You are on page 1of 20

_____________________________________________________________________________ _

VISI
SMK KEPONG AKAN MENJADI SEKOLAH TERBILANG BERTARAF DUNIA

MISI
Untuk memberikan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan modal insan terbilang melalui pendidikan holistik dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
_____________________________________________________________________________ _

Tajuk Kajian :

Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid Tingkatan Tiga Di Sebuah Sekolah


Oleh : Anthony Ugor Nili _____________________________________________________________________________ _

Unit Penyelidikan Pra-U Sek. Men. Keb. Kepong Jalan FRI, Kepong, 52100 Kuala Lumpur

SELANGOR DARUL EHSAN


1

ABSTRAK Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020. Para murid sekolah dan pelajar universiti dituntut untuk meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar menjelang persaingan abad ke-21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Maka oleh itu, pelbagai rancangan dan dasar diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memenuhi tuntutan Wawasan 2020. Salah satu darinya ialah pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK). Setelah segala dasar dan perancangan dilaksanakan, pasti ia telah menampakkan output ketika ini. Maka dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau sikap murid tingkatan tiga terhadap penggunaan komputer, tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga, dan tahap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan, 36 orang murid tingkatan tiga yang dikaji menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer, dengan skor min antara 3.00 hingga 4.527. Responden juga memiliki tahap literasi komputer yang sederhana tinggi, dengan nilai skor min antara 2.611 hingga 4.694. Dapatan kajian ini menunjukkan murid tingkatan tiga mulai menggunakan komputer dalam proses pembelajaran masing-masing. 1. Pengenalan Aspek teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) amat mendominasi semua bidang dalam kehidupan seharian masyarakat pada zaman ini. Kemudahan capaian internet telah menjadikan semua maklumat, bahan dan hasil penyelidikan mampu dikongsi bersama secara dalam talian (on-line) di seluruh pelusuk dunia tanpa sempadan. Semua peringkat masyarakat yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar university, pekerja syarikat, pengurusan tertinggi korporat, ahli politik, ahli perniagaan, artis, dan sebagainya seharusnya mahir dalam mengapplikasikan kemudahan TMK. Kealpaan dan kelekaan dalam mengharungi kehidupan semasa tanpa kemahiran TMK, hanya akan menyebabkan sesiapa sahaja terpinggir dan tersingkir dalam global village, (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2008). Lantaran perkembangan dan kepentingan TMK secara global, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah, dan berusaha menyesuaikan diri dengan arus perubahan persekitaran. Penggunaan TMK di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi telah diperluaskan. Dasar-dasar dan perancangan yang kondusif terhadap perkembangan TMK telah dilancarkan. Ini bermula dengan memperkenalkan mata pelajaran yang berkaitan TMK seperti Perkomputeran dan Teknologi Maklumat untuk murid sekolah menengah, dan juga rancangan penubuhan Sekolah Bestari. Kementerian Pendidikan sebagai badan induk dunia pendidikan telah memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia pendidikan tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum TMK dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). 2

Memandangkan kemudahan TMK itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had, maka adalah menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan ini. Dapat kita perhatikan bahawa kerajaan amat memberi tumpuan dan keutamaan terhadap pembentukkan masyarakat yang membudayakan ilmu dan maklumat menerusi penggunaan TMK secara luwes dan menyeluruh. Arus pemodenan kemahiran
TMK ini bukan sahaja menukar secara besar-besaran teknik pengajaran oleh seseorang guru, tetapi juga memberi impak yang amat mendalam terhadap kaedah pembelajaran bagi seseorang murid, iaitu bagaimana cara murid menimba, memproses, mengaplikasi dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh. Dalam arus perdana ini, guru dan juga murid harus bersedia terhadap persaingan global TMK yang tiada batas dan sempadan.

Namun demikian, usaha murni kerajaan ini sukar untuk berjaya sekiranya pelaku masyarakat itu sendiri kurang membudayakan sepenuhnya penggunaan komputer dan kemahiran TMK. Robiah Sidin et al. (2004) mengatakan, terdapat empat angkubah yang saling berhubung kait antara satu sama lain bagi memacu pembudayaan TMK dalam kalangan anggota masyarakat iaitu; pertama, sikap masyarakat dan murid mestilah positif dan bersedia untuk berubah; kedua, prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi; ketiga, tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah mahir; dan keempat, wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan semuanya itu. 1.1 Pernyataan Masalah Dalam era globalisasi sekarang, salah satu aset yang amat penting dan perlu ada pada seseorang murid, ialah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan komputer, dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Murid-murid bukan sahaja dituntut untuk memiliki kepintaran dan pengetahuan dari segi penguasaan kandungan mata pelajaran, tetapi sepatutnya mahir dalam penggunaan teknologi berasaskan komputer. Antara faktor keperluan memiliki kemahiran komputer ini ialah untuk membantu murid-murid mencari dan memperoleh maklumat dari sumber terbuka tanpa terhad, berkomunikasi dengan berperantaraan komputer, melaksanakan tugasan sekolah, membuat persembahan, dan menganalisis data (Norizan & Mohamed Amin, 2003). Teknologi TMK juga penting untuk keperluan sosial murid-murid seperti berinteraksi di alam maya, membantu meningkatkan aktiviti luar darjah atau melaksanakan hobi, penciptaan idea kreatif dan mencari maklumat berkaitan bidang pembelajaran diri masing-masing. Antara kemahiran TMK yang perlu dikuasai terlebih dahulu oleh murid ialah kemahiran asas menggunakan komputer, kemahiran aplikasi seperti pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, email, browser WWW, aplikasi grafik dan aplikasi yang menjurus kepada bidang pelajaran mereka. Dalam erti kata lain, para murid perlu literasi komputer atau celik komputer. Buta komputer pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 60-an walaupun anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi. (Baharuddin Aris et. al, 2001)

