You are on page 1of 30

Istilah perabot jalan diterjemahkan dari istilah Bahasa English `street furniture`.

Perabot jalan adalah mustahak dalam rekabentuk kemasan jalan untuk memastikan keselamatan terjamin dengan berpandukan peraturan. Secara amnya, kelengkapan jalan yang terdapat dalam perabot jalan terdiri daripada

1) Papan tanda lalu lintas 2) Tanda jalan 3) Penghadang keselamatan 4) Tiang panduan 5) Lampu jalan

Untuk mengatur, memberi amaran atau panduan kepada pengguna jalan raya. Tanda lalu lintas ditempatkan pada tempat yang spesifikasi atau pada waktu yang spesifik atau mana terdapatnya tempat-tempat yang merbahaya. Papan tanda lalu lintas juga memberikan maklumat tentang laluan lebuhraya, arah destinasi dan tempat-tempat yang menarik. Papan tanda lalu lintas biasanya terbahagi kepada tiga tanda utama iaitu

a. Tanda peraturan b. Tanda amaran c. Tanda pemberitahuan

Jenis, Dimensi & Warna Pada Papan Tanda Lalu Lintas


 PAPAN TANDA LARANGAN / MANDATORI

 PAPAN TANDA BAHAYA

 PAPAN TANDA MEMBERITAHU

 PAPAN TANDA SEMENTARA

Tanda yang memberi amaran kepada pengguna jalan raya akan keadaan yang membahayakan trafik di hadapannya. Tanda amaran biasanya berbentuk segitiga dan segipempat. Warna tanda ini ialah kuning dan oren. Contoh tanda ini ialah tanda persimpangan di hadapan, tanda selekoh, berbahaya, tanda kawasan tanah runtuh, dan tanda kerja di hadapan.

Tanda mandatori memberikan petunjuk kepada pengguna jalan supaya melakukan tindakan positif seperti yang diarahkan. Sebagai contoh, tanda BERHENTI yang diletakkan di persimpangan jlan memberi arahan kepada pengguna jalan untuk berhenti dahulu dan pastikan tiada kenderaan yang datang sebelum memulakan perjalanan semula. Semua tanda mandatori berbentuk bulat dengan simbol putih berlatarbelakangkan biru. Sebagai contoh, tanda JALAN SEHALA dan IKUT KIRI. Bagaimanapun, terdapat dua tanda mandatori yang berlatarbelakangkan merah iaitu tanda BERHENTI dan tanda BERI LALUAN.

Tanda yang memberi amaran kepada pengguna jalan raya akan keadaan yang membahayakan trafik di hadapannya. Tanda amaran biasanya berbentuk segitiga dan segipempat. Warna tanda ini ialah kuning dan oren. Contoh tanda ini ialah tanda persimpangan di hadapan, tanda selekoh, berbahaya, tanda kawasan tanah runtuh, dan tanda kerja di hadapan.

Tanda makluman memberikan maklumat kepada pengguna jalan raya akan perkara seperti nama jalan, nama bandar, arah, dan jarak sesuatu destinasi. Tanda ini biasanya berlatarbelakangkan warna biru atau warna hijau yang mempunyai simbol atau tulisan berwarna putih. Contoh tanda ini ialah tanda HOSPITAL dan tanda REHAT DAN RAWAT ( R & R ).

Tanda pada permukaan jalan ditakrifkan sebagai garisan, simbol, dan perkataan yang terdapat pada permukaan jalan. Tanda jalan memberikan maklumat kepada pengguna kenderaan. Tanda jalan terbahagi kepada dua kategori iaitu : Tanda pada permukaan jalan Tanda pada objek jalan

TANDA PADA PERMUKAAN JALAN Antara contoh tanda pada permukaan jalan ialah Garisan tengah jalan Garisan larangan memotong Garisan lorong Garisan tepi jalan Garisan larangan berhenti (garisan kuning) Tanda lintasan pejalan kaki Garisan berhenti Perkataan peringatan AWAS, BERHENTI Anak panah arah laluan

BAHAN-BAHAN TANDA JALAN Bahan penanda jalan mestilah tahan lama,boleh memantul cahaya dan bersifat reflektif. Oleh itu jenis-jenis bahan yang biasa digunakan sebagai penanda jalan ialah `thermoplastic` Cat `road studs`

Themoplastic` dan cat adalah bahan yang selalu digunakan di kawasan luar bandar. Ia digunakan pada garisan tengah dan garisan lorong manakala di kawasan bandar ia digunakan pada garisan berhenti dan lintasan pejalan kaki. Objek jalan yang ditandakan dengan cat berwarna tertentu supaya mudah dilihat. Antara contoh tanda pada objek jalan ialah : Bebendul Pulau Penghalang laga Pembahagi jalan

PENGHADANG KESELAMATAN
Kelengkapan keselamatan yang dipasang di sekitar jalan bertujuan untuk meningkatkn keselamatan pengguna. Contoh kelengkapan keselamatan ialah  Rel adang  Penghalang Laga  Penyahlelurus  Jalur Derum  Mata Kucing

TIANG PANDUAN
Tiang-tiang panduan selalunya ditanam di bahu jalan setinggi lebih kurang 900 m dan ditempatkan di selekoh jalan bagi tujuan memberi panduan kepada pemandu akan bahaya di hadapan. Di tiang-tiang ini dilekatkan `delineators` bertujuan sebagai panduan kepada pemandu-pemandu di waktu malam. `Delineators` juga sekarang dipasang pada penghadang keselamatan lebuhraya bertujuan untuk sebagai panduan pada pemandu di waktu malam.

LAMPU JALAN
Lampu jalan digunakan untuk meningkatkan kebolehlihatan pengguna pada waktu malam. Lampu jalan penting untuk meningkatkan keselamatan pengguna terutamanya di lokasi jalan yang berbahaya seperti di persimpangan, selekoh, dan bulatan. Secara tidak langsung penggunaan lampu jalan juga boleh mengurangkan kejadian jenayah di jalan. Di samping itu, penggunaan lampu jlan dapat meningkatkan kelancaran aliran trafik.

Antara jenis lampu yang digunakan sebagai lampu jalan ialah Lampu Pendarflour Lampu wap sodium Lampu wap raksa

LAMPU PENDARFLOUR
Lampu pendarflour memncarkan cahaya warna putih yang terang dan mempunyai jangka hayat yang panjang. Lampu ini sesuai dipasang di jalan berhampiran kompleks perniagaan kerana ia dapat memberikan daya tarikan.

LAMPU WAP SODIUM Lampu ini memancarkan cahaya kekuningan yang dapat dilihat dari jarak jauh dan tidak menyilaukan. Lampu ini sesuai dipasang di sepanjang jalan LAMPU WAP RAKSA Lampu ini memancarkan cahaya keputihan yang terang. Lampu jenis ini mempunyai jangka hayat yang panjang. Bagaimanapun, kos permulaan adalah tinggi. Lampu ini sesuai dipasang di persilangan lebuh raya dan plaza tol.

You might also like