Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kertas Cadangan Program Celik Al-Quran

Kertas Cadangan Program Celik Al-Quran

Ratings: (0)|Views: 181|Likes:
Published by monasrim

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: monasrim on Aug 27, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/25/2014

pdf

text

original

 
1
Program Celik Al Qur’an
Anjuran : PIBG SMK XXX Kuantan dan Pihak Penaja (Pejabat Menteri Besar / Jabatan AgamaIslam Pahang / Yayasan Pahang / YB dan lain-lain)
Muqaddimah
Al Qur’an ialah Kalam Allah yang menjadi kitab rujukan utama sebagai panduan hidup seorangMuslim.Mafhum Firman Allah:“Sesungguhnya Al Qur’an ini memberi petunjuk, memimpin kepada jalan yang paling baik danpaling lurus.” (Al Isra’ : 9)“Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi Al Qur’an? Kalaulah Al Qur’an itu bukan dari sisiAllah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.“(An Nisa’ : 82)Hadith Rasulullah s.a.w.:“Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegangdengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.”Harapan dan wawasan ibu bapa dan pihak sekolah ialah untuk melahirkan pelajar yangcemerlang akademik dan bersahsiah mulia. Landasan kepada kecemerlangan diri itu pula sangatbergantung pada penghayatan agama. Perkara asas bagi penghayatan agama ialah denganmembaca Al Qur’an. Setiap orang Islam bertanggungjawab mempelajari Al Quran untukmendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Rasional
Pelajar SMK XXX terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Mengikut dapatan data kajianyang dibuat oleh pihak sekolah, pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan Al Qur’an ialahsebanyak 42% (Rujuk Data Pelajar). Faktor-faktor yang menyumbang kepada senario yangmembimbangkan ini berkait rapat dengan tahap ilmu pengetahuan, keprihatin ibu bapa terhadappendidikan Islam anak-anak, taraf sosio ekonomi dan kesibukan ibu bapa. Pelajar yang terabaidan tercicir daripada kemahiran membaca Al Qur’an perlu diberi perhatian yang wajar kerana jika dibiarkan berterusan, akan lahirlah generasi yang kurang berminat untuk menghayati AlQur’an dan Islam. Fenomena ini seterusnya akan menyumbang kepada kebejatan sosial dikalangan masyarakat dan menjejaskan imej negara. Justeru itulah program celik Al-Quranmenjadi satu keperluan dan tuntutan yang patut dilaksanakan. Pelaksanaan program ini diharapdapat membantu pelajar untuk membaca dan seterusnya membudayakan Al Qur’an dalamkehidupan.
Tema
Al Qur’an Panduan Hidup
Objektif 
1. Melahirkan pelajar yang mahir membaca Al Quran secara tartil.2. Memupuk kesedaran pelajar ke arah memahami pengajaran daripada Al Qur’an danseterusnya membudayakan Al Qur’an dalam kehidupan.3. Menggembleng kerjasama erat pelbagai pihak ke arah membudayakan Al Qur’an dalamkehidupan.
Sasaran
 Pelajar lelaki dan perempuan seramai 400 orang.
 
2
Sumber kewangan
 Pihak penaja (Pejabat Menteri Besar / Yayasan Pahang / Jabatan Agama Islam Pahang / YB),PIBG & yuran pelajar.
Tempat
SMK XXX
Modus operandi
1. Penyediaan kertas kerja dan pembentangan kertas kerja kepada pihak Pihak Penaja(Jabatan Agama Islam Pahang / Yayasan Pahang / YB).2. Pembentukan AJK bersama.3. Pelantikan tenaga pengajar.4. Taklimat kepada ibu bapa dan pelajar.5. Pelaksanaan kelas Al Quran-Jadual Pelaksanaan :5.1 Daftar kehadiran kelas5.2 Rekod prestasi bacaan individu5.3 Rekod bayaran yuran5.4 Sijil penyertaan6. Pelaksanaan aktiviti pengukuhan – Kuiz, Pertandingan Hafazan & Tilawah(bersama program Ihya’ Ramadhan / Karnival Pendidikan Islam).7. Pemantauan dan penilaian program.8. Laporan program dan majlis penyampaian sijil.
Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan TahunanMaklumat yang perlu dipertimbangkan
 Bilangan pelajar : 400 pelajar Bilangan tenaga pengajar : 16 orang Ustaz & UstazahElaun : RM15.00 / jam; RM60.00 / mingguYuran minimum pelajar : RM5.00 sebulanKekerapan kelas : 2 kali seminggu; 2 X 2 jam = 4 jam seminggu
Sumber tenaga
 Jabatan Agama Islam Pahang, Sekolah, organisasi setempat dan masyarakat sekitar.
Penutup
Usaha menyedarkan dan membimbing pelajar supaya celik Al Quran adalah amal yang sangatmurni. Tugas ini menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menjayakannya. Semoga usahakecil ini mendapat pertolongan, keberkatan dan keredhaan
Allah SWT.
Pendapatan Perbelanjaan
1. Kutipan yuran pesertaRM5.00 X 10 X 400 orang = RM20,000.002. Sumbangan penaja = RM30,000.001. Elaun tenaga pengajar RM60.00 X 16 X 40 minggu = RM38,400.002. Pengurusan teknikal kutipanyuran, majlis pengukuhanaktiviti, majlis khatam & sijil = RM 6600.003. Derma pelajar miskin = RM 5000.00Jumlah =
RM50,000.00
Jumlah =
RM50,000.00
 

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->