Memandangkan literasi komputer adalah antara kemahiran yang begitu penting pada era TMK, maka buta komputer perlulah dihapuskan dalam kalangan murid dan masyarakat amnya kerana ia merupakan komponen utama dalam bidang TMK. Oleh itu, keperluan asas yang perlu dimiliki oleh para murid ialah memiliki pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang memadai bagi membolehkan mereka menikmati dan mempelbagaikan sumber maklumat yang tidak terhad, dan membina penjanaan budaya pemikiran kritis dan kreatif dalam pemerolehan pembelajaran (Mashitoh Y. & Maharan M., 2000). Berasaskan perbahasan tersebut, kajian ini diperlukan untuk mengenal pasti sikap murid terhadap penggunaan komputer, meninjau tahap literasi komputer dalam kalangan murid, dan meninjau sejauh mana murid-murid tingkatan tiga mengguna komputer dalam proses pembelajaran mereka. 1.2 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan untuk;
1. Mengenal pasti sikap murid terhadap penggunaan komputer 2. Meninjau tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga

3. Meninjau tahap penggunaan komputer dalam aktiviti pembelajaran murid 1.3 Soalan Kajian Soalan-soalan kajian ialah; 1. Adakah murid bersikap positif terhadap penggunaan komputer? 2. Apakah tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga? 3. Adakah murid tingkatan tiga menggunakan komputer dalam aktiviti pembelajaran? 1.4 Signifikan Kajian Kajian ini penting kepada pihak pentadbir sekolah, yang terdiri daripada pengetua, penolong kanan akademik, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, penolong kanan tingkatan enam, penolong kanan petang dan ketua-ketua bidang mata pelajaran. Ini kerana, dapatan kajian ini membolehkan mereka mengenal pasti tahap literasi, dan penggunaan teknologi komputer dalam kalangan murid-murid mereka. Dengan itu, pihak pentadbir boleh merangka perancangan yang responsif terhadap budaya penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Dapatan kajian ini juga amat berguna kepada guru-guru mata pelajaran. Hasil kajian ini akan menyedarkan guru-guru tentang peluang dan faedah yang diperolehi apabila menggunakan kemudahan komputer dalam proses pengajaran masing-masing. Penggunaan komputer memudahkan guru-guru melaksanakan tugasan pengajaran dalam kelas, disamping berkomunikasi atau berteraksi dengan murid masing-masing.

Selain itu, pihak ibu bapa dan penjaga juga memperolehi gambaran sebenar tentang budaya penggunaan komputer dalam kalangan anak masing-masing. Celik komputer akan membantu meningkatkan proses pembelajaran anak-anak, dan bukannya semata-mata untuk kegunaan berhibur dengan bermain komputer (computer games). 1.5 Definisi Operasional Kamus Dewan, Edisi Keempat mendefinisikan literasi komputer sebagai tahu menggunakan dan mengendalikan computer. Baharuddin Aris, et. al (2001) mentakrifkan literasi komputer atau celik komputer melalui tiga konsep iaitu, pertama; kesedaran menyedari kepentingan dan kepelbagaian kegunaan komputer dalam masyarakat masa kini, kedua; pengetahuan mempunyai pengetahuan tentang konsep dan senibina sistem sesebuah komputer berfungi, dan ketiga; interaksi berkemampuan untuk berinteraksi atau mengapplikasikan teknologi komputer. Scott (2006), menjelaskan literasi komputer sebagai keupayaan untuk memahami bagaimana sesuatu komputer berfungsi. Maka, secara umumnya literasi komputer boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang sekadarnya perlu ada pada seseorang individu untuk menggunakan applikasi komputer dalam kehidupan seharian. 2. Literatur Kajian Terdapat beberapa kajian lepas yang mengkaji tentang tahap literasi komputer dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan murid-murid sekolah, pelajar universiti, guru-guru pelatih, dan juga guru-guru sekolah. Penggunaan komputer menyediakan peluang yang unik dan cabaran menarik terhadap proses pengajaran oleh seseorang guru dan juga aktiviti pembelajaran bagi seseorang murid, berbanding corak pengajaran tradisional dalam bilik darjah. Aktiviti pengajaran oleh guru tidak hanya berkisar terhadap bahan bantu maujud dalam bilik darjah, tetapi melangkaui sempadan pemikiran murid dengan berbantukan komputer. Murid juga tidak lagi hanya mengakses kepada buku teks dan guru-guru sekolah sahaja, tetapi mendapatkan pelbagai bahan sumber maklumat melepasi daripada kawasan sempadan bilik darjah di sekolah (Rozinah Jamaludin, 2007). Penglibatan secara serius pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memperkenalkan TMK dalam P&P dapat dilihat dengan jelas melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 6/2003: Dasar Pengajaran Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jld. XVIII. Pekeliling ini menyatakan KPM teleh membekalkan pelbagai jenis peralatan TMK ke sekolah-sekolah untuk meningkatkan keberkesanan proses P&P. Di antara perkakasan dan perisian yang dibekalkan ialah komputer dan peranti-perantinya, sistem multimedia digital, rancangan TV pendidikan, dan perisianperisian pendidikan. Selain itu, melalui pekeliling ini pihak KPM menjelaskan bahawa perisian kursus, makmal komputer dan pelbagai peralatan TMK wajib digunakan dan dimasukkan dalam Buku Rancangan Mengajar Harian. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mentakrifkan Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan 5

