You are on page 1of 7

Islam, Iman & Ehsan

by Tokwan Um on Saturday, August 27, 2011 at 10:27pm

Jika ada orang yang bertanya Apakah agama kamu? maka kita akan menjawab saya beragama Islam. Kita tidak akan menjawab Saya beragama Iman atau Saya beragama Ehsan. Islam Iman dan Ehsan adalah tiga sumber yang telah menjadi rukun yang mengesahkan agama seseorang itu.

Tidak sah agama seseorang itu jika hanya mengambil salah satu daripada tiga sumber tersebut. Jika Islam sahaja diambil, Iman dan Ehsan dibuang maka jadilah orang yang beramal zahir sahaja tanpa mengetahui kemana dan kepada siapa ia beramal. Walaupun nampak cantik zahirnya namun roh amalannya hampa, kosong. Begitu juga sebaliknya jika diambil Iman atau Ehsan sahaja dan meninggalkan Islam sama seperti orang yang tiada beragama kerana tiada nyata pekerjaan agamanya maka tiada sah jualah agamanya.

Islam Iman dan Ehsan telah menjadi Rukun Agama. Ulama mengistinbatkan ketigatiga rukun ini dari sebuah hadis nabi yang bermaksud,

Dari Umar r.a, beliau berkata: Pada suatu hari ketika kami duduk di dekat Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul seorang laki-laki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya sangat hitam. Pada dirinya tidak tampak bekas dari perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Kemudian ia duduk di

hadapan Nabi s.a.w, lalu merapatkan kedua lututnya ke lutut Nabi, dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya, kemudian berkata:

Wahai Muhammad, terangkanlah kepadaku tentang Islam. Kemudian Rasulullah s.a.w menjawab: Islam yaitu: hendaklah engkau bersaksi tiada tuhan yang haq disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah engkau mendirikan sholat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke rumah Allah jika engkau mampu mengerjakannya.Engkau benar. Kami menjadi heran, karena dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.

Orang itu bertanya lagi: Lalu terangkanlah kepadaku tentang iman.Hendaklah engkau beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para utusan-Nya, hari akhir, dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir yang baik dan yang buruk.Orang tadi berkata: Engkau benar.

Lalu orang itu bertanya lagi: Lalu terangkanlah kepadaku tentang ehsan. (Beliau) menjawab: Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya, sesungguhnya Ia melihat engkau.

Orang itu berkata lagi: Beritahukanlah kepadaku tentang hari kiamat. (Beliau) mejawab: Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.

Orang itu selanjutnya berkata: Beritahukanlah kepadaku tanda-tandanya. (Beliau) menjawab: Apabila budak melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang-orang Badui yang bertelanjang kaki, yang miskin lagi penggembala domba berlomba-lomba dalam mendirikan bangunan.

Kemudian orang itu pergi, sedangkan aku tetap tinggal beberapa saat lamanya. Lalu Nabi s.a.w bersabda: Wahai Umar, tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu ?. Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Lalu beliau bersabda: Dia itu adalah malaikat Jibril yang datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kalian.(HR. Muslim).

Al-Quran kitabullah, Kalamullah Sebahagian ulama meletakkan hadis ini sebagai Induk (Ibu) Sunnah kerana kesimpulan daripada keseluruhan sunnah nabi terhimpun kepada hadis ini. Maka selayaknyalah Jibril sendiri datang kepada jemaah sahabat-sahabat Rasulullah dalam rupa bentuk manusia demi mengajar tentang apa itu yang dikatakan agama. Ilmu mengenai agama sebenarnya sudah termaklum kepada Rasulullah s.a.w. Kalaulah Jibril tidak ditakdirkan datang kepada Rasulullah untuk mengajarkan Agama kepada para sahabat, sebenarnya batang tubuh Rasulullah itu adalah contoh Agama itu sendiri. Lihatlah betapa besarnya hadiah yang Allah Taala kurniakan kepada umat Muhammad dengan memperlihatkan wakilnya dari alam malaikat untuk mengajarkan Agama. Kalau wakil dari sebuah sekolah datang ke rumah membawa hadiah kepada kita mungkin itu perkara biasa tapi kalau wakil dari Kementerian Pelajaran datang ke rumah dan menyampaikan hadiah itu agak luar biasa dan sangat istimewa.

Islam Iman dan Ehsan adalah seperti satu anggota atau tubuh badan Agama. Kalau Agama itu kita ibaratkan sebagai satu orang manusia dan manusia itu mempunyai jasad, akal (hati) dan batin hati (roh qudus), maka begitu jualah Agama mesti ada Islam, Iman dan Ehsan. Kalau pada jasad manusia itu tempat zahirnya segala perbuatan manusia maka Agama itu mesti ada Islam tempat zahirnya segala pekerjaan syariat agama. Kalau pada manusia itu ada hati dan akal untuk membezakan atau memilih yang baik atau yang buruk, yang hak dan yang batil, yang qodim dan yang muhdis maka Agama itu mesti ada Iman yakni tempat menerima kepercayaan. Kalau manusia itu mempunyai Roh tempat menerima Amar Tuhan (suruh tuhan) maka Agama itu mesti ada Ehsan tempat penyaksian Zat, sifat, afal dan nama-nama tuhan. Jadi yang dikatakan Agama itu bukan sekadar menyempurnakan pekerjaan syariat Islam semata-mata, malah mestilah disertai dengan ada kepercayaan atau pegangan itiqod yang benar dan mesti ada kesedaran serta penyaksian ketuhanan pada roh (jiwa).

