan
peranan dalam mempopularkan permainan bola jaring di kalangan murid-murid
sekolah. Malaysia boleh dikatakan amat berjaya dalam permainan ini. Penjaring
gol bagi pasukan bola jaring Malaysia, Kadzlun Abas dinobatkan sebagai ‘Best
shooter’ di World Junior Netball Championship 2000 yang diadakan di Wales.
Fadzlun Abas sekali lagi memenangi gelaran ini pada tahun 2001.

2. PERALATAN

Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring.


Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka) dan tiang gol.

2.1 BOLA

Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring.


Rupayan seperti bola keranjang. Bola tersebut mempunyai saiz 5,
berdiameter 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat
daripada getah atau kulit.

2.2 GELANGGANG

Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang


terbuka dan tertutup. Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di
kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau
perkey untuk gelanggang tertutup.

Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola


keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali
sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal
Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan

2
Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh
bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali
sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm.

Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau


petak yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol.
Kawasan lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula
terletaknya bulatan tengah.

Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan


ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang
merupakan bulatan gol.

Kawasan tengah

3
10.14 m

2.3 TIANG GOL

Di kedua-dua belang gelanggang dipasang tiang gol yang tingginya


3.05 m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi
berjaring yang terletak di bahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm.

3. PEMAIN, KEDUDUKAN DAN HAD KAWASANNYA

Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang iaitu 7 orang pemain di


gelanggang dan 3 orang sebagai simpanan. Setiap orang pemain
mempunyai tugas dan had kawasan yang berlainan antara satu sama
lain.

Berikut merupakan senarai tugas 7 orang pemain bola jaring:

1) Penjaga gol (GK)


2) Pertahanan gol (GD)
3) Pertahanan sayap (WD)
4) Pemain tengah (C)
5) Penyerang sayap (WA)
6) Penyerang gol (WD)

4
7) Penjaring gol (GS)

Berikut merupakan kedudukan pemain di dalam gelanggang (ketika


membuat hantaran tengah):

WA GD

GS C GK

GA WD

Berikut merupakan had kawasan bagi setiap pemain:

PEMAIN HAD KAWASAN


Penjaga gol (GK) 1, 2
Pertahanan gol (GD) 3, 4, 5
Pertahanan sayap (WD) 3, 4

5
Pemain tengah (C) 2, 3, 4
Penyerang sayap (WA) 2, 3
Penyerang gol (WD) 3, 4
Penjaring gol (GS) 1, 2

1 2 4 5

4. TUGAS PEMAIN DALAM PASUKAN

4.1 Penjaga gol (GK)

6
Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS)
pasukan lawan baik di dlam kawasan mahupun di luar kawasan
jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Di antara
tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang
penyerang di dalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama
dengan penahan gol (GD).

4.2 Penahan gol (GD)

Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal


gerakan penyerang gol (GA) pasukan pihak lawan sama ada di
dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan
jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana-
mana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi
tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada
membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran
tengah.

4.3 Penahan sayap (WD)

Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain


pertahanan. Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran
yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan
dalam bulatan jaringan.

WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini


berlaksemasa bole di hantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain
lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan
mengawal WA.

7
Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini
boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh
pemain lawan.

4.4 Pemain tengah (C)

Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang


penting kerana ia ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan
pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan.
Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C
boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.

4.5 Penyerang sayap (WA)

Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga


penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari kawasan
tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola
kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain
tengah.

4.6 Penyerang gol (GA)

Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai


penjaring. GA akan bekerjasama dengan pemain tengah,
penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima
hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.

4.7 Penjaring gol (GS)

Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai


penjaring gol. GS mestilah mahir membuat jaringan.

8
5. PENGADIL

Terdapat dua orang pengadil dan dua orang pegawai yang terdiri
daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa.
Pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang, peralatan,
pakaian pemain sebelum permainan dimulakan serta mengawal
permainan semasa ia berlangsung.

6. PAKAIAN

Pemain akan memakai pakaian seragam yang sesuai.


Kebiasaannya pakaian mereka terdiri daripada baju-t, seluar panjang,
stoking, kasut dan bip. Bip dipakai diluar baju-t dan setiap bip ditulis nama
tugas setiap pemain. Nama tugas ini tertera di bahagian depan dan
belakang bip.

7. CARA BERMAIN

Bilangan keseluruhan pemain bagi satu pasukan dalam satu


gelanggang ialah tujuh orang. Ini bermakna ada 14 orang orang pemain
dalam satu gelanggang. Tempoh masa juga telah ditetapkan oleh pengadil
dan diketahui oleh pemain.

7.1 PERMULAAN PERMAINAN

Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan menentukan


pasukan yang mana akan membuat lontaran mula. Kebiasaannya,
lontaran ini ditentukan melalui undi melontar syiling. Setiap ketua pasukan
akan memilih tanda belakang atau depan syiling tersebut. Bagi ketua
pasukan yang dapat memilih dengan tepat akan membuat lontaran mula.

9
Manakala bagi pihak ketua pasukan lawan akan memilih kawasan gol
yang digemarinya.

Sebelum pengadil meniup wisel untuk memulakan permainan,


setiap pemain akan berada di kawasan masing-masing. Manakala C
(centre) akan bersedia di kawasannya untuk memulakan lontaran mula.

7.2 TEMPOH PERMAINAN


7.3 PEMAIN GANTI

Markah dikira mengikut bilangan jaringan gol. Bola akan


dimasukkan ke dalam bakul jaring yang berlubang. Penjaga gol (GK) akan
melindungi bulatan golnya daripada dimasuki pihak lawan. Jika pasukan
lawan berjaya menembusi kawasan ini maka pemain itu akan mencuba
menjaringkan gol. Jaringan gol dibuat apabila bola dilontar masuk ke
dalam jaring dari atasnya. Gol hanya boleh dijaringkan oleh GS dan GA
sahaja.

8. UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING


8.1 PENALTI
8.2 HANTARAN PERCUMA
8.3 HANTARAN PENALTI ATAU JARINGAN PENALTI
8.4 HANTARAN KE DALAM
9. ;

10

You might also like