KKP Pergerakan Asas 2011 Mukasurat|
1
1.0 PENGENALAN
Pergerakan merujuk kepada sebarang bentuk gerak yang dilakukan olehseseorang yang menyebabkan perubahan dari satu tempat ke satu tempat yang lainiaitu pergerakan lokomotor, atau kekal di tempat tersebut yang dikenali sebgaipergerakan bukan lokomotor. Variasi dalam kemahiran ini boleh dilihat melaluiaplikasi manipulasi alatan. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapatmenyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan yang seterusnya menguasaikemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alatan mesti melibatkanobjek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, riben, tali dan gelung.
Setiap pergerakan di setiap stesen mewakili beberapa komponen pergerakanasas, sama ada pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, bergallop,berskipping serta berguling atau pergerakan bukan lokomotor seperti mengimbang,bangun duduk, menarik nafas serta mengilas badan. Penggunaan alatan tidak terhadpada peralatan ringan seperti gelung yang menjadi peralatan utama untuk sesi amalimalah turut melibatkan peralatan berat seperti peti lombol, bangku panjang, danplatform lompatan. Kesemua aktiviti ini merangkumi pergerakan asas yang dilakukandalam kehidupan seharian.
2.0 MATLAMAT
Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama adadalam tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkanpotensi kreativiti murid untuk melakukan pergerakan khasnya menginterpretasikanidea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatanpergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapatmemperkembangkan kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.