Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Skema Percubaan Perak 2006 (STPM SEJARAH K2)

Skema Percubaan Perak 2006 (STPM SEJARAH K2)

Ratings: (0)|Views: 61|Likes:
Published by lunaticfuneral92

More info:

Published by: lunaticfuneral92 on Sep 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/01/2012

pdf

text

original

 
1
2006Soalan 1“Islam menjadi unsur penting dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelumcampur tangan British”. BincangkanPendahuluan ( 3/2 Markah )
Islam telah bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7 dan sepanjang abad ke-13 hinggaabad ke-16 Islam tersebar secara meluas di Kepulauan Melayu. Sejak itu Islam menjadi agamayang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu. Kedatangan Islam yangmembawa peradaban yang tersendiri telah mengubah bukan sahaja anutan dan kepercayaan lamamasyarakat di Tanah Melayu iaitu kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha tetapi juga turutmengubah pengaruh kedua-dua kepercayaan tersebut yang begitu dominan sebelumnya. Lantaranitulah selepas kedatangan Islam, kehidupan masyarakat di Tanah Melayu banyak dipengaruhioleh unsur-unsur Islam sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Namun campurtanganBritish pada tahun 1874 menyebabkan pengaruh Barat mula mewarnai kehidupan masyarakat diTanah Melayu.
Isi ( 20 Markah )1.
 
Pengaruh Islam dari segi politik.
-
 
Islam membawa perubahan yang besar dalam politik di Tanah Melayu. Islammembawa perubahan ke arah corak keislaman dengan mengubah konsep dewarajakepada doktrin kepimpinan Islam.-
 
Institusi kesultanan yang diamalkan di empayar Islam diterima pakai oleh kerajaan diNegeri-negeri Melayu. Ini berbeza dengan pemerintahan beraja yang diamalkansebelumnya. Konsep dewaraja dihapuskan dan diganti dengan konsep bahawa Sultanadalah khalifah di muka bumi. Sultan dianggap sebagai Amirul Mukminin, iaitu ketuakepada umat Islam. Ia secara langsung mengukuhkan taraf dan kedudukan raja-rajaMelayu-
 
Gelaran raja ditukar kepada sultan. Sultan bertindak sebagai ketua agama Islam yangbertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjaga kebajikan rakyat jelata.-
 
Pengaruh Islam jelas dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu apabila wujudkelompok pemimpin agama yang bertindak sebagai penasihat kepada sultan dalam hal-hal berkaitan hukum syarak atau yang berkaitan dengan agama Islam. Mereka terdiridaripada ahli sufi dan alim ulama yang diberi pelbagai gelaran oleh sultan sepertigelaran Imam Maharaja, Maharaja Kadi, Dato’ Mufti dan Seri Utama. Di Terengganugolongan agama dikenal sebagai Tokku dan keturunan mereka menggunakan gelaranEngku atau Tuan.
2.
 
Undang-undang
-
 
Sebelum campur tangan British undang-undang Islam telah diguna pakai di Negeri-negeri Melayu walaupun ia dicampuradukkan dengan hukum adat. Para ulamamemainkan peranan penting dalam perundangan Islam. Perundangan Islam menjaditunjang undang-undang bertulis. Antara negeri Melayu yang menggunakan hukumsyarak ialah negeri Perak, Johor, Terengganu dan Pahang.-
 
Hukum syarak yang digunakan termasuklah undang-undang jenayah seperti hukumcuri, samun, membunuh, berzina dan liwat, undang-undang muamalat seperti hukumandan peraturan jual-beli, hutang piutang sewa tanah dan hukum berhuma, berladang,berternak, larangan melakukan kerja mungkar seperti minum arak dan tuak. Sebagai
 
2
contoh Undang-undang Terengganu berdasarkan kepada Hukum Syarak (Undang-undang Islam). Di Terengganu sekumpulan pegawai yang dipanggil Budak Raja,bertindak seperti polis hari ini bertanggungjawab menangkap orang yang didapatibersalah.-
 
Antara hukuman yang dijatuhkan pada abad ke-19 ialah kesalahan mencuridikudungkan tangan, pesalah dipenjarakan, dan pembunuh dihukum bunuh sertakesalahan-kesalahan lain didenda.-
 
Undang-undang adat, iaitu Adat Temenggung yang diamalkan sebelum kedatanganIslam juga disesuaikan dengan Undang-undang Syariah (Islam). Adat Temenggungmenggunakan hukum syarak yang dipetik daripada mazhab Shafie-
 
Tokoh yang memelihara undang-undang Islam ialah hakim atau kadi.
3.
 
Adat
-
 
Islam membawa pengaruh dalam adat resam. Islam membawa nilai yang berbezadengan sebelumnya. Penyesuaian unsur Hindu dengan Islam dilakukan untuk mengelakkan amalan ini bertentangan dengan Islam. Contohnya perkahwinan,pertabalan raja, adat turun tanah, melenggang perut, berkhatan dan sebagainya.Upacara berkhatam dilakukan bagi meraikan kanak-kanak yang telah tamat mengaji al-Quran.-
 
Adat bercukur dimulakan dengan berzanji dan marhaban, iaitu bacaan mengenai kisah-kisah kelahiran dan kebesaran Nabi Muhamad SAW. Upacara ini diakhiri denganbacaan tahlil dan doa selamat sebagai tanda kesyukuran. Ketika Maulidur Rasul pulaakan dipersembahkan lagu-lagu yang memuji kebesaran Nabi Muhammad SAWdengan diiringi paluan kompang dan permainan hadrah.-
 
Perayaan-perayaan di istana raja juga membayangkan pengaruh Islam. Istiadat danperayaan di istana dimulakan dan diakhiri dengan bacaan ayat-ayat al-Quran. Pegawaiagama seperti imam memainkan peranan yang cukup penting dalam sebarang majlis diistana dan merekalah yang membaca doa.
4.
 