Islam Adalah Simbol Agama Mengapa bila disebut Agama hanya dirujuk kepada Islam sahaja yakni Agama Islam, tidak Agama Iman atau Agama Ehsan?. Islam Iman dan Ehsan saling memerlukan untuk membentuk Agama. Sudah diterangkan di atas bahawa Agama itu ibarat daripada satu anggota badan. Orang akan mengenal kepada seseorang itu ialah melalui rupa dan bentuk tubuh badan itu sendiri. Si Ahmad dapat dikenal dengan rupa dan bentuk badannya, berbeza pula dengan rupa dan bentuk si Zaid. Jadi orang akan mengenal satu-satu agama itu dari rupa bentuk zahir dan pekerjaan agama itu. Kalau Agama Islam mestilah di atas tanda pekerjaan syariat Islamnya yang membezakan dengan Agama Kristian, Buddha, Hindu contohnya. Ada pun Iman dan Ehsan tiada tanda khusus untuk dikenali. Iman dan Ehsan adalah syariat nabi yang batin, manakala Islam adalah syariat nabi yang zahir. Jadi Islam itu menzahirkan ketandaan seseorang itu beriman. Orang yang mengerjakan syariat Islam adalah orang yang menzahirkan ketaatan kepada agama. Orang yang taat kepada perintah agama adalah orang yang mempunyai keimanan dan ketauhidan pada umumnya. Masalah sekuat atau selonggar mana keimanan dan ketauhidan seseorang itu masalah lain. Yang penting apabila disebut agama Islam maka sudah tersimpul pada agama itu Iman dan Ehsan.

Rukun Islam, Rukun Iman Dan Rukun Ehsan Bersumbarkan Hadis di atas apabila Rasulullah ditanya oleh Jibril terangkanlah kepadaku tentang Islam. Kemudian Rasulullah s.a.w menjawab: Islam yaitu: hendaklah engkau bersaksi tiada tuhan yang haq disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah engkau mendirikan sholat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke rumah Allah jika engkau mampu mengerjakannya.

Telah muafakat sekalian ulama bersandarkan hadis tersebut meletakkan lima perkara yang disebutkan oleh Rasulullah itu telah menjadi rukun, maka ia disebut sebagai Rukun Islam. Hukum mempelajari perkara-perkara yang menjadi rukun dalam Islam ini menjadi Fardhu Ain kepada setiap mukallaf. Jadi ilmu bagi mempelajari tentang rukun Islam ini disebut sebagai Ilmu Fekah. Maka had mempelajari ilmu fekah ini ialah sekira-kira mengesahkan amal seseorang.

Setelah itu Jibril bertanya lagi kepada Rasulullah Lalu terangkanlah kepadaku tentang iman. Rasulullah menjawab Hendaklah engkau beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para utusan-Nya, hari akhir, dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir yang baik dan yang buruk. Maka

dengan sabda Rasulullah s.a.w mengenai iman ini telah diistimbat oleh para ulama bahawa Rukun Iman itu enam perkara sebagaimana sabda. Bila ia sudah menjadi rukun kepada dasar keimanan seseorang maka hukum mempelajari dan mendalami ilmu mengenai rukun iman ini menjadi fardhu ain. Adapun ilmu yang membicarakan perkara keimanan ini di panggil Ilmu Usuluddin atau Ilmu Kalam atau Ilmu Tauhid. Serta had mempelajari ilmu usuluddin ini ialah bagi mengesahkan keimanan serta mengesahkan itiqod atau pegangan seseorang.

Seterusnya Rasulullah ditanyai oleh Jibril mengenai Ehsan, maka Rasulullah menjawab Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya, sesungguhnya Ia melihat engkau. Inilah dia intipati bagi segala amalan hidup beragama, yakni merasa seolah-olah melihat Allah dan merasa sentiasa diawasi oleh Allah dalam setiap amalan, setiap saat, setiap detik serta setiap masuk dan keluarnya nafas hamba. Di sini terdapat dua perkara yang menjadi rukun Ehsan, yakni pertama Hendaklah engkau beribadat seolah-olah melihat Allah disebut dengan istilah MUSYAHADAH. Keduanya pula Jika engkau tidak dapat melihatnya sesungguhnya ia (Allah) melihat engkau, diistilahkan sebagai MUROQABAH. Ilmu yang membicarakan perkara yang berkaitan dengan Musyahadah dan Muroqabah ini dikenali sebagai ILMU TASAWWUF. Ini bermakna mempelajari ilmu tassawwuf juga adalah fardhu ain bagi setiap mukallaf.