keberkesanan P&P. Pendekatan dan syarat asas penggunaan TMK dalam P&P mestilah sesuai dengan kemahiran seseorang guru, dan sesuai dengan keperluan murid. Ianya boleh dilihat dari dua aspek iaitu, aspek pengajaran guru, dan aspek pembelajaran murid. Dalam konteks pembelajaran, penggunaan TMK dalam P&P dapat dikategorikan kepada empat bahagian atau pecahan, iaitu sebagai alat; tutorial, penerokaan, aplikasi dan untuk komunikasi (PPK, 2001). Terdapat beberapa kajian yang cuba melihat tahap pengetahuan dan kemahiran komputer dalam kalangan murid dan juga guru-guru sekolah. Bajing Angieng (2006), telah membuat kajian tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan lima di sebuah sekolah menengah luar bandar, Sarikei, Sarawak. Kaedah soal-selidik dan ujian kemahiran secara amali telah digunakan untuk mengumpul data ke atas 43 orang responden dan 8 orang guru yang mengajar tingkatan lima. Secara keseluruhan, keputusan kajian mendapati tahap literasi komputer yang dimiliki oleh responden adalah rendah. Secara purata, 38.7% dan 53.5% (N=43) responden masing-masing tidak pernah menggunakan perkakasan dan aplikasi komputer yang dinyatakan. Kesedaran tentang kepentingan komputer pula adalah tinggi dengan min keseluruhan ialah 3.88. Kemahiran berinteraksi dengan komputer pula masih rendah di mana seramai 54.5% (N=33) responden gagal atau tidak dapat berinteraksi menggunakan komputer walaupun dengan kemahiran yang paling asas. Kajian juga mendapati 90.7% (N=43) responden tidak memiliki komputer di rumah, manakala sebanyak 88.4 % responden tidak pernah menggunakan e-mel. Walaupun responden mempunyai tahap literasi komputer yang rendah, mereka masih bersedia untuk menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar. Mohd Arif & Norsiati (2004), telah melakukan kajian terhadap aplikasi TMK dalam P&P dari aspek mata pelajaran Kimia SPM, di sebuah sekolah bestari di Kuantan. Kajiannya mendapati, penggunaan makmal komputer untuk kegunaan perisian kursus bestari atau melayari internet agak kurang memuaskan. Hanya 24.56% guru-guru menggunakan makmal komputer dalam tiga bulan pertama persekolahan. Kadar kekerapan penggunaan yang tertinggi ialah 21 kali, dan yang terendah ialah sekali sahaja dalam tempoh masa tersebut. Hanya 16 daripada 22 buah kelas yang menggunakan makmal komputer dan menggunakan perisian kursus bestari dan melayari internet. Dan, dapatan kajian juga menunjukkan hanya 40.53% daripada masa P&P guru-guru menggunakan komputer dan teknologi internet. Hasil temubual pengkaji mendapati, guru kurang menggunakan prasarana TMK adalah disebabkan kekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Pengendalian peralatan TMK sebagai media untuk kegunaan P&P memerlukan masa yang lama. Norinah Mohd Ali (2002), membuat kajian mengenai literasi komputer dalam kalangan 324 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya. Dapatan kajian beliau menunjukkan tahap literasi komputer pelajar adalah sederhana tinggi dengan min skor 78.27%. Hasil kajian beliau menunjukkan, tahap literasi komputer para pelajar adalah agak tinggi bagi yang berasal dari ibu-bapa yang berpendapatan tinggi melebihi RM3,000.00 sebulan. Kajian Norinah juga mendapati sikap para pelajar adalah positif terhadap penggunaan komputer dalam bidang pengajian. Ini kerana komputer amat membantu dalam menyelesaikan tugasan projek atau latihan ilmiah pelajar. Tan Lee Fong (2004), telah membuat kajian terhadap sikap 87 orang guru bahasa Cina terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran 6

Bahasa Cina. Kajian beliau mendapati, kebanyakkan guru positif terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rata-rata guru sudah bersedia menggunakan komputer dalam proses pengajaran masing-masing. Selain itu, Pengkaji juga menggesa pihak kerajaan agar dapat menawarkan kursus kemahiran TMK kepada guru-guru sekolah, dan membekalkan peralatan TMK yang lebih banyak untuk keperluan sekolah. Terdapat banyak kajian lepas yang mengkaji tentang penggunaan komputer dalam proses P&P bagi murid-murid dan guru-guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kebanyakkan daripada kajian tersebut meninjau dari sudut penggunaan kemudahan komputer dari aspek pengajaran guru-guru. Agak kurang kajian berkaitan yang meninjau tentang penggunan komputer dalam proses pembelajaran dari sudut perolehan kendiri murid-murid. Oleh itu, kajian ini amat bersesuaian untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap celik komputer dalam kalangan murid tingkatan satu, dan sejauh manakah mereka menggunakan teknologi komputer dalam proses pembelajaran. 3. Metodologi, Instrumen, dan Persampelan Kajian Kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Kajian deskriptif akan menggunakan statistik deskriptif seperti, min untuk mengukur kecenderungan memusat, sisihan piawai untuk mengukur keserakan data, dan menggunakan peratusan untuk mempiawaikan data. Responden kajian adalah murid-murid tingkatan tiga dari sebuah sekolah menengah harian biasa dalam pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Sebanyak 36 borang soal selidik telah diedarkan kepada murid-murid dari beberapa buah kelas tingkatan tiga secara rawak. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah satu set soal selidik yang mengandungi soalan-soalan berstruktur respon terhad. Terdapat 37 item soalan yang dipecahkan kepada empat bahagian, iaitu; Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A mengandungi 12 soalan yang bertujuan untuk mengetahui maklumat tentang latar belakang responden. Bahagian B mengandungi 8 item soal selidik digunakan untuk meninjau tentang sikap murid terhadap penggunaan komputer. Bahagian C juga mengandungi 8 item soal selidik yang dibina untuk mengenal pasti tahap literasi komputer dalam kalangan murid. Dan, Bahagian D mempunyai 9 item soal selidik untuk meninjau tahap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran murid. 3.1 Prosedur Penganalisaan Data Data yang diperoleh melalui borang soal selidik, dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Pakage for The Social Science) versi 13.0. Statistik deskriptif berbentuk frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis dapatan bagi menjawab soalan, iaitu; adakah murid bersikap positif terhadap penggunaan komputer; apakah tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga; dan, adakah murid tingkatan tiga menggunakan komputer dalam aktiviti pembelajaran. Proses pengumpulan data telah diselesaikan dalam masa sehari kajian. Kemudian, datadata tersebut telah dikumpul dan maklumat-maklumat tersebut dimasukkan ke dalam komputer 7

untuk dianalisis melalui program SPSS. Melalui program SPSS dapatan kajian telah diperoleh, dan pengkaji telah melakukan analisa, mencatat keputusan dan membuat ulasan.

