You are on page 1of 2

Hari itu cuti sekolah. Saya dan keluarga saya pergi berkelah di Pantai East Coast.

Kami menaiki bas untuk ke sana. Saya, kakak dan adik berasa sungguh ghairah apabila kami tiba di sana. Saya adik-beradik menukar pakaian mandi. Kami berenang di laut dan bermain pasir di tepi pantai. Saya dan kakak bina istana pasir yang besar. Adik saya bantu kami mengambil air. Air itu kami tuangkan ke dalam lubang yang saya korek seperti sebuah kolam. Saya juga mencari kulit kerang dan siput. Apabila terasa dahaga, kami berehat sambil makan dan minum. Ibu saya memanggang ikan dan ayam. Seronok sekali kami makan dalam cuaca yang baik. Selepas itu, saya berjalan-jalan di tepi pantai. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan saya mengantuk. Saya pun baring seketika. Apabila saya bangun dari tidur, saya bermain bola tampar bersama kakak dan adik saya. Adik saya suka bermain layang-layang. Kami beradu main layang-layang. Adik saya menang kerana bapa saya menolongnya memegang tali layang-layang. Hari pun sudah petang. Kami berkemas untuk pulang ke rumah. Saya berasa gembira pada hari itu. Ibu bapa saya berjanji akan membawa kami berkelah lagi pada cuti sekolah akan datang.

Zafirah Bte Zainal Abidin

You might also like