You are on page 1of 5

2.1 Apakah itu stress?

Stres ialah reaksi badan kepada sebarang perubahan yang memerlukan penyesuaian respons. Terdapat dua jenis stress iaitu eustres dan distress. Terdapat perbezaan yang agak ketara dalam kedua-dua jenis stress ini. Distres memberi kesan negatif seperti meyebabkan kekecewaan dan kerisauan ataupun kebimbangan. Manakala Eustres boleh memberi kesan yang positif seperti memberi lebih tenaga dan menjalankan tugas dengan lebih efisien. Dalam kehidupan sehari-hari, kita terdedah kepada pelbagai bentuk tekanan atau stres. Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.

2.2 Perkara yang menyebabkan stress.

Dalam kehidupan seharian terdapat beberapa situasi yang dapat dikenal pasti menjadi faktor penyebab kepada berlakunya stress. Antaranya adalah masalah hubungan dengan keluarga dan rakan, ketika menjelangnya

peperiksaan, konflik, perasaan takut dan risau, faktor cuaca yang terlalu panas

atau terlalu sejuk, tiada keyakinan diri,tekanan kerja, kematian ahli keluarga serta persekitaran yang tidak selesa.

2.3 Pengurusan stress

Proses pengurusan stress adalah salah satu kunci utama kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan. Pada hakikatnya, stress adalah perkara normal dalam kehidupan yang boleh menjana hasil kerja yang lebih baik. Kita hanya perlu menguruskan stress dengan cara yang betul supaya tidak memberi kesan yang negative pada diri sendiri. Berikut adalah strategi dan cara yang berkesan untuk menguruskan stress.

1. Pengurusan masa. Kita perlu merancang penggunaan masa secara berkesan dan

mengutamakan perkara yang lebih penting. Penjadualan aktiviti harian adalah satu usaha yang sangat berkesan dalam menguruskan masa.

2. Beriadah. Beriadah dapat menenangkan fikiran. Pelbagai aktiviti riadah dapat dilakukan seperti jogging, yoga dan renang. Bermain permainan seperti futsal dan lain-lain juga dapat mengurangkan tekanan dan stress.

3. Bersikap positif. Mengubah cara berfikir kearah yang lebih positif dan tidak memikirkan perkara-perkara negatif serta sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik.

4. Mengamalkan pemakanan secara seimbang. Pemakanan seimbang adalah baik untuk kesihatan. Kesihatan yang baik secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan dan stress. Pengambilan alkohol, rokok dan dadah adalah tidak baik untuk kesihatan dan boleh membawa kepada stress.

5. Mendapatkan sokongan sosial. Meminta nasihat, pandangan dan pendapat kaunselor ahli terapi atau doktor serta ahli keluarga dalam menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi. Berkongsi permasalahan dapat mengurangkan stress yang dihadapi oleh seseorang.

6. Mengamalkan relaksasi. Menenangkan diri dengan cara meditasi, sembahyang dan teknik pernafasan dapat membantu mengurangkan tekanan yang menyebabkan stress.

2.4 Kesan Buruk Akibat Stres

Stress yang berlebihan dapat dikesan melalui pelbagai cara seperti emosi, tingkah laku, dan juga secara fizikal. Simptom stress adalah pelbagai kepada setiap individu yang berlainan. Simptom fizikal yang biasa yang selalu dilaporkan daripada sesiapa yang pernah mengalami stress adalah gangguan tidur, ketegangan otot, sakit kepala, dan keletihan. Apabila stress gagal dikawal dan tidak dapat diuruskan dengan baik, maka beberapa kesan negatif akan berlaku. Antaranya ialah obesiti, Kesepian dan menyendiri merupakan symptom susulan akibat stress. Kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan & bunuh diri.Tekanan darah tinggi, lelah, masalah kulit yang semakin teruk (jerawat), serangan jantung, masalah sinus, kehilangan fungsi seksual dan pembiakan, strok, masalah berat badan, gangguan tidur, cirit-birit atau sembelit, serangan migraine, gangguan kebimbangan, ulser perut, sakit kepala, dan kemurungan berpanjangan. merupakan akibat buruk daripada tekanan stress yang

2.5 Siapakah yang paling kebal daripada stress??

Stress datang dalam pelbagai bentuk dan menyerang manusia daripada pelbagai peringkat umur dan cara hidup. Tiada faktor yang standard yang dapat kita mengenal pasti tahap stress yang dialami oleh setiap orang contohnya ibu bapa yang mempunyai seorang anak mungkin mengalami stress yang lebih tinggi berbanding ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai. Tahap stress dalam kehidupan ini adalah bergantung tinggi kepada faktor individu seperti kesihatan fizikal, kualiti hubungan interpersonal, bilangan komitmen dan tanggungjawab yang dipikul, harapan kita, seberapa banyak dorongan dan pertolongan oleh orang lain kepada kita dan bilangan perubahan peristiwa traumatik yang selalu muncul dalam kehidupan kita. Namun satu faktor umum dapat dibuat. Orang yang memiliki rangkaian sokongan sosial dilaporkan mengalami stress yang lebih minimum dan secara tidak langsung meningkatkan lagi tahap kesihatan mental dan fizikal berbanding dengan orang yang kekurangan sokongan sosial.

You might also like