4. Dapatan Kajian Bahagian ini akan memerihalkan tentang dapatan penganalisisan data berkenaan responden melalui set soal selidik yang telah dijalankan. Responden terdiri daripada 36 orang murid tingkatan tiga dari sebuah sekolah. Latar belakang responden memaparkan data-data berkaitan dengan taburan responden mengikut kategori jantina, kursus komputer, pemilikan komputer, kemudahan internet di rumah, memiliki emel, memiliki laman web, memiliki blog, memiliki facebook, kebebasan menggunakan komputer di rumah, maklumat pekerjaan bapa/penjaga, kumpulan etnik dan pendapatan keluarga sebulan. Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Latar Belakang
Latar Belakang Responden 1. Jantina 1.1Lelaki 1.2Perempuan 2. Menghadiri Kursus Komputer 2.1Pernah 2.2Tidak Pernah 3. Memiliki Komputer Di Rumah 3.1Ada 3.2Tiada 4. Memiliki Internet Di Rumah 4.1Ada 4.2 Tiada 5. Memiliki Alamat Emel 5.1Ada 5.2Tiada 6. Memiliki Laman Web Peribadi 6.1Ada 6.2Tiada 7. Memiliki Blog Peribadi 7.1Ada 7.2 Tiada 8. Memiliki Facebook 8.1 Ada 8.2 Tiada 9. Bebas menggunakan komputer di rumah 9.1Bebas Kekerapan (N=36) Peratus (100%)

16 20 09 27 33 03 27 09 35 01 04 32 12 24 34 02 25 11

44.4 55.6 25.0 75.0 91.7 08.3 75.0 25.0 97.2 02.8 11.1 88.9 33.3 66.7 94.4 05.6 69.4 30.6

9.2Tidak bebas 10.Pekerjaan Bapa / Penjaga 10.1 Kerajaan 10.2 Swasta 10.3 Bekerja sendiri 11.Kumpulan Etnik 11.1 Melayu 11.2 Cina 11.3 India 11.4 Lain-lain 12.Pendapatan Keluarga Sebulan 12.1 Kurang RM3,000.00 12.2 RM3,001.00 RM6,000.00 12.3 RM6,001.00 RM9,000.00 12.4 RM9,001.00 RM12,000.00 12.5 Lebih RM12,001.00

12 11 13 18 13 04 01 16 13 02 03 02

33.3 30.6 36.1 50.0 36.1 11.1 02.8 44.4 36.1 05.6 08.3 05.6

Merujuk kepada jadual 1, 16 orang (44.4%) responden adalah terdiri daripada pelajar lelaki, dan 20 orang (55.6%) adalah perempuan. Daripada 36 orang responden, 9 orang (25.0%) pernah mengikuti kursus komputer secara formal, dan 27 orang (75.0%) tidak pernah. Seramai 33 orang (91.7%) responden memiliki komputer di rumah, dan selebihnya tiada. Seramai 27 orang (75.0%) memiliki kemudahan talian internet di rumah, dan selebihnya tiada. Hampir semua pelajar, iaitu tiga puluh lima orang (97.2%) memiliki alamat emel sendiri. Dan, agak mengagumkan apabila terdapat 4 orang (11.1%) responden memiliki laman sesawang (website) sendiri, 12 orang (33.3%) memiliki blog peribadi, dan 34 orang (94.4%) memiliki akaun facebook. Seramai 25 orang (69.4%) responden mengaku mereka bebas menggunakan komputer di rumah tanpa kekangan ibu-bapa. Terdapat 12 orang (33.3%) responden yang ibu-bapa mereka bekerja dengan kerajaan, 11 orang (30.6%) bekerja dengan pihak swasta dan 13 orang (36.1%) bekerja sendiri. Daripada 36 orang responden, 18 orang (50.0%) adalah etnik Melayu, 13 orang (36.1%) etnik Cina, 4 orang (11.1%) etnik India dan seorang (2.8%) lain-lain. Terdapat 16 orang responden (44.4%) mengaku datang dari keluarga berpendapatan kurang dari RM3000.00 sebulan, dan 2 orang responden (5.6%) dalam kalangan keluarga berpendapatan melebihi RM12,000.00 sebulan. Objektif kajian 1 : Sikap Murid Terhadap Penggunaan Komputer Bahagian ini ingin mengenalpasti sikap murid terhadap penggunaan komputer, sama ada untuk kegunaan peribadi atau untuk tujuan pembelajaran. Jadual 2: Sikap Murid Terhadap Penggunaan Komputer
Butiran Sangat Tdk Setuju Kurang Setuju Sederha na Respon Setuju Sangat Setuju Ju m Kes Sko r Min Sisih an Piaw

ai % Sangat suka menggunakan komputer Ketagih menggunakan komputer balik sekolah Membuat kerja komputer amat menyeronokkan Bercerita mengenai kecanggihan komputer Suka mempelajari program baru Menggunakan komputer amat mudah / senang Teringin membeli jenama / model baru Sangat suka guru menggunakan komputer 00 2.8 Bi l 0 0 0 1 0 4 0 2 0 1 0 0 0 3 0 2 % 00 16. 7 27. 8 16. 7 8.3 8.3 16. 7 8.3 Bi l 0 0 0 6 1 0 0 6 0 3 0 3 0 6 0 3 % 5.6 44. 4 27. 8 38. 9 5.6 8.3 16. 7 5.6 Bil 02 16 % 36. 1 13. 9 16. 7 22. 2 38. 9 33. 3 16. 7 8.3 Bi l 1 3 0 5 0 6 0 8 1 4 1 2 0 6 0 3 % 58. 3 22. 2 16. 7 16. 7 44. 4 50 41. 7 72. 2 Bi l 2 1 0 8 0 6 0 6 1 6 1 8 1 5 2 6 36 36 4.5 3 3.3 6 3.0 0 3.2 8 4.1 4 4.2 5 3.6 7 4.3 3 0.60 88 1.09 94 1.26 49 1.11 13 1.04 62 0.93 73 1.39 39 1.24 21

