Professional Documents
Culture Documents
Pengertian konsep
Model reka bentuk pengajaran Contoh Model reka bentuk pengajaran Model ADDIE Model ASSURE
Definisi
Definisi
Konsep
DEFINISI :
Reka bentuk pengajaran adalah suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan.
Reka Bentuk Pengajaran adalah satu andaian yang dibuat oleh pereka instruksional tentang pelajar dan proses pembelajaran untuk mengenal pasti matlamat pengajaran, tentang pengembangan dan pembinaan bahan instruksional yang relevan atau
berkaitan dengan matlamat instruksional, tentang pemilihan atau pembinaan suatu pendekatan yang sistematik untuk menyampaikan bahan yang dihasilkan. (Duffy dan Jonassen,1991).
Reka bentuk pengajaran adalah proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling (Seels dan Richey, 1994).
Definisi ini menjelaskan bahawa reka bentuk pengajaran adalah proses menyatakan spesifikasi syarat untuk belajar yang meliputi empat bidang utama iaitu: ~ Reka bentuk sistem pengajaran ~ Reka bentuk strategi pengajaran ~ Reka bentuk mesej ~ Ciri-ciri pelajar
~ Menentukan keperluan pelajar ~ Menentukan matlamat dan objektif ~ Membina prosedur penilaian ~ Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian ~ Mencuba sistem pengajaran ~ Menilai keseluruhan sistem
KONSEP:
Dick
&
Reiser
(1989)
Proses
sistematik dan
merekabentuk,
membangun,
melaksana
menilai pengajaran.
KONSEP:
Richey (1986) : Reka Bentuk Pengajaran sebagai sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan memudahkan situasi pembelajaran sesuatu yang unit
pembelajaran
pelajaran berlaku.
Peranan
Kepentingan
PERANAN:
Mewujudkan pengajaran yang kompeten Menghasilkan pelajaran berkesan Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif Pengajaran yang lancar dan berkesan.
KEPENTINGAN:
Menambahkan kecekapan. Menambahkan keberkesanan. Memastikan pelajar berminat mempelajari pelajaran yang disampaikan.
KEPENTINGAN:
Model ADDIE
Model ASSURE
Kebanyakan model-model reka bentuk pengajaran bergantung pada set langkah-langkah yang dapat menghasilkan sesuatu yang efektif (Hannafin & Peck, 1988).
Model reka bentuk pengajaran adalah sebagai satu panduan abstrak tentang reka bentuk yang diambil kira dalam pendekatan reka bentuk atau dalam strategi pedagogi (kaedah pengajaran).
Membantu dalam komunikasi antara ahli kumpulan supaya setiap ahli kumpulan jelas dengan apa yang patut dibincangkan
Memasukkan semua fasa daripada reka bentuk pengajaran yang baik sebagai penyokong bahan pengajaran
1. 2. 3.
Model ADDIE sebagai Model Umum Model ASSURE D. H. Jonassens Instructional Design Theory Dick & Carey Model
4. 5.
6. 7. 8. 9. 10.
Jerrold Kemp Model Gerlach-Ely Model Rapid Prototyping Model USAF Model Gagne-Briggs Model
entuk engajaran
el ADDIE
Pem angunan
Pelaksanaan
Penilaian
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas kepada model reka bentuk pengajaran yang lain.
Analisis (Analyse) Reka bentuk (Design) Pembangunan (Develop) Pelaksanaan (Implement) Penilaian (Evaluate)
Pada peringkat ini terdapat beberapa analisis yang akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran.
Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :
1. 2.
Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya? Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan
3.
4.
5.
Di antara langkah yang akan dilakukan pada fasa reka bentuk adalah :
1.
Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk pengajaran, visual dan strategi reka bentuk
2.
Aplikasi strategi pengajaran bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor.
3. 4. 5. 6.
Membangunkan papan cerita Mereka bentuk antara muka Membangunkan prototaip Menggunakan reka bentuk visual
Kerja- kerja pembangunan projek multimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui.
Setiap pembangunan akan diuji kaji agar ia konsisten dan dapat beroperasi secara berkesan.
Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kaji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku.
Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.
Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian.
