You are on page 1of 4

Dialog Imam Syafie Dengan Golongan Anti Hadith

Contributed by Fairiat Yarman Thursday, 20 March 2008

Apakah Ada Gerakan Anti Hadith ( inkarus sunnah ) Pada Zaman Dahulu? Berikut dialog Imam Syafie dengan golongan Anti Hadist/Ingkarus Sunnah Pada kurun kedua hijrah, telah muncul satu golongan yang menolak as-Sunnah sebagai salah satu sumber perundangan Islam. Golongan ini terdiri dari mereka yang menolak hadith yang diriwayatkan bukan secara mutawattir (Hadith Ahad) dan juga terdiri daripada golongan mengatakan bahwa hadith bukanlah penerang kepada Al-Qur'an dan bukan juga penguat kepadanya, malah ia merupakan satu hukum yang terpisah daripada Al-Qur'an. Dan orang pertama yang menjawab golongan anti-hadith/ingkarus sunnah ini ialah Imam Al-Syafie di mana beliau telah menulis di dalam bukunya "Jama' al-Ilm" dari kitabnya "al-Um" di dalam bab khas. Di dalam buku-bukunya tersebut AlSyafie telah menyebut tentang perdebatannya dengan satu golongan yang dikenali sebagai golongan anti-hadith ini. Beliau juga telah meletakkan bab khas di dalam bukunya "Ar-Risalah" tentang berhujah dengan hadith ahad, sepertimana yang dinyatakan di dalam kitabnya "al-Um". Imam Al-Syafie telah berkata: Salah seorang dari golongan ini (anti-hadith) telah bertanya kepadaku: kamu dari kalangan Arab, dan Al-Qur'an diturunkan di dalam bahasa kamu, dan kamu juga mampu menghafaznya, dan di dalamnya Allah S.W.T telah menurunkan hukum-hukumnya. Dan sekiranya seseorang itu merasa syak / ragu dan kurang jelas akan Al-Qur'an, maka kamu akan menyuruhnya supaya memilih supaya bertaubat ataupun dihukum bunuh. Dan Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Qur'an: Menerangkan setiap sesuatu (an-Nahl: 89). Dan bagaimanakah kamu mengatakan kepada diri kamu dan orang ramai tentang perkara yang difardhukan oleh Allah dengan menyatakan bahwa ianya adalah am, dan sesekali kamu mengatakan ianya khas, dan buat kali yang seterusnya pula kamu mengatakan bahwa perintah di dalam Al-Qur'an membawa maksud fardhu, dan seterusnya pula kamu mengatakan di dalam perintah ada dalil yang mungkin membawa maksud harus. Dan apa yang menyebabkan perbedaan ini berlaku di kalangan kamu adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi dari seorang perawi yang lain, atau dua potong hadith atau lebih hinggalah sampai sanadnya kepada Rasulullah S.A.W. Dan saya telah mendapati bahawa kamu dan mereka yang bersependapat dengan kamu tidak sedikit pun mengingkari orang yang kamu temui di kalangan perawi hadith tentang kebenaran dan kekuatan hafalan mereka. Dan saya lihat di kalangan mereka ini tiada seorang pun yang tidak melakukan kesalahan dan lupa semasa meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah. Bahkan kamu sendiri berkata: "Si fulan telah melakukan kesalahan di dalam hadith ini, dan si fulan ini pula telah membuat kesalahan di dalam hadith itu." Dan kamu juga telah berkata: "Sekiranya seseorang itu berkata tentang hadith yang kamu benarkan dan juga hadith yang kamu larang berdasarkan sesuatu cara: sesungguhnya Rasulullah tidak pernah menyebut hadith ini dan kamu telah melakukan kesalahan atau satu penipuan, dan kamu tidak menyuruh mereka bertaubat, dan kamu berkata kepada mereka lagi: Berdosalah kamu di atas apa yang kamu katakan, apakah boleh kamu membedakan antara sesuatu itu dengan hukum-hukum di dalam Al-Qur'an yang pada hakikatnya ianya adalah sama, dan kamu telah meletakkan berita yang dibawa oleh mereka (perawi) setaraf dengan Al-Qur'an, dan kamu telah melarang dan mengharuskannya. Imam Al-Syafie menjawab: Sebenarnya kami telah menetapkan satu lingkungan (keyakinan) dan dari aspek kebenaran sesuatu berita itu dengan qias. Dan sebab-sebabnya adalah berbeda dan sekiranya kami memberikan kesemuanya, maka sebahagian darinya adalah lebih kuat dari sebahagian yang lain. Contohnya, sekiranya seseorang itu telah berikrar dengan mengemukakan dalilnya, dan juga bersumpah, maka ikrarnya adalah lebih kuat dari dalilnya, dan segala dalilnya adalah lebih kuat daripada sumpahnya. Dan begitu juga, sekiranya kami meletakkan sesuatu itu pada satu keadaan, maka sebab-sebabnya adalah berbeda. AH: Berdasarkan pendapat kamu tadi, sekiranya kamu menerima apa yang di datangkan oleh mereka (hadith), dan kamu juga telah mengemukakan tentang kriteria yang disyaratkan untuk menerima hadith dari mereka ini, maka apakah hujah-hujah kepada golongan yang menolak pendapat kamu ini? Dan bagi saya, saya tidak dapat menerima sedikit pun apa yang kamu katakan tadi, selagi mereka ini manusia yang mungkin melakukan kesalahan, maka saya tidak akan menerima kecuali menerusi keyakinan dan kepercayaan dan apa yang saya percaya Al-Qur'an saja yang tidak mendatangkan sedikitpun keraguan kepada seseorang tentang kebenarannya, dan bukan dengan konsep lingkungan tadi. Al-Syafie: Aku akan berkata kepada mereka, apabila membicarakan tentang Al-Qur'an dan hukum-hukamnya, di sana terdapat beberapa dalil yang menyatakan bahawa Al-Qur'an itu sendiri memerlukan hadith-hadith yang benar diriwayatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sama saja dalam bentuk umum maupun khusus. Kemudian Al-Syafie mengemukakan dalil yang menyokong pendapatnya dan berkata, firman Allah Taala: Dialah yang mengutuskan kepada golongan ummi seorang rasul dari kalangan mereka untuk membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah (al-Jumuah: 2).

