Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Skema Percubaan Selangor 2010 (STPM SEJARAH K2)

Skema Percubaan Selangor 2010 (STPM SEJARAH K2)

Ratings: (0)|Views: 502 |Likes:
Published by lunaticfuneral92

More info:

Published by: lunaticfuneral92 on Sep 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/03/2013

pdf

text

original

 
Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1
1
Bahagian AJawab dua soalan sahaja1 Jelaskan hirarki sistem politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British.2 Bincangkan struktur feudal masyarakat Melayu tradisional sebelum 1874.3 Bincangkan kebangkitan gerakan anti British di Perak dan Pahang pada abad ke -19.4 Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayudari tahun 1870 hingga 1942.5 Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah dari akhir abad ke -19 hingga awal abad ke- 20.6 Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dari tahun 1957hingga tahun 1963.Bahagian BJawab dua soalan sahaja7 Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Cina sebelum kedatangan Barat.8 Bincangkan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Vietnam sebelumpenglibatan kuasa-kuasa Barat.9 Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun pada abad ke-19.10 Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.11 Bandingkan faktor meletusnya revolusi yang berlaku di China 1911 dan Siam 1932.12 Jelaskan ciri pemerintahan republik antara China dengan Indonesia dari tahun 1949 hingga 1960.
 
Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1
2
SOALAN 1:
Jelaskan hirarki sistem politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British.PENDAHULUAN ( 3m)
Sebelum Perjanjian Pangkor, 20 Januari 1874, British telah pun terlibat dalam negeri Melayu, misalnya;Palau Pinang (1786), Singapura (1819) dan Melaka (1825). Pada tahun 1874, British terlibat di negeriPerak, Selangor dan Negeri Sembilan ( Sungai Ujong ). Pada tahun 1887, Pahang; 1909, Kedah danPerlis. Pada tahun 1910, Kelantan; 1914, Johor dan 1919, Terengganu.
B. SISTEM POLITIK MELAYU SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH (20m)
Sistem Politik Negeri Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:
Negeri, Daerah/Jajahan
dan
Kampung.1. Negeri
(7m)(a) Kuasa tertinggi dalam politik terletak pada
Yang Dipertuan/Sultan
: misalnya, Sultan Kedah, SultanPerak dan Sultan Selangor, Yang Dipertuan Negeri Sembilan dan Sultan Kelantan.(b) Baginda dibantu oleh
Pembesar
. Misalnya di
Perak
dikenali dengan Orang Besar Empat ( RajaBendahara, Orang Kaya Besar diraja Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung Paduka Rajadan Orang Menteri Paduka Tuan ), Delapan ( Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putra,Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Orang Kaya-Kaya Sri Adika Raja Syahbandar Muda,Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Sri Amar Bangsa Diraja, Orang Kaya-Kaya Panglima BukitGantang Sri Amar, Orang Kaya-Kaya Syahbandar Paduka Indra, Orang Kaya-Kaya Sri Agar Dirajadan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan ), Enam Belas dan Tiga Puluh Dua. Selain itu baginda juga dibantu oleh Raja Muda.
Kelantan
( misalnya, Raja Bendahara, Raja Temenggung, PerdanaMenteri dan Engku Besar Jeram ).
Kedah
( misalnya, Tunku Bendahara dan Tunku Temenggung ).Terengganu ( Dato’ Seri Lela Diraja, Tengku Nara Wangsa, Dato’ Bija Sura dan Dato’ Indera Guru ).
(c)
Sultan pemerintah yang dikaitkan dengan
daulat
. Barangsiapa ingkar titah Sultan atau melakukansesuatu yang dilarang pada adat sultan ia akan terkena tulah. Pakaian kuning hanya untuk Rajasahaja. Selain itu tiap-tiap sultan memiliki alat-alat kebesaran. Walaupun terdapat perbezaan, tetapipada asasnya sama:
gendang nobat, serunai dan nafiri; obor (payung), surat ciri, mohor raja, puan (tepak sirih), tali pinggang dan rantai, mahkota, batil emas, geluk, agok, dokoh, kancang halkah,sundang, pedang, keris panjang dan lembing.(d)
Apabila sultan mangkat, bakal waris raja biasanya bergelar
Raja Muda/Yang DipertuanMuda/Tengku Mahkota/Tengku Besar
akan dilantik oleh pembesar sebelum jenazah sultandimakamkan. Dalam adat penggantian, kecuali Perak, putera sulung sultan yang bergelar bakalsultan akan dilantik sebagai pengganti. Perak, sistem penggantian mengikut giliran:
Raja Di Hilir,Raja Bendahara, Raja Muda dan Sultan.
Apabila sultan mangkat, Raja Muda diangkat sebagai sultan; Raja Bendahara diangkat sebagai RajaMuda dan Raja Di Hilir sebagai Raja Bendahara. Namun begitu dalam perlaksanaan, apabila SultanAli mangkat di Sayong pada tahun 1871, Raja Muda Abdullah dilantik sebagai pengganti; sebaliknyaRaja Bendahara Ismail dilantik sebagai Sultan Perak.(e) Sebelum campur tangan British di Johor, Johor mengisytiharkan
Undang -
 
Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1
3
Undang Tubuh
pada tahun 1895. Begitu juga dengan Terengganu pada tahun 1911. Undang-undang ini di antara lain menyentuh penggantian sultan dan perjalanan pentadbiran.
2. Peringkat Daerah/Jajahan (7m)
(a) Peringkat ini ditadbir oleh
pembesar
yang mendapat tauliah daripada sultan/Yang Dipertuan.Misalnya Long Jaafar dan Menteri Ngah Ibrahim di Larut, Dato’ Maharaja Lela di Pasir Salak danDato’ Sagor di Kampung Gajah. Begitu juga Raja Jumaat di Lukut dan Raja Abdullah di Selangor.Long Ismail di Kampung Laut dan Temenggung Aria Pahlawan Long Tan di Galas di Kelantan.Dato’ Bahaman dan Dato’ Purba Jelai di Jelai.(b) Pembesar daerah/jajahan ini akan bertanggungjawab kepada sultan Yang Dipertuan. Penghuluini dilantik dan ditauliahkan oleh sultan/Yang Dipertuan.(c) Pentadbiran mereka bergantung kepada peruntukan dalam surat tauliah yang dikurniakan.Mereka dibenarkan memungut cukai yang mana menjadi pendapatan mereka.(d) Kekuasaan dan pengaruh pembesar lazimnya berdasarkan kepada jumlah pengikutnya. Jikaramai berpengaruh, jika kecil sebaliknya. Pengikut terdiri: hamba berhutang dan sukarela.
3. Peringkat terakhir dalam susunan politik ialah kampung (6m)
(a) Pemimpin di peringkat ini dikenali sebagai
Penghulu
(Tok Kweng di Kelantan).(b) Mengikut adat, penghulu dipilih berdasarkan
keturunan
. Mereka yang dipilih akan dilantik olehsultan dengan anugerah surat tauliah. Penghulu ini akan bertanggungjawab kepada pembesar.Namun begitu pada masa pemerintaan Sultan Omar Terengganu, Penghulu bertanggungjawabterus kepada baginda.
Kesimpulan (1 @ 2)
Sebelum kedatangan kuasa barat Negeri-negeri Melayu telah mempunyai sistem politik yangsistematik.Ini jelas daripada pembahagian kuasa diperingkat pusat, daerah dan kampung. Setelahcampurtangan kuasa barat system politik di Tanah Melayu telah mengalami banyak perubahankerana pihak barat menghadkan kuasa golongan pemerintah tradisional Melayu.
SOALAN 2:
Bincangkan struktur feudal masyarakat Melayu tradisional sebelum 1874.PENDAHULUAN ( 3 m)
Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongandiperintah.
Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar,pentadbir serta ulama istana.
Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->