Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
37Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
GERAKAN ORIENTALISME

GERAKAN ORIENTALISME

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 5,909|Likes:
Published by tasbih_kaca
GERAKAN ORIENTALISME
GERAKAN ORIENTALISME

More info:

Published by: tasbih_kaca on Sep 30, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
 Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM 
GERAKAN ORIENTALISME DAN HUBUNGANNYA DENGANKRISTIANISASI DI DUNIA ISLAM
Motto:
Firman Allah Azza Wa Jalla yang bermaksudnya:
"Patutkah orang-orang (Munafiq) yang hati mereka berpenyakit (syak/agu-ragu) :menyangka bahawa Allah tidak akan mendedahkan perasaandendam dan hasad dengki mereka ( erhadap Nabi Muhammad SAW danumatnya)? .Dan sekiranya Kami mahu ,tentulah Kami akanmemperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetapakan mengenali mereka dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat)mereka;dan demi sesungguhnya ,engkau akan mengenali mereka dari gayatutur kata mereka dan ( ingatlah bahawa),Allah maha mengetahui segalayang kamu lakukan." 
(Surah Muhammad: 29-30)Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Setap bayi dilahirkan dalam (lingkungan) agama ini (Islam),;sehinggalahlidahnya petah mengungkapkan (hakikat) dirinya. (Sebenarnya) ibu-bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Musyrik. ParaSahabat bertanya, Ya Rasulullah bagaimana pula halnya orang yang sebelum ini (sebelum Islam diturunkan). Baginda menjawab :Allah lebih tahu apa yang mereka lakukan." 
(Hadith Riwayat Ahmad)
Pendahuluan
Kemelut berfikir di kalangan umat Islam ternyata masih belum berakhir. Akhbar danmedia massa selalu sahaja mengejutkan umat dengan berbagai bentuk tulisan dan polapemikiran yang sekular, meterialistik, pragmatik dan sebagainya yang membelakangkannilai serta norma yang paling teras dalam masyarakat Melayu iaitu Islam. Persepsi Islamdi kalangan segolongan cendikiawan bukan merupakan asas untuk menilai sesuatu;samada perkara atau gejala. Jika uniform anak-anak sekolah dibincangkan, maka yangmenjadi asas penilaian adalah aspek ekonomi dan psikologinya sahaja. Kalau soalpembangunan yang dibincangkan maka yang dilihat adalah aspek teknologi danpragmatiknya sahaja, tanpa melihat sudut agamanya. Islam bagi sesetengah pihak
1
 
 Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM 
bagaikan bayang yang tidak punya kenyataan. Ia bukan suatu perspektif yang patutdisorot.Mengapakah pertimbangan Islam selalu dilupakan atau disingkirkan oleh elitmuslim berkenaan. Sudah tentu persoalan ini perlu dicarikan jawabannya oleh merekayang prihatin. Permasalahan inilah barangkali yang disebabkan oleh agen-agenimprealis dari segolongan orientalis, journalis, akademis, zionis, pendia'yah kristien dankuncu-kuncunya.Oleh itu wajarlah disorot peranan golongan di atas secara terpeinci agar dapat dicari jalan yang sesuai untuk mengatasinya.Dalam kesempatan yang terhad ini penulis hanya menyorot peranan orientalis dangerakan kristianisasi secara khusus untuk memenuhi hasrat penganjur simposium.Selaras dengan tujuan itu kertas ini akan membincangkan pengertian orientalisme,peranan orientalis, motivasi penyimpangan mereka, kesan gerakan orientalis dankristianisasi terhadap umat Islam dan akhirnya langkah-langkah menghadapi gejala sertamasalah yang dihasilkan oleh gerakan tersebut.
I .PENGERTIAN ORIENTALISME
Orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut " Al Istisyraq" adalah ilmutentang Timur atau hal Ehwal Ketimuran, lebih jauh ia adalah kegiatan atau pengkajianberhubung dengan ehwal Ketimuran, sejarah, keyakinan penduduk di sebelah Timur,susun lapis penduduk, lokasi, persekitaran tabi'enya, bahasa, gaya pertuturan, watak dan
syahsiyyah
mereka. Kajian ini menyelidiki aliran pemikiran tradisi dalam pelbagi bentuk,untuk pelbagai tujuan.Dalam konteks yang berlainan ada pula pandangan yang mengatakan bahawaOrientalism sebagai sebuah disiplin ilmu yang mempunyai methodologi yang tersendiri. Iadipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagai dasar atau tujuan kewujudan danoperasinya.
1
Gerakan Orientalism ini dipelopori pada mulanya oleh para Mubaligh Kristian danPaderi untuk tujuan mendakyahkan agama Kristian .Tetapi akhirnya bergandingan
1
 
