Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
BAHAGIAN A
1.
 
Jelaskan perubahan peranan raja atau sultan sebelum dan semasa zaman penjajahan British di TanahMelayu.
Skema pemarkahan
Pengenalan
Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelumkedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namunpenguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis.Sebaliknya Britishmula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial.Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zamanpenjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.
Isi -isiA. Peranan sultan sebelum penjajahan Britishi.
 
Politik
a.
 
Sultan sebagai ketua kerajaan-
 
Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri.Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak bolehdipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintahTuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupunbertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalahb.
 
Peranan sultan melantik pembesar-
 
Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Bagindaberhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yanglain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.c.
 
Sultan menentukan hubungan diplomatic-
 
Sebagai ketua negara, sultan bertanggungjawab mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negara asing.Sebarang tindakan hal ehwal luar tidak sah jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran sultan. Semuaperjanjian atau persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa pengesahan sultan. Persetiaan denganpihak luar perlu ditandatangani oleh 12 orang atau lebih pembesar serta ditandatangani oleh sultand.
 
Sultan berperanan sebagai ketua tentera.-
 
Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akanmengetuai angkatan tentera mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negaralain.
ii.
 
Ekonomi
-
 
Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan danmendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian,
 
perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknyaserta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya Sultan Abdul Samadmenerima hasil cukai (bijih timah) dari Kelang daripada Raja Mahdi. Sultan Pahang memperoleh cukaiimport yang dikenakan di Muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultanberhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.-
 
Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakansesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antarapekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan,membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikandaripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contoh di Kedahmereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baikseperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkanperbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.
iii.
 
Sosial
-
 
Sultan merupakan lambang perpaduan, dan simbol penyatuan negara dan rakyat. Seseorang sultansangat memerlukan sokongan dan kesetiaan rakyatnya bagi membolehkannya memerintah denganberkesan. Kewibawaan seseorang sultan bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya. Bagimewujudkan kesetiaan rakyat terhadap sultan maka seseorang sultan itu dilambangkan dengan kuasasakti dan mempunyai darah putih. Hak ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultansupaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akanmendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.-
 
Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagaikhalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkanperanan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya.Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di TanahMelayu
B.
 
Perubahan peranan sultan akibat penjajahan
-
 
Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem Residen. Di bawah sistem Residen,Residen merupakan kuasa yang tertinggi dalam pemerintahan di negeri-negeri Melayu. Britishmemperkenalkan pentadbiran berbentuk birokrasi, iaitu ditadbir oleh sekumpulan pegawai. Sultan telahkehilangan kuasa mentadbir yang dinikmati sebelum ini.-
 
Sultan kehilangan kuasa mutlak. British memperkenalkan sistem perundangan baru. Baginda tidak lagiberkuasa menjatuhkan hukuman. British memperkenalkan sistem perundangan yang lebih teraturdengan melantik hakim-hakim untuk melaksanakan sistem kehakiman.-
 
Majlis Sultan diganti dengan Majlis Negeri. Walaupun sultan menjadi Residen Majlis Negeri tetapi semuakeputusan Majlis Negeri dibuat oleh residen. Sultan kehilangan kuasa sebagai ketua pentadbir.Walaupun sultan masih menjadi ketua negara, namun kuasa mentadbir berada di tangan residen.-
 
Sultan kehilangan kekuasaan terhadap ekonomi kepada Residen British. Urusan percukaian, import-eksport tidak lagi berada di bawah kekuasaan sultan tetapi di tangan British.British secara beransur-ansur memperkembangkan ekonomi kapitalis dan secara beransur-ansur ekonomi tradisional terhakis.-
 
Pada zaman penjajahan British sultan juga tidak dibenarkan mempunyai tentera sendiri. PentadbirBritish telah membentuk pasukan polis dan askarnya sendiri. Hal ini bermakna bidang keselamatanterlepas daripada kekuasaan sultan. Sultan hanya memainkan peranan dalam upacara kerajaan negerisahaja.
 
-
 
Pengenalan Persekutuan pada tahun 1896 menyebabkan sultan kehilangan kuasa. Kuasa berpusat ditangan Residen Jeneral. Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam soal agama dan adat istiadat orangMelayu sahaja. Kekuasaan sultan semakin tergugat apabila British memperkenalkan Malayan Unionpada tahun 1946. Walaupun kuasa sultan dipulihkan semula dengan pengenalan Persekutuan 1948tetapi kuasa sebenar masih di tangan British.
Kesimpulan
Dari perbincangan di atas adalah jelas bahawa sultan memainkan pernan yang cukup besar sama ada dalambidang politik, ekonomi mahupun sosial. Namun kedatangan penjajah British telah merubah sistem politik,ekonomi dan sosial masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu.Peranan sultan yang lebih luas danberwibawa sebelum kedatangan penjajah telah terhakis dengan kedatangan penjajah. Kedatangan penjajah danpenguasaannya ke atas Tanah Melayu menyebabkan pengenalan sistem pentadbiran dan perekonomian baruyang menjadikan sultan kehilangan kuasa dan hanya sekadar lambang kekuasaan, kuasa sebenar di tanganResiden.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • More From This User

    Notes
    Load more