Kepercayaan
-
 
Kedatangan Islam telah membawa kepada kepercayaan tentang keesaan Tuhan, iaituAllah. Islam berjaya merubah falsafah hidup masyarakat dengan menolak kepercayaankepada perkara tahyul,dongeng dan dewa-dewa.-
 
Kedatangan Islam juga mengubah pandangan terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahlisihir, dukun dan bomoh. Tempat mereka diganti dengan tokoh-tokoh Islam.
5.
 
Ekonomi
-
 
Islam menekankan konsep dosa dan pahala dalam bidang perekonomiannya.Penganutnya dilarang melakukan pekerjaan atau perniagaan yang tidak dihalalkan olehIslam.-
 
Islam menekankan kepada keadilan dan membantu mereka yang miskin. Lantaran ituzakat diwajibkan dalam Islam. Zakat harta benda dan zakat fitrah diwajibkan kepadamereka yang berkemampuan. Zakat dipungut oleh pemerintah.-
 
Islam mengharamkan riba kerana riba adalah bersifat penindasan golongan kaya(pemodal) ke atas golongan miskin (peminjam)-
 
Wujud institusi Baitulmal atau perbendaharaan negara yang berpunca daripada sumberzakat yang diwajibkan dan sedekah yang disunatkan serta daripada punca lain seperti jizyah, ghanimah, al-fai’ dan lain-lain.
 
3
 
6.
 
Pendidikan
-
 
Kedatangan Islam telah mewujudkan satu sistem pendidikan yang baru kepadamasyarakat Melayu.-
 
Islam telah melahirkan ilmu pengetahuan yang memberi manfaat kepada masyarakatMelayu. Islam membawa bersama ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa,kesusasteraan, sejarah, falsafah, akhlak, mantik dan pelbagai lagi. Kedatangan Islam juga telah melahirkan sekolah-sekolah pondok. Di sekolah-sekolah ini pelbagai matapelajaran diajar seperti tauhid, tafsir, fekah, hadis dan lain-lain. Pengajian di sekolahpondok merupakan pendidikan tertinggi di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1850.Sekolah-sekolah pondok banyak terdapat di Kelantan, Kedah, Perak, Perlis danTerengganu. Antara sekolah pondok yang terkenal ialah Pondok Tok Kenali diKelantan dan Pondok Pokok Sena di Seberang Perai.-
 
Sekolah pondok juga telah melahirkan penulis terkenal dan ulama terkemuka sepertiSyeikh Muhammad Idris al-Marbawi dan Haji Hasan bin Yunus di Johor
7.
 
Bahasa dan Kesusasteraan.
-
 
Kedatangan Islam telah memperkayakan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Dalambidang bahasa kedatangan Islam telah memperkayakan lagi perbendaharaan bahasaMelayu. Banyak perkataan dalam bahasa Melayu dipinjam dari bahasa Arab, antaranyailmu, sultan, kitab, masjid, hisab, alam dan lain-lain.-
 
Islam telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Bahasa kunoyang menggunakan huruf-huruf dari India ditukar kepada tulisan Arab iaitu huruf jawi.Dengan adanya tulisan jawi kemajuan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan Melayuberkembang dengan pesatnya. Pelbagai buku telah ditulis dalam tulisan jawi.
8.
 
Kesenian
-
 
Pengaruh Islam dapat dilihat dalam pelbagai bidang kesenian seperti senibina, epigrafi,kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya. Ia dapat dilihat pada bangunan masjid,surau atau madrasah, istana, rumah, kota, kubah, mimbar, tempat wuduk,batu nisan dansebagainya.-
 
Dalam bidang seni lukis, bentuk manusia dilarang maka mereka menggunakan rekacorak dan motif seperti bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, sarang labah-labah, mihrabdan geometri.-
 
Unsur Islam dapat dilihat pada kaligrafi atau seni khat Islam seperti khat kufi, thuluth,diwani, nasakh dan lain-lain. Seni khat ini dapat dilihat pada bangunan masjid, matawang, pakaian, batu nisan dan sebagainya.
Kesimpulan ( 2/3 Markah )
Kesimpulannya, Islam mempunyai pengaruh yang besar ke atas kehidupan masyarakatMelayu. Islam telah menjadi unsur penting dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, selepas campur tangan British yang memperkenalkan sistem pentadbiran, politik,undang-undang, ekonomi serta nilai-nilai Barat menyebabkan sistem Barat itu mula menjadisebahagian daripada kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Selepas campur tangan Britishunsur Islam dan Barat telah menjadi unsur yang berpengaruh dalam kehidupan masyarakat diTanah Melayu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->