Mempelajari ilmu fekah bagi mengesahkan pekerjaan amal (syariat) manakala mempelajari usuluddin bagi mengesahkan itiqod atau pegangan hati dan mempelajari tasawwuf itu bagi melepaskan daripada syirik khafi dan jali serta mengesahkan pahala amal seseorang.

Di zaman Rasulullah belum timbul istilah Fekah, Usuluddin dan Tasawwuf, tetapi kehidupan beragama yang mengandungi Islam Iman dan Ehsan sudahpun ditunjukkan oleh Rasulullah dan telah diamali oleh para sahabat. Perkataan-perkataan dan amalan yang menjurus kepada kehidupan Tasawwuf sudah sebati dengan jiwa para sahabat. Bilal ibni Rabah walaupun disiksa oleh kafir Quraish dengan berbagai seksaan namun kelazatan musyahadah beliau terhadap tuhan yang Ahad telah menghilangkan segala kesakitan jasad beliau. Saiyidina Ali apabila panah tertusuk ke badan beliau meminta para sahabat beliau mencabut panah tersebut sewaktu beliau bersembahyang. Musyahadah terhadap zat tuhan telah menghilangkan rasa sakit pada jasad beliau sewaktu panah dicabut. Saiyidina Abu Bakar setelah habis kesemua hartanya dibelanjakan pada jalan Allah, lantas nabi bertanya Apa yang tinggal pada engkau wahai Abu Bakar? Abu Bakar menjawab Allah dan Rasul. Ini membawa maksud pada pandangan mata hati Abu Bakar dirinya sendiri tidak ada yang ada hanyalah Allah dan Rasulnya sahaja. Selanjutnya Rasulullah berkata ..Sesiapa yang ingin melihat mayat berjalan lihatlah pada Abu Bakar. Yang dimaksudkan dengan mayat di sini Diri yang tiada mempunyai wujud hakiki. Rasulullah dapat memandang jauh ke dalam lubuk hati Abu Bakar bagaimana Musyahadahnya Abu Bakar terhadap Zat Allah yang Wajibalwujud.

Kehidupan bertasawwuf ini dapat juga kita lihat dari perkataan-perkataan para sahabat mengenai pandangan Basyirah (Musyahadah) mereka kepada zat Allah. Telah berkata Abu Bakar Tiada aku lihat sesuatu melainkan aku lihat Allah dahulunya Maka berkata pula Umar Tiada aku lihat sesuatu melainkan aku lihat Allah kemudiannya. Berkata pula Uthman Tiada aku lihat sesuatu melainkan aku lihat Allah sertanya. Ali pula berkata Tiada aku lihat sesuatu melainkan aku lihat di dalamnya Allah. Berkata lagi Saidina Ali k.w.j Aku duduk pada pintu hati ku dan selain daripada Allah Taala tiada aku beri masuk di dalam hati ku, jikalau ada selain Allah di dalam hati nescaya telah meletak oleh berhala besar dan berhala keci (dalam hati)l. Berkata Umar, Hatiku melihat tuhan ku dengan cahaya dari tuhan ku. Ali pula berkata, Aku tidak beribadah kepada tuhan yang tidak aku lihat (dengan mata hati).

Ternyata para sahabat nabi mempunyai Musyahadah yang berlainan tingkatan martabatnya, namun pokok pangkalnya mereka tidak memandang selain Allah. Inilah setinggi-tinggi pencapaian makrifat kepada Allah dalam hidup beragama. Kalau di syurga akhirat nikmat yang paling tinggi ialah melihat zat Allah dengan mata kepala, maka di atas dunia ini melihat Allah dapat dicapai dengan Mata Hati yakni BASYIRAH. Pengelihatan Basyirah ini ialah dengan melalui MUSYAHADAH. Firman Allah, Katakanlah (Ya Muhammad) Ini adalah jalan ku. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang Jelas (Basyirah). Aku dan para pengikut ku.

Mengikut Syeikh Abdul Qadir Jailani Basyirah yang disebut dalam Quran itu adalah dari ruh asli (Ruhil qudus) yang terbuka pada mata hati bagi auliya. Basyirah tidak akan terbuka dengan ilmu zahir sahaja, tetapi untuk membukanya haruslah dengan ilmu batin yakni ilmu ladunni (ilmu yang langsung dari Allah), sesuai dengan firman Allah: Kepada dia ku berikan ilmu yang lansung dari aku . Mengikut Syeikh Abdul Qadir Jailani lagi untuk menghasilkan pembukaan Basyirah manusia mesti mengambilnya dari Ahli Basyirah yakni dengan mengambil Talqin dan Baiah dari seorang Wali Mursyid yang dapat menunjukkan pembukaan Alam Lahut. Wallahu alam

Zikir, Fikir, Ikhtiar Tak putus2 24 jam 6.666 hari = seminggu 365hari... sampai mati... Sumber: http://tibbilqulub.wordpress.com/2010/07/08/mari-tegakkan-negara-islamiman-ehsan-1/

You might also like