AH: Maka telah kita ketahui bahawa Al-Kitab yang dimaksudkan dalam ayat tadi ialah Al-Qur'an al-Karim, maka apa pula yang dimaksudkan dengan Al-Hikmah? Al-Syafie: Sunnah Rasulullah S.A.W AH: Dan mungkin juga apa yang dimaksudkan dalam ayat tadi ialah Al-Qur'an itu diturunkan secara jumlah, dan al-hikmah itu bermaksud hukum-hakamnya yang khusus? Al-Syafie: Apa yang dimaksudkan di sini ialah penerangan kepada manusia tentang apa yang telah diturunkan oleh Allah, contohnya seperti hukum faraid (pembahagian harta), sembahyang, zakat, haji dan sebagainya. Maka Allah telah menetapkan hukum di dalam Al-Qur'an, dan Rasulullah pula menerangkan bagaimana ibadat-ibadat ini dilaksanakan. AH: Itu mungkin juga satu andaian/kemungkinan saja. Al-Syafie: Dan sekiranya kamu mengikut pendapat ini, maka kamu menerima bahwa Al-Qur'an tidak akan difahami kecuali setelah diterangkan oleh Nabi S.A.W. AH: Dan bagaimana sekiranya saya mengatakan bahawa Al-Qur'an dan al-Hikmah itu adalah suatu benda yang sama?" Al-Syafie: Yang manakah lebih afdhal (utama), Al-Qur'an dan al-Hikmah itu adalah berbeda ataupun keduaduanya adalah perkara yang sama? AH: Mungkin juga ianya adalah dua perkara yang berbeda seperti yang kamu jelaskan tadi, dan mungkin juga kedua-duanya adalah perkara yang sama. Al-Syafie: Dan yang paling rajih (tepat) ialah pendapat yang pertama, kerana di dalam Al-Qur'an terdapat dalil yang menguatkan hujah kami dan berbeda dengan pendapat kamu. AH: Mana dalilnya? Al-Syafie: Firman Allah Taala: Dan bacalah ayat-ayat Allah dan Al-Hikmah yang dibacakan didalam rumah-rumah kamu, sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui ( al-Ahzab: 34) maka menurut ayat ini bahwa telah dibacakan di rumah perempuan-perempuan itu dua perkara yaitu Al-Qur'an dan as-Sunnah. Dan apa yang dimaksudkan dengan tilawah (bacaan) ialah bacaan Al-Qur'an dan as-sunnah. AH: Di dalam ayat ini menunjukkan bahawa Al-Qur'an bukan bermaksud al-Hikmah adalah lebih tepat. Al-Syafie: Dan Allah telah mewajibkan kita mengikut Nabi Muhammad S.A.W. AH: Mana dalilnya? As-Syafie: Firman Allah Taala: Tidak ! Demi tuhanmu, mereka tiada juga beriman, sehingga mereka meminta keputusan kepada engkau di dalam perselisihan mereka, kemudian mereka tiada keberatan dalam hati mereka untuk menerima keputusan engkau dan mereka menerimanya dengan sebenar-benarnya. (an-Nisa: 65) dan firman Allah lagi: Barangsiapa yang mentaati rasul, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah (an-Nisa: 80) dan seterusnya firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7: Sebab itu hendaklah takut orang yang melanggar perintah rasul itu bahawa mereka akan ditimpa fitnah (ujian) azab yang pedih. AH: Tidak ada yang lebih utama pada kami tentang maksud Al-Hikmah adalah Sunnah RasulS.A.W, sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian dari kami: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada kami supaya menerima hukum Rasulullah S.A.W dan hukum-hukumNya Dialah yang menurunkannya Maknanya di sini, maka sesiapa yang tidak menerima hukum Allah, maka adalah lebih tepat jika kita katakan mereka ini menolak perintah Allah daripada kita mengatakan mereka ini menolak perintah rasul. As-Syafie: Dan Allah telah menyeru kepada hambanya supaya mentaati segala perintahnya, sepertimana firmanNya yang bermaksud Apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu, maka hendaklah kamu terima, dan apa yang dilarang olehnya maka hendaklah kamu tinggalkan (surah al-Hasyr: 7) AH: Dan ayat ini menerangkan tentang penurunan Al-Qur'an, maka adalah wajib bagi kita melakukan apa yang diperintahkan oleh rasul dan meninggalkan apa yang dilarang olehnya. As-Syafie: Adakah fardhu-fardhu yang disyariatkan kepada kita dan kepada umat yang sebelumnya sama?