11. 1 5.6

10 14

36 36

2.8 00 8.3 5.6

02 03 06 02

36 36 36 36

Berdasarkan jadual 2, nilai skor min bagi mengambarkan sikap murid terhadap penggunaan komputer ialah antara 3.0000 hingga 4.5278. Ini memberi kesimpulan bahawa majoriti murid tingkatan tiga ini mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer. Nilai skor min yang tertinggi bagi menunjukkan betapa sukanya murid menggunakan komputer ialah 4.5278, dan sisihan piawai 0.6088. Seramai 21 (58.3%) mengaku sangat setuju terhadap kenyataan bahawa mereka sangat suka menggunakan komputer. Dapatan kajian menunjukkan responden kajian tidak sabar untuk menggunakan komputer selepas balik dari sekolah, dengan skor min 3.3611, dan sisihan piawai 1.0994. Seramai 8 (22.2%) sangat tidak sabar menggunakan komputer, dan hanya seorang (2.8%) responden tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Manakala, nilai skor min yang terendah bagi memaparkan sikap murid apabila membuat kerjakerja rumah dengan menggunakan komputer ialah 3.0000, dengan sisihan piawai 1.26491. Objektif kajian 2 : Tahap literasi komputer dalam kalangan murid. Jadual di sebelah memaparkan tahap-tahap literasi komputer dalam kalangan murid. Dapatan kajian merumuskan bahawa kadar literasi komputer dalam kalangan murid adalah sangat tinggi dengan purata skor min antara 2.61 hingga 4.69. Kajian mendapati, responden

10

kurang mahir menggunakan perisian MS Publisher, tetapi sangat mahir dalam menggunakan perisian MS Word. Jadual 3:Tahap Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid
Butiran Sangat Tdk Mahir % Mengoperasikan computer Menamakan fungsi perkakasan computer Menggunakan Perisian Microsoft Word Menggunakan Perisian Microsoft Excel Menggunakan Perisian Microsoft Publisher Menggunakan Perisian Microsoft PowerPoint Kebolehan melayari internet Kebolehan memuat naik / memuat turun bahan dari sumber internet 2.8 2.8 00 2.8 11. 1 11. 1 00 00 Bi l 0 1 0 1 0 0 0 1 0 4 0 4 0 0 0 0 Tidak Mahir % 2.8 5.6 00 30. 6 41. 7 25. 0 00 8.3 Bi l 0 1 0 2 0 0 1 1 1 5 0 9 0 0 0 3 Sederha na Mahir % 22. 2 25. 0 27. 8 30. 6 30. 6 33. 3 2.8 16. 7 Bil 08 09 10 11 11 12 01 06 Respon Mahir Sangat Mahir % 41. 7 30. 6 36. 1 19. 4 8.3 13. 9 72. 2 55. 6 Bi l 1 5 1 1 1 3 0 7 0 3 0 5 2 6 2 0 Ju m Kes Sko r Min Sisih an Piaw ai 1.01 26 1.01 85 0.80 62 1.16 67 1.07 64 1.20 68 0.52 48 1.01 73

% 30. 6 36. 1 36. 1 16. 7 8.3 16. 7 25. 0 19. 4

Bi l 1 1 1 3 1 3 0 6 0 3 0 6 0 9 0 7

36 36 36 36 36 36 36 36

4.0 6 3.8 6 4.0 8 3.1 9 2.6 1 2.9 7 4.6 9 4.2 2

Berdasarkan jadual 3 di atas, hampir semua responden mampu mengoperasikan komputer tanpa bantuan pihak lain, dengan nilai min 4.06, dan sisihan piawai 1.0126. Seramai 15 orang (41.7%) sangat mahir, dan hanya 2 orang (2.8%) mengaku tidak mampu mengoperasikan computer tanpa bantuan pihak ketiga. Rata-ratanya, responden mampu menamakan fungsi perkakasan yang ada pada komputer dengan skor min 3.86, dan sisihan piawai 1.0185. Antara perisian yang paling dikuasai oleh responden ialah MS Word, dengan nilai min 4.08, dan sisihan piawai 0.8062. Semua responden mampu menggunakan perisian MS Word untuk menaip nota, menulis surat dan sebagainya. Responden memiliki tahap yang sederhana dalam menggunakan perisian MS Excel dengan nilai min 3.19, dan sisihan piawai 1.1667. Seorang responden (2.8%) tidak boleh menggunakan MS Excel, dan 7 orang (19.4%) mengaku sangat mahir menggunakan perisian MS Excel. Responden agak kurang mahir menggunakan perisian MS Publisher dengan 11

skor min 2.611, dan sisihan piawai 1.0764. Seramai 15 orang (41.7%) tidak mahir, dan hanya 3 orang (8.3%) responden yang mahir menggunakan perisian MS Publisher. Responden juga kurang mahir menggunakan perisian MS PowerPoint dengan nilai min 2.97, dan sisihan piawai 1.2068. Seramai 12 orang (33.3%) responden mengaku sederhana mahir menggunakan MS PowerPoint, dan hanya 5 orang (13.9%) yang sangat mahir menggunakannya. Dapatan kajian menunjukkan responden mahir dalam melayari internet untuk membaca surat khabar, mendapatkan sumber berita, mengakses akaun facebook dan sebagainya, dengan skor min 4.69 dan sisihan piawai 0.5248. Seramai 26 orang (72.2%) mengaku sangat mahir dan hanya seorang (2.8%) yang sederhana mahir melakukannya. Selain itu, responden kajian juga mahir dalam aktiviti memuat turun dan memuat naik bahan dari sumber internet, dengan nilai min 4.22 dan sisihan piawai 1.0173. Seramai 20 orang (55.6%) sangat mahir, dan hanya 3 orang (8.3%) yang tidak mahir memuat tutun memuat naik bahan dari sumber internet. Objektif kajian 3 : Tahap penggunakan komputer dalam proses pembelajaran murid. Kajian mendapati penggunaan computer dalam aktiviti pembelajaran murid adalah pada skala sederhana dengan skor min antara 1.61 hingga 4.25. Responden sangat jarang menggunakan perisian MS PowerPoint dan MS Publisher dalam proses pembelajaran. Namun demikian, responden kajian sangat kerap melayari internet dengan enjin carian Yahoo, Google dan sebagainya, untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan pembelajaran mereka.

