2
•
Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)
•
Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan samaada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)
KEBEBASAN
•
Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan danundang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,masyarakat, negara dan agama
KEBERANIAN
•
Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru danmencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risikoyang akan dihadapi)
•
Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakuisebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)
KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
•
Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individuuntuk hidup sihat)
•
Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi danbebas daripada kekotoran dan pencemaran)
•
Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perludiamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)
KEJUJURAN
•
Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikandan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
•
Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambahatau berselindung)
•
Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)
KERAJINAN
•
Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif daninovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)
•
Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkarayang berfaedah)
KERJASAMA
•
Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dansukarela)
•
Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkanberlakunya perselisihan)
•
Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,masyarakat, negara dan antarabangsa)