AH: Ya ! As-Syafie: Jika yang demikian, maka hendaklah kita mengikut apa yang diperintahkan oleh rasul kepada kita. Dan sekiranya difardhukan kepada kita sesuatu ibadat, adakah ia diambil berdasarkan dalil yang memerintahkan supaya kita mengerjakannya? AH: Ya ! As-Syafie: Maka disini, adakah pada pendapat kamu cara untuk mengerjakan suruhan Allah ini yang telah diperintahkan oleh rasul kepada kamu atau (kaum sebelum atau selepas kamu) yang mereka ini tidak pernah bertemu dengan Rasulullah S.A.W kecuali dengan Hadith Al-Nabawi? (Di sini, Imam As-Syafie menyebut tentang bagaimana dinasakhkan ayat-ayat Al-Qur'an, dan tiada cara lain untuk mengetahui pemansukhan ayat-ayat Al-Qur'an ini kecuali melalui hadith yang diriwayatkan oleh Nabi S.A.W) AH: Dan sesungguhnya hujah kamu adalah kuat, dan kami menerima pendapat kamu dan menerima hadith dari Rasulullah S.A.W, dan saya hampir menerima pendapat bahawa hadist menjadi pegangan seseorang muslim. Kemudian musuh ini menerima pendapat yang dikemukakan oleh Imam As-Syafie dan menganggap ia satu kebenaran. AH: ini telah bertanya lagi kepada Imam As-Syafie kemudiannya, tentang permasalahan Umum didalam Al-Qur'an, sesekali didatangkan dalam didalam Al-Qur'an makna umum dan sesekali didatangkan makna khusus. Maka Imam As-Syafie menerangkan bahawa bahasa Arab adalah bahasa yang sangat luas, dan kadangkala kita dapati mereka bertutur menggunakan lafaz umum akan tetapi maknanya adalah khusus, dan bilamana kita berbicara tentang pengkhususan yang umum, maka kita tidak akan dapati melainkan setelah merujuk kepada Al-Qur'an dan as-Sunnah. Kemudian Imam as-Syafie memberikan beberapa contoh tentang lafaz umum didalam Al-Qur'an yang dikhususkan hukumnya oleh as-Sunnah seperti fardhu sembahyang ke atas mereka yang dituntut dan dikhususkan kepada mereka yang datang haidnya, dan fardhu zakat ke atas harta adalah umum kemudian dikhususkan kepada sebahagian dari harta tersebut (bukan kesemuanya), dan wasiat kepada kedua ibu bapa kemudiannya dimansukhkan dengan turunnya ayat faraid (pembahagian harta), dan harta warisan kepada kedua ibu bapa dan anak-anak dikhususkan bahawa orang kafir tidak boleh menerima wasiat dari seorang islam, dan dari seorang tuan tidak boleh diwariskan kepada hambanya dan dari seorang yang dibunuh tidak boleh diwarisi hartanya kepada pembunuhnya. Dan semua yang demikin itu adalah dari hadith, maka musuh tadi menerima bahawa tiada cara lain untuk mengetahui penerangan tentang hukum yang didatangkan oleh Al-Qur'an kecuali melalui hadith. AH: Dan saya masih berpendapat tentang perbedaan makna tadi, sehingga saya menyalahkan siapa yang mengikut golongan tersebut, dan di sana ada 2 jenis golongan: dan salah satu daripadanya tidak menerima as-Sunnah dan mengatakan di dalam Al-Qur'an terdapat penerangan kepada semua hukum. As-Syafie: Apa yang menyebabkan semua itu? AH: Maka sampailah kita ke noktah yang penting, berkata seorang pemuda: Barangsiapa yang mendatangkan sesuatu atas perkataan solat, maka dia seolah-olah telah menunaikannya, walaupun ia mengerjakan solat dua rakaat pada setiap hari. Dan sebarang ibadat yang tidak terdapat di dalam Al-Qur'an maka ianya bukan ibadat yang dituntut. Dan telah berkata yang lain: Apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an, maka diterima baginya hadist. Mereka ini seolaholah menerima hadist setelah mereka menolaknya. Dan sebenarnya mereka ini tidak mengetahui tentang nasakh dan mansukh di dalam Al-Qur'an serta lafaz am dan khusus di dalamnya. Dan di sini jelas kelihatan kesesatan mereka, namun satu pertanyaan yang perlu dikemukakan, bolehkah kita mengharam sesuatu dengan adanya dalil zanni? As-Syafie: Ya ! AH: Apakah ia? As-Syafie: Apa pendapat kamu tentang lelaki ini? Adakah diharamkam darah dan hartanya? AH: Ya ! As-Syafie: Sekiranya datang kepada kamu dua orang saksi, dan mengatakan bahawa lelaki ini telah didapati membunuh, dan merampas hartanya, apa pendapat kamu? AH: Saya akan bunuh lelaki tersebut dan hartanya akan dipulangkan kepada warisnya. As-Syafie: Dan pada pendapat kamu adakah saksi tadi mungkin melakukan satu penipuan atau satu kesilapan? AH: Mungkin juga