Reka Bentuk Pengajaran Model reka bentuk pengajaran Contoh model reka bentuk pengajaran Model ASSURE Analisis pe;ajar Nyatakan objektif Pilih kaedah,b aiki atau buat media Gunakan media Penglibata n pelajar
Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran.
Ia bertujuan untuk menyediakan panduan untuk merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.
Model ini digubal oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1982, 1996)
1. 2. 3.
Analisis pelajar (Analysed learner) Nyatakan objektif (State objectives) Pilih kaedah, baiki atau buat media (Select, modify or make media)
4. 5.
Gunakan media (Use media) Perlukan tindak balas /penglibatan pelajar (Require learner response/participation)
6.
Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina,umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf ekonomi-sosial
Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (Specific Entry Characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada
berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar
Objektif pembelajaran boleh diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks
Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati
Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (keadaan/syarat pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar tersebut (prestasi) dengan lancar dan jelas (kriteria/darjah pencapaian)
Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
1. 2.
Bahasa yang jelas dan tepat Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar
3. 4. 5. 6. 7.
Menggalakkan penglibatan pelajar Mempunyai teknikal kualiti yang baik Terdapat bukti keberkesanannya Tidak bias/prejudis Mempunyai buku panduan yang lengkap
Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan tentukan masa pembelajaran yang diperlukan, contoh: pra tonton / preview video sebelum mengajar
Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal, pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar
Sediakan pelajar, contoh: set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif pembelajaran
Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya.
Aktiviti pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta diberi sebaik saja pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954)
Setelah selesai pengajaran, lakukan penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media itu secara menyeluruh.
2.
Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran?
3.
Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul?
4. 5.
Definisi:
melibatkan perancangan untuk menentukan cara dan format media yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar
Grabowski (1991) mengatakan bahawa reka bentuk mesej bermaksud cara dan format apa yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar
Fleming dan Levie (1993) pula mengatakan bahawa reka bentuk mesej ialah pola-pola simbol yang akan mempengaruhi perilaku kognitif, efektif dan psikomotor
Perkara yang sangat kecil seperti visual, urutan pelajaran, halaman dan reka bentuk skrin komputer yang terdapat pada sesuatu unit pelajaran.
Medium - statik, dinamik atau kombinasi Tugasan pembelajaran - pembentukan konsep, sikap, pembinaan kemahiran atau penghafalan
Walaupun terdapat pelbagai model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan bagi membangunkan sesebuah aplikasi multimedia, matlamatnya dalam pendidikan adalah sama iaitu memastikan setiap media yang dihasilkan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti dan menepati kehendak sistem pendidikan.
Dalam proses pembangunan aplikasi multimedia, apa juga model reka bentuk yang dipilih dapat dijadikan panduan bagi proses pembangunan yang lebih terancang dan sistematik. Namun demikian, model yang digunakan mesti dapat menepati keperluan pengguna dan dapat membentuk kemahiran-kemahiran kognitif aras tinggi seseorang pelajar.
Bagi pereka bentuk aplikasi multimedia pendidikan,apa pun model yang digunakan, perkara utama yang harus dititikberatkan adalah keberkesanan dan kemampuan aplikasi yang dibina itu bagi menepati keperluan kurikulum sistem pendidikan daripada pelbagai aspek.
1.
Reka bentuk pengajaran adalah suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti apa?
2.
3.
Apakah empat bidang utama yang diliputi oleh spesifikasi syarat untuk belajar dalam proses reka bentuk pengajaran?
4.
Proses sistematik merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Ini merupakan konsep Reka Bentuk Pengajaran yang dikemukakan oleh siapa?
5.
6. 7.
Apakah peranan Reka Bentuk Pengajaran? Apakah kepentingan Reka Bentuk Pengajaran?
Ab.Rahim Selamat (1989).Teknologi Sistem Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD. Ngui Kuan Sang (1989).Teknologi Pendidikan penggunaannya dalam pengajaran Geografi. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD.
Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran, Tajuddin Hassan (1996). Siri Pendidikan Perguruan, Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran 2, Sumber Teknologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN. BHD. Rozinah Jamaludin (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors SDN. BHD.