Jadual 4:Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Pembelajaran


Butiran Tidak Pernah % Menggunakan perisian Microsoft Word Menggunakan perisian Microsoft Excel Menggunakan perisian Microsoft PowerPoint Menggunakan perisian Microsoft 13. 9 33. 3 52. 8 61. 1 Bi l 0 5 1 2 1 9 2 2 Jarangjarang % 25. 0 27. 8 38. 9 25. 0 Bi l 0 9 1 0 1 4 0 9 Respon Sederha Kerap na Kerap % 30. 6 25. 0 00 8.3 Bil 11 09 00 03 % 16. 7 11. 1 8.3 2.8 Bi l 0 6 0 4 0 3 0 1 Sangat Kerap % 13. 9 2.8 00 2.8 Bi l 0 5 0 1 0 0 0 1 36 36 36 36 2.9 2 2.2 2 1.6 4 1.6 1 1.25 07 1.12 41 0.86 69 0.96 44 Ju m Kes Sko r Min Sisih an Piaw ai

12

Publisher Melayari website, Google, Yahoo dll Menghantar dan menerima emel Membaca akhbar / majalah secara online Melayari Wikipedia, direktori, kamus dll Melayari Portal, MySchoolNet, dll

00 30. 6 2.8 5.6

0 0 1 1 0 1 0 2 1 0

2.8 16. 7 47. 2 22. 2 30. 6

0 1 0 6 1 7 0 8 1 1

25. 0 16. 7 13. 9 13. 9 16. 7

09 06 05 05

16. 7 22. 2 22. 2 16. 7 16. 7

0 6 0 8 0 8 0 6 0 6

55. 6 13. 9 13. 9 41. 7 8.3

2 0 0 5 0 5 1 5 0 3

36 36 36 36

4.2 5 2.7 2 2.9 7 3.6 7 2.4 7

0.93 73 1.46 60 1.18 29 1.37 32 1.29 80

27. 8

06

36

Rajah 4 di atas memaparkan tahap penggunaan computer dalam proses pembelajaran murid. Merujuk kepada rajah di atas, tahap penggunaan perisian MS Word untuk kegunaan menaip nota, membuat latihan, dan mengarang esei adalah pada skala sederhana dengan skor min 2.92, dan sisihan piawai 1.2507. Seramai 5 orang murid (13.9%) sangat kerap menggunakan perisian MS Word dalam proses pembelajaran, dan 5 orang (13.9%) pula mengaku tidak pernah. Dapatan kajian di atas, memaparkan bahawa murid tingkatan tiga ini jarang menggunakan perisian MS Excel dalam aktiviti pembelajaran, dengan skor min 2.22, dan sisihan piawai 1.1241. Seramai 12 orang (33.3%) tidak pernah menggunakan MS Excel, dan hanya seorang sahaja (2.8%) yang sangat kerap menggunakannya. Responden juga sangat kurang menggunakan perisian MS PowerPoint dalam aktiviti pembelajaran. Seramai 19 orang (52.8%) tidak pernah menggunakan perisian MS PowerPoint dalam aktiviti pembelajaran, dan hanya 3 orang (8.3%) mengaku agak kerap menggunakannya. Perisian MS Publisher adalah yang paling kurang digunakan oleh responden dalam proses pembelajaran, dengan nilai min 1.61, dan sisihan piawai 0.9644. Seramai 22 orang (61.1%) tidak pernah menggunakan perisian ini, dan hanya seorang (2.8%) mengaku kerap menggunakannnya. Walau bagaimanapun, rata-rata responden menyatakan kerap melayari internet, Yahoo dan Google untuk mencari bahan, dan maklumat pembelajaran, dengan skor min 4.25, dan sisihan piawai 0.9373. Seramai 20 orang (55.6%) mengaku sangat kerap melayari laman sesawang (website), dan hanya seorang (2.8%) yang jarang-jarang melakukannya. Dapatan kajian juga memaparkan bahawa kekerapan responden untuk membaca akhbar, majalah dan maklumat-maklumat pembelajaran secara dalam talian (online) adalah pada kadar sederhana, dengan nilai min 2.97, dan sisihan piawai 1.1829. Seramai 17 orang (47.2%) mengaku pernah melakukannya, tetapi agak jarang. Kekerapan responden melayari Wikipedia, direktori, kamus, dan buku elektronik untuk tujuan pembelajaran adalah pada skala sederhana, dengan nilai min 3.67, dan sisihan piawai 1.3732. Seramai 15 orang (41.7%) mengaku sangat kerap melayari Wikipedia dan yang seumpama, dan hanya 2 orang (5.6%) tidak pernah melakukannya. Selain itu, kajian juga memaparkan bahawa kekerapan responden untuk melayari laman MySchoolNet, Portal Pendidikan Utusan Melayu, ScoreA.com, dan seumpamanya adalah pada tahap yang agak membanggakan, dengan skor min 2.47, dan sisihan piawai 1.2980. Seramai 3 orang (8.3%) sangat kerap, dan menjadi pelanggan tetap laman sesawang tersebut, dan 10 orang (27.8%) pula, mengaku tidak pernah. 13