As-Syafie: Dan bagaimana kamu menghalalkan darah dan hartanya melalui dalil zanni atau hanya berpandukan 2 orang saksi? AH: Aku menerimanya berdasarkan penyaksian tadi As-Syafie: Dan adakah kamu dapati di dalam Al-Qur'an ada menyebut tentang penyaksian terhadap pembunuhan? AH: Tidak, akan tetapi ianya difahami menerusi makna. As-Syafie: Dan sekiranya kamu berpendapat demikian, maka kamu secara zahirnya telah menerima penyaksian dua orang saksi tadi yang tidak mengetahui apa-apa tentang perkara ghaib (peristiwa lepas dan akan datang) kecuali Allah. Dan begitu, kami telah mensyaratkan kepada perawi hadith syarat yang lebih ketat daripada penyaksian tadi dalam meriwayatkan sesuatu hadith. Kami tidak menerima hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja, dan kami juga mengesan kebenaran dan ketidaksahihan sesuatu hadith itu menerusi perbandingan hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi dengan hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang lain dan juga menerusi Al-Qur'an dan asSunnah itu sendiri, dan dalam keadaan ini terdapat beberapa perkara yang yang tidak mungkin disyaratkan di dalam penyaksian. Dan setelah mendengar hujah-hujah Imam as-Syafie tadi maka musuh itu pun puas hati dengan penjelasannya dan menerima kepentingan as-Sunnah sebagai penerang kepada Al-Qur'an. Maka di sini dapatlah kita membuat beberapa kesimpulan: Imam as-Syafie tidak menerangkan secara terperinci siapakah golongan ini yang sebenarnya, dan siapa pula syakhsiah sebenarnya orang yang telah kita bincangkan sebentar tadi. Dan Syeikh al-Khudri di dalam bukunya Tarikh at-Tasyri al-Islami telah menjelaskan bahawa golongan yang dimaksudkan tadi ialah golongan Mutazilah (Dan Imam as-Syafie juga tidak menerangkan syakhsiah yang berpegang pada pendapat ini, sebagaimana sejarah juga tidak menjelaskan siapakah golongan ini yang secara terperinci. Tetapi Imam as-Syafie di dalam perdebatannya yang seterusnya (dengan mereka yang menolak hadith secara keseluruhan) secara terangan telah mendakwa bahawa golongan ini berasal dari Basrah, dan Basrah sebagaimana yang kita ketahui merupakan pusat gerakan falsafah (ilmu kalam) dan di sinilah lahirnya mazhab Mutazilah. Dan di sini jugalah dibesarkan para ulamak mutazilah dan penulis-penulisnya, yang mana golongan ini terkenal dengan tentangan terhadap ahli hadith. Dan diperkatakan bahawa pendapat yang telah kita bincangkan sebentar tadi merupakan sebahagian daripada golongan ini.

You might also like