You are on page 1of 4

Soalan 4: Ledakan revolusi teknologi maklumat melalaikan golongan remaja. Bincangkan.

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang dengan begitu pesat di Malaysia pada penghujung 1990-an. Internet adalah salah satu cabang ICT yang banyak memberi manafaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan ICT ini . Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk kebaikan tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh. Perkembangan internet walaupun banyak faedahnya daripada segi capaian ilmu pengetahuan dan komunikasi tetapi telah mendedahkan masyarakat kepada bahan lucah dan golongan remaja tidak terkecuali daripada menerima kesan buruk ini. Para remaja mengambil kesempatan untuk melayari laman web lucah ketika ibu bapa tiada di rumah atau ketika ibu bapa mereka tidur. Masalah ini semakin merumitkan di mana video-video lucah dengan mudah boleh dimuat turun daripada internet dan seterusnya ke dalam telefon bimbit. Keadaan ini telah menyebabkan penyebaran bahan-bahan lucah di kalangan remaja semakin berleluasa. Selain itu aktiviti chatting melalui ruangan

sembang maya di mana remaja dapat berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa mengenali orang berkenaan. Ini menyebabkan mereka tidak segan untuk bersembang tentang sebarang hal tanpa had. Hasil daripada chatting ada kalanya membawa kepada

pertemuan antara pasangan . Akibatnya, ada remaja perempuan yang dirogol setelah bertemu dengan teman chatting mereka.

Bagi remaja, internet membolehkan mereka bermain permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat mereka dan akhirnya pelajaran mereka akan tercicir .

Pada remaja yang melayari internet di rumah, masa mereka banyak dihabiskan di depan komputer ini menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang serta hubungan mereka dengan jiran menjadi rapuh. Di dalam internet juga wujudnya kegiatan perjudian. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti perjudian kemungkinan juga berlaku pergaduhan apabila aktiviti berjudi dan pertaruhan dijalankan. Kesihatan juga kurang diambil berat apabila remaja terlalu asyik melayari internet sampai lewat malam dan berlarutan hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur serta rehat yang secukupnya . Akibatnya, kesihatan mereka terjejas mereka akan mengantuk dan tidak kurang juga yang menjadi gemuk, malah penggunaan internet yang berterusan tanpa rehat juga boleh menyebabkan mata menjadi letih dan memberi kesan sampingan. Antara keburukan lain kemungkinan berlaku penyebaran maklumat-maklumat palsu. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan

kemudahan internet untuk menyebarkan khabar angin dan tomahan seperti kempen memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan. Malah yang paling ditakuti ialah

penyalahgunaan internet untuk mengelirukan orang ramai dalam bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita perolehi melalui internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak kurang pula didalangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada orang lain. Kesimpulannya internet merupakan senjata era globalisasi ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk keburukan. Apa yang penting, para pengguna internet, khususnya remaja perlu dilengkapi dengan kekuatan dalaman agar mereka mempunyai asas yang kuat untuk mendisplinkan diri mereka supaya tidak terpengaruh dengan keburukan internet. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa dan guru haruslah mendidik anak-anak atau pelajar-pelajar mereka tentang etika penggunaan internet yang betul bagi membenteras perbuatan salahlaku moral menerusi internet.

(556 patah perkataan)

Pada pendapat anda, bagaimana kuasa beli yang dimiliki oleh pengguna mampu membendung kenaikan harga barang? Pengguna bijak seharusnya menggunakan kuasa beli dengan seluas-luasnya untuk membendung kenaikan harga barangan. Mereka bertindak sebagai pemantau harga dan pemberi maklumat kepada pihak berkuasa tentang penyelewengan yang dilakukan oleh pihak peniaga. Di samping itu pengguna hendaklah memulau barangan yang dinaik secara berlebihan dan membeli di kedai yang menawarkan barangan dengan harga yang berpatutan.

Bersetujukah

anda

dengan

pendapat

yang

mengatakan

bahawa

Akta

Perlindungan Pengguna 1999 gagal berfungsi sebagai perlindung hak pengguna. Berikan hujahan anda. Akta Perlindungan Pengguna 1999 diwujudkan untuk melindungi kepentingan pengguna supaya mereka tidak terinaya. Ianya dikatakan gagal kerana sikap pengguna sendiri yang kurang peka kepada hak-hak, undang-undang serta peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Di samping itu kegagalan pihak penguatkuasaan untuk membenteras penyelewengan menyebabkan ianya gagal . Oleh itu kesedaran pengguna perlu dalam menangani masalah tersebut.

You might also like