5. Perbincangan Dan Rumusan Berdasarkan dapatan kajian dari jadual 1, seramai 33 orang (91.7%) responden memiliki komputer, dan hanya 3 orang (8.3%) yang tiada komputer di rumah. Selain itu, hampir semua (97.2%) responden memiliki alamat emel. Ini mengambarkan tahap kesedaran dan penerimaan keluarga responden terhadap penggunaan komputer adalah amat tinggi. Seramai 25 orang (69.4%) responden menyatakan mereka bebas menggunakan komputer di rumah tanpa pengawasan daripada ibu-bapa. Ini memudahkan responden menerokai maklumat tentang pembelajaran. Situasi ini kondusif kepada penambahbaikan pedagogi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan juga menjadi pemangkin kepada pembangunan persekitaran pembelajaran bagi seseorang pelajar. Kajian juga mendapati nilai skor min bagi mengambarkan sikap murid terhadap penggunaan komputer ialah antara 3.0000 hingga 4.5278. Ini memberi kesimpulan bahawa majoriti murid tingkatan tiga ini mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer. Responden amat menyukai persekitaran pembelajaran yang menggunakan kemudahan teknologi perkomputeran. Ini memberi gambaran bahawa, terdapat ruang dan peluang kepada guru-guru menggunakan teknologi komputer sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Dan, pihak sekolah juga perlu menambahkan prasarana kemudahan komputer di sekolah. Sekiranya berkenaan, setiap kelas seharusnya dibekalkan kemudahan LCD, dan setiap panitia mata pelajaran dibekalkan sekurang-kurangnya satu computer riba (notebook). Kajian mendapati, hanya 9 orang (25.0%) responden pernah menghadiri kursus kemahiran komputer secara formal. Walau bagaimanapun, berdasarkan jadual 3 majoriti responden adalah literasi komputer, dan memiliki kemahiran yang mencukupi untuk mengendalikan dan menggunakan komputer, dengan skor min antara 2.611 hingga 4.694. Responden sangat mahir menggunakan perisian MS Word (skor min 4.08), dan ini amat memadai untuk mereka melakukan kerja-kerja sekolah seperti menaip karangan, membuat laporan, membina jadual, dan sebagainya. Selain itu, responden juga sangat mahir dalam aktiviti melayari internet (skor min 4.694) dengan menggunakan enjin carian Google, Yahoo dan sebagainya. Kemahiran ini amat berguna kepada seseorang pelajar untuk menerokai dunia pendidikan tanpa sempadan secara kendiri. Kemahiran responden menguasai asas teknologi komputer sepatutnya digunakan semaksimum mungkin oleh pihak keluarga, dan juga pihak sekolah dalam memartabatkan budaya penerokaan ilmu pengetahuan. Dalam era globalisasi tanpa sempadan, para pelajar seharusnya sudah memperoleh ilmu dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan pelajar dari sekolah-sekolah lain, bahkan juga para pelajar dari negaranegara lain. Dapatan kajian mengambarkan bahawa, responden menggunakan kemudahan teknologi komputer dalam proses pembelajaran adalah pada tahap sederhana dengan nilai min antara 1.61 hingga 4.25. Antara perisian yang kurang digunakan oleh responden ialah MS Publisher (skor min 1.61) dan MS PowerPoint (skor min 1.64). Ini adalah kerana, peringkat persekolahan seperti mereka (tigkatan 3), penggunaan perisian-perisian tersebut adalah kurang digunakan. Walau bagaimanapun, responden sangat kerap melayari internet untuk tujuan mencari bahan dan maklumat pembelajaran (skor min 4.25). daripada data-data kajian yang diperolehi, responden sudah mula membudayakan teknologi komputer dalam proses pembelajaran mereka.

14

Peranan dan kepentingan teknologi komputer zaman millenium ini tidak dapat dinafikan. Di mana-mana telah dibahas, diperdebat dan diseminarkan peri kepentingan bidang perkomputeran. Dengan kemudahan komputer, pelajar boleh mengakses apa jua maklumat dari sumber seluruh pelosok dunia tanpa sempadan. Kemahiran berkomunikasi dan menggunakan komputer, memungkinkan seseorang pelajar melaksanakan amanahnya dengan lebih cepat, pantas dan cepat. Mana-mana negara yang ingin menjadi negara perindustrian yang maju dan kuat dari segi sains, politik, ekonomi dan ketenteraan, mesti berjaya menyematkan ilmu dan kemahiran berasaskan komputer dalam kalangan pelajarnya. Negara Malaysia adalah merupakan kategori negara membangun yang mempunyai pengguna internet yang ramai dalam kalangan penduduknya.

BIBLIOGRAFI Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, (2008). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Edisi Kedua. Tanjong Malim, Perak: Quantum Books. Ahamad Sipon, (2007). Usaha Kementerian Pelajaran membudayakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah bukan sekadar melepaskan batuk di tangga Dalam talian http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=259276 Diaskes pada 10 September 2009 15

Anthony Ugor Nili, (2010). Pembudayaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Kalangan Murid Tingkatan Enam. Dissertation (M.Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Baharuddin Aris & Mohammad Bilal A. & Jamalludin H. & Zaidatun T., (2001). Sistem Komputer & Aplikasiny., Kuala Lumpur: Venton Publishing Bajing Angieng, (2006). Tahap literasi komputer pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah luar Bandar, Sarikei, Sarawak. (Sumber : Seminar Penyelidikan Pendidikan, Institut Perguruan Rajang, Bintangor, Sarawak; 9 11 November 2006). www.geocities.com/seminarrnd2006/KertasKerja_Word/14_Bajing_Angieng.doc Chua Yan Piaw, (2006). Kaedah dan Penyelidikan. Kaedah Penyelidikan (Buku 1). Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dalam talian http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx Diakses pada 1 September 2009 Mashitoh Yaacob, & Maharam M., (2000). Sekolah bestari: Menangani pembinaan budaya ilmu berfikir secara kritis dan kreatif. Dalam Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning. Putrajaya, Selangor, 24 November 2000 Nik Hairi Omar, Mohd Azul & Norizan A. R., (2006). Penilaian Kecekapan Teknologi Komunikasi Maklumat (TKM) Dalam Kalangan Pelajar Sains Sosial. Kuala Lumpur. (Sumber: Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya) Norinah Mohd Ali, (2002). Kajian Mengenai Literasi Komputer di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Pentadbiran Universiti Malaya. Dissertation (M.Ec.). Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya Norizan Abdul Razak, & Mohamed Amin Embi (2003). Piawaian kemahiran ICT untuk pelajar UKM. Kertas kerja Bengkel Piawai Kemahiran ICT UKM, anjuran FTSM UKM, 14-16 September 2003 Norizan Abdul Razak, Rozainee K. & Ravichndran V., (2006). Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia. Bangi, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Norizan Abdul Razak, (2006). Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia. Kemahiran Penggunaan Komputer di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Bangi, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kuala 16

Lumpur Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2004). Pembudayaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Kalangan Pelajar: Ke Arah Mengurangkan Jurang Pendidikan. SOURCE: Persidangan Kebangsaan Sains, Teknologi dan Masyarakat (10-11 Disember 2004: Kuala Lumpur): vol. 3, paper 50 (19p). Rozinah Jamaludin, (2007). Internet Dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia Sajap Maswan,(2009). Pembudayaan ICT IPTB. Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Perguruan Tuanku Bainun. Diakses pada 13 September 2009 Dalam talian http://www.sajadstudio.info/sumber.htm Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Dalam talian hhtp://www.mcmc.gov.my Tan Lee Foong, (2004). Sikap Guru Bahasa Cina Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina. Dissertation (M.Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Unit Penyelidikan Dan Kolokium Tingkatan Enam SMK Kepong, Jln FRI, Kepong, 52100 Kuala Lumpur SELANGOR DARUL EHSAN
17

BORANG SOAL SELIDIK


Soal selidik ini adalah kajian ilmiah yang ingin mengkaji tentang Tahap Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid Tingkatan Tiga Di Sebuah Sekolah. Sila tanda dan bulatkan manamana jawapan yang sesuai bagi setiap soalan yang berkaitan dengan jujur dan tepat. Sila jawab semua soalan, dan jangan biarkan soalan tiada jawapan. Segala maklumat adalah rahsia dan kajian ini hanya bertujuan untuk kajian akademik semata-mata. Kerjasama semua murid amatlah dihargai dan disertai dengan jutaan ucapan terima kasih.