1 . Hendro Orasetyo dalam tulisannya
 Pembenaran Orientalism
?
: Kemungkinan Dan Batas-batasnya
, Islamika,Januari-Mac 1994,Mizan Press,Indonesia ,Hlm 100)
2
 
 Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM 
dengan kehadiran Imperialisme barat ke Dunia Islam untuk mengukuhkan penjajahanmereka ke atas negara-negara jajahan tersebut.Dr Hamdi Zaqzuq menegaskan:
"Terdapat suatu kesefahaman mutlaq di kalanganmubaligh Kristian kurun ke 13 tentang betapa perlunya menguasai bahasa-bahasa orang Islam.Seandainya mahu dijayakan usaha pengkristianisasi ke atas mereka.Persefahaman yang telah diterjemahkan dalam bentuk agenda bertindak ,itu merupakanfaktor penting dalam perkembangan Orientalisme ,pada masa itu tidaklah mudah untuk memisahkan Orientalisme dengan Kristianisasi atau motivasi keagamaan .Motivaskeagamaan inilah menjadi pencetus utama bagi lahirnya Orientalismeî" 
Kajian Ketimuran yang bercambah di Eropah di abad -abad pertengahan adalahdidorong oleh pertentangan agama dan suasana perang Salib pada ketika itu.Pengaruhdan semangat untuk mengembangkan Kristian pada ketika itu jelas dalam nota rasmipembentukan kursi pengajian Bahasa Arab di Universiti Cambrigde, England, yangbertarikh 9 Mei 1636 masihi oleh pengasasnya. Nota tersebut antara lain menyebutkan:"
Kita sedar bahawa dengan usaha ini kita bukan sahaja bertujuan untuk mendekati kesusteraan yang baik untuk mendedahkan sebahagian besar ilmu pengetahuan yang ada kepada cahaya dan tidak membiarkannya terkatup dalam bahasa yang ingin kita pelajari sahaja akan tetapi kita juga sebenarnya bertujuan untuk mengajukan khidmat bakti kepada pemerintah dan negara memlalui perdagangan kita dengan negara-negaraTimur, selain untuk mengagungkan tuhan melalui perluasan batasan gereja dari seruankepada agama Kristian di kalangan orang-orang yang masih hidup dalam kegelapan.
3
Antara Orientalist yang begitu mementingkan ajaran Ketimuran ini untuk tujuanpengkristianan ialah Roger Bacon (1214 - 1294 m). Beliau menganggap hanya melaluigerakan pengkristianan ini sahaja Dunia Kristian dapat diperluaskan. Selaras dengantujuan ini, maka harus dipenuhi syarat berikut:1. Memahami bahasa-bahasa penting.2. Mengkaji jenis-jenis kekufuran dan mengenalpasti perbedaan antara satu sama
2
 
2.Dr Hamdi Zaqzuq,
 Al Isytiraq Wa Al Khalfiah Al Fikriah Li Al Sira
?
Al Hadhan
?
 ,
Kitab Al-Ummah, PimpinanMahkamah Syariah Qatar, 1983 ,hlm 27
3
3. Ibid. hlm 30
3

Activity (37)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Azura Yaacob liked this
Murni Hashim liked this
Azura Yaacob liked this
Azura Yaacob liked this
Mas Awang liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->