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Jantina Menghadiri kursus komputer Memiliki komputer di rumah Memiliki kemudahan internet di rumah Memiliki alamat e-mail sendiri Memiliki laman web sendiri (web-site) Memiliki blog peribadi Memiliki Akaun Facebook Bebas menggunakan komputer di rumah [ [ ] Kerajaan ] Melayu [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ ] Lelaki ] Pernah ] Ada ] Ada ] Ada ] Ada ] Ada ] Ada ] Bebas [ ] Swasta ] Cina [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ ] Perempuan ] Tidak pernah ] Tiada ] Tiada ] Tiada ] Tiada ] Tiada ] Tiada ] Tidak bebas ] Bekerja Sendiri [ ] Lain-lain

10. Pekerjaan bapa/penjaga 11. Kumpulan Etnik


12. Pendapatan Keluarga Sebulan

] India

RM12,000.00 RM12,001.00

] Kurang RM3,000.00 [ ] RM3,001.00 RM6,000.00 [ ] RM6,001.00 9,000.00 [ ] RM9,001.00 [ ] Lebih

BAHAGIAN B : SIKAP MURID TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER 1. Sangat tidak setuju 2. Kurang setuju 3. Sederhana 4. Setuju 5. Sangat setuju TAHAP Bulatkan 1 2 3 4 5

PERKARA Jawab soalan berikut mengikut pendapat anda sendiri 1. Saya sangat suka menggunakan komputer

18

2. Balik dari sekolah, atau setelah selesai melakukan sesuatu, saya tidak sabar untuk membuka dan menggunakan komputer 3. Membuat kerja-kerja rumah dengan menggunakan komputer amat menyeronokkan bagi saya 4. Saya sangat seronok bercerita mengenai kemudahan dan keupayaan komputer dengan kawan-kawan di sekolah 5. Saya sangat suka mempelajari dan menggunakan program-program komputer (applikasi) yang baru jika ada peluang 6. Menggunakan komputer amat mudah, senang dan tidak mengelirukan 7. Saya sentiasa ingin membeli jenama komputer yang terkenal dan model yang terkini, sekiranya keluarga berkemampuan 8. Saya sangat suka sekiranya guru-guru sekolah menggunakan teknologi komputer dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas

1 1 1 1 1 1 1

2 2 2 2 2 2 2

3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5

BAHAGIAN C : TAHAP LITERASI KOMPUTER DALAM KALANGAN MURID 1. Sangat tidak mahir 2. Tidak mahir 3. Sederhana mahir 4. Mahir 5. Sangat mahir TAHAP Bulatkan 1 2 3 4 5 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5

PERKARA Saya boleh / mengenal pasti / memulakan / menggunakan . 1. Mengoperasikan komputer, contohnya memulakan dan menutup sistem komputer, dan menyambungkan kabel ke setiap perkakasan komputer 2. Menamakan dan menyatakan fungsi perkasasan komputer, contohnya skrin, hardisk, papan monitor, tetikus, pencetak (printer), dan pengimbas (scanner) 3. Menggunakan perisian Microsoft Office Word untuk menaip nota, dokumen, membuat jadual dan sebagainya 4. Menggunakan perisian Microsoft Office Excel untuk membina jadual, anggaran perbelanjaan kewangan, dan sebagainya 5. Menggunakan perisian Microsoft Office Publisher untuk membuat kad jemputan, pamphlet, katalog, kepala surat dan sebagainya 6. Menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint untuk membuat slide persembahan (presentation) 7. Melayari internet untuk membaca surat khabar, memperoleh maklumat syarikat, info laporan sukan, menggunakan facebook, dan sebagainya 8. Menggunakan kemudahan komputer untuk memuat naik (upload) dan memuat turun (download) maklumat, lagu, dan video dari sumber internet

BAHAGIAN D : TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES PEMBELAJARAN 1. Tidak pernah PERKARA 19 2. Jarang-jarang 3. Sederhana kerap 4. Kerap 5. Sangat kerap TAHAP

Dalam bidang pembelajaran, saya menggunakan komputer dengan tujuan berikut ... 1. Menggunakan perisian seperti Microsoft Word untuk menaip surat, nota, latihan, projek sekolah dan dokumen-dokumen lain berkaitan pembelajaran 2. Menggunakan perisian hamparan elektronik (spread-sheet) seperti Microsoft Excel untuk menyiapkan tugasan sekolah 3. Menggunakan perisian persembahan multimedia seperti Microsoft PowerPoint untuk tugasan pembentangan dalam bilik darjah 4. Menggunakan perisian Microsoft Publisher untuk membuat majalah sekolah, buletin, pamphlet, katalog, kad dan sebagainya 5. Melayari laman web (www), enjin carian Google atau Yahoo untuk mencari maklumat tambahan berkaitan isi / konsep mata pelajaran 6. Menghantar / menerima e-mel daripada rakan-rakan sekolah atau guru-guru berkaitan dengan pelajaran 7. Membaca surat khabar, majalah akademik dan buku-buku secara on-line (dalam talian) untuk tujuan pembelajaran 8. Mendapatkan maklumat melalui internet tentang pembelajaran dari sumber ensaiklopedia, Wikipedia, direktori, kamus, buku elektronik dll 9. Melayari Portal Pendidikan Utusan Melayu, MySchoolNet atau seumpamanya untuk tujuan tutorial / latih tubi dll

Bulatkan 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5

TERIMA KASIH

20

You might also like